Akademi Latihan Ketenteraan

Directions Website

Akademi Latihan Ketenteraan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Akademi Latihan Ketenteraan, Armed forces, ALK-UPNM, Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Akademi Latihan Ketenteraan memberi pelajaran dan latihan kepada Pegawai Kadet dalam membina ciri-ciri penting ketenteraan, menanam semangat berdisplin, taat setia, kegigihan terhadap tugas dan memberi pengetahuan ketenteraan yang asas Pegawai Kadet.

𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗨𝗞𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗨𝗗𝗜𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗪𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗧𝗝 𝗔𝗞𝗔𝗗𝗘𝗠𝗜 𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡 (𝗔𝗟𝗞) 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲KUALA LUMPUR, 30 Oktober ...
30/10/2026

𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗨𝗞𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗨𝗗𝗜𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗪𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗧𝗝 𝗔𝗞𝗔𝗗𝗘𝗠𝗜 𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡 (𝗔𝗟𝗞) 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲

KUALA LUMPUR, 30 Oktober 2026 – ALK telah menghadiri Sesi Pembukaan Pengauditan Pengurusan Kewangan bersama Bahagian Audit Dalam Pertahanan (BADP), Kementerian Pertahanan Malaysia yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Berlian, Bangunan Zetro, Wangsa Maju.

Sesi tersebut merupakan persediaan bagi pelaksanaan pengauditan yang dijadualkan berlangsung pada 2 hingga 13 November 2026 bagi menilai tahap kecekapan, keberkesanan dan pematuhan pengurusan kewangan ALK terhadap peraturan serta tatacara kewangan yang berkuat kuasa.

Delegasi ALK diketuai oleh Kol Gs. Ts. Norhelmi bin Ismail, Timbalan Komandan ALK, bersama pegawai dan anggota yang berkaitan. Sementara itu, delegasi BADP terdiri daripada beberapa pegawai audit yang diketuai oleh Encik Anwar Asmuni, Timbalan Ketua Audit Dalam dan Puan Illiana Ismail, Ketua Juruaudit Kanan Kewangan.

ALK komited untuk memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang pelaksanaan pengauditan serta menjadikan setiap pemerhatian dan penemuan audit sebagai ruang penambahbaikan berterusan dalam memperkukuhkan tadbir urus, integriti dan akauntabiliti pengurusan kewangan organisasi.


𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗨𝗟𝗨𝗡𝗚 𝗣𝗔𝗡𝗚𝗟𝗜𝗠𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡, 𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗗𝗢𝗞𝗧𝗥𝗜𝗡 𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 (𝗣𝗣𝗟𝗗 𝗔𝗧𝗠) 𝗞𝗘 𝗔𝗞𝗔𝗗𝗘𝗠𝗜 𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔...
27/10/2026

𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗨𝗟𝗨𝗡𝗚 𝗣𝗔𝗡𝗚𝗟𝗜𝗠𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡, 𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗗𝗢𝗞𝗧𝗥𝗜𝗡 𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 (𝗣𝗣𝗟𝗗 𝗔𝗧𝗠) 𝗞𝗘 𝗔𝗞𝗔𝗗𝗘𝗠𝗜 𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡 (𝗔𝗟𝗞) 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗟𝗔𝗣𝗘𝗦 𝟯 𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧 (𝟯𝗞) 𝗨𝗣𝗡𝗠

27 Oktober 2026 – ALK dan PALAPES 3K UPNM telah menerima Lawatan Ulung daripada PPLD ATM, Lt Jen Dato’ Mahadzer bin Amin TUDM, sebagai usaha memperkukuh hubungan kerjasama dalam pelaksanaan latihan ketenteraan serta pembangunan kepimpinan Pegawai Kadet (PK) ALK serta PK PALAPES 3K UPNM.

Lawatan dimulakan dengan ketibaan PPLD ATM di Wisma Perwira (WP) ALK yang disambut oleh Komandan ALK, Brig Jen Dato’ Mohamad Noorlizam bin Shamsuddin dan Timbalan Komandan ALK, Kol GS Ts. Norhelmi bin Ismail serta Komandan PALAPES 3K UPNM, Kol (K) Prof. Dr. Khairol Amali bin Ahmad dan Timbalan PALAPES 3K UPNM, Lt Kol Prof. Ts. Dr. Muhd Zu Azhan bin Yahya. Lawatan kemudiannya diteruskan dengan pemeriksaan Kawalan Suku, sesi memperkenalkan barisan Pegawai ALK dan Pegawai PALAPES 3K UPNM serta sesi bergambar.

Acara lawatan diteruskan dengan Persembahan Dinamik oleh PK ALK dan PK PALAPES 3K UPNM di Padang Kawad ALK melibatkan gabungan seramai 510 PK yang terdiri daripada 465 PK ALK dan 45 PK PALAPES 3K UPNM. Persembahan ini turut disaksikan oleh 240 Pegawai Kadet PALAPES 3K UPNM, di samping penglibatan pegawai dan staf ALK serta PALAPES 3K UPNM. Persembahan yang bertenaga tersebut mempamerkan tahap disiplin, ketangkasan, kemahiran ketenteraan serta semangat juang yang tinggi dalam jati diri semua PK.

Acara diteruskan dengan sesi taklimat ALK dan PALAPES 3K UPNM di Bilik Mesyuarat Pancasena ALK sebelum PPLD ATM dibawa ke WP ALK untuk jamuan makan tengah hari. Sebelum sesi menandatangani Buku Lawatan, majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan oleh PPLD ATM kepada anak anggota yang mengalami penyakit kronik dan anggota yang sakit. Dikesempatan itu juga, Komandan ALK dan Komandan PALAPES 3K UPNM telah menyampaikan cenderahati sebagai tanda penghargaan atas kesudian PPLD ATM mengadakan lawatan ke ALK dan PALAPES 3K UPNM.

Acara lawatan diakhiri dengan lawatan PPLD ATM ke beberapa fasiliti latihan dan kemudahan terdapat di ALK merangkumi Wisma Pegawai Kadet (WPK) dan Blok Penginapan Bukit Putera, Lapang Sasar Pistol 25M ALK, Litar Merentas Halangan, serta WPK dan Blok Penginapan Kasturi UPNM.


𝗖𝗢𝗠𝗠𝗔𝗡𝗗𝗘𝗥’𝗦 𝗧𝗔𝗟𝗞 𝗣𝗔𝗡𝗚𝗟𝗜𝗠𝗔 𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 (𝗣𝗔𝗕) 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗔𝗞𝗔𝗗𝗘𝗠𝗜 𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡 (𝗔𝗟𝗞)24 Oktober 2026 I Sungai...
25/10/2026

𝗖𝗢𝗠𝗠𝗔𝗡𝗗𝗘𝗥’𝗦 𝗧𝗔𝗟𝗞 𝗣𝗔𝗡𝗚𝗟𝗜𝗠𝗔 𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 (𝗣𝗔𝗕) 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗔𝗞𝗔𝗗𝗘𝗠𝗜 𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡 (𝗔𝗟𝗞)

24 Oktober 2026 I Sungai Besi - Sesi 𝘾𝙤𝙢𝙢𝙖𝙣𝙙𝙚𝙧’𝙨 𝙏𝙖𝙡𝙠 oleh YBhg Leftenan Jeneral Dato’ Sri Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim, Panglima Angkatan Bersama bersama Warga ALK telah dilaksanakan di Dewan Tun Templer, ALK.

Program ini berperanan sebagai wadah komunikasi dua hala yang memberi peluang kepada warga ALK dan Pegawai Kadet (PK) untuk memperoleh ilmu pengetahuan, pengalaman serta pandangan secara langsung daripada seorang Pegawai Kanan TDM.

Perkongsian pengalaman dan kejayaan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau diharapkan dapat menyuntik semangat, inspirasi serta motivasi kepada PK ALK untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam setiap bidang yang diceburi. Sesi ini turut dihadiri oleh Brigedier Jeneral Dato' Mohamad Noorlizam bin Shamsuddin, Komandan ALK.

Pendedahan ini diharapkan dapat meningkatkan motivasi, membentuk sahsiah dan memperkukuh jati diri Pegawai Kadet agar lebih bersedia untuk memikul amanah serta tanggungjawab sebagai Pegawai Angkatan Tentera Malaysia pada masa hadapan.



𝗣𝗘𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝗞𝗔𝗗𝗘𝗧 𝗔𝗟𝗞-𝗨𝗣𝗡𝗠 𝗟𝗔𝗞𝗔𝗥 𝗞𝗘𝗖𝗘𝗠𝗘𝗥𝗟𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗔𝗞𝗔𝗗𝗘𝗠𝗜𝗞 𝗗𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗧𝗔𝗦 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗘𝗥𝗨𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗠𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗦𝗜𝗦 𝗣𝗥𝗔 𝗦𝗜𝗦...
25/10/2026

𝗣𝗘𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝗞𝗔𝗗𝗘𝗧 𝗔𝗟𝗞-𝗨𝗣𝗡𝗠 𝗟𝗔𝗞𝗔𝗥 𝗞𝗘𝗖𝗘𝗠𝗘𝗥𝗟𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗔𝗞𝗔𝗗𝗘𝗠𝗜𝗞 𝗗𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗧𝗔𝗦 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗘𝗥𝗨𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗠𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗦𝗜𝗦 𝗣𝗥𝗔 𝗦𝗜𝗦𝗪𝗔𝗭𝗔𝗛 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲

𝟮𝟰 𝗢𝗞𝗧 𝟮𝟲 | 𝗣𝘂𝘁𝗿𝗮𝗷𝗮𝘆𝗮 – PK ALK-UPNM telah menyertai Pertandingan Persembahan Tesis Pra Siswazah Peringkat Negara Tahun 2026 yang berlangsung di 𝘿𝙤𝙪𝙗𝙡𝙚𝙏𝙧𝙚𝙚 𝙗𝙮 𝙃𝙞𝙡𝙩𝙤𝙣 𝙋𝙪𝙩𝙧𝙖𝙟𝙖𝙮𝙖 𝙇𝙖𝙠𝙚𝙨𝙞𝙙𝙚.

𝗣𝗞 𝟯 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝗡𝗮𝗯𝗶𝗹 𝗔𝗶𝗺𝗮𝗻 𝗯𝗶𝗻 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗞𝗮𝗺𝗮𝗹 dengan pembentangan tesis bertajuk “𝙳𝙴𝚅𝙴𝙻𝙾𝙿𝙼𝙴𝙽𝚃 𝙾𝙵 𝚁𝙰𝙳𝙰𝚁 𝚂𝙸𝙼𝚄𝙻𝙰𝚃𝙾𝚁 𝙵𝙾𝚁 𝙴𝙽𝙷𝙰𝙽𝙲𝙸𝙽𝙶 𝚃𝙰𝚁𝙶𝙴𝚃 𝙴𝚅𝙰𝙻𝚄𝙰𝚃𝙸𝙾𝙽” telah disampaikan dengan baik, jelas dan cemerlang di hadapan Panel Juri. Hasil bimbingan dan tunjuk ajar Penyelia Tesis, Lt Ts. Mohamad Azrin bin Abd Azis TLDM (Bersara) dengan persembahan yang jitu, PK telah berjaya merangkul 𝗧𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗸𝗲𝘁𝗶𝗴𝗮 (𝟮𝙣𝙙 𝙍𝙪𝙣𝙣𝙚𝙧-𝙐𝙥) daripada 6 peserta yang bertanding dalam pertandingan tersebut. PK juga telah menerima 𝘽𝙚𝙨𝙩 𝘼𝙘𝙖𝙙𝙚𝙢𝙞𝙘 𝙎𝙩𝙪𝙙𝙚𝙣𝙩 𝘼𝙬𝙖𝙧𝙙 sempena 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖 𝙅𝙤𝙞𝙣𝙩 𝘽𝙧𝙖𝙣𝙘𝙝 (MUB) RINA-IMarEST 37th 𝘼𝙣𝙣𝙪𝙖𝙡 𝘿𝙞𝙣𝙣𝙚𝙧.

Pencapaian ini membuktikan kesungguhan dan komitmen PK ALK-UPNM dalam mengembangkan ilmu pengetahuan serta menghasilkan penyelidikan dan inovasi yang berpotensi menyumbang kepada bidang pertahanan negara.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada pencapaian PK ALK-UPNM yang lebih gemilang pada masa hadapan, selaras dengan usaha melahirkan pegawai Angkatan Tentera Malaysia yang berilmu, berkemahiran dan berwibawa.

𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗬𝗔𝗕𝗔𝗦 𝗗𝗜𝗨𝗖𝗔𝗣𝗞𝗔𝗡


𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗔𝗞𝗔𝗗𝗘𝗠𝗜 𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡 (𝗔𝗟𝗞) 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲𝗦𝗨𝗡𝗚𝗔𝗜 𝗕𝗘𝗦𝗜, 𝟮𝟬 𝗢𝗞𝗧𝗢𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲 - ALK telah melaksanak...
20/10/2026

𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗔𝗞𝗔𝗗𝗘𝗠𝗜 𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡 (𝗔𝗟𝗞) 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲

𝗦𝗨𝗡𝗚𝗔𝗜 𝗕𝗘𝗦𝗜, 𝟮𝟬 𝗢𝗞𝗧𝗢𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲 - ALK telah melaksanakan Hari Pengajian Peringkat ALK Tahun 2026 bertempat di Auditorium ALK yg dihadiri oleh barisan Pegawai, anggota LLP dan Staf Awam ALK.

Objektif utama hari pengajian ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada staf ALK mengenai peraturan berkaitan Pengurusan Aset. Ceramah yang penuh informasi ini telah disampaikan oleh Puan Nooraani Bte Abu Hassan, Jurulatih dari Pusat Latihan Kor Ordnans Diraja (PULNORD) yang menyentuh berkaitan tatacara pengurusan aset, termasuk aspek pematuhan, kawal selia dan operasi berkaitan aset kerajaan.

Pengisian syarahan yang disampaikan turut menekankan kesedaran mendalam mengenai tatacara Pengurusan Aset dan Stor Kerajaan berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan semasa.

Syarahan turut menekankan keperluan dan kepentingan pengurusan aset dengan tumpuan kepada proses pemeriksaan aset. Secara tidak langsung, memberi pendedahan kepada prosedur pemeriksaan yang meliputi dokumentasi, pemantauan dan pematuhan garis panduan bagi memastikan pengurusan aset dan stor dilaksanakan secara teratur, cekap dan berkesan.

Syarahan diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah jemputan yang telah disampaikan oleh Brig Jen Dato' Mohamad Noorlizam bin Shamsuddin, Komandan ALK. Turut hadir adalah Timbalan Komandan ALK, Kol Gs. Ts. Norhelmi bin Ismail dan Pegawai Memerintah ALK, Lt Kol Ahmad Safuan bin Jaafar.

Komandan juga menasihatkan semua warga ALK agar melaksanakan tanggungjawab pengurusan aset dengan lebih cekap, menyokong pematuhan tatacara semasa, serta meningkatkan keupayaan organisasi dalam mengurus aset kerajaan secara menyeluruh dan mampan di samping meningkatkan kecekapan dalam menangani isu seperti kehilangan, kerosakan dan pelupusan mengikut peraturan.

𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝗞𝗔𝗗𝗘𝗧 (𝗣𝗞) 𝗟𝗔𝗨𝗧 𝗔𝗞𝗔𝗗𝗘𝗠𝗜 𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡 (𝗔𝗟𝗞) 𝗞𝗘 𝗣𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗧𝗟𝗗𝗠 𝗟𝗨𝗠𝗨𝗧𝟭𝟳 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗟𝘂𝗺𝘂𝘁 - Seram...
17/10/2026

𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝗞𝗔𝗗𝗘𝗧 (𝗣𝗞) 𝗟𝗔𝗨𝗧 𝗔𝗞𝗔𝗗𝗘𝗠𝗜 𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡 (𝗔𝗟𝗞) 𝗞𝗘 𝗣𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗧𝗟𝗗𝗠 𝗟𝗨𝗠𝗨𝗧

𝟭𝟳 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗟𝘂𝗺𝘂𝘁 - Seramai 85 orang PK Laut ALK telah mengadakan lawatan ke KD DUYONG, Markas Pasukan Khas Laut (PASKAL), KD PANGLIMA GARANG dan Markas Udara TLDM di Pangkalan Lumut pada 17 Oktober 2026. Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan kepada PK Laut ALK mengenai kepakaran, laluan kerjaya Pegawai TLDM, peranan serta keupayaan TLDM dalam melaksanakan tugas mempertahankan kedaulatan dan keselamatan perairan negara.

Lawatan ini turut dihadiri oleh Brig Jen Dato' Mohamad Noorlizam bin Shamsuddin, Komandan ALK, Lt Kol Ahmad Safuan bin Jaafar, Pegawai Memerintah ALK dan delegasi Pegawai dan Staf ALK.

Sepanjang lawatan, PK Laut ALK telah diberi peluang untuk menggunakan peralatan menyelam di KD DUYONG, merasai pengalaman ikhtiar hidup di Survival Village KD PANGLIMA GARANG dan melihat dengan lebih dekat Pesawat TLDM. Di samping itu, PK juga dapat menimba pengetahuan menerusi perkongsian pengalaman dari insiden sebenar yang telah berlaku bagi menanam semangat dan perjuangan mempertahankan tanah air.

Lawatan ini diharap dapat memberi pendedahan awal mengenai kepakaran dan laluan kerjaya TLDM seterusnya mempersiapkan PK Laut ALK untuk menggalas tanggungjawab sebagai Pegawai ATM pada masa hadapan.

“𝗦𝗘𝗗𝗜𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗢𝗥𝗕𝗔𝗡”


𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗝𝗘𝗞 𝗜𝗡𝗢𝗩𝗔𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝗞𝗔𝗗𝗘𝗧 (𝗣𝗞) 𝗗𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗔𝗞𝗔𝗗𝗘𝗠𝗜 𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡 (𝗔𝗟𝗞) 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗗𝗨𝗦𝗧𝗥𝗜 (𝗟𝗜...
16/10/2026

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗝𝗘𝗞 𝗜𝗡𝗢𝗩𝗔𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝗞𝗔𝗗𝗘𝗧 (𝗣𝗞) 𝗗𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗔𝗞𝗔𝗗𝗘𝗠𝗜 𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡 (𝗔𝗟𝗞) 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗗𝗨𝗦𝗧𝗥𝗜 (𝗟𝗜)

𝗦𝗨𝗡𝗚𝗔𝗜 𝗕𝗘𝗦𝗜, 𝟭𝟲 𝗢𝗸𝘁 𝟮𝟲 – Brig Jen Dato' Mohamad Noorlizam bin Shamsuddin, Komandan ALK, telah menghadiri Majlis Penyerahan Projek Inovasi yang dibangunkan oleh PK Darat ALK semasa pelaksanaan LI. Majlis ini melibatkan penyerahan projek inovasi kepada Markas Garison Gemas serta ALK sebagai usaha menyokong penambahbaikan pengurusan dan pentadbiran organisasi melalui penggunaan teknologi digital.

Sesi penyerahan pertama melibatkan projek “Sistem Aduan Kerosakan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT)” yang dibangunkan oleh PK Muhammad Amirul Hafiz bin M. Zainal semasa menjalani LI di Markas Garison Gemas. Projek tersebut telah diserahkan kepada Kolonel Zakhir Asni bin Zabidi, Pemerintah Markas Garison Gemas. Pembangunan sistem ini bertujuan memudahkan pengurusan aduan kerosakan RKAT secara lebih sistematik, di samping membantu proses pemantauan dan penyelarasan tindakan pembaikan dengan lebih teratur dan berkesan.

Sesi kedua p**a melibatkan empat projek inovasi yang dibangunkan oleh PK yang menjalani LI di ALK, iaitu Sistem E-Kehadiran, Sistem E-Learning, Sistem E-Inventori dan Sistem E-Pergerakan. Kesemua sistem tersebut telah diserahkan kepada ALK bagi menyokong kecekapan pengurusan pentadbiran, penyimpanan maklumat, pelaksanaan pembelajaran serta pemantauan pergerakan. Penggunaan sistem digital ini diharap dapat membantu memperkemas proses kerja, meningkatkan kebolehcapaian maklumat dan menyokong pengurusan organisasi secara lebih sistematik.

Pelaksanaan projek inovasi ini mencerminkan keupayaan PK ALK mengaplikasikan pengetahuan akademik, kemahiran teknikal dan pemikiran kreatif dalam menghasilkan penyelesaian yang memenuhi keperluan sebenar organisasi. Pada masa yang sama, LI menjadi platform kepada PK untuk memperoleh pengalaman dalam persekitaran kerja profesional serta menyumbang idea dan inovasi yang memberikan manfaat kepada organisasi. Inisiatif ini selaras dengan usaha ALK melahirkan bakal pegawai ATM yang berpengetahuan, berkemahiran dan berupaya menghadapi cabaran perkhidmatan ketenteraan yang semakin dinamik.


𝗔𝗞𝗔𝗗𝗘𝗠𝗜 𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡 (𝗔𝗟𝗞) 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗨𝗞𝗨𝗛 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗔𝗞𝗔𝗨𝗡 𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 (𝗔𝗕𝗧) 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗟𝗨𝗜 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗦𝗧𝗥𝗔𝗧𝗘𝗚𝗜𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗔𝗚𝗘𝗡𝗦...
16/10/2026

𝗔𝗞𝗔𝗗𝗘𝗠𝗜 𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡 (𝗔𝗟𝗞) 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗨𝗞𝗨𝗛 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗔𝗞𝗔𝗨𝗡 𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 (𝗔𝗕𝗧) 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗟𝗨𝗜 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗦𝗧𝗥𝗔𝗧𝗘𝗚𝗜𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗔𝗚𝗘𝗡𝗦𝗜 𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 (𝗔𝗧𝗠)

𝗞𝗘𝗠 𝗦𝗨𝗡𝗚𝗔𝗜 𝗕𝗘𝗦𝗜, 𝟭𝟱 𝗢𝗞𝗧𝗢𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲 – ALK telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan ABT bersama agensi berkaitan di bawah Markas ATM bertempat di Bilik Mesyuarat Pancasena, ALK. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Brigedier Jeneral Dato’ Mohamad Noorlizam bin Shamsuddin, Komandan ALK.

Mesyuarat ini bertujuan membincangkan isu tunggakan ABT yang melibatkan Pegawai Kadet (PK) serta mengenal pasti pendekatan yang lebih berkesan bagi memperkukuh usaha kutipan dan pemulihan hutang kepada Kerajaan. Perbincangan turut memberi tumpuan kepada penambahbaikan pengurusan ABT melalui penyelarasan tindakan antara agensi, pengukuhan aspek perundangan dan penambahbaikan dokumentasi perjanjian.

Mesyuarat ini melibatkan penyertaan wakil daripada Bahagian Akaun Wisma Pertahanan, Bahagian Undang-Undang ATM, Cawangan Tenaga Kerja (CTK), Cawangan Rekod dan Pencen (CRP) serta wakil Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Antara perkara utama yang dibincangkan ialah cadangan pelaksanaan tindakan yang lebih efisien terhadap tunggakan ABT, termasuk penelitian terhadap kemungkinan hapus kira hutang yang telah melebihi enam (6) tahun, tertakluk kepada peraturan kewangan, tatacara dan kelulusan pihak berkuasa yang berkenaan.

Selain itu, mesyuarat turut menekankan keperluan menambah baik Ikatan Perjanjian PK ALK melalui pengukuhan terma dan syarat yang lebih jelas, tegas dan menyeluruh bagi melindungi kepentingan Kerajaan serta memperkukuh tanggungjawab PK ALK terhadap pembayaran balik hutang yang ditanggung.

Dalam aspek pelaksanaan, kerjasama berterusan antara ALK dengan Bahagian Akaun Wisma Pertahanan akan diperkukuh bagi memastikan penyelarasan rekod, pemantauan tunggakan dan tindakan kutipan dapat dilaksanakan secara lebih sistematik.

Bahagian Undang-Undang ATM juga akan dirujuk bagi mendapatkan pandangan dan khidmat nasihat berkaitan penambahbaikan Ikatan Perjanjian PK ALK, khususnya dari segi kesesuaian terma, kebolehkuatkuasaan perjanjian dan mekanisme tindakan sekiranya berlaku kemungkiran.

Pelaksanaan mesyuarat ini mencerminkan komitmen ALK dalam mempertingkatkan tadbir urus kewangan, memperkukuh akauntabiliti dan memastikan pengurusan ABT dilaksanakan secara teratur, telus serta berintegriti.

Kerjasama strategik antara semua pihak yang terlibat diharap dapat meningkatkan keberkesanan pemulihan hutang dan mengurangkan risiko pertambahan tunggakan pada masa hadapan.

𝗔𝗸𝗮𝗱𝗲𝗺𝗶 𝗟𝗮𝘁𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘁𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗮𝗮𝗻, 𝗨𝗣𝗡𝗠 — 𝗠𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗸𝘂𝗸𝘂𝗵 𝗧𝗮𝗱𝗯𝗶𝗿 𝗨𝗿𝘂𝘀, 𝗠𝗲𝗺𝗮𝗻𝘁𝗮𝗽𝗸𝗮𝗻 𝗔𝗸𝗮𝘂𝗻𝘁𝗮𝗯𝗶𝗹𝗶𝘁𝗶.

Address

ALK-UPNM, Kem Perdana Sungai Besi
Kuala Lumpur
57000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Latihan Ketenteraan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category