PLANMalaysia Johor

Call Directions Website Contact the organization

PLANMalaysia Johor JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI JOHOR, TINGKAT 1 & 2, BANGUNAN DATO' MOHAMAD SALLEH PERANG

🎥 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝟮𝟬𝟰𝟬 | 𝗠𝗘𝗛 𝗦𝗨𝗔𝗥𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗡𝗗𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗔𝗡𝗗𝗔!_Ayuh, Bangsa Johor! Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor (PLANMa...
28/10/2026

🎥 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝟮𝟬𝟰𝟬 | 𝗠𝗘𝗛 𝗦𝗨𝗔𝗥𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗡𝗗𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗔𝗡𝗗𝗔!
_

Ayuh, Bangsa Johor!

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor (PLANMalaysia Johor) dengan kerjasama Pejabat Projek Zon Selatan PLANMalaysia sedang mengadakan Program Publisiti dan Penyertaan Awam Rancangan Struktur Negeri Johor 2040 Peringkat Laporan Tinjauan.

Tempoh :
🗓️ 𝟮𝟳 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲 – 𝟮𝟲 𝗡𝗼𝘃𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲
_

Layari : https://publisiti-rsnjohor2040.xyz
untuk memberikan maklumbalas anda.
Suara anda penting dalam mencorakkan masa depan Johor!

_








𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗣𝗨𝗕𝗟𝗜𝗦𝗜𝗧𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗔𝗪𝗔𝗠 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗞𝗔𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗡𝗖𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗧𝗥𝗨𝗞𝗧𝗨𝗥 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝟮𝟬𝟰𝟬 (𝗞𝗔𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗟𝗔) ...
28/10/2026

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗣𝗨𝗕𝗟𝗜𝗦𝗜𝗧𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗔𝗪𝗔𝗠 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗞𝗔𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗡𝗖𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗧𝗥𝗨𝗞𝗧𝗨𝗥 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝟮𝟬𝟰𝟬 (𝗞𝗔𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗟𝗔) 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗟𝗔𝗣𝗢𝗥𝗔𝗡 𝗧𝗜𝗡𝗝𝗔𝗨𝗔𝗡

ISKANDAR PUTERI, 27 OKTOBER 2026 (SELASA) – Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor (PLANMalaysia Johor) dengan kerjasama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) telah menganjurkan Majlis Perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam bagi Kajian Rancangan Struktur Negeri Johor 2040 (Kajian Semula) Peringkat Laporan Tinjauan bertempat di Fraser Place Puteri Harbour, Iskandar Puteri, Johor.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Zaidi bin Japar, selaku wakil rasmi kepada Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor. Turut hadir sama, Yang Berbahagia Dato’ TPr Gs. Rozita binti Hamit, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia); Yang Berhormat Dato’ Sr Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Yang Berusaha TPr Abdulhan bin Abd Lamit, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor (PLANMalaysia Johor).

Penganjuran program ini bertujuan memberi peluang kepada orang awam dan pihak berkepentingan untuk meneliti Laporan Tinjauan serta mengemukakan pandangan, cadangan dan representasi bagi memastikan perancangan pembangunan negeri Johor dilaksanakan secara terancang, mampan dan inklusif.

Program publisiti ini diadakan bermula 27 Oktober 2026 sehingga 26 November 2026. Orang ramai boleh memberikan maklum balas dan cadangan bagi membantu memperkukuh hala tuju pembangunan negeri Johor ke arah mencapai aspirasi pembangunan yang lebih seimbang, berdaya saing dan berkualiti untuk kesejahteraan rakyat.

Usaha ini selaras dengan peruntukan subseksyen 9(1), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172], yang menekankan kepentingan publisiti dan penyertaan awam dalam proses penyediaan Rancangan Struktur Negeri.

PLANMalaysia Johor komited untuk memperkukuh perancangan pembangunan negeri melalui penglibatan aktif semua pihak demi merealisasikan Johor yang mampan, sejahtera dan berdaya huni.











𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗠𝗘𝗛 𝗕𝗢𝗥𝗔𝗞! 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝟮𝟬𝟰𝟬Bersempena Program Publisiti Rancangan Struktur Negeri Johor 2040 (Kajian Semula) Peringkat...
28/10/2026

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗠𝗘𝗛 𝗕𝗢𝗥𝗔𝗞! 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝟮𝟬𝟰𝟬

Bersempena Program Publisiti Rancangan Struktur Negeri Johor 2040 (Kajian Semula) Peringkat Laporan Tinjauan, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor (PLANMalaysia Johor) dengan kerjasama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) telah menganjurkan Program MEH BORAK! JOHOR 2040 sebagai platform perkongsian maklumat dan pertukaran pandangan berkaitan perancangan serta hala tuju pembangunan Negeri Johor menjelang tahun 2040.

Program ini melibatkan agensi, NGO dan pelajar-pelajar untuk memberi pendedahan dan kefahaman berkaitan perancangan pembangunan Negeri Johor. Sesi ini juga memberi peluang kepada semua untuk berkongsi idea dan pandangan sebagai generasi pelapis yang bakal memainkan peranan penting dalam membentuk masa hadapan Negeri.

Bersama mencorak masa hadapan Negeri Johor ke arah pembangunan yang mampan, sejahtera dan berdaya saing menjelang tahun 2040.










25/10/2026
𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗢𝗡𝗚𝗦𝗜𝗔𝗡 𝗜𝗟𝗠𝗨 𝗣𝗟𝗔𝗡𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟵/𝟮𝟬𝟮𝟲: 𝗧𝗔𝗗𝗔𝗕𝗕𝗨𝗥 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗛 𝗔𝗟-𝗠𝗨𝗟𝗞ISKANDAR PUTERI, 23 OKTOBER 2026 (JUMAAT) – ...
25/10/2026

𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗢𝗡𝗚𝗦𝗜𝗔𝗡 𝗜𝗟𝗠𝗨 𝗣𝗟𝗔𝗡𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟵/𝟮𝟬𝟮𝟲: 𝗧𝗔𝗗𝗔𝗕𝗕𝗨𝗥 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗛 𝗔𝗟-𝗠𝗨𝗟𝗞

ISKANDAR PUTERI, 23 OKTOBER 2026 (JUMAAT) – Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor (PLANMalaysia Johor) telah menganjurkan Sesi Perkongsian Ilmu Siri 9/2026 bertajuk “Tadabbur Surah Al-Mulk” pada jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi, bertempat di Bilik Mesyuarat Rosli Buyong, Aras 2, PLANMalaysia Johor.

Sesi perkongsian ini menampilkan Ustaz Muhammad Nur Zuhdi bin Mohd Daud, Penyelaras Akademi Al-Quran Negeri Johor, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), selaku penceramah jemputan.

Pengisian tadabbur ini bertujuan meningkatkan kefahaman dan penghayatan warga kerja PLANMalaysia Johor terhadap mesej serta pengajaran yang terkandung dalam Surah Al-Mulk. Melalui sesi ini, warga kerja berpeluang mendalami makna dan intipati surah tersebut sebagai panduan dalam kehidupan seharian, di samping memperkukuh keimanan, membentuk akhlak terpuji serta menerapkan nilai-nilai murni dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebagai penjawat awam.

Penganjuran program ini juga merupakan sebahagian daripada usaha berterusan PLANMalaysia Johor dalam menyemarakkan budaya menuntut ilmu, di samping memupuk keseimbangan antara kecemerlangan profesional dan pembangunan kerohanian dalam kalangan warga kerja.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada Ustaz Muhammad Nur Zuhdi bin Mohd Daud atas kesudian menyampaikan perkongsian ilmu yang bermanfaat. Penghargaan turut ditujukan kepada seluruh warga kerja PLANMalaysia Johor atas penyertaan dan komitmen dalam menjayakan program ini.

Semoga ilmu dan penghayatan yang diperoleh melalui sesi tadabbur ini dapat dijadikan pedoman untuk terus mendekatkan diri kepada Allah SWT serta mengamalkan nilai-nilai yang terkandung dalam al-Quran, bukan sahaja dalam kehidupan seharian, malah dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang digalas.









𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗧𝗘𝗞𝗡𝗜𝗞𝗔𝗟 𝗣𝗕𝗧-𝗢𝗦𝗖 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗟𝗔𝗡𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝗕𝗜𝗟. 𝟬𝟮/𝟮𝟬𝟮𝟲DESARU, 21–22 OKTOBER 2026 (RABU–KHAMIS) – Jabatan Peranca...
25/10/2026

𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗧𝗘𝗞𝗡𝗜𝗞𝗔𝗟 𝗣𝗕𝗧-𝗢𝗦𝗖 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗟𝗔𝗡𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝗕𝗜𝗟. 𝟬𝟮/𝟮𝟬𝟮𝟲
DESARU, 21–22 OKTOBER 2026 (RABU–KHAMIS) – Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor (PLANMalaysia Johor) telah mengadakan Mesyuarat Teknikal PBT-OSC dan PLANMalaysia Johor Bil. 02/2026 selama dua hari bertempat di Tunamaya Beach & Spa Resort, Desaru.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh TPr Abdulhan bin Abd Lamit, Pengarah PLANMalaysia Johor ini menghimpunkan wakil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Unit Pusat Setempat (OSC) di Negeri Johor.

Penganjurannya bertujuan memperkukuh kerjasama antara agensi, meningkatkan kefahaman terhadap dasar dan garis panduan perancangan serta memperkemas penyelarasan proses kerja bagi memastikan urusan perancangan dan pembangunan di Negeri Johor dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan.

Antara pengisian pada 21 Oktober 2026 ialah sesi pembentangan oleh wakil Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) Negeri Johor dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor yang memberikan pendedahan serta perkongsian maklumat mengenai peranan dan aspek teknikal agensi masing-masing, terutamanya dalam konteks perancangan dan pembangunan.

Pada 22 Oktober 2026, mesyuarat diteruskan dengan sesi perbincangan bersama pegawai Unit Pusat Setempat (OSC) PBT Negeri Johor yang memberi tumpuan kepada isu dan cabaran dalam pengurusan permohonan pembangunan, khususnya berkaitan penggunaan sistem OSC Online serta proses pengemukaan dan pemprosesan permohonan.

Sesi ini turut membuka ruang kepada perkongsian pengalaman, pandangan dan cadangan penambahbaikan bagi memperkemas proses kerja, meningkatkan kelancaran urusan OSC serta memperkukuh keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada pihak berkepentingan.

Melalui penganjuran mesyuarat ini, kerjasama strategik antara PLANMalaysia Johor, PBT, OSC dan agensi teknikal berkaitan diharap dapat terus diperkukuh ke arah memantapkan tadbir urus perancangan bandar dan desa serta memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, responsif dan berkesan di Negeri Johor.

PLANMalaysia Johor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan mesyuarat ini.










𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗩𝗘𝗥𝗜𝗙𝗜𝗞𝗔𝗦𝗜 𝗗𝗔𝗧𝗔 𝗚𝗨𝗡𝗔 𝗧𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗜-𝗣𝗟𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗗𝗔𝗧𝗔 𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗝𝗔𝗡𝗨𝗔𝗥𝗜 – 𝗝𝗨𝗡 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗕𝗜𝗟. 𝟬𝟮/𝟮𝟬𝟮𝟲PORT DICKSON, 21-23 OKTO...
24/10/2026

𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗩𝗘𝗥𝗜𝗙𝗜𝗞𝗔𝗦𝗜 𝗗𝗔𝗧𝗔 𝗚𝗨𝗡𝗔 𝗧𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗜-𝗣𝗟𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗗𝗔𝗧𝗔 𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗝𝗔𝗡𝗨𝗔𝗥𝗜 – 𝗝𝗨𝗡 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗕𝗜𝗟. 𝟬𝟮/𝟮𝟬𝟮𝟲

PORT DICKSON, 21-23 OKTOBER 2026 (RABU-JUMAAT) - Mesyuarat Verifikasi Data Guna Tanah I-Plan bagi Data Sesi Januari – Jun Tahun 2026 Bil. 02/2026 telah berlangsung pada 21 hingga 23 Oktober 2026 bertempat di Avillion Port Dickson, Negeri Sembilan.

Mesyuarat ini bertujuan untuk melaksanakan verifikasi data guna tanah bagi memastikan ketepatan dan kesahihan data yang dikemas kini dalam sistem I-Plan.

Semoga pelaksanaan mesyuarat ini dapat memperkukuh kualiti data guna tanah serta meningkatkan keberkesanan perancangan pembangunan bandar dan desa di Negeri Johor.








𝗞𝗨𝗥𝗦𝗨𝗦 𝗔𝗥𝗖𝗚𝗜𝗦 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥KOTA ISKANDAR, 13 - 15 OKTOBER 2026 (SELASA - KHAMIS) - Telah berlangsung kursus ArcGIS selama...
16/10/2026

𝗞𝗨𝗥𝗦𝗨𝗦 𝗔𝗥𝗖𝗚𝗜𝗦 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥

KOTA ISKANDAR, 13 - 15 OKTOBER 2026 (SELASA - KHAMIS) - Telah berlangsung kursus ArcGIS selama tiga (3) hari yang memberikan pendedahan serta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan Sistem Maklumat Geografi (Geographic Information System – GIS).

Kursus ini bertujuan memperkukuh kemahiran dalam pengurusan data geospatial, pemetaan serta analisis spatial bagi menyokong pelaksanaan tugas dan proses perancangan pembangunan Negeri Johor dengan lebih sistematik, cekap dan berkesan.

Diharapkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh sepanjang kursus ini dapat dimanfaatkan dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan awam serta menyokong perancangan dan pembangunan negeri yang mampan.








Address

Aras 1 & 2, Bangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Iskandar Puteri
Gelang Patah
79646

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6072667200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PLANMalaysia Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PLANMalaysia Johor:

Shortcuts

Share

Nearby government services