27/05/2026
“Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H. Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT serta menjadi lambang keikhlasan, pengorbanan dan ukhuwah sesama insan. Moga segala usaha, gerak kerja dan pengabdian kita sentiasa diberkati serta dirahmati oleh Allah Ta’ala.”
13/05/2026
✨ Mencintai Rasulullah SAW juga bererti mencintai insan-insan yang setia di sisi Baginda.
Sahabat Nabi ialah generasi yang berkorban jiwa, harta dan kehidupan demi mempertahankan Islam hingga sampai kepada kita hari ini. Justeru, lidah yang mencintai Nabi SAW tidak akan mudah menghina para sahabat Baginda. 🤍
Dalam dunia hari ini yang mudah dipenuhi cemuhan dan kebencian, marilah kita mendidik hati untuk lebih beradab, menghormati dan mengambil teladan daripada akhlak para sahabat Rasulullah SAW. 🌙
Kerana cinta bukan sekadar di bibir… tetapi turut terpancar melalui adab dan penghormatan kepada mereka yang dicintai Rasulullah SAW.