Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Taman Dato Ahmad Razali Ampang

Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Taman Dato Ahmad Razali Ampang

Share

PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) TAMAN DATO' AHMAD RAZALI AMPANG MENYEDIAKAN KELAS LATIHAN ASAS ICT DAN ASAS KEUSAHAWANAN (e-DAGANG)

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP). PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet.

10/05/2026

๐„๐•๐„๐๐“/๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Œ๐€๐˜ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐–๐„๐„๐Š ๐Ÿ‘
Jom daftar sekarang di Nadi Taman Ahmad Razali Ampang!!

Photos from NADI Malaysia's post 09/05/2026
09/05/2026
07/05/2026

๐Ÿซง๐ŸงผAmalan mencuci tangan merupakan salah satu cara yang paling berkesan untuk mencegah penyebaran kuman yang boleh menyebabkan penyakit.

๐Ÿ‘‹Tangan yang bersih boleh mengelakkan kuman daripada merebak daripada seseorang individu kepada individu yang lain dan dalam kalangan komuniti termasuk di dalam persekitaran rumah, tempat kerja dan sekolah.

Oleh itu, amalkan kebersihan tangan dengan kerap membasuh tangan menggunakan sabun dan air atau pensanitasi tangan (hand sanitizer).

07/05/2026

๐Ÿ› Hak pengguna terjamin!

Anda berhak mendapat pemulangan wang jika berlaku kesilapan imbasan harga.

Jangan teragak-agak untuk menuntut hak anda. ๐Ÿ’ก




07/05/2026

Jom Sertai Kursus Pembantu Kecemasan! ๐ŸŒŸ

๐Ÿš‘ Ingin kuasai kemahiran menyelamat nyawa?

Sertai Kursus Pembantu Kecemasan dan pelajari teknik pertolongan cemas serta tindakan pantas dalam situasi kecemasan. Dari asas pertolongan cemas hingga teknik menyelamat yang betul!

๐Ÿ‘จ๐Ÿณ Apa yang anda akan pelajari?
โœ… Latihan teori & praktikal
โœ… Kemahiran asas pertolongan cemas
โœ… Peluang kerjaya dalam bidang perubatan
โœ… Tenaga pengajar berpengalaman

๐Ÿฅโœจ Persiapkan diri anda untuk bertindak pantas dalam situasi kecemasan! ๐Ÿฅโœจ

๐Ÿ“… Tempat adalah TERHAD! Daftar Sekarang!
๐Ÿ“ž Hubungi kami untuk maklumat lanjut! ๐Ÿ’ฌโœจ




07/05/2026

๐Ÿšธ Anak-Anak Bukan Hanya Tanggungjawab Ibu Bapa, Tetapi Amanah Masyarakat ๐Ÿšธ

Dalam sekelip mata, kegembiraan bermain boleh bertukar menjadi detik yang meruntun jiwa. Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan insiden kemalangan melibatkan murid sekolah ketika bermain kejar-kejar sebelum dilanggar sebuah van di kawasan sekolah.

Peristiwa seperti ini mengingatkan kita bahawa keselamatan anak-anak tidak boleh dipandang ringan โ€” walaupun hanya beberapa saat mereka terlepas daripada perhatian ibu bapa.

Anak-anak sedang membesar dengan sifat aktif, ingin bermain dan belum memahami sepenuhnya risiko di sekeliling mereka. Sebab itu, perhatian orang dewasa di sekeliling sangat penting.

๐Ÿ‘จโ€๐Ÿซ Guru.
๐ŸšŒ Pemandu.
๐Ÿ‘ฎ Pengawal keselamatan.
๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘ง Masyarakat.
Semua memainkan peranan.

Kadangkala, satu teguran kecil, satu pandangan prihatin, atau satu tindakan berhati-hati mampu menyelamatkan nyawa.

Mari jadikan kawasan sekolah, taman permainan dan tempat awam sebagai ruang yang lebih selamat untuk anak-anak kita. Kerana setiap anak adalah harapan masa depan yang perlu dijaga bersama.

โค๏ธ โ€œAnak kita mungkin bukan darah daging orang lain, tetapi keselamatan mereka tetap tanggungjawab bersama.

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah





Photos from Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Taman Dato Ahmad Razali Ampang's post 04/05/2026

Syarat Penyertaan
Kriteria peserta adalah seperti berikut:

Warganegara Malaysia

Berumur 18 hingga 60 tahun

Berdaftar sebagai ahli NADI

Individu yang sedang menjalankan perniagaan (produk atau perkhidmatan)

Syarikat berdaftar atau belum berdaftar adalah layak menyertai

Mempunyai komitmen terhadap pertumbuhan perniagaan / syarikat

Bersedia menghadiri semua sesi aktiviti yang telah disusun termasuk Video Pra Latihan, Video Pasca Latihan, Podcast, dan Webinar

Pendaftaran Peserta
Semua usahawan WAJIB melengkapkan pendaftaran melalui borang ini bagi membolehkan pihak SSO mengenal pasti usahawan yang berpotensi.
๐Ÿ‘‰ https://form.nadiusahawan.com/k-reg

Komunikasi
Sertai Kumpulan WhatsApp Rasmi Keusahawanan 2026 melalui pautan berikut:
๐Ÿ‘‰ https://chat.whatsapp.com/JFJnXD4W8CsD67VMiYUlGf
Pertanyaan
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Sekretariat SSOKeusahawanan mengikut zon berikut:

Zon Utara: 019-807 0383 (Fazli)

Zon Selatan & Tengah: 010-252 7383 (Emi)

Zon Pantai Timur: 013-704 0383 (Eyra)

Zon Sabah & Sarawak: 011-3318 5470 (Siti)

Petugas boleh merujuk kepada lampiran untuk aktiviti sepanjang Mei 2026. Segala kerjasama dan komitmen yang diberikan, khususnya daripada para petugas NADI dalam menjayakan pengambilan peserta program ini, amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
SSO Keusahawanan

04/05/2026

Kementerian Perpaduan Negara akan menganjurkan Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Zon Sarawak mulai 9 dan 10 Mei 2026 ( Sabtu & Ahad) bertempat di Boulevard Mall, Miri Sarawak bermula pada 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Pelbagai aktiviti menarik antaranya Rumah KAMI, Rewang Kenduri Rakyat, Karnival Ekonomi RT progresif, Demonstrasi Pembuatan Pua Kumbu dan banyak lagi.

Juhโ€ฆ mari rami-rami kita memeriahkan Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Peringkat Zon Sarawak kali tok.

Masuk Percuma!!!!

Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud
Page Jabatan Perpaduan Sarawak
Sarawak Edition
Berita RTM Sarawak
SARAWAKfm





Want your business to be the top-listed Government Service in Ampang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Taman Dato' Ahmad Razali
Ampang
68000

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00