JPS Kuala Muda/ Sik/ Baling

Directions

JPS Kuala Muda/ Sik/ Baling LAMAN FACEBOOK RASMI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN DAERAH KUALA MUDA/SIK/BALING

29/10/2026
29/10/2026

Waspada Ribut & Angin Kencang

Cuaca buruk boleh berubah dengan cepat. 🌧💨
Ketika ribut dan angin kencang, sentiasa peka dengan keadaan sekeliling. Elakkan berada di kawasan terbuka, jauhi pokok atau struktur yang tidak kukuh, dan ikuti amaran cuaca serta arahan pihak berkuasa.
Utamakan keselamatan diri, keluarga dan persekitaran anda.

TEMU BUAL PELAJAR UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM) BERSAMA JURUTERA DAERAH JPS KUALA MUDA/SIK/BALINGSatu sesi temu bual t...
29/10/2026

TEMU BUAL PELAJAR UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM) BERSAMA JURUTERA DAERAH JPS KUALA MUDA/SIK/BALING

Satu sesi temu bual telah diadakan oleh pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) bersama Ir. Ts. Azli bin Hashim A.S.K, Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kuala Muda/S*k/Baling, berkaitan isu pencemaran saliran dan sungai.

Sesi ini bertujuan mendapatkan maklumat serta perkongsian kepakaran mengenai punca pencemaran, kesan terhadap alam sekitar, kaedah pemantauan, cabaran yang dihadapi serta langkah-langkah penyelesaian bagi menangani pencemaran sungai.

Diharapkan perkongsian ini dapat menambah pengetahuan dan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menjaga kebersihan saliran dan sungai demi kesejahteraan masyarakat serta kelestarian alam sekitar.



Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah (JPS Kedah)

25/10/2026

AMARAN HUJAN BERTERUSAN

Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Perlis • Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu) • Pulau Pinang • Perak (Kerian, Selama, Larut Matang, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak) sehingga Isnin, 26 Oktober 2026.

Dikeluarkan pada 9:45 pagi, 25 Oktober 2026




24/10/2026

𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐓𝐄𝐎𝐑𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀: 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐎𝐍𝐒𝐔𝐍 𝐓𝐈𝐌𝐔𝐑 𝐋𝐀𝐔𝐓 𝟐𝟎𝟐𝟔/𝟐𝟎𝟐𝟕

Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027 dijangka bermula pada 𝟐𝟕 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟕. Semasa MTL , lazimnya angin bertiup secara konsisten dari arah timur laut.

Orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia menghadapi keadaan cuaca yang berlaku semasa MTL 2026/2027 dengan sentiasa peka kepada maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melalui laman web www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi dan talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638.









LAWATAN PENGESANAN KETERSEDIAAN PENGOPERASIAN DAN PENYAMPAIAN OUTCOME (PKPO) DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN BAGI PROJEK PEMB...
14/10/2026

LAWATAN PENGESANAN KETERSEDIAAN PENGOPERASIAN DAN PENYAMPAIAN OUTCOME (PKPO) DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN BAGI PROJEK PEMBINAAN INFRASTRUKTUR SABO DI LEMBANGAN SUNGAI KUPANG, BALING

12 Oktober 2026 - Satu lawatan pengesanan Ketersediaan Pengoperasian dan Penyampaian Outcome (PKPO) telah diadakan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) bagi Projek Pembinaan Infrastruktur SABO di Lembangan Sungai Kupang, Baling, Kedah.

Lawatan ini bertujuan untuk menilai tahap kesiapsiagaan pengoperasian infrastruktur yang telah dibina serta memastikan projek dapat berfungsi dengan baik dan memberikan outcome yang diharapkan kepada penduduk setempat.

Pembinaan infrastruktur SABO merupakan antara langkah mitigasi bagi mengurangkan risiko aliran puing dan mendapan bahan seperti batu, pasir serta kayu yang boleh mengalir bersama arus deras ketika kejadian hujan lebat. Pelaksanaan projek ini diharap dapat meningkatkan tahap keselamatan penduduk dan mengurangkan risiko bencana di kawasan berisiko.

Lawatan ini turut menjadi platform bagi meneliti aspek pengoperasian, penyelenggaraan serta keberkesanan infrastruktur yang disediakan demi memastikan manfaat projek dapat dinikmati secara berterusan oleh masyarakat setempat.

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah (JPS Kedah)











14/10/2026
13/10/2026
12/10/2026

Nampak tanda-tanda ini di kawasan anda? 👀🌧️

Jangan ambil mudah. Kawasan tanah rendah, saliran tersumbat, hujan lebat dan paras sungai yang semakin meningkat boleh menjadi petanda risiko banjir.

Simpan info ini, kekal peka dan kongsikan dengan keluarga serta komuniti anda. 💙

06/10/2026

𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐓𝐄𝐎𝐑𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀: 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀𝐀𝐍 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐎𝐍𝐒𝐔𝐍

Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula pada 𝟗 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐡𝐮𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔.

Semasa fasa peralihan monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah. Keadaan ini boleh menggalakkan pembentukan awan ribut petir yang lazimnya membawa kepada kejadian hujan lebat dan kilat berserta angin kencang dalam tempoh masa yang singkat, terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di barat dan pedalaman Semenanjung serta barat Sabah dan Sarawak. Fenomena cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat, kepala air, pokok tumbang serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh.

Dapatkan maklumat cuaca dan gempa bumi terkini yang sahih melalui laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi Jabatan. Hubungi talian Hotline 1300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan lanjut.





Address

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN KUALA MUDA/SIK/BALING, TING. 2, BANGUNAN TUNKU ABDUL MALIK, O8000 SUNGAI PETANI
Sungai Petani
08000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPS Kuala Muda/ Sik/ Baling posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share