Komuniti Madani Parlimen Selayang

Directions Website

Komuniti Madani Parlimen Selayang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Komuniti Madani Parlimen Selayang, Government Organization, Batu Caves.

Komuniti MADANI diwujudkan yang merupakan badan sukarela pelbagai kaum yang ditadbir urus oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) bertujuan memupuk nilai-nilai murni dan kenegaraan dalam kalangan rakyat.

𝗡𝗢𝗥𝗠𝗔𝗟𝗜𝗦𝗔𝗦𝗜 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗥𝗨𝗡𝗧𝗨𝗛𝗞𝗔𝗡 𝗡𝗜𝗟𝗔𝗜 𝗠𝗢𝗥𝗔𝗟 𝗠𝗔𝗦𝗬𝗔𝗥𝗔𝗞𝗔𝗧, 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗨𝗠𝗠𝗜 𝗨𝗠𝗔𝗜𝗥𝗔𝗛 𝗪𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗗𝗜𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡𝗞𝗔𝗡Komuniti MADANI Selayan...
21/10/2026

𝗡𝗢𝗥𝗠𝗔𝗟𝗜𝗦𝗔𝗦𝗜 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗥𝗨𝗡𝗧𝗨𝗛𝗞𝗔𝗡 𝗡𝗜𝗟𝗔𝗜 𝗠𝗢𝗥𝗔𝗟 𝗠𝗔𝗦𝗬𝗔𝗥𝗔𝗞𝗔𝗧, 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗨𝗠𝗠𝗜 𝗨𝗠𝗔𝗜𝗥𝗔𝗛 𝗪𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗗𝗜𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡𝗞𝗔𝗡
Komuniti MADANI Selayang Bukit Idaman mengecam sekeras-kerasnya segala bentuk ancaman, buli siber dan ugutan terhadap mahasiswi Universiti Malaya (UM), Ummi Umairah Bakhit, susulan pandangan kritis yang dikemukakannya baru-baru ini.

Ketua Komuniti MADANI, Tommy Tong, menegaskan bahawa usaha mengutip dana awam sebanyak RM50 juta bagi membantu bekas pemimpin membayar denda mahkamah supaya boleh menjalani hukuman di bawah tahanan rumah, menimbulkan persoalan serius tentang nilai moral dan kefahaman masyarakat terhadap prinsip keadilan.

"𝘈𝘱𝘢𝘣𝘪𝘭𝘢 𝘳𝘢𝘬𝘺𝘢𝘵 𝘴𝘢𝘯𝘨𝘨𝘶𝘱 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘶𝘮𝘱𝘶𝘭𝘬𝘢𝘯 𝘱𝘶𝘭𝘶𝘩𝘢𝘯 𝘫𝘶𝘵𝘢 𝘳𝘪𝘯𝘨𝘨𝘪𝘵 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘢𝘯𝘵𝘶 𝘦𝘭𝘪𝘵 𝘱𝘰𝘭𝘪𝘵𝘪𝘬 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘦𝘭𝘢𝘩 𝘥𝘪𝘴𝘢𝘣𝘪𝘵𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘴𝘢𝘭𝘢𝘩𝘢𝘯, 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘱𝘦𝘳𝘭𝘶 𝘣𝘦𝘳𝘵𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘢𝘥𝘢 𝘮𝘢𝘴𝘺𝘢𝘳𝘢𝘬𝘢𝘵 𝘴𝘦𝘮𝘢𝘬𝘪𝘯 𝘨𝘢𝘨𝘢𝘭 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘦𝘻𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘯𝘵𝘢𝘳𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘯𝘢𝘳 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘢𝘬𝘪𝘣𝘢𝘵 𝘬𝘦𝘴𝘦𝘵𝘪𝘢𝘢𝘯 𝘱𝘰𝘭𝘪𝘵𝘪𝘬 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘭𝘢𝘮𝘱𝘢𝘶. 𝘒𝘪𝘵𝘢 𝘴𝘦𝘥𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘩𝘢𝘯𝘵𝘢𝘳 𝘮𝘦𝘴𝘦𝘫 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘮𝘢𝘴𝘺𝘢𝘳𝘢𝘬𝘢𝘵, 𝘬𝘩𝘶𝘴𝘶𝘴𝘯𝘺𝘢 𝘨𝘦𝘯𝘦𝘳𝘢𝘴𝘪 𝘮𝘶𝘥𝘢, 𝘮𝘦𝘯𝘰𝘳𝘮𝘢𝘭𝘪𝘴𝘢𝘴𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘨𝘶𝘯𝘢 𝘬𝘶𝘢𝘴𝘢 𝘥𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘭𝘦𝘮𝘢𝘩𝘬𝘢𝘯 𝘶𝘴𝘢𝘩𝘢 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘢𝘯𝘵𝘦𝘳𝘢𝘴 𝘳𝘢𝘴𝘶𝘢𝘩

𝘈𝘱𝘢𝘣𝘪𝘭𝘢 𝘴𝘦𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘢𝘩𝘢𝘴𝘪𝘴𝘸𝘪 𝘴𝘦𝘱𝘦𝘳𝘵𝘪 𝘜𝘮𝘮𝘪 𝘜𝘮𝘢𝘪𝘳𝘢𝘩 𝘣𝘦𝘳𝘢𝘯𝘪 𝘮𝘦𝘮𝘱𝘦𝘳𝘴𝘰𝘢𝘭𝘬𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘳𝘬𝘢𝘳𝘢 𝘪𝘯𝘪, 𝘣𝘦𝘭𝘪𝘢𝘶 𝘴𝘦𝘥𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘢𝘫𝘢𝘬 𝘮𝘢𝘴𝘺𝘢𝘳𝘢𝘬𝘢𝘵 𝘣𝘦𝘳𝘧𝘪𝘬𝘪𝘳 𝘴𝘦𝘤𝘢𝘳𝘢 𝘬𝘳𝘪𝘵𝘪𝘴 𝘵𝘦𝘯𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘪𝘯𝘵𝘦𝘨𝘳𝘪𝘵𝘪, 𝘵𝘢𝘯𝘨𝘨𝘶𝘯𝘨𝘫𝘢𝘸𝘢𝘣 𝘥𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘢𝘥𝘪𝘭𝘢𝘯. 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘯𝘨𝘯𝘺𝘢, 𝘱𝘢𝘯𝘥𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘬𝘳𝘪𝘵𝘪𝘴 𝘪𝘵𝘶 𝘥𝘪𝘣𝘢𝘭𝘢𝘴 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘬𝘸𝘢𝘢𝘯 𝘶𝘨𝘶𝘵𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘣𝘶𝘭𝘪 𝘴𝘪𝘣𝘦𝘳."

Dengan ini kami juga menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menyiasat segera setiap ancaman keselamatan dan penyebaran maklumat peribadi yang dihadapi oleh mangsa. Undang-undang siber mesti dikuatkuasakan tanpa memilih bulu untuk memberi pengajaran kepada pemilik akaun toksik.

Integriti tidak boleh dipilih mengikut siapa yang kita sokong. Keadilan tidak boleh diukur berdasarkan siapa yang kita kagumi. Jika kita benar-benar mahu membanteras rasuah, kita mesti berani mempertahankan prinsip yang sama untuk semua.

TOMMY TONG LIANG WANG
Ketua Komuniti MADANI Selayang Bukit Idaman
21 Oktober 2026

纵容贪腐将侵蚀社会道德,Ummi Umairah 的质疑理应受到捍卫

士拉央武吉依达曼 昌明社区严厉谴责针对马来亚大学(UM)女大学生 Ummi Umairah Bakhit 所发出的各种威胁、网络霸凌及人身恐吓。她近日因针对公共课题发表批判性意见,而成为争议的焦点。

士拉央武吉依达曼 昌明社区主席 汤良旺 指出,社会发起筹款,试图为前领导人筹集5000万令吉以缴付法庭罚款,同时配合其寻求在居家监禁安排下服刑的相关争议,令人不得不认真思考我国社会对诚信、责任与公平正义的价值观。

当人民愿意筹集数千万令吉,帮助一名已被法庭定罪的政治领袖承担罚款时,我们必须反思:社会是否因为对政治人物的盲目支持,而逐渐失去分辨是非对错的能力?这无疑是在向社会,尤其是年轻一代,传递错误的讯息。这种态度可能让滥权行为逐渐被合理化,进一步削弱社会打击贪腐的决心。

“当 Ummi Umairah 勇敢地提出质疑时,她是在提醒社会重新思考诚信、责任与公平正义的重要性。遗憾的是,她所表达的批判性意见,却引来有关恐吓与网络霸凌的指控。”

我们也促请马来西亚皇家警察(PDRM)及马来西亚通讯及多媒体委员会(MCMC),针对相关人身威胁、网络骚扰及未经允许公开个人资料等指控展开调查,并依法采取行动,保障当事人的安全与合法权益。

我们要建设的是一个让年轻人敢于思考、勇于发声的社会,而不是一个让人因为害怕被攻击而选择沉默的社会。诚信不应因我们支持谁而有所改变,正义也不应因我们欣赏谁而有不同标准。如果我们真心希望打击贪腐,就必须勇于对所有人坚持同样的原则。

汤良旺
昌明社区主席
士拉央武吉依达曼
2026年10月21日 启

400 ambulans baharu untuk hospital Kementerian Kesihatan menerusi Belanjawan MADANI 2027
15/10/2026

400 ambulans baharu untuk hospital Kementerian Kesihatan menerusi Belanjawan MADANI 2027

Berita baik buat rakyat Malaysia apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perolehan 400 ambulans baharu untuk hospital Kementerian Kesihatan menerusi Belanjawan MADANI 2027.

Pengumuman tersebut merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan mempercepatkan tindak balas kecemasan serta meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan awam.

Menurut Anwar, lebih RM770 juta disediakan bagi mendapatkan peralatan perubatan canggih dan moden untuk mempercepat proses diagnosis serta rawatan pesakit.

Antara yang mendapat perhatian ialah penambahan 400 ambulans baharu bagi kegunaan hospital kerajaan.

Maklum sahaja, dalam situasi kecemasan, setiap minit amat berharga. Kehadiran ambulans dengan lebih cepat boleh membantu memastikan pesakit menerima rawatan segera.

Bukan itu sahaja, kerajaan turut mengumumkan kerja menaik taraf kemudahan hemodialisis di hospital seluruh negara.

Langkah ini penting bagi memperkukuh kemudahan rawatan untuk pesakit yang memerlukan perkhidmatan dialisis.

Dalam perkembangan lain, Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia p**a akan dilengkapi teknologi pembedahan robotik.

Kemudahan tersebut bertujuan memperluas akses rawatan kepada pesakit di Pantai Timur dan utara Semenanjung.

Kerajaan juga akan membekalkan peralatan simulasi klinikal dan makmal sains asas kepada 18 Institut Latihan Kementerian Kesihatan.

Kemudahan berkenaan dijangka meningkatkan kemahiran lebih 20,000 pelatih serta petugas perubatan dan paramedik.

Bagaimanapun, jumlah lebih RM770 juta itu merupakan peruntukan keseluruhan bagi perolehan peralatan dan kemudahan perubatan yang diumumkan, bukannya kos pembelian 400 ambulans semata-mata.

Pengumuman ini turut melengkapi peruntukan RM1.2 bilion untuk penyelenggaraan dan baik pulih hospital serta klinik kerajaan.

Mudah cerita, PMX mahu hospital kerajaan dilengkapi peralatan lebih moden, ambulans ditambah dan kemudahan rawatan dipertingkat supaya rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan yang lebih baik.

Syabas kepada semua
07/10/2026

Syabas kepada semua

☕ 𝗦𝗔𝗥𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗠𝗨𝗛𝗜𝗕𝗔𝗛 𝗞𝗢𝗠𝗨𝗡𝗜𝗧𝗜 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗨𝗞𝗜𝗧 𝗜𝗗𝗔𝗠𝗔𝗡Komuniti MADANI Selayang Bukit Idaman telah menganjurkan Program ...
04/10/2026

☕ 𝗦𝗔𝗥𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗠𝗨𝗛𝗜𝗕𝗔𝗛 𝗞𝗢𝗠𝗨𝗡𝗜𝗧𝗜 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗨𝗞𝗜𝗧 𝗜𝗗𝗔𝗠𝗔𝗡

Komuniti MADANI Selayang Bukit Idaman telah menganjurkan Program Sarapan Muhibah pada pagi ini bersama penduduk setempat dan 𝘠𝘉 𝘈𝘯𝘧𝘢𝘢𝘭 𝘚𝘢𝘢𝘳𝘪, 𝘈𝘋𝘜𝘕 𝘛𝘢𝘮𝘢𝘯 𝘛𝘦𝘮𝘱𝘭𝘦𝘳 di Hasha Food Court, Bukit Idaman.

Program santai ini menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat melalui sesi ramah mesra, sembang santai serta perkongsian pandangan bersama penduduk setempat.

Semoga usaha sebegini dapat terus memupuk semangat perpaduan, keharmonian dan kebersamaan dalam kalangan komuniti. 🇲🇾❤️

Anak Selangor yang sambung belajar sila mohon.📅 Tarikh Permohonan: 1 September 2026 hingga 21 September 2026🔗 Permohonan...
29/08/2026

Anak Selangor yang sambung belajar sila mohon.

📅 Tarikh Permohonan: 1 September 2026 hingga 21 September 2026

🔗 Permohonan online: https://danapendidikan.selangor.gov.my

✅ Semak syarat kelayakan melalui QR kod yang disediakan pada poster.

Ini Selangor lah wey!

Jom senam ramai-ramai
24/08/2026

Jom senam ramai-ramai

Jom Sihat dengan NADI!

Sempena Bulan Kebangsaan 2026, Senam Sihat MADANI Merdeka bakal menyatukan komuniti di 1,099 NADI seluruh negara dalam satu aktiviti kecergasan secara serentak.

Program ini bukan sekadar menggalakkan gaya hidup sihat. Ia membawa semangat kebersamaan dan perpaduan, sambil menyasarkan pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) bagi penyertaan secara serentak secara fizikal dan virtual menerusi rangkaian NADI.

🗓️ 29 Ogos 2026
⏰ 8.00 – 10.00 pagi
📍 NADI seluruh negara

Ayuh ajak keluarga, rakan dan komuniti anda.
Kita bergerak bersama, kita raikan semangat Merdeka bersama! 🇲🇾💪


✨ PROGRAM KOMUNITI MADANI SELAYANG BUKIT IDAMAN 🇲🇾Semalam, Komuniti Madani Selayang Bukit Idaman telah menganjurkan Prog...
24/08/2026

✨ PROGRAM KOMUNITI MADANI SELAYANG BUKIT IDAMAN 🇲🇾

Semalam, Komuniti Madani Selayang Bukit Idaman telah menganjurkan Program JIWA Komuniti MADANI sempana Hari Merdeka. Kami memacak bendera Jalur Gemilang sepanjang jalan besar Bukit Idaman serta serahan bendera kepada wakil penduduk sekitar Bukit Idaman sebagai tanda semangat menyambut Bulan Kebangsaan. 🇲🇾❤️

Selain itu, kami turut mengadakan Pertandingan Mewarna yang meriah dan penuh dengan semangat patriotik bersama anak-anak sekitar Bukit Idaman. 🎨🇲🇾

Terima kasih kepada semua penduduk, ibu bapa dan anak-anak yang telah bersama-sama memeriahkan program ini. Semoga semangat patriotisme dan kecintaan kepada negara terus subur dalam komuniti kita! 🫶🏻

Jom kibarkan Jalur Gemilang! 🇲🇾
Malaysia MADANI, Jiwa Merdeka! ❤️🤍💙💛

🇲🇾 JOM SEMARAKKAN JIWA MERDEKA! 🇲🇾Komuniti MADANI Selayang Bukit Idaman akan mengadakan Program JIWA KM sempena sambutan...
21/08/2026

🇲🇾 JOM SEMARAKKAN JIWA MERDEKA! 🇲🇾

Komuniti MADANI Selayang Bukit Idaman akan mengadakan Program JIWA KM sempena sambutan Hari Kebangsaan.
📅 Ahad, 23 Ogos 2026
⏰ 8.00 pagi
📍 Padang Taman Bidara, Selayang

🇲🇾 AYUH KITA MEMACAK BENDERA! 🇲🇾
Kami menjemput KRT dan Persatuan-Persatuan setempat untuk turun bersama-sama memacak Jalur Gemilang di sepanjang jalan besar Bukit Idaman, bagi menyemarakkan semangat patriotisme dan suasana Merdeka di kawasan kita.

🎁 Bendera Jalur Gemilang turut akan diserahkan kepada KRT & Persatuan semasa program untuk dipasang di kawasan masing-masing.
🎨 PERTANDINGAN MEWARNA MERDEKA turut diadakan khas untuk murid berumur 9–12 tahun dengan hadiah-hadiah lumayan menanti para pemenang! 🏆

🤝 Marilah kita bersama-sama menceriakan Bukit Idaman dengan warna Jalur Gemilang dan menunjukkan semangat cintakan Malaysia.

Satu bendera, satu semangat, satu Malaysia! 🇲🇾

KOMUNITI MADANI SELAYANG BUKIT IDAMAN 2026🎨 Sempena Bulan Kemerdekaan Jom Sertai Pertandingan Mewarna Hari Merdeka! 🇲🇾Ay...
21/08/2026

KOMUNITI MADANI SELAYANG BUKIT IDAMAN 2026

🎨 Sempena Bulan Kemerdekaan Jom Sertai Pertandingan Mewarna Hari Merdeka! 🇲🇾Ayuh gilap bakat si cilik dalam suasana santai dan kreatif!

Terbuka kepada adik-adik berumur 9 hingga 12 tahun sahaja.

📅 Tarikh: 23 Ogos 2026 (Ahad)
⏰ Masa: 8:00 pagi - 11:00 pagi (Masa mewarna: 9:00 pagi)
📍 Tempat: Padang Taman Bidara Selayang (Selayang Bukit Idaman)
💵 Yuran: PERCUMA!

Hadiah Menarik Menanti:
🏆 Johan (RM200 + Piala) | Naib Johan (RM150 + Piala) | Tempat Ke-3 & Ke-4 | 6 Hadiah Saguhati!

Daftar Segera di links dibawah 👇🏻

https://forms.gle/HbgLRtY6459pcivo8

Fakta
04/07/2026

Fakta

Address

Batu Caves
68100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Komuniti Madani Parlimen Selayang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby government services