JPS Daerah Larut Matang dan Selama

Call Directions Contact the organization

JPS Daerah Larut Matang dan Selama Sebarang Aduan boleh dibuat melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam - JPS

03/11/2026
LAWATAN TAPAK BERHUBUNG ADUAN AKTIVITI PEMBALAKAN DI HULU TAPAK PROJEK SOLAR LADANG MALAKOFFLawatan ini bertujuan untuk ...
30/10/2026

LAWATAN TAPAK BERHUBUNG ADUAN AKTIVITI PEMBALAKAN DI HULU TAPAK PROJEK SOLAR LADANG MALAKOFF

Lawatan ini bertujuan untuk melihat keadaan sebenar di lapangan, meneliti isu yang dibangkitkan serta mendapatkan gambaran menyeluruh bagi mengenal pasti langkah penyelesaian dan tindakan pencegahan yang sewajarnya.

Lawatan turut melibatkan pihak-pihak berkepentingan bagi memastikan isu ini dapat diteliti secara bersama demi kepentingan dan keselamatan masyarakat setempat.

Semoga usaha bersepadu ini dapat membantu mencari penyelesaian terbaik serta memastikan kelestarian alam sekitar terus terpelihara.

Komitmen bersama, demi kesejahteraan masyarakat dan kelestarian alam sekitar.

🤲🏻MAJLIS BACAAN YASIN JPS DAERAH LARUT, MATANG DAN SELAMA (LMS)Alhamdulillah, majlis bacaan Yasin yang berlangsung pada ...
30/10/2026

🤲🏻MAJLIS BACAAN YASIN JPS DAERAH LARUT, MATANG DAN SELAMA (LMS)

Alhamdulillah, majlis bacaan Yasin yang berlangsung pada hari ini telah berjalan dengan lancar dan penuh keberkatan.

Semoga setiap bacaan dan doa yang dipanjatkan mendapat rahmat serta keberkatan daripada Allah SWT. Mudah-mudahan kita semua sentiasa dikurniakan kesihatan, dipermudahkan segala urusan dan dilindungi dalam setiap langkah.

Semoga majlis seumpama ini terus menjadi wadah mengeratkan silaturahim serta menyemai nilai kerohanian dalam kalangan warga JPS LMS.

Aamiin Ya Rabbal Alamin. 🤲🏻

PROGRAM KUNJUNGAN SILATURRAHIM DAN LAWATAN TEKNIKAL JPS LMS KE JPS HULU PERAK SECARA KONVOI BERMOTOSIKAL SEMPENA SAMBUTA...
25/09/2026

PROGRAM KUNJUNGAN SILATURRAHIM DAN LAWATAN TEKNIKAL JPS LMS KE JPS HULU PERAK SECARA KONVOI BERMOTOSIKAL SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA BAGI TAHUN 2026

16 September 2026 | Gerik Perak

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Larut Matang dan Selama (LMS) di bawah anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan JPS LMS (KELAS) telah mengadakan Program Kunjungan Silaturrahim dan Lawatan Teknikal JPS LMS ke JPS Hulu Perak Secara Konvoi Bermotosikal Sempena Sambutan Hari Malaysia Bagi Tahun 2026

Program ini diadakan bersempena Sambutan Hari Malaysia 2026 sebagai salah satu usaha untuk menyemarakkan semangat patriotisme serta kerjasama dan mengeratkan hubungan silaturahim antara warga kerja JPS.

Sepanjang lawatan, para peserta berpeluang untuk berkongsi pengalaman serta mengenali dengan lebih dekat peranan dan aktiviti JPS, khususnya berkaitan pengurusan sungai, tebatan banjir, sistem saliran serta sumber air di daerah masing-masing.

Program konvoi bermotosikal ini turut menekankan aspek disiplin, pematuhan undang-undang jalan raya, serta gaya hidup sihat selaras dengan imej penjawat awam yang berintegriti dan proaktif.

JPS LMS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak pengurusan serta warga kerja JPS Hulu Perak atas kesudian menerima kunjungan, perkongsian ilmu dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang lawatan berlangsung.

Semoga perkongsian pengalaman, ilmu dan kaedah yang digunakan oleh JPS Hulu Perak bagi mengurangkan risiko serta menangani kesan banjir dapat dimanfaatkan oleh warga JPS LMS.

"ILMU DAN PENGALAMAN DIKONGSI, KESEJAHTERAAN DINIKMATI"

LAWATAN PENANDAARASAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DAN MAJLIS BERSAMA JABATAN JPS LARUT MATANG DAN SELAMA KE TNB ...
24/09/2026

LAWATAN PENANDAARASAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DAN MAJLIS BERSAMA JABATAN JPS LARUT MATANG DAN SELAMA KE TNB JANAMANJUNG

24 September 2026 | Manjung, Perak

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Larut Matang dan Selama (LMS) telah mengadakan Lawatan Penandaarasan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) serta Majlis Bersama Jabatan (MBJ) JPS LMS ke TNB Janamanjung pada 24 September 2026.

Lawatan ini merupakan salah satu inisiatif dalam usaha memperkukuh aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan, pengurusan organisasi serta perkongsian amalan terbaik melalui pendedahan secara langsung kepada pengurusan dan operasi di TNB Janamanjung.

Sepanjang lawatan, para peserta berpeluang mendapatkan perkongsian berkaitan amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, pengurusan risiko, prosedur kerja selamat serta pengurusan operasi, di samping melihat sendiri pelaksanaan amalan terbaik di fasiliti TNB Janamanjung.

Program ini turut menjadi platform untuk memperkukuh hubungan kerjasama dan perkongsian ilmu antara JPS LMS dan TNB Janamanjung, khususnya dalam usaha membudayakan persekitaran kerja yang lebih selamat, sistematik dan berdaya saing.

JPS LMS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak pengurusan serta warga kerja TNB Janamanjung atas kesudian menerima kunjungan, perkongsian ilmu dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang lawatan berlangsung.

Semoga hasil penandaarasan ini dapat dimanfaatkan oleh warga JPS LMS serta menjadi pemangkin kepada penambahbaikan berterusan dalam aspek keselamatan, kesihatan pekerjaan, pengurusan dan penyampaian perkhidmatan.

“Keselamatan Tanggungjawab Bersama, Kecemerlangan Aspirasi Kita.”










HARI INOVASI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI PERAK TAHUN 202613 OGOS 2026, Khamis - Telah berlangsungnya Hari Inova...
17/08/2026

HARI INOVASI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI PERAK TAHUN 2026

13 OGOS 2026, Khamis - Telah berlangsungnya Hari Inovasi JPS Negeri Perak Tahun 2026 di APBM, Batu Gajah. Semua daerah telah mempamerkan produk hasil inovasi masing-masing.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Kumpulan Raintown atas kejayaan membanggakan dalam menghasilkan produk inovasi Eco Waste Bin. Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat bermakna dan membuktikan komitmen, kreativiti, kesungguhan serta semangat kerja berpasukan yang tinggi dalam menghasilkan sebuah inovasi yang berkualiti.

Produk Eco Waste Bin bukan sahaja mengetengahkan idea yang kreatif dan inovatif, malah membawa mesej yang sangat penting dalam usaha memupuk kesedaran terhadap pengurusan sisa, kebersihan dan kelestarian alam sekitar. Inovasi sebegini amat wajar diberi penghargaan kerana mampu menyumbang kepada pembentukan persekitaran yang lebih bersih, teratur dan lestari.

Kejayaan yang diraih ini pastinya hasil daripada usaha gigih, perancangan yang teliti, kerjasama erat serta keberanian Kumpulan Raintown dalam mencetuskan idea baharu dan mencari penyelesaian terhadap isu yang dihadapi dalam kehidupan seharian.

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada Kumpulan Raintown untuk terus melangkah lebih jauh, memperkembangkan inovasi yang dihasilkan serta menghasilkan lebih banyak idea kreatif yang memberi manfaat kepada masyarakat dan alam sekitar. Diharapkan kejayaan ini juga dapat menjadi inspirasi kepada kumpulan lain untuk terus berani berinovasi, mencipta dan membawa perubahan positif.

Sekalung tahniah, setinggi-tinggi penghargaan dan syabas buat Kumpulan Raintown atas kejayaan produk inovasi Eco Waste Bin. Teruskan berkarya, teruskan berinovasi dan teruskan mencipta kejayaan! 🌱👏🏆

Operasi Pengalihan Struktur Binaan – Sungai Batu Tegoh13 Ogos 2026 | Sungai Batu TegohUntuk pengetahuan semua, pencerobo...
13/08/2026

Operasi Pengalihan Struktur Binaan – Sungai Batu Tegoh

13 Ogos 2026 | Sungai Batu Tegoh

Untuk pengetahuan semua, pencerobohan rizab sungai merupakan perbuatan menduduki, membina struktur, mengusahakan atau menjalankan apa-apa aktiviti dalam kawasan rizab sungai tanpa kebenaran pihak berkuasa yang berkenaan. Dari sudut perundangan tanah, tindakan tersebut boleh melibatkan peruntukan di bawah *Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 828)*, khususnya berkaitan pendudukan atau penggunaan tanah kerajaan tanpa kebenaran yang sah. Pencerobohan rizab sungai juga boleh menjejaskan fungsi sungai, menghalang kerja-kerja penyelenggaraan serta meningkatkan risiko banjir dan hakisan tebing.

Satu operasi pengalihan struktur binaan bagi memberi laluan kepada pelaksanaan kerja-kerja pembaikan tebing Sungai Batu Tegoh telah dilaksanakan pada hari ini.

Operasi ini diketuai dan diselaraskan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama (PDT LMS). Kesemua anggota yang terlibat telah berkumpul di PDT LMS pada jam 8.30 pagi bagi mendengar taklimat berkaitan aspek keselamatan, pergerakan operasi serta pembahagian kawasan tugas sebelum operasi bermula pada jam 9.30 pagi dan selesai pada jam 2.30 petang.

JPS LMS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat dalam operasi ini atas kerjasama, komitmen dan sokongan padu yang diberikan sepanjang operasi ini berlangsung.

Semoga sinergi dan kerjasama strategik antara semua agensi dapat terus diperkukuhkan demi memastikan pelaksanaan kerja-kerja pengurusan sungai dan mitigasi banjir di Daerah Larut Matang dan Selama dapat dilaksanakan dengan berkesan.

JPS LMS – Bersama Menjaga Sungai, Demi Kesejahteraan Masyarakat.



📢 NOTIS PEMAKLUMANDimaklumkan bahawa Proses Cabutan Kerja-Kerja Undi Sesi 01/2026 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri P...
07/07/2026

📢 NOTIS PEMAKLUMAN

Dimaklumkan bahawa Proses Cabutan Kerja-Kerja Undi Sesi 01/2026 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak yang dijadualkan pada:

📅 13 Julai 2026 (Isnin)
🕘 9.30 pagi

TELAH DIPINDA kepada:

📅 14 Julai 2026 (Selasa)
🕘 9.30 pagi

📺 Proses cabutan akan disiarkan secara langsung melalui Facebook Rasmi JPS Negeri Perak.

Mohon perhatian semua kontraktor dan pihak yang berkaitan. Segala kesulitan yang timbul amat dikesali dan kerjasama serta perhatian semua pihak didahului dengan ucapan terima kasih.

Address

Pejabat Jurutera Daerah JPS Larut, Matang Dan Selama
Taiping
34000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6058073694

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPS Daerah Larut Matang dan Selama posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JPS Daerah Larut Matang dan Selama:

Shortcuts

Share