SK Tualang Sekah

Call Directions Contact the organization

SK Tualang Sekah Sebuah sekolah Transformasi (TS25) yang menitik beratkan kecemerlangan pembelajaran dan sahsiah murid

OUR SCHOOL OUR PRIDE OUR DIGNITY

SEMINAR KEUSAHAWAN Anjuran PIBG SK Tualang Sekah . Mohon isi penyertaan di dalam google form di bawah .Tarikh : 25 Oktob...
21/10/2026

SEMINAR KEUSAHAWAN Anjuran PIBG SK Tualang Sekah . Mohon isi penyertaan di dalam google form di bawah .
Tarikh : 25 Oktober 2026
Hari : Ahad
Masa : 10.00 - 11.00 pagi
Tempat : Bilik Gerakan SK Tualang Sekah

https://forms.gle/942GHhyh6Qbdx4hX6

🔥 JOM SERBU HARI KEUSAHAWANAN SK TUALANG SEKAH AHAD INI!!! 🔥Mai ramai-ramai, jangan lepaskan peluang! Tahun ni memang la...
18/10/2026

🔥 JOM SERBU HARI KEUSAHAWANAN SK TUALANG SEKAH AHAD INI!!! 🔥
Mai ramai-ramai, jangan lepaskan peluang! Tahun ni memang lain macam meriahnya!
🍔 Makanan sedap
🛍️ Gerai jualan menarik
🎉 Aktiviti kering dan basah untuk semua peringkat😅
⚽Kejohanan Penalti Bawah 16 Tahun
🎁 CABUTAN BERTUAH BARANGAN KEPERLUAN ASAS
Datang saja dah berpeluang menang! Moh luangkan masa bersama anak-anak tersayang! 😍
📅 Tarikh: (25 OKTOBER 2026)
📍 Tempat: SK Tualang Sekah
⏰ Masa: (8.00 pagi - 2.00 petang)
Jangan tunggu lama—ajak keluarga, ajak jiran, ajak satu kampung pun boleh!
Moh kita meriahkan sama-sama! 🎊

**TERTAKLUK KEPADA KEADAAN CUACA DLL**

📢 *PANDUAN IBU BAPA – REKOD SAHSIAH DI RUMAH*Assalamualaikum dan salam sejahtera ibu bapa/penjaga 😊Sepanjang Program *Sa...
29/08/2026

📢 *PANDUAN IBU BAPA – REKOD SAHSIAH DI RUMAH*

Assalamualaikum dan salam sejahtera ibu bapa/penjaga 😊

Sepanjang Program *Sahsiah di Rumah*, ibu bapa boleh merekod aktiviti sahsiah yang dilakukan oleh anak melalui ParentQR.

Cara mudah:

1️⃣ Layari 👉 *https://app.studentqr.com*
Daftar akaun terlebih dahulu melalui Google atau *Log Masuk* jika sudah mempunyai akaun.

2️⃣ Tekan *Tambah Anak* dan imbas *Kod QR anak* yang diberikan oleh guru.

3️⃣ Pilih akaun anak dan tekan butang *“+”* untuk mula merekod *Sahsiah di Rumah*.

4️⃣ Pilih aktiviti yang telah dilakukan oleh anak, contohnya membantu ibu bapa, mengemas ruang belajar, mencuci pinggan dan sebagainya.

5️⃣ Tekan *“Rekod Misi”* sehingga keluar pengesahan bahawa rekod berjaya disimpan. ✅

🎥 *Video panduan cara merekod:*
https://youtube.com/shorts/ggebVEsy8j8?feature=shared

📖 *Panduan lengkap langkah penuh program sahsiah di rumah:*
https://langkah.studentqr.com/g/a5bf7c280a35

📌 Ibu bapa hanya perlu menggunakan *Kod QR anak yang diberikan oleh guru* untuk mendaftarkan anak ke dalam akaun ParentQR.

Terima kasih atas kerjasama ibu bapa dalam menjayakan *Program Sahsiah di Rumah*. 🌟

▶️ Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah▶️ 28 Ogos 2026 | 15 Rabiul Awal 1448 H▶️ Masjid Kg. Tualang Sekah
28/08/2026

▶️ Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah
▶️ 28 Ogos 2026 | 15 Rabiul Awal 1448 H
▶️ Masjid Kg. Tualang Sekah

28/08/2026
💖Setiap kejayaan yang kita kecapi hari ini mungkin bermula daripada pengorbanan seorang ayah yang tidak pernah diceritak...
21/06/2026

💖Setiap kejayaan yang kita kecapi hari ini mungkin bermula daripada pengorbanan seorang ayah yang tidak pernah diceritakan.

Sempena Hari Bapa 2026, luangkan sedikit masa untuk mengucapkan terima kasih kepada insan yang sentiasa menjadi pelindung, pembimbing dan sumber kekuatan keluarga.

💙 Selamat Menyambut Hari Bapa 2026

Semoga kita semua dapat jaga pemakanan keluarga kita mulai dari sekarang . Semua bermula dari sebuah langkah kecil . Bur...
09/05/2026

Semoga kita semua dapat jaga pemakanan keluarga kita mulai dari sekarang .
Semua bermula dari sebuah langkah kecil .

Burung kedidi, burung merpati,
Burung helang, burung murai,
Burung merak, burung gagak,
Itu semua nama nama burung.
Kenapa baca macam pantun?

KEJOHANAN RAGBI RIMAU BAWAH 12 TAHUN MSS PERAKDua orang wakil SKTS , Zafran Asfa dan Muhd Harith Rizqi telah terpilih me...
06/05/2026

KEJOHANAN RAGBI RIMAU BAWAH 12 TAHUN MSS PERAK

Dua orang wakil SKTS , Zafran Asfa dan Muhd Harith Rizqi telah terpilih mewakili pasukan MSSD Kinta Selatan di kejohanan tersebut .

Pencapaian : JOHAN Kategori Bowl

Tahniah diucapkan kepada kedua-dua orang pemain kita .
SKTS ..1..2..3.. URAAAAAA

Ada anak yang keluar pagar sekolah dengan beg masih di bahu.Dalam kepala dia mungkin cuma fikir nak balik rumah. Nak mak...
06/05/2026

Ada anak yang keluar pagar sekolah dengan beg masih di bahu.

Dalam kepala dia mungkin cuma fikir nak balik rumah. Nak makan. Nak buka kasut. Nak cerita apa yang berlaku di sekolah hari itu.

Tapi di zon sekolah, satu saat leka boleh jadi penamat kepada satu nyawa.

Kita selalu anggap depan sekolah itu tempat biasa. Tempat berhenti sekejap. Tempat reverse sekejap. Tempat turunkan anak cepat-cepat sebab lambat kerja.

Sebenarnya, depan sekolah ialah kawasan paling rapuh.

Anak kecil rendah. Kadang-kadang mereka berada di blind spot kenderaan. Mereka belum cukup matang untuk menilai kelajuan, jarak dan bahaya. Bila loceng balik berbunyi, kawasan sekolah jadi penuh dengan van, kereta, motosikal, ibu bapa, pengawal, penjaja dan murid yang bergerak serentak.

Sebab itu zon sekolah bukan tempat untuk berebut jalan.

Bukan tempat untuk marah-marah sebab kereta depan lambat.

Bukan tempat untuk “kejap je”.

Bukan tempat untuk tekan minyak sebab mahu cepat keluar.

Kalau bawa van, kereta atau motosikal di kawasan sekolah, perlahanlah walaupun tiada orang nampak. Berhenti betul-betul. Pandang kiri kanan. Periksa depan, belakang dan sisi kenderaan. Jangan bergantung pada cermin sahaja.

Anak orang bukan kon, bukan halangan jalan, bukan bayang-bayang kecil yang boleh kita abaikan.

Mereka adalah dunia seseorang.

Hari ini mungkin kita cuma terlambat 5 minit.

Tapi ada keluarga yang mungkin kehilangan sepanjang hayat.

🏆Kejohanan MERENTAS DESA MSSD Kinta Selatan 2026🏈M.HARITH RIZQI (6F) : KE - 8DAMIA QAISARA (5Z) : KE - 24Tahniah dan ter...
19/02/2026

🏆Kejohanan MERENTAS DESA MSSD Kinta Selatan 2026🏈

M.HARITH RIZQI (6F) : KE - 8
DAMIA QAISARA (5Z) : KE - 24

Tahniah dan terima kasih di atas usaha atlet2 yang lain 🙏🙏🙏

SKTS ... 1..2..3... Urraaaaaa

Address

Malim Nawar
Kampar
31700

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Friday 07:00 - 17:00

Telephone

+6054775145

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Tualang Sekah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SK Tualang Sekah:

Shortcuts

Share