Perpustakaan Negara Malaysia

Call Directions Website Contact the organization

Perpustakaan Negara Malaysia Halaman Rasmi Perpustakaan Negara Malaysia. / Official Page National Library of Malaysia. Perpustakaan Sumber Maklumat Anda.
(1)

Dapatkan pelbagai maklumat dan info terkini mengenai perkhidmatan PNM dan pelbagai program galakan membaca Library Your Information & Resources

📚 𝐉𝐎𝐌 𝐒𝐈𝐍𝐆𝐆𝐀𝐇 𝐊𝐄 𝐑𝐄𝐑𝐔𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐔𝐒𝐓𝐀𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐏𝐍𝐌) 𝐃𝐈 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊 𝐋𝐈𝐓𝐄𝐑𝐀𝐓𝐔𝐑𝐄 𝐅𝐄𝐒𝐓𝐈𝐕𝐀𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐒𝐄𝐇𝐈𝐍𝐆𝐆𝐀 𝟐𝟕 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐...
26/09/2026

📚 𝐉𝐎𝐌 𝐒𝐈𝐍𝐆𝐆𝐀𝐇 𝐊𝐄 𝐑𝐄𝐑𝐔𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐔𝐒𝐓𝐀𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐏𝐍𝐌) 𝐃𝐈 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊 𝐋𝐈𝐓𝐄𝐑𝐀𝐓𝐔𝐑𝐄 𝐅𝐄𝐒𝐓𝐈𝐕𝐀𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐒𝐄𝐇𝐈𝐍𝐆𝐆𝐀 𝟐𝟕 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔!

Sempena Sarawak Literature Festival 2026, pelbagai aktiviti menarik sedang berlangsung di Reruai PNM, antaranya jualan buku terbitan PNM serta Aktiviti Pembudayaan Jawi yang boleh disertai oleh para pengunjung.

✨ Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pelbagai buku dan terbitan menarik PNM, di samping menyertai aktiviti berkaitan Jawi yang disediakan!

📢 Jom hadir hari ini! Esok, 27 September 2026 merupakan HARI TERAKHIR! Rebut peluang terakhir untuk singgah ke Reruai PNM, dapatkan buku pilihan anda dan sertai aktiviti PNM sebelum festival melabuhkan tirainya.

📍 Stadium Tertutup Miri, Sarawak
⏰ 10.00 pagi – 9.00 malam
📅 23 – 27 September 2026

Jumpa anda di Reruai PNM! 📚✨

🏆 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐔𝐒𝐓𝐀𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐒𝐀 𝐏𝐍𝐌 𝐂𝐈𝐏𝐓𝐀 𝐊𝐄𝐉𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊 𝐋𝐈𝐓𝐄𝐑𝐀𝐓𝐔𝐑𝐄 𝐅𝐄𝐒𝐓𝐈𝐕𝐀𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔Tahniah buat Perpustakaan Desa (PD) Perpustaka...
24/09/2026

🏆 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐔𝐒𝐓𝐀𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐒𝐀 𝐏𝐍𝐌 𝐂𝐈𝐏𝐓𝐀 𝐊𝐄𝐉𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊 𝐋𝐈𝐓𝐄𝐑𝐀𝐓𝐔𝐑𝐄 𝐅𝐄𝐒𝐓𝐈𝐕𝐀𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔

Tahniah buat Perpustakaan Desa (PD) Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) atas pencapaian membanggakan dalam Anugerah Premier Sarawak 2026 sempena Majlis Perasmian Sarawak Literature Festival (SLF) 2026 yang berlangsung pada 23 September 2026 di Stadium Tertutup Miri, Sarawak.

Lebih membanggakan, kesemua anugerah bagi Kategori Perpustakaan Desa berjaya diraih oleh Perpustakaan Desa PNM, seperti berikut:

🏆 Anugerah Perpustakaan sebagai Pemangkin Komuniti
PD Kg. Hulu Maludam

🏆 Anugerah Perpustakaan sebagai Jalinan Strategik
PD Taman Duranda Mas

🏆 Anugerah Perpustakaan sebagai Pemacu Komuniti
PD Taman Duranda Mas

🌟 Anugerah Perpustakaan Desa Terbaik
🥇 Emas – PD Taman Duranda Mas
🥈 Perak – PD Kg. Hulu Maludam
🥉 Gangsa – PD Kg. Keranji

🌟 Anugerah Khas Petugas Terbaik
Puan Nurshilla Mohd Adam – PD Taman Duranda Mas

Majlis turut dihadiri oleh YBrs. Encik Edy Irwan bin Zulkafli, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, bersama barisan pengurusan PNM.

Syabas dan tahniah kepada semua pemenang! Pencapaian ini membuktikan peranan signifikan Perpustakaan Desa sebagai pusat ilmu, pembudayaan membaca dan pemangkin pembangunan komuniti setempat.

🎉 𝗞𝗨𝗜𝗭 𝘂-𝗣𝗨𝗦𝗧𝗔𝗞𝗔 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟯/𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗞𝗜𝗡𝗜 𝗗𝗜𝗕𝗨𝗞𝗔! 🎉Ada hadiah, ada ilmu, dan yang paling penting… penyertaan adalah PERCUMA! 🤩Jo...
24/09/2026

🎉 𝗞𝗨𝗜𝗭 𝘂-𝗣𝗨𝗦𝗧𝗔𝗞𝗔 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟯/𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗞𝗜𝗡𝗜 𝗗𝗜𝗕𝗨𝗞𝗔! 🎉

Ada hadiah, ada ilmu, dan yang paling penting… penyertaan adalah PERCUMA! 🤩

Jom uji pengetahuan anda tentang perkhidmatan u-Pustaka dan rebut peluang memenangi hadiah wang tunai sehingga RM500.00! 💰

Penyertaan terbuka kepada 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗔 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗜𝗣𝗧 di seluruh Malaysia. 🇲🇾

📝 Mudah sahaja!
✅ Jawab soalan kuiz
✅ Hantar penyertaan sebelum atau pada 18 Oktober 2026
✅ Berpeluang menjadi salah seorang pemenang!

📲 Sertai sekarang:
https://forms.gle/1FskUYYGYrEWmx3Q9

💻 Ketahui lebih lanjut mengenai u-Pustaka di:
www.u-pustaka.gov.my

📢 Jom hebahkan kepada semua kenalan anda! Lagi ramai yang tahu, lagi ramai yang berpeluang menyertai, memanfaatkan perkhidmatan digital u-Pustaka dan memenangi hadiah menarik! 🎁✨



𝐏𝐚𝐧𝐠𝐠𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡 𝐓𝐮𝐭𝐮𝐩 𝐄𝐬𝐨𝐤!Perhatian kepada semua komuniti OKU berumur 18 tahun ke atas pintu pelepasa...
24/09/2026

𝐏𝐚𝐧𝐠𝐠𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡 𝐓𝐮𝐭𝐮𝐩 𝐄𝐬𝐨𝐤!

Perhatian kepada semua komuniti OKU berumur 18 tahun ke atas pintu pelepasan bagi "Cerita di Sebalik Bacaan: Pertandingan Video Naratif" kini berada di peringkat PANGGILAN TERAKHIR!
⏳ Peserta yang belum mendaftar dan memuat naik video penyertaan diminta untuk segera memuat naik video inspirasi anda sebelum 25 September 2026

Hadiah Istimewa (Wang Tunai & Sijil):
🥇 Tempat Pertama: RM1,000.00
🥈 Tempat Kedua: RM800.00
🥉 Tempat Ketiga: RM700.00
🏅 Tempat Keempat: RM500.00
🏅 Tempat Kelima: RM400.00

⚠️ Peringatan:
Sila pastikan video anda berdurasi 3–5 minit, mengandungi sesi pengenalan diri serta melengkapkan maklumat dan muat naik video di borang penyertaan borang penyertaan
🔗 Hantar Penyertaan di sini: https://forms.gle/CfAFABALgzcXZNW38
📲 Imbas Kod QR tertera di poster untuk borang & syarat pertandingan.

🎉 𝗦𝗢𝗥𝗢𝗧𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗗𝗨𝗔 𝗙𝗘𝗦𝗧𝗜𝗩𝗔𝗟 𝗣𝗘𝗡𝗖𝗘𝗥𝗜𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 (𝗙𝗣𝗠) 𝟮𝟬𝟮𝟲Festival Penceritaan Malaysia (FPM) 2026 meneruskan kemeria...
22/09/2026

🎉 𝗦𝗢𝗥𝗢𝗧𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗗𝗨𝗔 𝗙𝗘𝗦𝗧𝗜𝗩𝗔𝗟 𝗣𝗘𝗡𝗖𝗘𝗥𝗜𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 (𝗙𝗣𝗠) 𝟮𝟬𝟮𝟲

Festival Penceritaan Malaysia (FPM) 2026 meneruskan kemeriahannya pada 22 September 2026 dengan pelbagai pengisian yang mengetengahkan seni penceritaan dalam pelbagai medium.

Antara pengisian hari ini ialah Bengkel Teknik Bercerita Pengajaran dan Pembelajaran, Sesi Bercerita Bersama FPM 2026, Bengkel Penceritaan Digital serta Sesi Podcast FPM 2026 bertajuk “Cerita, Jiwa dan Bangsa: Seni Penceritaan Sebagai Warisan Hidup”.

✨ Sepanjang dua hari penganjuran, FPM 2026 telah menjadi wadah perkongsian ilmu, kreativiti dan pengalaman dalam memperkasa seni penceritaan sebagai medium pendidikan, pembudayaan ilmu serta pemeliharaan warisan.

❤️ Perpustakaan Negara Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penceramah, pencerita, fasilitator, peserta, rakan kerjasama, petugas serta orang ramai yang telah memberikan sokongan dan memeriahkan FPM 2026 sepanjang dua hari program berlangsung.

Terima kasih kerana bersama-sama menjayakan Festival Penceritaan Malaysia 2026 – “Penceritaan Sebagai Warisan, Masyarakat Berilmu”. Jumpa lagi dalam program PNM yang akan datang!

📚 𝐉𝐎𝐌 𝐊𝐄 𝐑𝐄𝐑𝐔𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐔𝐒𝐓𝐀𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐏𝐍𝐌) 𝐃𝐈 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊 𝐋𝐈𝐓𝐄𝐑𝐀𝐓𝐔𝐑𝐄 𝐅𝐄𝐒𝐓𝐈𝐕𝐀𝐋!Sempena Sarawak Literature Festival, P...
22/09/2026

📚 𝐉𝐎𝐌 𝐊𝐄 𝐑𝐄𝐑𝐔𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐔𝐒𝐓𝐀𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐏𝐍𝐌) 𝐃𝐈 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊 𝐋𝐈𝐓𝐄𝐑𝐀𝐓𝐔𝐑𝐄 𝐅𝐄𝐒𝐓𝐈𝐕𝐀𝐋!

Sempena Sarawak Literature Festival, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) membawakan pelbagai aktiviti menarik khas untuk pengunjung di Miri, Sarawak!

📅 23–27 September 2026
⏰ 10.00 pagi hingga 9.00 malam
📍 Stadium Tertutup Miri, Sarawak

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pelbagai terbitan berkualiti PNM menerusi Jualan Buku Terbitan PNM serta menyertai pelbagai aktiviti menarik berkaitan Jawi menerusi Aktiviti Pembudayaan Jawi.

✨ Mari berkunjung dan sertai aktiviti kami!

Jumpa anda di Reruai PNM sempena Sarawak Literature Festival!

🌟 𝗝𝗢𝗠 𝗦𝗔𝗞𝗦𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗢𝗗𝗖𝗔𝗦𝗧 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗝𝗔𝗝𝗔 𝗬𝗨𝗦𝗢𝗙, 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗜𝗡𝗜 𝗝𝗔𝗠 𝟭𝟭 𝗣𝗔𝗚𝗜! 🌟Saksikan perkongsian menarik bersama Jaja Yusof, seora...
22/09/2026

🌟 𝗝𝗢𝗠 𝗦𝗔𝗞𝗦𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗢𝗗𝗖𝗔𝗦𝗧 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗝𝗔𝗝𝗔 𝗬𝗨𝗦𝗢𝗙, 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗜𝗡𝗜 𝗝𝗔𝗠 𝟭𝟭 𝗣𝗔𝗚𝗜! 🌟

Saksikan perkongsian menarik bersama Jaja Yusof, seorang pelukis yang berkongsi pengalaman, perjalanan dan inspirasi beliau dalam dunia seni.

Dalam episod ini, Jaja Yusof mengupas kisah di sebalik penglibatan beliau dalam bidang seni, pengalaman berkarya serta pengaruh keluarga yang menjadi sebahagian daripada perjalanan seninya.

Jangan lepaskan peluang untuk mengenali sisi inspirasi Jaja Yusof dengan lebih dekat!
Saksikan podcast kami melalui pautan berikut:

🗓️ 𝟮𝟮 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲 (𝗦𝗲𝗹𝗮𝘀𝗮)
⏰ 𝟭𝟭.𝟬𝟬 𝗽𝗮𝗴𝗶
📽️ 𝗦𝗶𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗻𝗴𝘀𝘂𝗻𝗴 𝗱𝗶 𝗬𝗼𝘂𝘁𝘂𝗯𝗲 𝗣𝗡𝗠
https://youtu.be/Yev5pFtkeHc

𝐒𝐎𝐑𝐎𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐈𝐍𝐈, 𝟐𝟏 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐅𝐄𝐒𝐓𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐂𝐄𝐑𝐈𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐅𝐏𝐌) 𝟐𝟎𝟐𝟔Festival Penceritaan Malaysia (FPM) 2026 h...
21/09/2026

𝐒𝐎𝐑𝐎𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐈𝐍𝐈, 𝟐𝟏 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐅𝐄𝐒𝐓𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐂𝐄𝐑𝐈𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐅𝐏𝐌) 𝟐𝟎𝟐𝟔

Festival Penceritaan Malaysia (FPM) 2026 hari ini, 21 September 2026, berlangsung meriah di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menerusi pelbagai poket program yang mengetengahkan seni penceritaan, kreativiti, pendidikan dan perkongsian ilmu.

Antara pengisian yang telah berlangsung ialah Bicara Ilmu: “Penceritaan Dalam Era Kecerdasan Buatan: Memperkukuh Perpaduan Rakyat” bersama Dato’ Lat dan Hafiz Latiff, selain Sesi Bercerita, Sesi Bercerita Autisme bersama Tun Alia, Bengkel Teknik Penulisan dan Ilustrasi Buku, Bengkel Animasi dan Komik Digital serta Bengkel Teknik Bercerita dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

Pelbagai pengisian ini membuka ruang kepada peserta untuk meneroka penceritaan dalam pelbagai bentuk dan medium, daripada penceritaan tradisional dan pendidikan hinggalah penulisan, ilustrasi, animasi, komik digital serta teknologi kecerdasan buatan.

FPM 2026 diteruskan dengan lebih banyak pengisian menarik esok. Nantikan sorotan dan perkembangan seterusnya di media sosial rasmi Perpustakaan Negara Malaysia.

𝐅𝐄𝐒𝐓𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐂𝐄𝐑𝐈𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐑𝐓𝐀𝐁𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐂𝐄𝐑𝐈𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐖𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) m...
21/09/2026

𝐅𝐄𝐒𝐓𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐂𝐄𝐑𝐈𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐑𝐓𝐀𝐁𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐂𝐄𝐑𝐈𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐖𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menganjurkan Festival Penceritaan Malaysia 2026 pada 21 hingga 22 September 2026, bertemakan “Penceritaan Sebagai Warisan Masyarakat Berilmu”. Festival ini menjadi wadah untuk menyemarakkan budaya penceritaan, memperkasa budaya ilmu serta memastikan warisan dan khazanah bangsa terus dihargai dan diwarisi oleh generasi akan datang.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara. Dalam ucapannya, beliau mencadangkan pewujudan “Repositori Digital Cerita Malaysia” sebagai khazanah digital nasional bagi memelihara memori, suara dan cerita yang membentuk identiti Malaysia agar terus menjadi sumber ilmu, penyelidikan dan inspirasi kepada generasi masa hadapan. Pada majlis ini juga telah diumumkan pemenang bagi pertandingan bercerita dan penulisan cerpen sempena FPM 2026.

Festival yang berlangsung selama dua hari dari 10.00 pagi hingga 5.00 petang ini mengetengahkan pelbagai pengisian termasuk Bicara Ilmu, podcast, sesi bercerita, bengkel teknik bercerita, animasi dan komik digital, penulisan dan ilustrasi buku serta pertandingan bercerita.

Orang ramai dijemput hadir dan bersama-sama menyemarakkan Festival Penceritaan Malaysia 2026 dalam usaha memelihara khazanah penceritaan serta memperkukuh budaya ilmu dalam masyarakat.

Address

232 Jalan Tun Razak
Kuala Lumpur
50572

Opening Hours

Tuesday 10:00 - 19:00
Wednesday 10:00 - 19:00
Thursday 10:00 - 19:00
Friday 10:00 - 19:00
Saturday 10:00 - 19:00
Sunday 10:00 - 19:00

Telephone

+60326871700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Negara Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perpustakaan Negara Malaysia:

Shortcuts

Share

Category