Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Utara

Call Directions Website

Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Utara Government Training Centre | https://linktr.ee/pulapau We Train Like The Way We Rescue

 Tarikh: 03/11/2026Tempat: Pejabat Pertahanan Awam Negeri Sarawak ( PUSPA )Kursus: Kursus Penyelenggaraan Enjin Bot Siri...
03/11/2026



Tarikh: 03/11/2026
Tempat: Pejabat Pertahanan Awam Negeri Sarawak ( PUSPA )
Kursus: Kursus Penyelenggaraan Enjin Bot Siri Khas Apm Sarawak

Pendedahan

▪️Amali di bengkel penyelenggaraan enjin bot ringan dilaksanakan bagi memberi pendedahan secara praktikal kepada peserta dalam mengenal pasti komponen enjin, kaedah penyelenggaraan berkala serta teknik pemeriksaan yang betul. Latihan ini bertujuan meningkatkan kemahiran teknikal dan memastikan enjin sentiasa berada dalam keadaan selamat, cekap serta bersedia untuk digunakan dalam operasi.

`Berkhidmat untuk rakyat dan siap sedia menyahut cabaran Dekad Platinum.”














 Tarikh: 03/11/2026Tempat: Padang Kawad & Bilik Kuliah PulapauKursus: Kursus Bakal Pegawai Siri 03/2026Pendedahan▪️Pelak...
03/11/2026



Tarikh: 03/11/2026
Tempat: Padang Kawad & Bilik Kuliah Pulapau
Kursus: Kursus Bakal Pegawai Siri 03/2026

Pendedahan

▪️Pelaksanaan Ujian Kawad Tongkat dan Ujian Pengucapan Awam bagi Kursus Bakal Pegawai APM telah diadakan sebagai salah satu komponen penilaian terhadap peserta kursus.
Ujian ini bertujuan menilai tahap penguasaan peserta dalam aspek disiplin, ketepatan pergerakan, kekemasan kawad serta keupayaan berkomunikasi dan menyampaikan maklumat secara yakin, jelas dan berkesan di hadapan khalayak.
Pelaksanaan ujian ini diharap dapat melahirkan bakal pegawai yang berdisiplin, berkeyakinan serta mempunyai keterampilan dan kemahiran kepimpinan yang tinggi dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab sebagai pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

`Berkhidmat untuk rakyat dan siap sedia menyahut cabaran Dekad Platinum.”














03/11/2026


JOM SAKSIKAN SESUATU YANG MENARIK DARIPADA PULAPAU BALING!

Ada sesuatu yang menarik bakal menemui anda! đź‘€

Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti siaran khas daripada PULAPAU Baling yang pastinya penuh dengan informasi dan perkongsian menarik.

đź“… Tarikh: 4 November 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 10.00 pagi
📱 Platform: Facebook & TikTok Rasmi PULAPAU Baling

Tertanya-tanya apa yang bakal kami bawakan? 🤔

Simpan tarikh dan waktunya, ajak rakan-rakan anda dan nantikan kemunculannya!

Jangan lupa, esok tepat jam 10.00 pagi. Kami tunggu anda! 🔥

`Berkhidmat untuk rakyat dan siap sedia menyahut cabaran Dekad Platinum.”













 Tarikh: 02/11/2026Tempat: Dewan Anggerik PulapauKursus: Kursus Bakal Pegawai Siri 03/2026Pendedahan▪️Sesi pembelajaran ...
02/11/2026



Tarikh: 02/11/2026
Tempat: Dewan Anggerik Pulapau
Kursus: Kursus Bakal Pegawai Siri 03/2026

Pendedahan

▪️Sesi pembelajaran berkaitan pengurusan majlis telah dilaksanakan bagi memberikan pendedahan dan meningkatkan pengetahuan peserta mengenai tatacara serta kaedah pengendalian sesuatu majlis secara teratur dan sistematik. Pembelajaran ini merangkumi aspek perancangan, penyelarasan protokol, penyediaan atur cara, pengurusan jemputan serta tanggungjawab jawatankuasa bagi memastikan kelancaran sesuatu majlis.
Melalui pembelajaran ini, peserta dapat memahami kepentingan pengurusan majlis yang cekap, berdisiplin dan profesional dalam memastikan setiap program dapat dilaksanakan dengan jayanya.

`Berkhidmat untuk rakyat dan siap sedia menyahut cabaran Dekad Platinum.”














02/11/2026
 Tarikh: 02/11/2026Tempat: Padang Kawad PulapauKursus: Kursus Bakal Pegawai Siri 03/2026Pendedahan▪️Latihan kawad tongka...
02/11/2026



Tarikh: 02/11/2026
Tempat: Padang Kawad Pulapau
Kursus: Kursus Bakal Pegawai Siri 03/2026

Pendedahan

▪️Latihan kawad tongkat telah dilaksanakan sebagai salah satu pengisian dalam Kursus Bakal Pegawai bagi meningkatkan kemahiran, disiplin serta penguasaan pergerakan kawad dalam kalangan peserta.

Latihan ini turut memberi penekanan terhadap ketepatan hukuman, keseragaman pergerakan, koordinasi serta keyakinan peserta dalam mengendalikan tongkat semasa pelaksanaan kawad.

`Berkhidmat untuk rakyat dan siap sedia menyahut cabaran Dekad Platinum.”














  🩸❤️ PROGRAM DERMA DARAH PULAPAU BALING 2026 ❤️🩸SETITIK DARAH, SEJUTA HARAPAN!Alhamdulillah, Program Derma Darah anjura...
29/10/2026


🩸❤️ PROGRAM DERMA DARAH PULAPAU BALING 2026 ❤️🩸

SETITIK DARAH, SEJUTA HARAPAN!

Alhamdulillah, Program Derma Darah anjuran Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Utara (PULAPAU) Baling dengan kerjasama Hospital Daerah Baling telah berjaya dilaksanakan pada 29 Oktober 2026 (Khamis), bertempat di Dewan Anggerik, PULAPAU Baling.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua penderma darah yang telah tampil menyumbangkan darah dengan penuh keikhlasan. Kesudian anda menderma bukan sekadar satu sumbangan, malah merupakan tanda keprihatinan dan kemanusiaan yang mampu memberikan harapan baharu serta menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan. ❤️

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pihak Hospital Daerah Baling, petugas kesihatan, warga PULAPAU Baling serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Segala kerjasama, komitmen dan sokongan yang diberikan amat dihargai.

Semoga usaha murni ini dapat menyemai semangat prihatin, mengukuhkan nilai kemasyarakatan dan menggalakkan lebih ramai individu tampil sebagai penderma darah pada masa akan datang.

🩸 ANDA MENDERMA, MEREKA BERPELUANG UNTUK TERUS HIDUP.

`Berkhidmat untuk rakyat dan siap sedia menyahut cabaran Dekad Platinum.”













  🚨 LATIHAN PENGOSONGAN BANGUNAN MENGGUNAKAN SIREN KECEMASAN 🚨📅 Tarikh: 28 Oktober 2026 (Rabu)📍 Tempat Berkumpul: Hadapa...
28/10/2026


🚨 LATIHAN PENGOSONGAN BANGUNAN MENGGUNAKAN SIREN KECEMASAN 🚨

đź“… Tarikh: 28 Oktober 2026 (Rabu)
📍 Tempat Berkumpul: Hadapan Menara Penyelamat, PULAPAU Baling

Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Utara (PULAPAU) Baling telah melaksanakan Latihan Pengosongan Bangunan Menggunakan Siren Kecemasan yang melibatkan kakitangan PULAPAU Baling bersama peserta Kursus FRLS Level 1 Siri 01.

Latihan ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan serta memberi pendedahan kepada semua yang terlibat mengenai tindakan yang perlu diambil apabila siren kecemasan dibunyikan. Latihan ini turut menguji kecekapan dalam melaksanakan proses pengosongan bangunan secara teratur, pantas dan selamat serta memastikan semua yang terlibat berkumpul di tempat yang telah ditetapkan, iaitu di hadapan Menara Penyelamat PULAPAU Baling.

Pelaksanaan latihan seperti ini amat penting bagi memastikan setiap individu memahami prosedur keselamatan dan tindakan yang perlu diambil ketika menghadapi situasi kecemasan, sekali gus memupuk budaya keselamatan dalam persekitaran kerja dan latihan.

SEDIA, PANTAS DAN BERINTEGRITI 🇲🇾

`Berkhidmat untuk rakyat dan siap sedia menyahut cabaran Dekad Platinum.”













Address

Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Utara
Baling
09100

Opening Hours

Monday 07:30 - 18:00
Tuesday 07:30 - 18:00
Wednesday 07:30 - 18:00
Thursday 07:30 - 18:00
Sunday 08:30 - 18:00

Telephone

+6044705508

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Utara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby government services