Lovers Of the World Military & Defence

Directions

Lovers Of the World Military & Defence Terima kasih kepada sahabat semua yang masih setia dengan page ini.

Kami para admin akan memberikan artikel terbaik berkaitan sejarah, berita terkini berkaitan Military seluruh dunia.

โ“‚๏ธ AS SAHKAN SERANGAN KETENTERAAN DI PULAU QESHM, IRAN โ€“ SASAR ANCAMAN PELURU BERPANDU BERHAMPIRAN SELAT HORMUZ๐Ÿ‡บ๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ท AMER...
03/11/2026

โ“‚๏ธ AS SAHKAN SERANGAN KETENTERAAN DI PULAU QESHM, IRAN โ€“ SASAR ANCAMAN PELURU BERPANDU BERHAMPIRAN SELAT HORMUZ

๐Ÿ‡บ๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ท AMERIKA Syarikat mengesahkan telah melancarkan serangan ketenteraan berskala terhad terhadap beberapa sasaran Iran di Pulau Qeshm, berhampiran Selat Hormuz, susulan laporan mengenai beberapa letupan yang berlaku di p**au berkenaan.

Menurut seorang pegawai Amerika Syarikat, operasi tersebut menyasarkan pas**an Iran yang menggunakan peluru berpandu permukaan ke udara terhadap aset ketenteraan Amerika.

Washington menyifatkan serangan itu sebagai langkah pertahanan bagi menangani ancaman terhadap tenteranya di laluan perairan yang mempunyai kepentingan strategik tersebut.

Media kerajaan Iran melaporkan beberapa letupan berlaku di Pulau Qeshm pada 2 November. Penduduk tempatan turut dilaporkan melihat dua buah pesawat terbang di ruang udara kawasan berkenaan sebelum atau ketika insiden tersebut berlaku.

Menurut pegawai Amerika Syarikat, serangan itu dilihat terhad dari segi skop operasi dan tidak menandakan bermulanya semula kempen ketenteraan berskala besar terhadap Iran.

Bagaimanapun, setakat ini, belum ada maklumat yang disahkan mengenai jumlah korban atau tahap keseluruhan kerosakan akibat serangan tersebut.

Operasi ketenteraan itu berlaku ketika ketegangan antara Washington dengan Tehran semakin meningkat berhubung isu keselamatan di Selat Hormuz, yang merupakan salah satu laluan perkapalan antarabangsa paling penting bagi pengangkutan minyak dan bekalan tenaga dunia.

Walaupun tindakan ketenteraan tersebut telah dilaksanakan, pegawai Amerika Syarikat masih menyatakan keyakinan bahawa peluang untuk mencapai persetujuan melalui rundingan dengan Iran tetap terbuka.

Sumber: Reuters, Associated Press (AP), ABC News dan Channel NewsAsia (CNA), 2โ€“3 November 2026. Maklumat turut merujuk laporan IRNA.
Kredit Reputasi2.0

Tukang Masak Kapal yang Menjadi Wira Tidak Disangka di Pearl Harbor.Pada pagi 7 Disember 1941, ketika matahari baru meny...
03/11/2026

Tukang Masak Kapal yang Menjadi Wira Tidak Disangka di Pearl Harbor.

Pada pagi 7 Disember 1941, ketika matahari baru menyinari pelabuhan Pearl Harbor, Hawaii, bunyi dentuman bom dan letupan menggantikan suasana tenang pagi Ahad. Armada Pasifik Amerika Syarikat diserang secara mengejut oleh pesawat Jepun dan di tengah-tengah kekacauan itu, seorang tukang masak kulit hitam berusia 24 tahun bernama Doris โ€œDorieโ€ Miller menulis sejarahnya sendiri.

Miller bertugas di atas kapal perang USS West Virginia, bukan sebagai askar tempur, tetapi sebagai tukang masak kapal (mess attendant). Sebagai anggota Afrika-Amerika pada era itu, beliau tidak dibenarkan mengendalikan senjata atau menjawat jawatan tempur. Namun, apabila bom dan peluru mula menghujani kapal, Miller bertindak di luar jangkaan.

Tanpa menghiraukan nyawanya, beliau membantu memindahkan pegawai-pegawai yang cedera, termasuk kapten kapalnya yang parah. Kemudian, apabila beliau menemui sebuah senjata anti-pesawat Browning .50 caliber tanpa pengendali, Dorie Miller bertindak pantas walaupun tidak pernah menerima latihan menembak senjata berat.

Dengan keberanian luar biasa, beliau mengarahkan laras meriam ke langit dan mula melepaskan tembakan ke arah pesawat Jepun yang menyelam ke arah kapal-kapal Amerika. Saksi menyatakan beliau berjaya menembak jatuh sekurang-kurangnya dua pesawat musuh sebelum diarahkan meninggalkan kapal yang sedang tenggelam.

Tindakannya menjadi legenda. Akhbar di seluruh Amerika menulis tentang โ€œthe Negro cook who fought back,โ€ dan beliau segera menjadi simbol keberanian dan patriotisme dalam kalangan rakyat yang sedang berduka.

Atas jasanya, Dorie Miller dianugerahkan Navy Cross, penghormatan tertinggi kedua dalam Tentera Laut A.S., menjadikannya orang Afrika-Amerika pertama menerima anugerah tersebut. Walaupun beliau terkorban dua tahun kemudian dalam pertempuran di Pasifik, namanya kekal abadi dalam sejarah ketenteraan Amerika.

Pada tahun 2020, Tentera Laut memberi penghormatan tertinggi apabila menamakan sebuah kapal pengangkut pesawat baharu sebagai USS Doris Miller (CVN-81) yang pertama dinamakan sempena seorang pelaut kulit hitam dan bekas anggota krew biasa.

~SD๐Ÿ’ช
Of the World Military & Defence

Helicopter Bell Huey UH1โœ“Senรฒrita โš˜๏ธ  Of the World Military & Defence
03/11/2026

Helicopter Bell Huey UH1

โœ“Senรฒrita โš˜๏ธ
Of the World Military & Defence

Knights Templar: Tentera Elit Yang Musnah Kerana KekayaanSetelah pakatan Tentera Salib Eropah berjaya menawan Jerusalem ...
03/11/2026

Knights Templar: Tentera Elit Yang Musnah Kerana Kekayaan

Setelah pakatan Tentera Salib Eropah berjaya menawan Jerusalem dari pemerintahan umat Islam pada 1099, maka berbondong-bondong masyarakat Kristian di Eropah ingin melakukan 'haji' melawat Tanah Suci Jerusalem.
Namun, rombongan haji yang menempuh perjalanan yang jauh itu telah menyebabkan mereka sering menjadi sasaran mudah para perompak dan penyamun di jalanan. Habis harta benda yang mereka bawa dalam perjalanan dirampas, malah pada satu tahap mereka juga telah dibunuh oleh penjenayah keji itu.

Atas faktor itulah maka sebuah pas**an ketenteraan elit ditubuhkan bagi menjaga rombongan haji ke Jerusalem ini sepanjang perjalanan mereka โ€“ itulah Knights Templar.
Templar atau Knights Templar (nama rasminya Poor Fellow-Soldiers of Christ and the Temple of Solomon) telah ditubuhkan oleh seorang tentera berbangsa Perancis, Hugues de Payens pada 1118.

Pada awal-awal penubuhan pas**an ini, ia mendapat banyak kritikan dari pelbagai agamawan Kristian yang mendakwa pas**an ini bertindak ingin mengaut keuntungan semata-mata.

Namun pada 1129, Knights Templar mendapat sokongan daripada Bernard of Clairvanx, seorang agamawan Perancis yang sangat berpengaruh. Sepuluh tahun kemudian, ketua Gereja Katolik pada ketika itu, Pope Innocent II telah mengeluarkan satu perintah Papal Bull yang menyatakan sokongan gereja terhadap fungsi Knights Templar.

Dalam perintah itu dinyatakan pelbagai keistimewaan Knights Templar. Antaranya pengecualian pembayaran cukai, dibenarkan untuk membina markas di mana-mana kawasan monarki Kristian dan tidak tertakluk di bawah mana-mana kerajaan.
Sejak dari itu, kesetiaan Knights Templar hanya untuk Pope sahaja, tidak berpihak kepada mana-mana monarki di Eropah. Reputasi Knights Templar Penubuhan Knights Templar telah mengubah pandangan spektikal masyarakat Eropah terhadap tentera.

Sebelum kehadiran Knights Templar, masyarakat melihat tentera sebagai golongan samseng yang s**a menindas rakyat serta sering kali melakukan peras ugut. Namun situasi ini berubah dengan wujudnya Knights Templar yang dianggotai oleh alim-alim agama.

Ahli-ahli Knights Templar mempunyai peraturan-peraturan yang sama seperti biarawan atau paderi. Mereka tidak boleh berkahwin, tidak dibenarkan menyentuh perempuan hatta ibu sendiri, tidak minum arak serta pelbagai syarat ketat yang dikenakan.
Templars dihormati kerana ketaatan mereka kepada ajaran Kristian. Ahli Knights Templar juga dikehendaki mengangkat sumpah supaya menjalani kehidupan yang zuhud, miskin dan setia hanya kepada Pope.

Mereka juga dilarang memakai kasut yang mempunyai muncung dihadapan, sebagai simbolik kezuhudan mereka. Atas sebab itu tentera Knights Templar dilihat sebagai benteng Kristian dan mereka juga sering dipanggil sebagai Tentera Jesus.
Knights Templar sangat mahir berperang serta merupakan pakar strategi yang hebat. Kesemua ahli Templar dilatih dengan tahap kemahiran yang tinggi.

Mereka juga terkenal kerana sifat keberanian yang luar biasa. Hal ini dapat dilihat melalui prinsip perang mereka, dimana Knights Templar diharamkan untuk berundur di medan perang kecuali bilangan mereka sangat sedikit jika dibandingkan dengan pihak musuh. Antara kejayaan ulung mereka adalah berjaya menewaskan panglima agung umat Islam, Salahuddin Al Ayyubi dalam Pertempuran Montgisard.

Tentera Miskin Yang Sangat Kaya
Walaupun kebanyakan ahli Knights Templar merupakan ahli-ahli yang miskin dan juga telah bersumpah menjalani kehidupan miskin, namun secara kolektifnya mereka merupakan sebuah organisasi yang sangat kaya. Lebih kaya berbanding kerajaan monarki Eropah pada ketika itu. Hal ini berikutan mereka dikecualikan daripada membayar cukai serta keuntungan urusan perbankan melalui misi keselamatan rombongan haji.

Knights Templar juga mendapat sumber kewangan daripada derma orang ramai yang menganggap ia sebagai kerja Tuhan. Bukan itu sahaja, Alfonso I (Pemerintah Aragon) telah mengurniakan 1/3 daripada wilayahnya kepada Knights Templar.

Kayanya mereka sehingga mampu untuk membeli p**au Cyprus serta memberikan pinjaman kepada para raja. Kejatuhan Knights Templar Setelah Salahuddin (semoga Allah memberkatinya) berjaya membebaskan kembali Jerusalem pada 1187, itu menandakan permulaan bagi pengakhiran Knights Templar.
Kekalahan demi kekalahan yang dialami dalam siri Perang Salib menyebabkan Knights Templar terpaksa bertukar markas.

Kemuncaknya, Kejatuhan Acre pada 1291 pada Kesultanan Mamluk telah membersihkan Timur Tengah daripada jejak-jejak Knights Templar.
Pada 1303, Knights Templar yang telah diusir dari dunia Islam itu telah menubuhkan markas operasinya di Paris yang ketika itu diperintah oleh Raja Philip IV Si Adil.

Ketika itu, baginda raja mempunyai hutang yang sangat banyak dengan Knights Templar lebih-lebih lagi pembiyaan kewangan yang besar ketika perang Perancis dengan Inggeris.
Philip IV Mengetahui bahawa baginda tersepit dalam hutang yang banyak, ditambah p**a kantung kerajaan semakin menguncup akibat perang, maka Philip IV menyasarkan Knights Templar sebagai sasaran utama.

Keterdesakan Philip IV amat jelas apabila pada tahun-tahun sebelumnya iaitu pada 1292, baginda telah menangkap sekump**an pedagang Itali yang kaya raya lalu merampas harta benda mereka. Baginda juga memaksa agar mereka semua membeli barang keluaran Perancis.

Philip IV sedar akan kekayaan luar biasa Knights Templar yang disimpan di markas yang terletak di ibu kota Paris. Maka baginda telah merancang satu plot untuk menjatuhkan organisasi ketenteraan tersebut. Hubungan Knights Templar-Perancis pada masa itu sememangnya dingin sejak Templar enggan meminjamkan wang kepada kerajaan Perancis akibat tunggakan hutang yang begitu banyak.

Kematian Pope Boniface VIII dalam tahanan Raja Philip IV telah menandakan krisis yang kian meruncing antara raja dan gereja.
Boniface VIII sememangnya dikenali sebagai tokoh yang sangat kuat mempertahankan Knights Templar. Kenyataan beliau banyak mengguris hati keluarga diraja Philip IV di mana akhirnya beliau mati dalam tahanan kerajaan.
Khabar angin bertiup kencang mengatakan kematian Pope merupakan komplot terancang Philip IV bagi menaikkan Pope yang lebih berpihak kepadanya, iaitu Clement V (bekas Bishop Perancis).

Plot Penganiyaan Bermula Rancangan untuk menghapuskan Knights Templar telah lama berjalan antara Raja Philip IV dan Pope Clement V. Pada 1307, Clement V yang berada di Paris menghantar surat kepada Jacques de Molay (Grand Master Templar yang terakhir) agar menyuruh dia bermesyuarat dengannya perihal misi ketenteraan Knights Templar untuk melancarkan Perang Salib yang baru. Tanpa syak wasangka, De Molay patuh dengan arahan tersebut dan terus bersiap ke Paris dengan rombongan yang terdiri daripada 60 Templar.

Sesampainya rombongan Knights Templar di Paris, kesemua mereka telah ditangkap dan disoal siasat. Clement V telah melakukan pembohongan dengan menyatakan bahawa kehadiran De Molay adalah untuk membantu siasatan dakwaan Knights Templar telah menjadi sesat dan jauh tersimpang dari agama.
Bermula dari itulah penyeksaan dan segala macam bentuk kezaliman telah dikenakan ke atas Knights Templar atas titah Philip IV.
Baginda telah melakukan soal siasat diiringi dengan tekanan fizikal yang hebat ke atas Templar โ€“ antaranya langsung tidak diberi makan, kekurangan tidur, soal siasat tanpa henti dan satu bentuk mesin hukuman yang dipanggil st*****do (menyebabkan bahu seseorang patah).

Knights Templar dituduh telah melakukan ritual-ritual menyembah syaitan. Mereka juga didakwa telah melakukan zina, meludah palang salib, meliwat sesama ahli dan mengungkapkan kata-kata kufur ke atas Jesus.
Oleh kerana tidak tahan dengan soal siasat yang penuh seksa, maka hampir semua Templar telah membuat pengakuan ke atas dakwaan tersebut, termasuklah Grand Master mereka sendiri, De Molay.

Dengan pengakuan kontroversi tersebut, maka Pope Clement V bersama-sama dengan Philip IV telah membubarkan Knights Templar secara rasmi pada 1312.

Awalnya, De Molay telah membuat pengakuan terhadap segala dakwaan yang telah dilemparkan ke atasnya namun, apabila tiba giliran Pope melalui delegasinya untuk melaksanakan perbicaraan mahkamah, De Molay menarik balik pengakuan dengan mengatakan dia telah dipaksa membuat pengakuan melalui seksaan yang sangat teruk.
Keadaan yang menyusul selepas itu menyaksikan wujudnya perkelahian dan kenyataan yang tidak konsisten dari ahli Templar.

Dalam situasi yang rumit sedemikian, Philip IV memberi kata akhir dengan menjatuhkan hukuman bakar hidup-hidup ke atas De Molay dan beberapa pemimpin kanan Knights Templar. Habis cerita! Maka pada tanggal 18 Mac 1314, De Molay bersama pengikutnya telah dihukum mati dengan cara tersebut.
Di saat kematiannya, De Molay telah melakukan kutukan sumpahan ke atas Philip IV dan Pope Clement V di atas ketidakadilan mereka dalam memberikan hukuman. Dia juga menegaskan semua tuduhan adalah palsu.
Tidak sampai setahun dari peristiwa tersebut, kedua-dua watak yang menzalimi Knights Templar telah mati, seolah-olah sumpahan De Molay adalah benar belaka.

Maka berakhirlah riwayat Knights Templar di tangan seorang raja yang tamakkan harta.
Namun, terdapat spekulasi terbaharu yang timbul hasil daripada penemuan manuskrip bertajuk Chinon Parchment yang bertarikh Ogos 1308.

Manuskrip itu menyatakan De Molay sebenarnya sudah diberi pengampunan oleh pihak Gereja Katolik pada awalnya.
Namun, keputusan Philip IV yang melaksanakan hukuman bunuh ke atas De Molay dipercayai dilakukan di luar rangka perundangan.

Pope Clement V juga menerima pelbagai cemuhan dan kritikan dari agamawan seluruh Eropah yang percaya bahawa pembubaran Templar merupakan satu konspirasi terancang pihak diraja Perancis. Yang pasti, Philip IV ingin merampas semua kekayaan luar biasa Knights Templar dengan cara menghapuskan organisasi mereka.

Semoga memberi manfaat.

Sumber Kredit Nizam Ali [ Kisah & Sejarah]

Josette Molland  Pelukis, Pejuang, dan Saksi Terakhir dari Lyon.Dilahirkan pada tahun 1923, Josette Molland hanyalah seo...
03/11/2026

Josette Molland Pelukis, Pejuang, dan Saksi Terakhir dari Lyon.

Dilahirkan pada tahun 1923, Josette Molland hanyalah seorang pelajar seni berusia 20 tahun di bandar Lyon apabila Eropah tenggelam dalam kegelapan pendudukan N**i. Namun pada tahun 1943, semangat mudanya membawanya menyertai Pergerakan Penentangan Perancis (French Resistance), khususnya rangkaian rahsia Dutch-Paris, sebuah jaringan penyelamat yang membantu pelarian Yahudi dan juruterbang Bersekutu yang ditembak jatuh untuk melintasi sempadan ke Switzerland dan Sepanyol.

Molland bukan sekadar pelukis dia menjadi pemalsu dokumen dan kurier rahsia yang sangat penting. Dengan bakat seninya, dia menghasilkan cop rasmi tiruan dan mengubah kad pengenalan dengan ketelitian luar biasa, memberikan peluang hidup kepada ramai yang diburu Gestapo. Setiap helai kertas yang disentuhnya bukan sekadar karya seni, tetapi pasport kebebasan bagi mereka yang dikejar maut.

Namun pada Mac 1944, kehidupannya berubah apabila dia ditangkap oleh Gestapo. Dibawa ke Hรดtel Terminus di Lyon, dia disoal siasat secara peribadi oleh Klaus Barbie, โ€œSi Penyembelih dari Lyonโ€. Dalam bilik gelap penuh jeritan dan ancaman, Molland menahan segala penyeksaan tanpa membuka rahsia rakan seperjuangannya.

Selepas itu, dia dipenjarakan di Montluc, kemudian dipindahkan ke Fresnes berhampiran Paris, sebelum akhirnya dideportasi pada 15 Ogos 1944 salah satu konvoi terakhir yang meninggalkan Paris sebelum pembebasan kota itu. Bersama 101 wanita lain, dia dihantar ke kem tumpuan Ravensbrรผck di Jerman, dan seterusnya ke kem buruh Holleischen (Holรฝลกov) di Czechoslovakia. Di sana, dia dipaksa bekerja di kilang peluru di bawah kelaparan dan penderaan yang tidak terbayang. Untuk terus hidup, dia pernah mengunyah serangga dan kulit pokok.

Apabila tentera Bersekutu membebaskan kem itu pada Mei 1945, Josette Molland kembali ke tanah airnya dengan keadaan kurus, lemah, tetapi masih hidup. Dia kembali kepada cintanya yang pertama melukis. Melalui kanvas, dia meluahkan trauma dan kenangan yang menghantui, menghasilkan siri 15 karya lukisan pengajaran yang menggambarkan kengerian hidup dalam kem tahanan.

Pada tahun 2016, dia menerbitkan memoir bertajuk Soif de Vivre (โ€œDahaga untuk Hidupโ€), yang memperincikan pengalamannya sebagai tahanan perang dan wanita muda yang menentang kezaliman dengan keberanian luar biasa.

Josette Molland meninggal dunia pada 17 Februari 2024 di Falicon, pada usia 100 tahun. Dia dihormati oleh bandar Nice dan seluruh Perancis sebagai salah seorang saksi terakhir rangkaian Dutch-Paris dan mangsa kekejaman Klaus Barbie yang masih hidup.

โœ“Senรณrita๐ŸŒน
Of the World Military & Defence

Anissa Nissa

Radar  terapung  SBX-1  (Sea  Based  X- Band)  di  Pearl  Harbor,  Hawaii,  Amerika  Syarikat  Pasifik.  SBX-1  ialah  s...
03/11/2026

Radar terapung SBX-1 (Sea Based X- Band) di Pearl Harbor, Hawaii, Amerika Syarikat Pasifik. SBX-1 ialah stesen radar AESA amaran awal terapung yang direka untuk dapat belayar sendiri di laut deras dan angin kencang Lautan Pasifik.

SBX-1 adalah sebahagian daripada Sistem Pertahanan Peluru Berpandu Balistik Amerika Syarikat (BMDS), dengan jarak radar 2,000 km.

SBX-1 boleh menjejaki semua jenis peluru berpandu balistik musuh walaupun beberapa saat selepas pelancaran dan mampu mengesan & meramalkan trajektori peluru berpandu balistik. Lokasi SBX-1 adalah sangat rawak dan sulit, kerana ia terapung dan boleh belayar membolehkannya berada dalam pelbagai kedudukan di Lautan Pasifik.

DAINEL๐Ÿ—ก๏ธ
Of the World Military & Defence

Sumber Mighty War

โ€œPenumbuk Berperisaiโ€ Jerman Asal-Usul dan Evolusi Senjata Anti-Kereta Kebal.Istilah โ€œThe German Armored Fistsโ€ atau โ€œPe...
03/11/2026

โ€œPenumbuk Berperisaiโ€ Jerman Asal-Usul dan Evolusi Senjata Anti-Kereta Kebal.

Istilah โ€œThe German Armored Fistsโ€ atau โ€œPenumbuk Berperisai Jermanโ€ merujuk kepada senjata anti-kereta kebal yang dibangunkan oleh Jerman semasa Perang Dunia Kedua. Senjata ini direka bagi memberi keupayaan kepada infantri untuk menentang kereta kebal musuh dengan cara mudah, murah, dan mudah alih satu kelebihan besar di medan perang yang semakin dikuasai oleh jentera berperisai.

Antara yang paling terkenal ialah Panzerfaust (secara harfiah bermaksud โ€œpenumbuk kereta kebalโ€) dan Panzerschreck (โ€œteror kereta kebalโ€). Panzerfaust merupakan pelancar roket pakai buang dengan kepala peledak berbentuk kon (HEAT warhead) yang mampu menembusi perisai tebal kereta kebal Soviet seperti T-34. Ia dikeluarkan dalam pelbagai varian, antaranya Panzerfaust 30, 60, 100, 150, dan 250, yang menunjukkan peningkatan jarak efektif, kekuatan letupan, dan kemudahan penggunaan.

Menjelang penghujung perang, model Panzerfaust 150 dan 250 menjadi versi paling maju. Ia memiliki laras boleh digunakan semula, pemicu lebih selamat, serta kelajuan projektil yang lebih tinggi. Reka bentuknya begitu efisien hingga menjadi asas kepada pembangunan senjata anti-tank moden selepas perang.

Salah satu bukti pengaruh besarnya ialah senjata Soviet RPG-2, yang muncul tidak lama selepas perang berakhir. Dari segi bentuk, prinsip, dan fungsi, RPG-2 hampir menyerupai Panzerfaust 150 dan 250 menandakan kesinambungan teknologi dari Jerman kepada Soviet. Reka bentuk โ€œtiub pelancar mudah alih dengan peluru berpandu peledak berbentuk konโ€ inilah yang akhirnya berkembang menjadi generasi seterusnya seperti RPG-7 yang terkenal di seluruh dunia.

ADIBโš”๏ธ
Of the World Military & Defence

Perisai  tebal  26  inci  dari  kapal  perang  kelas  Yamato  Jepun,  ditembusi  oleh  meriam  16  inci  Tentera  Laut  ...
03/11/2026

Perisai tebal 26 inci dari kapal perang kelas Yamato Jepun, ditembusi oleh meriam 16 inci Tentera Laut AS. Perisai itu dipamerkan di Muzium entera Laut AS

ADIB โš”๏ธ
Of the World Military & Defence

27 Oktober 1949 โ€“ Pada tahun 1949, Skim Penempatan Terancang yang pertama di Malaya menerima kump**an pertama setinggan....
03/11/2026

27 Oktober 1949 โ€“ Pada tahun 1949, Skim Penempatan Terancang yang pertama di Malaya menerima kump**an pertama setinggan. Ianya terletak di Mawai, Kota Tinggi, Johor. Skim Penempatan Terancang itu diwujudkan untuk menempatkan kaum Cina berikutan keputusan Kerajaan mengisytiharkan Darurat di Malaya.

Kerajaan menyedari anasir-anasir Komunis berjaya mempengaruhi sebilangan besar orang-orang Cina menyertai perjuangan mereka. Atas kesedaran dan daya usaha Parti Malayan Chinese Association (M.C.A) satu kawasan tanah pertanian seluas tiga ekar telah berjaya diperolehi daripada Kerajaan Negeri Johor dan belanja membuka kawasan ini dibiayai sepenuhnya oleh M.C.A. sendiri. Ia dibuka dengan kos sebanyak RM422,000 dan berkemampuan menampung seramai 2000 keluarga.

Sesungguhnya Skim Penempatan Terancang yang pertama di Malaya yang di buka di Mawai, Kota Tinggi, Johor pada hari ini dalam tahun 1949 bukan sahaja menjadi perintis kepada negeri-negeri lain untuk membuka kawasan penempatan masing-masing tetapi juga suatu langkah bijak untuk mengurangkan ancaman pengganas komunis.


Kredit 446

Pada ex cope taufan 2014, Malaysia mejadi Satu-satunya negara kat asia tenggara menjadi tempat latihan udara untuk pesaw...
03/11/2026

Pada ex cope taufan 2014, Malaysia mejadi Satu-satunya negara kat asia tenggara menjadi tempat latihan udara untuk pesawat F-15 eagle dan F-22 raptor, pesawat stealth paling canggih milik US airforce..

Berbanggalah kita sebab TUDM memang dalam kelasnya tersendiri, sampai US pun hantar raptor untuk berentap dengan pesawat handalan negara SU-30 MKM, dalam latihan ini juga turut disertai oleh pesawat MIG-29N [ kini telah dibersarakan ], hawk dan FA18D hornet TUDM..

Address

Kuala Lumpur
43300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lovers Of the World Military & Defence posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share