Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan

Call Directions Website Contact the organization

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan TRANSFORMASI PERKHIDMATAN TERAS KECEMERLANGAN

Peranan Pejabat Setiausaha Kerajaan
Negeri Sembilan

Sebagai agensi pusat bagi urusan pembangunan dan pentadbiran serta
penyampaian perkhidmatan awam, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan
melaksanakan empat peranan utama berikut :
1. Peneraju pentadbiran dan pengurusan bagi perkhidmatan awam di
Negeri Sembilan
Menguruskan hal-hal berkaitan pengurusan sumber manusia bagi
mempertingkatkan keupayaan jabatan-jabatan negeri serta hal-hal berkaitan
pentadbiran am bagi memastikan perkhidmatan awam yang cekap, berkesan
dan responsif.
2. Pakar runding dalam pengurusan pembangunan ekonomi di Negeri
Sembilan
Memberi khidmat nasihat dan perundingan serta menyelia pembangunan
ekonomi di samping menyelaras pelaksanaan program pembangunan di Negeri
Sembilan.
3. Perancang dalam pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT) sektor awam di Negeri Sembilan
Merancang, menggubal, menyelaras dan menilai pelaksanaan pembangunan ICT
sektor awam bagi memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan
negeri.
4. Penyelaras dan penghubung kepada agensi lain di Negeri Sembilan,
Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun dan Pihak
Berkuasa Tempatan
Menyelaras dan menjadi urus setia serta penghubung antara agensi Kerajaan
Negeri, Persekutuan, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan dalam halhal
pentadbiran dan pembangunan.

29/10/2026
12 orang warga kerja Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan antara 239 orang Munsyi Muda Bahasa telah berganding bahu bert...
29/10/2026

12 orang warga kerja Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan antara 239 orang Munsyi Muda Bahasa telah berganding bahu bertindak sebagai fasilitator yang menjayakan inisiatif Malaysia Book of Records (MBR) menerusi Program Serambi Budi Daya Munsyi Muda Bahasa Tahun 2026.

Inisiatif bertajuk “Penyertaan Terbesar dalam Program Rujukan Kamus” (Largest Simultaneous Use of Kamus Dewan Perdana) ini telah berjaya menghimpunkan seramai 2,345 orang dalam usaha membudayakan amalan merujuk kamus serta memartabatkan penggunaan bahasa Melayu yang betul dan berkesan dalam perkhidmatan awam.

Pada 28 Oktober 2026, sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records telah diserahkan kepada Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) sebagai tanda penghargaan terhadap pencapaian ini.

Tahniah kepada seluruh Munsyi Muda Bahasa dan warga kerja Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan yang terlibat menjayakan inisiatif bersejarah ini.



Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada 13 warga kerja Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan yang menerima Watikah Munsy...
29/10/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada 13 warga kerja Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan yang menerima Watikah Munsyi Muda Bahasa Perkhidmatan Awam Tahun 2026 menerusi Program Serambi Budi Daya Munsyi Muda Bahasa Perkhidmatan Awam yang berlangsung pada 28 Oktober 2026 di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Bukit Kiara.

Pelantikan dan pentauliahan ini juga sebagai satu usaha dan komitmen Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan memperkukuh penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul dalam urusan rasmi kerajaan.

𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐲𝐚𝐛𝐚𝐬!



🎶 “𝐑𝐞𝐧𝐭𝐚𝐤 𝐑𝐞𝐭𝐫𝐨, 𝐋𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚”Kali ni, bukan setakat kasut larian yang kono siap—gaya retro pun bawak sekali! Pakaian...
28/10/2026

🎶 “𝐑𝐞𝐧𝐭𝐚𝐤 𝐑𝐞𝐭𝐫𝐨, 𝐋𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚”

Kali ni, bukan setakat kasut larian yang kono siap—gaya retro pun bawak sekali! Pakaian bertemakan retro digalakkan untuk tambah meriah suasano. Mano tahu, korang pulak yang bergelar Retro King atau Retro Queen! 🕺💃

📅 Tarikh: 14 November 2026 || Sabtu
⏰ Masa: 7.00 pagi
📍 Lokasi: Sekitar Bandar Seremban

👥 Siapo yang boleh masuk?
Penyertaan terbuka kepada penjawat awam di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan sahaja, terhad kepada 350 penyertaan terawal.

🏃 Kategori yang dipertandingkan:
* Terbuka — Lelaki dan Perempuan
* Veteran : 40 tahun dan ke atas — Lelaki dan Perempuan

🏆 Hadiah kemenangan menanti!



28/10/2026

RM5 dapat berlari, dapat air dan roti, dapat e-sijil lagi, mana yang padu, dapat pingat boleh 'selfie', mana nak dapat 'event' macam ini! Jom sertai Fun Run di masjid ikonik negara, Masjid Sri Sendayan sempena Karnival Khazanah Dunia di Jari, Bukan di Hati pada hari Sabtu ini!

Imbas kod QR untuk pendaftaran. Dengan yuran penyertaan hanya RM5, sumbangan anda akan disalurkan kepada Wakaf Tunai MAINS. Beriadah sambil berwakaf, alhamdulillah berbaloi dunia akhirat.

🗓️ Sabtu, 31 Oktober 2026
📍 Masjid Sri Sendayan
🤸 Senamrobik: 7.20 pagi
🏃 Fun Run: 7.40 pagi

Jom daftar dan ajak kawan-kawan sekali!


28/10/2026

Address

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Tingkat 5, Blok A, Wisma Negeri, Jalan Dato' Abdul Malek
Seremban
70503

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6067659900

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan:

Share