Lembaga Industri Getah Sabah - LIGS

Directions Website

Lembaga Industri Getah Sabah - LIGS Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Lembaga Industri Getah Sabah - LIGS, Government Organization, Aras 3 Wisma Pertanian Sabah, Jalan Tasik Luyang (Off Jalan Maktab Gaya) Beg Berkunci 2016, Kota Kinabalu.

MAKLUMANHebahan Seperti Di Bawah Adalah PALSU. Sila abaikan. Harap maklum.
29/10/2026

MAKLUMAN

Hebahan Seperti Di Bawah Adalah PALSU. Sila abaikan. Harap maklum.

WARNA-WARNI HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN (HPPNS) PERINGKAT NEGERI SABAH 2026TENOM, 23–25 Oktober 2026 – Daerah T...
26/10/2026

WARNA-WARNI HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN (HPPNS) PERINGKAT NEGERI SABAH 2026

TENOM, 23–25 Oktober 2026 – Daerah Tenom telah menjadi tuan rumah bagi penganjuran Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Sabah (HPPNS) 2026 yang berlangsung selama tiga hari dengan penuh meriah. Program ini berjaya menarik kunjungan pelawat seramai 25,000 pengunjung sepanjang 3 hari program ini berlangsung, sekali gus mencerminkan sambutan menggalakkan daripada masyarakat terhadap sektor pertanian, penternakan dan perikanan.

Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan di sepanjang program HPPNS ini, termasuk pameran produk daripada jabatan dan agensi kerajaan, pameran syarikat swasta serta pelbagai aktiviti yang mengetengahkan potensi dan perkembangan sektor pertanian. HPPNS 2026 turut menyaksikan penyampaian anugerah kepada 50 individu dan syarikat yang menunjukkan pencapaian serta prestasi cemerlang dalam bidang pertanian dan agropelancongan.

Majlis perasmian HPPNS 2026 telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri II Sabah, YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun. Turut hadir ialah ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan serta wakil sektor swasta yang memainkan peranan penting dalam pembangunan dan pemerkasaan industri pertanian negeri Sabah.

Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) turut mengambil bahagian sebagai AJK Penganjur HPPNS 2026 pada kali ini diantaranya ialah sebagai AJK Keselamatan dan Kesihatan dan juga AJK Koir. Pengoperasian reruai utama jabatan, jualan bibit buah-buahan, pameran dan promosi Kebun Dapur serta jualan produk di bahagian Agromakanan.

Lebih membanggakan, LIGS telah berjaya meraih Naib Johan dalam Pertandingan Gerai Pameran Tercantik HPPNS 2026. Pencapaian ini merupakan satu pengiktirafan terhadap usaha, kreativiti, komitmen dan kerjasama berpasukan seluruh warga LIGS dalam menyediakan reruai pameran yang menarik serta informatif kepada para pengunjung.

Secara keseluruhannya, penyertaan LIGS dalam HPPNS 2026 bukan sahaja menjadi platform untuk memperkenalkan peranan, produk dan inisiatif LIGS kepada masyarakat, malah turut membuka ruang bagi memperluas jaringan kerjasama serta meningkatkan kesedaran mengenai potensi industri getah dan sektor pertanian di Sabah.

Tahniah dan syabas kepada seluruh warga LIGS atas komitmen serta kejayaan yang dicapai! Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan untuk memperkasakan industri getah Sabah dan menyokong pembangunan sektor pertanian negeri ke arah yang lebih progresif, mampan dan berdaya saing






Hari terakhir sambutan Hari Peladang Penternak dan Nelayan 2026
24/10/2026

Hari terakhir sambutan Hari Peladang Penternak dan Nelayan 2026






LIGS RAIH MSOSH RISE AWARD 2026 DALAM PENYERTAAN PERTAMA. PETALING JAYA, 22 OKTOBER 2026 – Lembaga Industri Getah Sabah ...
24/10/2026

LIGS RAIH MSOSH RISE AWARD 2026 DALAM PENYERTAAN PERTAMA.

PETALING JAYA, 22 OKTOBER 2026 – Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) menerima MSOSH RISE AWARD KATEGORI ELITE sempena 44th MSOSH Awards 2026 anjuran Malaysian Society for Occupational Safety and Health (MSOSH) di One World Hotel, Petaling Jaya.

Kejayaan ini lebih bermakna kerana merupakan penyertaan sulung LIGS sekali gus menempatkan LIGS dalam kategori RISE bersama 19 penerima lain.

Anugerah berprestij ini telah disampaikan oleh pihak Malaysian Society for Occupational Safety and Health (MSOSH) kepada Pengurus Besar Lembaga Industri Getah Sabah, Tuan Ts. Sabdil bin Tanjong.

MSOSH ialah pertubuhan profesional yang memperjuangkan kecemerlangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di Malaysia. MSOSH RISE AWARD mengiktiraf organisasi yang komited terhadap pembangunan, pelaksanaan dan penambahbaikan amalan KKP, di samping memperkukuh budaya kerja selamat serta penambahbaikan berterusan.

Pengiktirafan ini membuktikan komitmen Pengurusan Tertinggi, Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) serta seluruh warga LIGS dalam membudayakan amalan kerja yang selamat dan sihat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga LIGS atas sokongan, kerjasama dan komitmen yang menyumbang kepada kejayaan bersejarah ini.

Sempena Tahun HSE LIGS 2026, kejayaan manis ini menjadi bukti bahawa usaha berterusan dalam memperkukuh aspek keselamatan, kesihatan pekerjaan dan alam sekitar mampu menghasilkan pencapaian yang membanggakan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada LIGS untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa akan datang.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk LIGS terus memperkukuh pengurusan keselamatan, kesihatan pekerjaan dan alam sekitar.

SELAMAT, SIHAT, LESTARI





Kunjungi Gerai Jualan Bantal Lumi di Booth LIGS  Sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan HPPNS 2026. Jumpa anda dis...
21/10/2026

Kunjungi Gerai Jualan Bantal Lumi di Booth LIGS Sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan HPPNS 2026. Jumpa anda disana...





21/10/2026

Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Sabah 2026. Sama-sama kita meriahkan HPPNS 2026, pelbagai acara dan pameran jualan telah disusun atur untuk para pengunjung. Jumpa anda di sana...





MEMACU TRANSFORMASI GETAH SABAH MELALUI SIMPOSIUM PEGAWAI PENGUASA LEMBAGA INDUSTRI GETAH SABAH 2026KUNDASANG, RANAU – I...
20/10/2026

MEMACU TRANSFORMASI GETAH SABAH MELALUI SIMPOSIUM PEGAWAI PENGUASA LEMBAGA INDUSTRI GETAH SABAH 2026

KUNDASANG, RANAU – Industri getah negeri melangkah ke hadapan dengan penganjuran Simposium Pegawai Penguasa Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) yang berlangsung dengan jayanya selama tiga hari, bermula 17 hingga 19 Oktober 2026 bertempat di Pusat Biro Tata Negara (BTN) Kundasang.

Simposium strategik ini telah mengumpulkan kesemua Pegawai Penguasa LIGS dari seluruh pelosok Sabah. Sepanjang program berlangsung, para peserta telah diberikan tanggungjawab besar untuk membedah dan merungkai pelbagai isu kritikal berkaitan peranan LIGS, sekali gus merangka resolusi konkrit demi masa depan industri yang lebih mampan.

Impak dan intipati utama simposium merangkumi
platform suara akar umbi dengan menjadi medan terbaik buat semua Penguasa Daerah untuk melontarkan idea bernas, menyuarakan pandangan, dan mengemukakan cadangan transformatif secara terus kepada pihak Pengurusan Tertinggi LIGS.

Selain itu ianya juga meggalakkan percambahan minda strategik kerana bengkel intensif sepanjang tiga hari berjaya melahirkan resolusi dinamik untuk memperkasakan lagi perkhidmatan LIGS kepada masyarakat peneroka dan pekebun kecill.

Program berimpak tinggi seperti ini diharapkan dapat dijadikan acara tahunan dan dilaksanakan lagi di masa hadapan demi memastikan LIGS sentiasa relevan, tangkas, dan cemerlang dalam memacu industri getah Sabah.





PROGRAM BUDI AGRI-KOMODITI MADANI BERAKHIR DI BEAUFORTBEAUFORT, 15 Oktober 2026 – Penganjuran Program Jelajah Jerayawara...
16/10/2026

PROGRAM BUDI AGRI-KOMODITI MADANI BERAKHIR DI BEAUFORT

BEAUFORT, 15 Oktober 2026 – Penganjuran Program Jelajah Jerayawara LIGS dan BUDI Agri-Komoditi MADANI melabuhkan tirainya secara rasmi hari ini selepas menjayakan siri jelajah terakhirnya bagi daerah ini bertempat di Dewan Pa' Musa, Beaufort.

Secara keseluruhannya, program jerayawara ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan melibatkan penyertaan seramai 8,924 orang pekebun kecil getah. Daripada jumlah tersebut, seramai 5,176 peserta telah berjaya didaftarkan bagi menerima manfaat skim bantuan tunai, membabitkan jumlah bantuan bernilai RM400 sebulan. Bantuan ini melibatkan implikasi kewangan dana kerajaan sebanyak RM 2,070,400 yang akan dibayar pekebun yang layak.

Dengan berakhirnya siri jerayawara ini, impak positif yang dibawakan dijangka mampu memacu pertumbuhan sektor agri-komoditi getah domestik ke tahap yang lebih mampan, sekali gus memastikan kebajikan para pekebun kecil sentiasa terpelihara di bawah payung Malaysia MADANI.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), agensi-agency rakan strategik, serta seluruh komuniti yang telah memberikan komitmen jitu dalam menjayakan program berimpak tinggi ini.





PROGRAM JERAYAWARA BUDI AGRI-KOMODITI MADANI PAPAR DAN BONGAWAN PADA 12 DAN 13 OKTOBER 2026.
13/10/2026

PROGRAM JERAYAWARA BUDI AGRI-KOMODITI MADANI PAPAR DAN BONGAWAN PADA 12 DAN 13 OKTOBER 2026.





10/10/2026

Program Jerayawara LIGS & Budi Agri- Komoditi Madani

Address

Aras 3 Wisma Pertanian Sabah, Jalan Tasik Luyang (Off Jalan Maktab Gaya) Beg Berkunci 2016
Kota Kinabalu
88999

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lembaga Industri Getah Sabah - LIGS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share