Bahagian Kesihatan Pergigian WP Labuan

Call Directions Website Contact the organization

Bahagian Kesihatan Pergigian WP Labuan Mempromosikan kesihatan pergigian didalam usaha meningkatkan kesihatan pergigian rakyat Malaysia. Page rasmi Bahagian Kesihatan Pergigian WP Labuan

Selasa | 27 Oktober 2026Majlis Perpisahan Dr Oh  merangkap Minum petang di Bilik Mesyuarat Utama Pergigian WP Labuan yan...
27/10/2026

Selasa | 27 Oktober 2026
Majlis Perpisahan Dr Oh merangkap Minum petang di Bilik Mesyuarat Utama Pergigian WP Labuan yang dikendalikan dan dimeriahkan dengan kehadiran staf Bahagian Kesihatan Pergigian WP Labuan.
Terima kasih atas perkhidmatan anda yang membantu ke arah kemajuan Bahagian Kesihatan Pergigian WP Labuan dan selamat maju jaya di tempat kerja baru.

27/10/2026

NOTIS PEMAKLUMAN
PENUTUPAN PUSAT TRANSFORMASI BANDAR (UTC) DAN PASAR SENTRAL UNTUK KERJA-KERJA SEMBURAN KABUS (FOGGING) BAGI MENGHAPUSKAN NYAMUK AEDES

TARIKH : 27 OKTOBER 2026 (SELASA)
MASA : 6.00 PETANG
TEMPAT : KESELURUHAN UTC DAN PASAR SENTRAL

PERKHIDMATAN JABATAN KERAJAAN DAN URUS NIAGA AKAN DITAMATKAN AWAL DAN AKAN BEROPERASI SEMULA SEPERTI BIASA PADA 28 OKTOBER 202.

SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI. KERJAMA SEMUA AMAT DIHARGAI

PERBADANAN LABUAN



Notis pemakluman penutupan klinik pergigian bagi tujuan pelaksanaan semburan kabus (fogging) di *KLINIK PERGIGIAN UTC*. ...
27/10/2026

Notis pemakluman penutupan klinik pergigian bagi tujuan pelaksanaan semburan kabus (fogging) di *KLINIK PERGIGIAN UTC*.
Jika ada sebarang pertanyaan, anda digalakkan menghubungi melalui email seperti yang tertera. Sebarang kesulitan amatlah dikesali, untuk makluman.

🦷❤️ Mulut Sihat, Jantung Terjaga!Tahukah anda, kesihatan mulut bukan sekadar tentang gigi dan senyuman? Penyakit gusi ya...
26/10/2026

🦷❤️ Mulut Sihat, Jantung Terjaga!

Tahukah anda, kesihatan mulut bukan sekadar tentang gigi dan senyuman? Penyakit gusi yang tidak dirawat boleh menyebabkan keradangan dan dikaitkan dengan kesihatan jantung.

✨ Jaga gusi, jaga kebersihan mulut, dan jangan abaikan pemeriksaan pergigian secara berkala.

Mulakan penjagaan mulut hari ini untuk kesihatan yang lebih baik!

Kredit: JP Wana

26/10/2026
Ahad | 25 Oktober 2026Bahagian Kesihatan Pergigian WP Labuan telah menyertai Program Intervensi Keluarga: Seminar Genera...
26/10/2026

Ahad | 25 Oktober 2026
Bahagian Kesihatan Pergigian WP Labuan telah menyertai Program Intervensi Keluarga: Seminar Generasi Labuan Tinggi bagi Menangani Masalah Bantut dalam Kalangan Kanak-Kanak Bawah 5 Tahun di Wilayah Persekutuan Labuan yang berlangsung di Ujana Kewangan sebagai pempamer.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah pameran pendidikan kesihatan pergigian berkaitan penjagaan kesihatan mulut dalam kalangan kanak-kanak kecil (toddler) serta perkhidmatan sapuan fluorida bagi membantu mencegah karies gigi. Seramai 74 orang peserta telah mengunjungi reruai pergigian.

Usaha ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran ibu bapa dan penjaga tentang kepentingan penjagaan kesihatan mulut sejak usia awal demi melahirkan generasi yang sihat dan sejahtera.

🦷PRODUK PERGIGIAN VIRAL, TAPI ADAKAH SELAMAT DIGUNAKAN?Jangan mudah terpengaruh dengan trend dan testimoni di media sosi...
25/10/2026

🦷PRODUK PERGIGIAN VIRAL, TAPI ADAKAH SELAMAT DIGUNAKAN?

Jangan mudah terpengaruh dengan trend dan testimoni di media sosial! Sebelum membeli produk pemutihan gigi, ubat gigi atau produk kosmetik pergigian, pastikan produk tersebut sah, berdaftar atau mempunyai notifikasi yang sewajarnya.

âś… Semak sebelum membeli!
🔎 Produk kosmetik dan ubat seperti sesetengah ubat gigi atau produk pemutihan gigi: semak status notifikasi melalui NPRA (QUEST3+) atau MYUBAT.
🔎 Produk peranti perubatan pergigian: semak pendaftaran melalui Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA), jika berkenaan.
🔎 Beli daripada penjual yang dipercayai dan teliti label, pengilang serta arahan penggunaan. Jangan mudah percaya dengan dakwaan hasil segera atau luar biasa!

⚠️ Mengapa perlu berhati-hati? Penggunaan produk yang tidak sesuai, mengandungi bahan berbahaya atau digunakan secara salah boleh menyebabkan gigi sensitif, hakisan enamel, kerengsaan gusi dan kerosakan tisu mulut.

đź’ˇ Ingat! Viral tidak semestinya selamat. Pilih produk yang sesuai, gunakan mengikut arahan dan dapatkan nasihat doktor gigi sebelum mencuba rawatan kosmetik atau supplement pergigian.

Utamakan keselamatan, lindungi kesihatan mulut anda! 🦷💙

Sabtu | 24 Oktober 2026Bahagian Kesihatan Pergigian telah dijemput oleh Sunshine Mastercare Training Agency untuk menyam...
24/10/2026

Sabtu | 24 Oktober 2026
Bahagian Kesihatan Pergigian telah dijemput oleh Sunshine Mastercare Training Agency untuk menyampaikan ceramah bertajuk “Penjagaan Kesihatan Pergigian kepada Kanak-kanak Autisme” kepada peserta Kursus Asuhan Kanak-kanak PERMATA di Labuan Autism Care Centre.

Ceramah telah disampaikan oleh Pegawai Pergigian, Dr. Faiz Fakhruddin, dengan tujuan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran peserta mengenai kepentingan penjagaan kesihatan pergigian serta pendekatan penjagaan gigi yang bersesuaian bagi kanak-kanak autisme.

Selain itu, pameran pendidikan kesihatan pergigian turut diadakan bagi memberi pendedahan kepada para peserta. Program TATEH (Tindakan Awal Teguhkan Enamel Sihat) juga telah diperkenalkan sebagai salah satu usaha mempromosikan penjagaan kesihatan pergigian sejak awal usia.

Seramai 18 orang peserta telah menghadiri sesi ini. Diharapkan program ini dapat memperkukuh pengetahuan dan kemahiran peserta dalam menyokong penjagaan kesihatan pergigian kanak-kanak autisme, sekali gus membantu memupuk amalan kesihatan pergigian yang baik sejak kecil.

Jumaat | 23 Oktober 2026 Bahagian Kesihatan Pergigian, bersama Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan WP Labuan tela...
23/10/2026

Jumaat | 23 Oktober 2026
Bahagian Kesihatan Pergigian, bersama Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan WP Labuan telah mengadakan Program Jelajah Inisiatif Penjawat Awam Sihat Sejahtera (i-PASS) roadshow siri 2 di Jabatan Laut WP Labuan.

Program ini merangkumi saringan kesihatan, saringan pergigian, saringan kecergasan, saringan minda sihat, saringan klinik berhenti merokok dan saringan kesihatan wanita; disasarkan kepada warga staf yang bertugas di 11 agensi yang terlibat dalam program i-PASS pada tahun ini.

Antara aktiviti yang dijalankan oleh bahagian kesihatan pergigian termasuk pameran pendidikan kesihatan pergigian, saringan kanser mulut, pemeriksaan pergigian dan rawatan penskaleran gigi (cuci gigi).
Seramai 42 orang pengunjung yang hadir yang terdiri daripada golongan penjawat awam di WP Labuan.

Segulung penghargaan kepada warga penjawat awam yang telah hadiri dan staf pergigian serta urusetia yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan program hari ni, terima kasih atas komitmen dan semangat pasukan yang jitu, ke arah komuniti yang cakna tentang kesihatan mulut.

i-PASS ialah program proaktif oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membudayakan gaya hidup sihat serta meningkatkan kesejahteraan fizikal dan mental dalam kalangan penjawat awam. Bersama-sama kita menjaga kesihatan diri bagi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat yang memerlukan.

Address

Pejabat Pergigian WP Labuan, Peti Surat 80544
Victoria
87014

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6087596033

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Kesihatan Pergigian WP Labuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bahagian Kesihatan Pergigian WP Labuan:

Shortcuts

Share

Nearby government services