28/09/2026
🚴‍♂️ HEBAHAN AWAL PENUTUPAN JALAN – LE TOUR DE LANGKAWI 2026
Dimaklumkan bahawa sempena Le Tour de Langkawi (LTdL) 2026, Peringkat 6, penutupan dan pengalihan laluan akan dilaksanakan di daerah Ampang Jaya. Laluan perlumbaan dalam daerah ini bermula di Padang MPAJ (Jalan Pandan Utama) dan menuju ke Bukit Tinjau Ampang (ALOP).
đź“… Jumaat, 2 Oktober 2026
🚧 Penutupan laluan secara berperingkat: 0730–1200 hrs
đźš´ Pelepasan pelumba: 0900 hrs hingga selesai
â›” PENUTUPAN PENUH DI HADAPAN PADANG MPAJ
Bermula 2300 hrs, Khamis, 1 Oktober 2026 hingga 1200 hrs, Jumaat, 2 Oktober 2026.
Laluan yang terlibat:
1. Susur masuk Pandan Indah di kawasan Padang MPAJ
2. Jalan Pandan Utama
3. Jalan Pandan Indah
4. Jalan Wawasan
5. Jalan Ampang
6. Jalan Bukit Belacan
7. Jalan Taman Putra
8. Jalan Hulu Langat
9. Bukit Ampang (ALOP)
📌 Orang ramai dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal dan mengelakkan laluan yang ditutup. Sila patuhi arahan anggota polis trafik serta papan tanda pengalihan laluan di lokasi.
Kerjasama dan kesabaran semua pengguna jalan raya amat dihargai demi kelancaran perlumbaan dan keselamatan bersama.
BSPTD IPD AMPANG JAYA