JKR Jajahan Kota Bharu Rasmi

Call Directions Contact the organization

JKR Jajahan Kota Bharu Rasmi PAGES RASMI JKR JAJAHAN KOTA BAHRU

HEBAHAN SEBUTHARGA G4 JKR JAJAHAN KOTA BHARU 2026.Para kontraktor G4 yang berdaftar dengan CIDB Negeri Kelantan dan memp...
22/10/2026

HEBAHAN SEBUTHARGA G4 JKR JAJAHAN KOTA BHARU 2026.

Para kontraktor G4 yang berdaftar dengan CIDB Negeri Kelantan dan mempunyai PPK, STB dan SPKK yang masih sah dipelawa untuk menyertai tawaran sebutharga berikut.

Untuk maklumat lanjut, mohon rujuk Notis Iklan Sebutharga yang dilampirkan bersama atau membuat semakan kelayakan di Sistem
Pengurusan Perolehan & Pemantuhan Kerja (S3PK).
Ikuti media sosial JKR Jajahan Kota Bharu Rasmi untuk informasi terkini


Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
JKRKelantan
JKR Jajahan Kota Bharu Rasmi

NOTIS PEMBERITAHUAN PENUTUPAN JALAN SEMENTARADimaklumkan bahawa Laluan FT131 (Jalan Raja Perempuan Zainab II) dari Simpa...
13/10/2026

NOTIS PEMBERITAHUAN PENUTUPAN JALAN SEMENTARA

Dimaklumkan bahawa Laluan FT131 (Jalan Raja Perempuan Zainab II) dari Simpang Empat Pauh Panji menghala ke Persimpangan Panji akan ditutup selama satu (1) hari pada
14 Oktober 2026. Penutupan ini bertujuan memberi laluan kepada kerja-kerja launching beam untuk pembinaan Overhead Pedestrian Bridge (OPB) 3 berhampiran Sekolah Kebangsaan Panji supaya dapat dilaksanakan dengan selamat dan teratur.

Sila rujuk info grafik yang dilampirkan bersama untuk mendapatkan maklumat selanjutnya.

Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan dan menggunakan laluan alternatif yang disediakan.

Segala kesulitan amatlah dikesali.

SEKITAR MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SIAP PEMBINAAN BANGUNAN TAMBAHAN PRASEKOLAH DI SEKOLAH KEBANGSAAN ISLAH, KOTA BHARU, KE...
05/10/2026

SEKITAR MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SIAP PEMBINAAN BANGUNAN TAMBAHAN PRASEKOLAH DI SEKOLAH KEBANGSAAN ISLAH, KOTA BHARU, KELANTAN (DBB1106)

KOTA BHARU, 4 Oktober 2026 – Telah berlangsung Majlis Penyerahan Projek Siap bagi Projek Pembinaan Bangunan Tambahan Prasekolah di Sekolah Kebangsaan Islah, Kota Bharu, Kelantan (DBB1106).

Majlis yang berlangsung pada 4 Oktober 2026 (Ahad), jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Sekolah Kebangsaan Islah ini merupakan satu langkah penting dalam memastikan kemudahan pendidikan yang disediakan dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh warga sekolah.

Projek ini dilaksanakan bagi menyediakan kemudahan bangunan tambahan prasekolah yang lebih selesa, selamat dan kondusif, khususnya dalam menyokong proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid prasekolah.

Majlis penyerahan ini turut mencerminkan komitmen berterusan Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam memastikan pelaksanaan projek kerajaan disiapkan mengikut spesifikasi, tempoh dan standard yang ditetapkan demi kepentingan rakyat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan projek ini.


Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department
JKRKelantan
JKR Jajahan Kota Bharu Rasmi

MAJLIS PENYERAHAN & MENANDATANGANI DOKUMEN SST 202624 September - telah berlangsung Majlis Penyerahan Surat Setuju Terim...
24/09/2026

MAJLIS PENYERAHAN & MENANDATANGANI DOKUMEN SST 2026

24 September - telah berlangsung Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan sesi menandatangani dokumen SST kepada kontraktor yang berjaya.

Penyerahan SST melibatkan SST bagi sebutharga :

1.JJ/KB/J/11/2026
MENYELENGGARA PERSIMPANGAN BERLAMPU ISYARAT BAGI PENYURAIAN LALULINTAS DI SIMPANG PAKNIK LAH JALAN D135 DAN JALAN D4 JALAN PANCHOR - PENGKALAN DATU, JAJAHAN KOTA BHARU, KELANTAN.
KONTRAKTOR BERJAYA : M SYAUQI ENTERPRISE

2.JJ/KB/J/12/2026
KERJA MENYELENGGARA PERSIMPANGAN BERLAMPU ISYARAT DI JALAN D4 KM3.65 JALAN PADANG TEMBAK, JAJAHAN KOTA BHARU, KELANTAN.
KONTRAKTOR BERJAYA : RIDZLAH MAJU ENTERPRISE

3.JJ/KB/J/13/2026
MENYELENGGARA BAHU JALAN SERTA KERJA DI JALAN D5 DARI KM0.00 - 2.50 BADAK MATI - BINJAI, KOTA BHARU, KELANTAN.
KONTRAKTOR BERJAYA : SHAM CAHAYA MAJU ENTERPRISE

Tahniah diucapkan kepada kontraktor yang berjaya. Semoga pihak kontraktor dapat memberi kerjasama sepenuhnya dalam usaha memastikan perkhidmatan kerja dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan dan menepati spesifikasi yang dikehendaki.


Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
JKRKelantan
JKR Jajahan Kota Bharu Rasmi

Pembetulan notis pemberitahuan penutupan sementara laluan jambatan sultan yahya petra (jsyp)Tajuk kerja : Kerja - kerja ...
07/09/2026

Pembetulan notis pemberitahuan penutupan sementara laluan jambatan sultan yahya petra (jsyp)

Tajuk kerja : Kerja - kerja penyelenggaraan Jambatan Sultan Yahya Petra (JSYP) di Laluan FT3 seksyen 708.00 - 710.73
Skop kerja : Kerja - kerja membaikpulih expansion joint / kerja - kerja pemasangan premix
Jangkaan masa tutup laluan : 10.00pm - 6.00am
Jangkaan tarikh kerja : Isnin / 07.09.2026
Lokasi : Jambatan Sultan Yahya Petra Lama (JSYP)

Patuhilah papan tanda lalulintas sementara yang disediakan.

Segala kesulitan amat dikesali untuk kemudahan anda di masa hadapan

NOTIS PEMBERITAHUAN PENUTUPAN SEMENTARA LALUAN JAMBATAN SULTAN YAHYA PETRA (JSYP)Pengguna jalan raya dinasihatkan mematu...
06/09/2026

NOTIS PEMBERITAHUAN PENUTUPAN SEMENTARA LALUAN JAMBATAN SULTAN YAHYA PETRA (JSYP)

Pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi papan tanda lalulintas sementara yang disediakan

Segala kesulitan amatlah dikesali


Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
JKRKelantan
JKR Jajahan Kota Bharu Rasmi

30/08/2026
PEMANTAUAN KERJA-KERJA PEMBAIKAN EXPANSION JOINT JEJAMBAT WAKAF SIKU24 Ogos 2026 | FT3 Seksyen 708.00 – 710.73Satu peman...
24/08/2026

PEMANTAUAN KERJA-KERJA PEMBAIKAN EXPANSION JOINT JEJAMBAT WAKAF SIKU

24 Ogos 2026 | FT3 Seksyen 708.00 – 710.73

Satu pemantauan kerja-kerja membaik pulih expansion joint di Jejambat Wakaf Siku telah dilaksanakan pada 24 Ogos 2026 bagi memastikan kerja-kerja pembaikan dilaksanakan mengikut kaedah yang ditetapkan serta memenuhi aspek kualiti dan keselamatan.

Antara perkara yang telah diberi perhatian sepanjang pemantauan adalah:

1. Memantau kerja-kerja pemasangan expansion joint di lokasi.
2. Memeriksa kaedah pemasangan bagi memastikan pelaksanaan kerja mematuhi spesifikasi dan keperluan teknikal.
3. Memeriksa kualiti serta kesesuaian bahan yang digunakan bagi memastikan hasil kerja mencapai tahap yang ditetapkan.

Pemantauan ini turut dilaksanakan dengan mengambil kira keadaan cuaca baik/hujan lebat bagi memastikan kelancaran dan keselamatan sepanjang kerja dijalankan.


Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
JKRKelantan
JKR Jajahan Kota Bharu Rasmi

NOTIS PEMBERITAHUAN PENUTUPAN SEMENTARA LALUAN JEJAMBAT WAKAF SIKU DARIPADA PASIR PEKAN MENGHALA WAKAF SIKUPengguna jala...
24/08/2026

NOTIS PEMBERITAHUAN PENUTUPAN SEMENTARA LALUAN JEJAMBAT WAKAF SIKU DARIPADA PASIR PEKAN MENGHALA WAKAF SIKU

Pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi papan tanda lalulintas sementara yang disediakan

Segala kesulitan amatlah dikesali


Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
JKRKelantan
JKR Jajahan Kota Bharu Rasmi

MAJLIS PENYERAHAN & MENANDATANGANI DOKUMEN SST 202613 Ogos - telah berlangsung Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SS...
13/08/2026

MAJLIS PENYERAHAN & MENANDATANGANI DOKUMEN SST 2026

13 Ogos - telah berlangsung Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan sesi menandatangani dokumen SST kepada kontraktor yang berjaya.

Penyerahan SST melibatkan SST bagi sebutharga :

1.JJ/KB/J/04/2026
MENYELENGGARA LONGKANG KONKRIT-U BERSAIZ 600MM DI D5 KM3.0 JALAN BADAK MATI-BINJAI, KOTA BHARU, KELANTAN.
KONTRAKTOR BERJAYA : SF MAJU TRADING

2.JJ/KB/J/05/2026
MENYELENGGARA LONGKANG KONKRIT-U BERSAIZ 600MM DI D135 JALAN KOTA JEMBAL/PENGKALAN DATU, KOTA BHARU, KELANTAN.
KONTRAKTOR BERJAYA : MFH GLOBAL RESOURCES

3.JJ/KB/J/06/2026
MENYELENGGARA LONGKANG TANAH KEPADA LONGKANG KONKRIT-U BERSAIZ 600MMX600MM DI LALUAN D121 KM2.0 – KM2.9, JALAN PANGKAL KUANG – PANGKAL KALONG, JAJAHAN KOTA BHARU, KELANTAN.
KONTRAKTOR BERJAYA : MOZANAS SDN BHD

4.JJ/KB/J/07/2026
MENYELENGGARA LONGKANG KONKRIT-U BERSAIZ 600MMX600MM DI LALUAN D136 KM0.3, JALAN KOK LANAS – SELISING, JAJAHAN KOTA BHARU, KELANTAN.
KONTRAKTOR BERJAYA : NKAA RESOURCES

5.JJ/KB/J/08/2026
KERJA MENGECAT SEMULA GARISAN JALAN DI LALUAN D127 JALAN TG. JENERA – KG. PADANG, JAJAHAN KOTA BHARU, KELANTAN.
KONTRAKTOR BERJAYA : ABD HAKIM ENTERPRISE

6.JJ/KB/J/09/2026
MEMBINA LINTASAN PEJALAN KAKI SEARAS BERLAMPU ISYARAT (LPKSI) DI HADAPAN MASJID SULTAN MUHAMMAD II, D3 KM0.2 JALAN TELIPOT, JAJAHAN KOTA BHARU, KELANTAN.
KONTRAKTOR BERJAYA : MSZ TRADE

7.JJ/KB/J/10/2026
MEMBINA LINTASAN PEJALAN KAKI SEARAS BERLAMPU ISYARAT (LPKSI) DI HADAPAN MASJID JAMEK MUHAMMADI KOTA BHARU, D2 KM0.1 JALAN SULTANAH ZAINAB, JAJAHAN KOTA BHARU, KELANTAN.
KONTRAKTOR BERJAYA : SERANGKAI ILHAM ENTERPRISE

8.JJ/KB/B/09/2026
KERJA-KERJA BERKAITAN STRUKTUR BANGUNAN SPRM KELANTAN TAHUN 2026 (KERJA-KERJA PEMBAIKAN STRUKTUR BUMBUNG DAN ALUMINIUM LOUVERS)
KONTRAKTOR BERJAYA : KHALID YUSOF CONSTRUCTION

9.JJ/KB/B/10/2026
KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN PEMBAIKAN BANGUNAN SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI SEKTOR SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN (SSTP), JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN, PENGKALAN CHEPA, KOTA BHARU, KELANTAN.
KONTRAKTOR BERJAYA : 7 PILLARS CONSTRUCTION & SERVICES

Tahniah diucapkan kepada kontraktor yang berjaya. Semoga pihak kontraktor dapat memberi kerjasama sepenuhnya dalam usaha memastikan perkhidmatan kerja dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan dan menepati spesifikasi yang dikehendaki.


Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
JKRKelantan
JKR Jajahan Kota Bharu Rasmi

Address

Kota Bharu
Kota Bharu
15050

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6097436029

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JKR Jajahan Kota Bharu Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JKR Jajahan Kota Bharu Rasmi:

Shortcuts

Share