Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan

Call Directions Website Contact the organization

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan Selamat Datang Ke Laman Rasmi Facebook Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.
(1)

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan telah ditubuhkan pada 1 Januari 1950 di bawah satu peraturan yang dinamakan peraturan Majlis Ugama 1950 bertujuan mengendalikan hal ehwal masyarakat Islam di Negeri Sembilan. Bagi memenuhi objektif yang ditetapkan, kerajaan telah meminda peraturan Majlis Ugama 1950 kepada Undang-Undang Majlis Agama Islam 1957. Kemudian dipinda lagi kepada Undang-Undang Pentadbiran Hukum Syarak 1960 yang kemudiannya dimansuhkan dengan berkuatkuasanya Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991. Seterusnya mulai 1hb Mac 2004, mula dikuatkuasakan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 dan enakmen sebelumnya adalah terbatal. Jabatan ini menguatkuasakan enakmen-enakmen lain termasuklah Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003, Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Islam (Negeri Sembilan) 1996, Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992, Enakmen Prosedur Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 2003, Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 2003 dan Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003. Berasaskan cadangan yang dikemukakan oleh Y.B Tuan Pegawai Kewangan Negeri Encik Harun bin Baba semasa beliau memangku jawatan Yang DiPertua Jabatan Hal Ehwal Agama Islam ini dalam tahun 1976 yang lalu, sebuah bangunan tiga tingkat yang tersergam indah terletak di atas sebidang tanah seluas 1 ½ ekar, di atas bukit berhampiran dengan bangunan-bangunan Masjid Negeri di sebelah selatan, Dewan Undangan di sebelah barat dan Felda di sebelah Utara, menghala ke Jalan Lister dan Taman Tasik Seremban, maka terdirilah bangunan baru Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Negeri Sembilan dan dirasmikan pembukaan oleh DYMM Tuanku Ja'afar Al-Haj Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, pada tanggal 10 Syawal 1400 Hijrah bersamaan 21 Ogos 1980.

💍 𝑴𝒂𝒔𝒊𝒉 𝒌𝒆𝒍𝒊𝒓𝒖 𝒔𝒊𝒂𝒑𝒂 𝒘𝒂𝒍𝒊 𝒏𝒊𝒌𝒂𝒉 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒔𝒂𝒉?Jangan tunggu saat akhir baru nak semak!📱 Sistem Celik Wali hasil inovasi kumpu...
04/11/2026

💍 𝑴𝒂𝒔𝒊𝒉 𝒌𝒆𝒍𝒊𝒓𝒖 𝒔𝒊𝒂𝒑𝒂 𝒘𝒂𝒍𝒊 𝒏𝒊𝒌𝒂𝒉 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒔𝒂𝒉?

Jangan tunggu saat akhir baru nak semak!

📱 Sistem Celik Wali hasil inovasi kumpulan Dinamik JHEAINS membantu bakal pengantin mengenal pasti wali yang layak dengan mudah dan cepat.

✅ Semakan susunan wali nikah
✅ Mudah dan mesra pengguna
✅ Panduan ringkas untuk orang awam
✅ Percuma & boleh diakses bila-bila masa

👉 Cuba sekarang:
https://celikwalinikah.netlify.app/

💬 Kami juga ingin mendengar pandangan anda!

📝 Berikan maklum balas anda di:
https://bit.ly/kajiancelikwali

"Nikah Sekali, Pastikan Walinya Betul." 💍✨

-----------------------------------------------

🔴 Ikuti media sosial Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan:

𝐅𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤 : https://www.facebook.com/jheainsofficial
𝐈𝐧𝐬𝐭𝐚𝐠𝐫𝐚𝐦 : https://www.instagram.com/jheains.official
𝐓𝐢𝐤𝐭𝐨𝐤 : https://www.tiktok.com/
𝐘𝐨𝐮𝐓𝐮𝐛𝐞 : https://www.youtube.com/
𝐋𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐬𝐚𝐰𝐚𝐧𝐠 : https://jheains.ns.gov.my/




04/11/2026

Majlis Perasmian Penutup Program Kem Pengukuhan Aqidah & Akhlak Remaja Bersama Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS

04/11/2026

PROGRAM KEM PENGUKUHAN AQIDAH & AKHLAK REMAJA BERSAMA BAHAGIAN PENGUATKUASAAN JHEAINS

𝐓𝐈𝐏𝐒 𝐑𝐄𝐋𝐀𝐗 : 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐈 𝐃𝐈𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐍𝐃𝐈𝐑𝐈Jadi diri sendiri, bukan mengikut kehendak orang lain. Tak perlu mengejar penerimaan man...
04/11/2026

𝐓𝐈𝐏𝐒 𝐑𝐄𝐋𝐀𝐗 : 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐈 𝐃𝐈𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐍𝐃𝐈𝐑𝐈

Jadi diri sendiri, bukan mengikut kehendak orang lain.

Tak perlu mengejar penerimaan manusia, asalkan setiap langkah kita mendapat keredaan Allah.

----------------------------------------------------
🔴Ikuti media sosial Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan:
𝐅𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤 : https://www.facebook.com/jheainsofficial
𝐈𝐧𝐬𝐭𝐚𝐠𝐫𝐚𝐦 : https://www.instagram.com/jheains.official
𝐓𝐢𝐤𝐭𝐨𝐤 : https://www.tiktok.com/
𝐘𝐨𝐮𝐓𝐮𝐛𝐞 : https://www.youtube.com/
𝐋𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐬𝐚𝐰𝐚𝐧𝐠 : https://jheains.ns.gov.my/



04/11/2026

PROGRAM PENGUKUHAN AKIDAH DAN AKHLAK BERSAMA BAHAGIAN PENGUATKUASAAN JHEAINS

𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀 𝐅𝐊𝐈𝐍𝐒 | 𝐒𝐎𝐑𝐎𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 𝐅𝐄𝐒𝐓𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔Sorotan momen hari pertama Festival Kesen...
03/11/2026

𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀 𝐅𝐊𝐈𝐍𝐒 | 𝐒𝐎𝐑𝐎𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 𝐅𝐄𝐒𝐓𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

Sorotan momen hari pertama Festival Kesenian Islam Negeri Sembilan 2026 yang berlangsung dalam suasana penuh kemeriahan dan penghayatan seni Islam.
----------------------------------------------------
🔴Ikuti media sosial Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan:
𝐅𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤 : https://www.facebook.com/jheainsofficial
𝐈𝐧𝐬𝐭𝐚𝐠𝐫𝐚𝐦 : https://www.instagram.com/jheains.official
𝐓𝐢𝐤𝐭𝐨𝐤 : https://www.tiktok.com/
𝐘𝐨𝐮𝐓𝐮𝐛𝐞 : https://www.youtube.com/
𝐋𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐬𝐚𝐰𝐚𝐧𝐠 : https://jheains.ns.gov.my/



𝗠𝗘𝗠𝗕𝗨𝗗𝗔𝗬𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗟𝗔𝗟: 𝗝𝗛𝗘𝗔𝗜𝗡𝗦 𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛 𝟳𝟱 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗜𝗞𝗧𝗕𝗡 𝗖𝗛𝗘𝗠𝗕𝗢𝗡𝗚 𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗕𝗘𝗟𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗧𝗨𝗛 𝗦𝗬𝗔𝗥𝗜𝗔𝗛𝗥𝗘𝗠𝗕𝗔𝗨, 3 Okt — Seramai 70 oran...
03/11/2026

𝗠𝗘𝗠𝗕𝗨𝗗𝗔𝗬𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗟𝗔𝗟: 𝗝𝗛𝗘𝗔𝗜𝗡𝗦 𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛 𝟳𝟱 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗜𝗞𝗧𝗕𝗡 𝗖𝗛𝗘𝗠𝗕𝗢𝗡𝗚 𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗕𝗘𝗟𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗧𝗨𝗛 𝗦𝗬𝗔𝗥𝗜𝗔𝗛

𝗥𝗘𝗠𝗕𝗔𝗨, 3 Okt — Seramai 70 orang pelajar dan lima orang guru menyertai Kursus Sembelihan Ayam yang diadakan di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong, di sini hari ini.

Program anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) tersebut bertujuan memberi pendedahan serta kefahaman mendalam mengenai kaedah sembelihan yang menepati syariat Islam.

Sepanjang kursus berlangsung, para peserta dibimbing oleh fasilitator berpengalaman dari Bahagian Pengurusan Halal, JHEAINS. Pengisian program merangkumi sesi teori mengenai hukum-hakam, syarat sah sembelihan serta aspek kebersihan dan kebajikan haiwan, disusuli dengan sesi amali sembelihan ayam secara langsung bagi menguji kefahaman peserta di lapangan.

Kursus ini diharap dapat melengkapkan para peserta dengan kemahiran asas fardu kifayah yang praktikal serta memupuk kesedaran tentang kepentingan penyediaan makanan halal dalam kehidupan seharian.
----------------------------------------------------
🔴Ikuti media sosial Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan:
𝐅𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤 : https://www.facebook.com/jheainsofficial
𝐈𝐧𝐬𝐭𝐚𝐠𝐫𝐚𝐦 : https://www.instagram.com/jheains.official
𝐓𝐢𝐤𝐭𝐨𝐤 : https://www.tiktok.com/
𝐘𝐨𝐮𝐓𝐮𝐛𝐞 : https://www.youtube.com/
𝐋𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐬𝐚𝐰𝐚𝐧𝐠 : https://jheains.ns.gov.my/



𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐌𝐔𝐑𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐓𝐀 𝐒𝐀𝐒𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍𝐀𝐍 (𝐒𝐊𝐔) 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐏𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐉𝐇𝐄𝐀𝐈𝐍𝐒𝐏𝐎𝐑𝐓 𝐃𝐈𝐂𝐊𝐒𝐎𝐍, 31 Oktober 2026 – Jabat...
03/11/2026

𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐌𝐔𝐑𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐓𝐀 𝐒𝐀𝐒𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍𝐀𝐍 (𝐒𝐊𝐔) 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐏𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐉𝐇𝐄𝐀𝐈𝐍𝐒

𝐏𝐎𝐑𝐓 𝐃𝐈𝐂𝐊𝐒𝐎𝐍, 31 Oktober 2026 – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) melalui Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam telah menganjurkan Bengkel Pemerkasaan SKU pada 31 Oktober hingga 1 November 2026 bertempat di Villea Hotel, Port Dickson. Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBrs. Ustazah Wan Esma binti Wan Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam JHEAINS.

Bengkel ini bertujuan meningkatkan kompetensi, profesionalisme dan kefahaman kakitangan terhadap pengurusan serta pelaksanaan tugas bagi memantapkan penyampaian perkhidmatan Jabatan. Antara pengisian utama ialah taklimat oleh Bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia JHEAINS berkaitan pengurusan sumber manusia, penggunaan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS), Deskripsi Tugas dan MyPortfolio bagi memperkukuh kefahaman terhadap skop tanggungjawab serta pelaksanaan tugas secara lebih sistematik dan teratur.

Selain itu, bengkel ini turut menjadi platform perbincangan dan pemurnian Sasaran Kerja Tahunan (SKU) 2026, termasuk usaha memperkasakan media JHEAINS bagi memastikan pelaksanaan dan pencapaian sasaran kerja yang lebih menyeluruh, cekap dan berkesan.

-----------------------------------------------

🔴 Ikuti media sosial Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan:

𝐅𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤 : https://www.facebook.com/jheainsofficial
𝐈𝐧𝐬𝐭𝐚𝐠𝐫𝐚𝐦 : https://www.instagram.com/jheains.official
𝐓𝐢𝐤𝐭𝐨𝐤 : https://www.tiktok.com/
𝐘𝐨𝐮𝐓𝐮𝐛𝐞 : https://www.youtube.com/
𝐋𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐬𝐚𝐰𝐚𝐧𝐠 : https://jheains.ns.gov.my/




03/11/2026

FESTIVAL KESENIAN ISLAM NEGERI SEMBILAN PERINGKAT NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS 2026

3-5 NOVEMBER 2026
PUSAT DAKWAH ISLAMIAH NEGERI SEMBILAN

𝐁𝐄𝐒𝐈 𝐑𝐎𝐒𝐀𝐊 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐍𝐀 𝐊𝐀𝐑𝐀𝐓𝐍𝐘𝐀 𝐒𝐄𝐍𝐃𝐈𝐑𝐈.  𝐌𝐀𝐍𝐔𝐒𝐈𝐀 𝐑𝐎𝐒𝐀𝐊 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐍𝐀 𝐅𝐈𝐊𝐈𝐑𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀 𝐒𝐄𝐍𝐃𝐈𝐑𝐈.Kadang-kadang, bukan masalah yang terlalu b...
03/11/2026

𝐁𝐄𝐒𝐈 𝐑𝐎𝐒𝐀𝐊 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐍𝐀 𝐊𝐀𝐑𝐀𝐓𝐍𝐘𝐀 𝐒𝐄𝐍𝐃𝐈𝐑𝐈. 𝐌𝐀𝐍𝐔𝐒𝐈𝐀 𝐑𝐎𝐒𝐀𝐊 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐍𝐀 𝐅𝐈𝐊𝐈𝐑𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀 𝐒𝐄𝐍𝐃𝐈𝐑𝐈.

Kadang-kadang, bukan masalah yang terlalu berat, tetapi fikiran kita yang terlalu jauh memikirkan perkara yang belum tentu berlaku.

Belum terjadi, kita dah risau. Belum pasti, kita dah buat macam-macam andaian. Akhirnya, hati penat, jiwa tak tenang. Badan tak sihat.

Bukan semua perkara kita mampu kawal. Jadi, lepaskan apa yang di luar kemampuan kita. Usaha, doa dan serahkan selebihnya kepada Allah.

Rasulullah ﷺ mengajarkan doa yang sangat baik untuk diamalkan:

يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ، أَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ، وَلَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ

“Wahai Yang Maha Hidup, wahai Yang Maha Mentadbir! Dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan. Perbaikilah segala urusanku dan janganlah Engkau biarkan aku mengurus diriku sendiri walau sekelip mata.”

(Riwayat al-Nasa’i, no. 10330)

Kita ini kadang-kadang terlalu sibuk memikirkan cara menyelesaikan semuanya, sampai terlupa meminta pertolongan daripada Yang Maha Berkuasa atas segala-galanya.

Tenang, sahabat. Buat apa yang termampu. Selebihnya, serahkan kepada Allah.

----------------------------------------------------
🔴Ikuti media sosial Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan:
𝐅𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤 : https://www.facebook.com/jheainsofficial
𝐈𝐧𝐬𝐭𝐚𝐠𝐫𝐚𝐦 : https://www.instagram.com/jheains.official
𝐓𝐢𝐤𝐭𝐨𝐤 : https://www.tiktok.com/
𝐘𝐨𝐮𝐓𝐮𝐛𝐞 : https://www.youtube.com/
𝐋𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐬𝐚𝐰𝐚𝐧𝐠 : https://jheains.ns.gov.my/



Address

BANGUNAN MPS LAMA
Sepang New Village
70000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6067664100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan:

Shortcuts

Share

Nearby government services