30/10/2026
Hari ni Tuan Pegawai Daerah Tangkak turun ke lapangan meninjau situasi di Kg. Parit Bengkok, Grisek yang dilanda banjir kilat pada hari khamis selepas hujan lebat.
Sumber air dari dua kawasan iaitu Gunung Sari dan Melepang Gantian, Sengkang telah tertumpu ke pengairan sungai Parit Bengkok lalu menyebabkan paras air naik mendadak dalam tempoh yang singkat.
Hadir sama pada tinjauan ini adalah Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Tangkak, Pegawai APM Daerah Tangkak, Penghulu Mukim Grisek, Encik Amrin Ketua Kampung Parit Bengkok serta wakil penduduk setempat.
Sempat juga bertemu dengan penduduk kampung mendengar keperluan keluarga yang terjejas, InsyaAllah perancangan jangka pendek dan panjang akan dilaksanakan demi menangani isu ini agar dapat memastikan keselesaan dan keselamatan penduduk kampung untuk jangka masa panjang.
Walaupun hari ini air telah surut sepenuhnya, namun penduduk kampung masih dalam fasa berwaspada dan bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan, memandangkan musim Monsun Timur Laut 2026/2027 telah bermula.