Majlis Ikatan Mahasiswa Darul Aman -Minda-

Directions Contact the organization

Majlis Ikatan Mahasiswa Darul Aman -Minda- Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Majlis Ikatan Mahasiswa Darul Aman -Minda-, Government Organization, Alor Setar.

Sebuah organisasi yang menjadi penghubung kepada semua mahasiswa dan mahasiswi negeri Kedah Darul Aman yang sedang melanjutkan pengajian di dalam dan luar Malaysia

06/11/2026

SEMUA AGAMA TIDAK MEMBENARKAN HIBURAN MELAMPAU

Majlis Ikatan Mahasiswa Darul Aman (MINDA) memandang tentang penentangan Garis Panduan Konsert di Institusi Pendidikan Tinggi atas alasan kebebasan mahasiswa. Kebebasan bersuara dan keterbukaan kampus tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mengetepikan batas moral, prinsip agama serta nilai kesusilaan dalam masyarakat.

MINDA menegaskan bahawa kebebasan mahasiswa perlu disertai tanggungjawab dan rasa hormat terhadap nilai agama serta norma masyarakat. Jangan sampai atas nama kebebasan, prinsip dan maruah agama dipandang ringan. Kebebasan ada batas, tanggungjawab tetap perlu digalas.

“𝗜𝗡𝗧𝗘𝗚𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗠𝗜𝗡𝗗𝗔, 𝗞𝗘𝗗𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗝𝗔𝗛𝗧𝗘𝗥𝗔 & 𝗕𝗘𝗥𝗝𝗔𝗬𝗔”

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗜𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗛𝗔𝗦𝗜𝗦𝗪𝗔 𝗗𝗔𝗥𝗨𝗟 𝗔𝗠𝗔𝗡 (𝗠𝗜𝗡𝗗𝗔)



JANGAN LANGGAR BATAS MORAL & AGAMAMajlis Ikatan Mahasiswa Darul Aman (MINDA) memandang serius tindakan gerakan mahasiswa...
06/11/2026

JANGAN LANGGAR BATAS MORAL & AGAMA

Majlis Ikatan Mahasiswa Darul Aman (MINDA) memandang serius tindakan gerakan mahasiswa daripada universiti terkemuka yang menentang Garis Panduan Konsert di Institusi Pendidikan Tinggi atas alasan kebebasan mahasiswa dan keterbukaan kampus.

Persoalannya, adakah mana-mana agama mengiktiraf atau membenarkan gejala sosial yang bertentangan dengan nilai agama, norma masyarakat serta prinsip moral dan kesusilaan?Kebebasan bukan tiket menormalisasikan perkara yang bertentangan dengan prinsip agama dan nilai kemanusiaan.

Sehubungan itu, MINDA mengemukakan tuntutan berikut:

1. Menyediakan khidmat kaunseling dan bimbingan moral bagi memperkukuh kefahaman mahasiswa terhadap nilai, etika dan prinsip agama.
2. Mengambil tindakan tegas terhadap sebarang penyalahgunaan kebebasan bersuara yang melanggar undang-undang serta peraturan universiti.
3. Mewujudkan inisiatif Sahabat Patuh Moral bagi memupuk pergaulan yang beradab serta memastikan batas agama dan nilai moral dihormati sepanjang penganjuran aktiviti kampus.

Kebebasan ada batas, agama ada maruah. Jangan sampai atas nama kebebasan, kita menggadaikan prinsip dan nilai kehidupan.

“𝗜𝗡𝗧𝗘𝗚𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗠𝗜𝗡𝗗𝗔, 𝗞𝗘𝗗𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗝𝗔𝗛𝗧𝗘𝗥𝗔 & 𝗕𝗘𝗥𝗝𝗔𝗬𝗔”

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗜𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗛𝗔𝗦𝗜𝗦𝗪𝗔 𝗗𝗔𝗥𝗨𝗟 𝗔𝗠𝗔𝗡 (𝗠𝗜𝗡𝗗𝗔)



𝗗𝗜𝗔𝗕𝗘𝗧𝗘𝗦 𝗔𝗪𝗔𝗥𝗘𝗡𝗘𝗦𝗦 𝗧𝗔𝗟𝗞: 𝗦𝗨𝗚𝗔𝗥 𝗥𝗨𝗦𝗛 𝗢𝗥 𝗦𝗨𝗚𝗔𝗥 𝗖𝗥𝗨𝗦𝗛?Biro Kesenian, Rekreasi dan Sukan MINDA membawakan sebuah program kes...
06/11/2026

𝗗𝗜𝗔𝗕𝗘𝗧𝗘𝗦 𝗔𝗪𝗔𝗥𝗘𝗡𝗘𝗦𝗦 𝗧𝗔𝗟𝗞: 𝗦𝗨𝗚𝗔𝗥 𝗥𝗨𝗦𝗛 𝗢𝗥 𝗦𝗨𝗚𝗔𝗥 𝗖𝗥𝗨𝗦𝗛?

Biro Kesenian, Rekreasi dan Sukan MINDA membawakan sebuah program kesedaran kesihatan yang mengetengahkan isu diabetes dalam kalangan masyarakat, khususnya golongan mahasiswa!

Menerusi perkongsian ini, para peserta berpeluang untuk menambah pengetahuan, memahami faktor risiko diabetes serta mengetahui langkah-langkah pencegahan dan amalan gaya hidup sihat.

📅 Tarikh: 11/11/2026 (RABU)
⏰ Masa: 8.00 malam – 10.00 malam
💻 Platform: Google Meet

💰 Yuran Penyertaan:
🎓 Mahasiswa: RM3
👥 Orang Awam: RM5

Jom sertai kami dan jadilah individu yang lebih cakna terhadap kesihatan diri!

🔗 Pendaftaran:
https://forms.gle/sorrXzVBZ81S7Nx49

📞 Sebarang pertanyaan:
Saudara Hafiz - 0148894955
Saudari Fatin - 0135702250

“𝗜𝗡𝗧𝗘𝗚𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗠𝗜𝗡𝗗𝗔, 𝗞𝗘𝗗𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗝𝗔𝗛𝗧𝗘𝗥𝗔 & 𝗕𝗘𝗥𝗝𝗔𝗬𝗔”

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗜𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗛𝗔𝗦𝗜𝗦𝗪𝗔 𝗗𝗔𝗥𝗨𝗟 𝗔𝗠𝗔𝗡 (𝗠𝗜𝗡𝗗𝗔)



SYABAS & TAHNIAH KEPADA SELURUH GRADUAN ANAK KEDAH!Exco Pengajian Tinggi Negeri Kedah, Kerajaan Negeri Kedah serta baris...
06/11/2026

SYABAS & TAHNIAH KEPADA SELURUH GRADUAN ANAK KEDAH!

Exco Pengajian Tinggi Negeri Kedah, Kerajaan Negeri Kedah serta barisan kepimpinan Majlis Ikatan Mahasiswa Darul Aman (MINDA) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh mahasiswa/wi anak Kedah yang telah berjaya menamatkan pengajian pada tahun ini.

Kejayaan ini merupakan hasil ketekunan, pengorbanan dan kesungguhan sepanjang menuntut ilmu, di samping doa serta sokongan ibu bapa, keluarga dan para pendidik.

Sesungguhnya, kejayaan menamatkan pengajian bukanlah titik pengakhiran, sebaliknya permulaan kepada tanggungjawab yang lebih besar dalam menyumbang ilmu, kepakaran dan kemahiran kepada masyarakat, negeri dan negara.

Justeru, para graduan diharapkan agar terus melangkah dengan yakin, berani mendepani cabaran dunia pekerjaan serta sentiasa meningkatkan keupayaan diri seiring dengan keperluan semasa.

Jadilah graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah memiliki integriti, jati diri dan jiwa besar untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan tanah air.

“𝗜𝗡𝗧𝗘𝗚𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗠𝗜𝗡𝗗𝗔, 𝗞𝗘𝗗𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗝𝗔𝗛𝗧𝗘𝗥𝗔 & 𝗕𝗘𝗥𝗝𝗔𝗬𝗔”

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗜𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗛𝗔𝗦𝗜𝗦𝗪𝗔 𝗗𝗔𝗥𝗨𝗟 𝗔𝗠𝗔𝗡 (𝗠𝗜𝗡𝗗𝗔)



𝑺𝑬𝑻𝑰𝑵𝑮𝑮𝑰-𝑻𝑰𝑵𝑮𝑮𝑰 𝑻𝑨𝑯𝑵𝑰𝑨𝑯 🌹Exco Pengajian Tinggi Negeri Kedah, saf kepimpinan MINDA dan Kerajaan Negeri Kedah merakamkan s...
05/11/2026

𝑺𝑬𝑻𝑰𝑵𝑮𝑮𝑰-𝑻𝑰𝑵𝑮𝑮𝑰 𝑻𝑨𝑯𝑵𝑰𝑨𝑯 🌹

Exco Pengajian Tinggi Negeri Kedah, saf kepimpinan MINDA dan Kerajaan Negeri Kedah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Nurisya Khyra binti Zamzuri, Sekretariat Komunikasi Korporat & Media MINDA atas kejayaan memperoleh Tauliah Mengajar Al-Quran daripada Jabatan Mufti Negeri Kedah Daul Aman.

Semoga pengiktirafan ini menjadi amanah untuk terus menyampaikan ilmu, membimbing masyarakat dan menyebarkan keindahan Al-Quran. Mudah-mudahan setiap ilmu yang dicurahkan menjadi amal jariah yang berpanjangan serta diberkati Allah SWT.

Tahniah dan syabas ! 🤍

𝗜𝗡𝗧𝗘𝗚𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗠𝗜𝗡𝗗𝗔, 𝗞𝗘𝗗𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗝𝗔𝗛𝗧𝗘𝗥𝗔 & 𝗕𝗘𝗥𝗝𝗔𝗬𝗔

Ikhlas daripada,
𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗜𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗛𝗔𝗦𝗜𝗦𝗪𝗔 𝗗𝗔𝗥𝗨𝗟 𝗔𝗠𝗔𝗡 (𝗠𝗜𝗡𝗗𝗔)



MENJUNJUNG ILMU, MEMELIHARA AGAMAMajlis Ikatan Mahasiswa Darul Aman (MINDA) memandang serius dakwaan berhubung pelaksana...
05/11/2026

MENJUNJUNG ILMU, MEMELIHARA AGAMA

Majlis Ikatan Mahasiswa Darul Aman (MINDA) memandang serius dakwaan berhubung pelaksanaan program Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang dikatakan tidak menyediakan ruang dan kelonggaran sewajarnya kepada hampir 3,000 mahasiswa untuk menunaikan solat.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Nisa’, ayat 103:

إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا

Maksudnya: “Sesungguhnya solat itu merupakan satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.”

Sehubungan itu, MINDA menggesa pihak pengurusan UniMAP agar:

1. Menjalankan penelitian menyeluruh terhadap penyusunan jadual dan pengurusan program agar tidak mengabaikan tuntutan ibadah mahasiswa.

2. Memastikan setiap program universiti pada masa hadapan mengambil kira waktu solat serta menyediakan kemudahan ibadah yang bersesuaian.

3. Memperkukuh garis panduan penganjuran program mahasiswa dengan meletakkan kebajikan, keperluan spiritual dan kesejahteraan peserta sebagai antara keutamaan.

“𝗜𝗡𝗧𝗘𝗚𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗠𝗜𝗡𝗗𝗔, 𝗞𝗘𝗗𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗝𝗔𝗛𝗧𝗘𝗥𝗔 & 𝗕𝗘𝗥𝗝𝗔𝗬𝗔”

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗜𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗛𝗔𝗦𝗜𝗦𝗪𝗔 𝗗𝗔𝗥𝗨𝗟 𝗔𝗠𝗔𝗡 (𝗠𝗜𝗡𝗗𝗔)



𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗗𝗔𝗛 𝗦𝗔𝗡𝗧𝗨𝗡𝗜 𝗪𝗔𝗥𝗜𝗦 𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛𝗬𝗔𝗥𝗛𝗔𝗠𝗔𝗛 𝗡𝗨𝗥 𝗧𝗔𝗦𝗡𝗘𝗘𝗠, 𝗦𝗔𝗟𝗨𝗥 𝗠𝗔𝗡𝗙𝗔𝗔𝗧 𝗧𝗔𝗞𝗔𝗙𝗨𝗟 𝗥𝗠𝟴,𝟬𝟬𝟬YB Exco Pengajian Tinggi Neg...
04/11/2026

𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗗𝗔𝗛 𝗦𝗔𝗡𝗧𝗨𝗡𝗜 𝗪𝗔𝗥𝗜𝗦 𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛𝗬𝗔𝗥𝗛𝗔𝗠𝗔𝗛 𝗡𝗨𝗥 𝗧𝗔𝗦𝗡𝗘𝗘𝗠, 𝗦𝗔𝗟𝗨𝗥 𝗠𝗔𝗡𝗙𝗔𝗔𝗧 𝗧𝗔𝗞𝗔𝗙𝗨𝗟 𝗥𝗠𝟴,𝟬𝟬𝟬

YB Exco Pengajian Tinggi Negeri Kedah, YB Prof. Dr. Haim Hilman bin Abdullah, mewakili YAB Menteri Besar Kedah, telah menyampaikan manfaat takaful berjumlah RM8,000 kepada waris Allahyarhamah Nur Tasneem binti Suhaib menerusi Skim Perlindungan Takaful Mahasiswa Kedah di bawah inisiatif Kedah Siswa Care.

Allahyarhamah merupakan pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang sedang menjalani latihan praktikal di Mahkamah Syariah Alor Setar sebelum terlibat dalam kemalangan jalan raya di Simpang Tiga Kota Sarang Semut pada 3 November 2026.

Dalam kunjungan tersebut, YB Exco turut menyampaikan salam takziah daripada YAB Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Kedah serta menzahirkan rasa simpati kepada keluarga Allahyarhamah.

Sesungguhnya, wang ringgit tidak mampu menggantikan kehilangan insan tersayang. Namun, diharapkan manfaat takaful ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban keluarga dalam menghadapi ujian ini.

Inisiatif Kedah Siswa Care mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri Kedah dalam memastikan kebajikan, kesejahteraan dan perlindungan mahasiswa anak Kedah terus terbela, termasuk ketika berdepan musibah yang tidak diduga.

Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan dan ketabahan kepada Encik Suhaib, Puan Asmawati serta seluruh ahli keluarga Allahyarhamah.

“𝗜𝗡𝗧𝗘𝗚𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗠𝗜𝗡𝗗𝗔, 𝗞𝗘𝗗𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗝𝗔𝗛𝗧𝗘𝗥𝗔 & 𝗕𝗘𝗥𝗝𝗔𝗬𝗔”

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗜𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗛𝗔𝗦𝗜𝗦𝗪𝗔 𝗗𝗔𝗥𝗨𝗟 𝗔𝗠𝗔𝗡 (𝗠𝗜𝗡𝗗𝗔)



𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗔𝗝𝗨 𝗝𝗔𝗬𝗔Majlis Ikatan Mahasiswa Darul Aman (MINDA) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Norbah...
04/11/2026

𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗔𝗝𝗨 𝗝𝗔𝗬𝗔

Majlis Ikatan Mahasiswa Darul Aman (MINDA) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Norbahiyah Abdullah, Mantan Setiausaha Eksekutif MINDA, atas kejayaan menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Semoga segala ilmu, pengalaman dan kejayaan yang diraih menjadi bekalan berharga untuk terus melakar kecemerlangan serta menyumbang bakti kepada agama, bangsa dan negeri. Semoga terus maju jaya dalam menempuh perjalanan kehidupan dan kerjaya yang mendatang.

“𝗜𝗡𝗧𝗘𝗚𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗠𝗜𝗡𝗗𝗔, 𝗞𝗘𝗗𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗝𝗔𝗛𝗧𝗘𝗥𝗔 & 𝗕𝗘𝗥𝗝𝗔𝗬𝗔”

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗜𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗛𝗔𝗦𝗜𝗦𝗪𝗔 𝗗𝗔𝗥𝗨𝗟 𝗔𝗠𝗔𝗡 (𝗠𝗜𝗡𝗗𝗔)



SALAM TAKZIAH, IBU BAPA SAUDARI HUSNA SYAKIRA BINTI ABDUL HALIMإِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَMajlis Ikatan ...
03/11/2026

SALAM TAKZIAH, IBU BAPA SAUDARI HUSNA SYAKIRA BINTI ABDUL HALIM

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Majlis Ikatan Mahasiswa Darul Aman (MINDA) merakamkan ucapan takziah atas pemergian ibu dan bapa kepada saudari Husna Syakira binti Abdul Halim (graduan FKP /mantan Exco Kebajikan SISMA UMK 24/25), susulan kemalangan jalan raya pada 2 November 2026 ketika dalam perjalanan menghadiri majlis konvokesyen beliau.

Seluruh saf kepimpinan MINDA mendoakan agar Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham dan Allahyarhamah, melimpahkan rahmat-Nya, menerima segala amal kebajikan mereka serta menempatkan roh mereka dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh ahli keluarga dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ketentuan Ilahi ini.

Marilah kita bersama-sama menghadiahkan bacaan Surah al-Fatihah dan mendoakan kesejahteraan roh kedua-dua Allahyarham dan Allahyarhamah.

Al-Fatihah.

Ikhlas daripada,

MAJLIS IKATAN MAHASISWA DARUL AMAN (MINDA KEDAH) SESI 2026/2027

𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇, 𝐍𝐔𝐑 𝐓𝐀𝐒𝐍𝐄𝐄𝐌 𝐁𝐈𝐍𝐓𝐈 𝐒𝐔𝐇𝐀𝐈𝐁إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَMajlis Ikatan Mahasiswa Darul Aman (M...
03/11/2026

𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇, 𝐍𝐔𝐑 𝐓𝐀𝐒𝐍𝐄𝐄𝐌 𝐁𝐈𝐍𝐓𝐈 𝐒𝐔𝐇𝐀𝐈𝐁

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Majlis Ikatan Mahasiswa Darul Aman (MINDA) merakamkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarhamah Nur Tasneem binti Suhaib, pelajar Tahun 4 yang sedang menjalani latihan industri, susulan kemalangan jalan raya pada 3 November 2026.

Seluruh saf kepimpinan MINDA mendoakan agar Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarhamah, melimpahkan rahmat-Nya, menerima segala amal kebajikannya serta menempatkan roh beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh ahli keluarga Allahyarhamah dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ketentuan Ilahi ini.

Marilah kita bersama-sama menghadiahkan bacaan Surah al-Fatihah dan mendoakan kesejahteraan roh Allahyarhamah.

Al-Fatihah.

Ikhlas daripada,
𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗜𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗛𝗔𝗦𝗜𝗦𝗪𝗔 𝗗𝗔𝗥𝗨𝗟 𝗔𝗠𝗔𝗡 (𝗠𝗜𝗡𝗗𝗔 𝗞𝗘𝗗𝗔𝗛) 𝗦𝗘𝗦𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟲/𝟮𝟬𝟮𝟳.

Address

Alor Setar

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Ikatan Mahasiswa Darul Aman -Minda- posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Ikatan Mahasiswa Darul Aman -Minda-:

Shortcuts

Share