Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu

Directions

Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu Page ini adalah informasi terkini berkisar isu semasa di peringkat nasional, negeri dan kawasan Batu.

OPS Prihatin Siri 1Kuala Lumpur, 18 OKTOBER - Jika hari ini kita merasa beratnya bebanan hidup, lihatlah mereka yang diu...
22/10/2026

OPS Prihatin Siri 1

Kuala Lumpur, 18 OKTOBER - Jika hari ini kita merasa beratnya bebanan hidup, lihatlah mereka yang diuji lebih berat lagi.

Mungkin hari ini kita merungut dengan kerja yang seakan tidak pernah habis, ketahuilah pekerjaan dan nikmat sihat itu sedang diimpikan insan lain.

OPS Prihatin Siri 1 dibawah kelolaan Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu (LKK), turun ke PPR Batu Muda, hari ini.

Seramai 6 orang wakil AJK DMPKB yang terlibat. Mereka ialah Puan Salbiah, Puan Fasihah, Puan Nurnajah, Puan Syamimi, Puan Athiyyah dan Cik Sofiyyah.

Sekurang-kurangnya 5 buah rumah yang dikunjungi. Setiap rumah punya cerita duka tersendiri.

Mereka terdiri daripada penghidap sakit kanser, sakit akibat kemalangan bahkan ada juga yang diuji sakit yang memerlukan katil khas.

Kunjungan ini bukan sekadar mengisi aktiviti bulanan. Tetapi, ianya sebuah tanda kasih sesama insan. Selain mendengar luahan dan cerita mereka, wakil lajnah turut menyampaikan sedikit sumbangan berbentuk wang tunai dan barangan keperluan.

Kami di LKDMPKB mendoakan agar mereka dirahmati Allah serta dikurniakan segunung kesabaran dalam melalui ujian ini.

Saat diuji, ukhwah kukuh terpateri.Eratnya ukhuwah dalam perjuangan terus dizahirkan apabila Ketua Dewan Muslimat PAS Ka...
01/10/2026

Saat diuji, ukhwah kukuh terpateri.

Eratnya ukhuwah dalam perjuangan terus dizahirkan apabila Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu, Ustazah Aedah berkesempatan menziarahi isteri kepada Setiausaha PAS Kawasan Batu merangkap Setiausaha Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Hani baru-baru ini.

Dr Hani kini sedang berehat di rumah selepas menjalani pembedahan.

Dalam suasana penuh mesra, Ustazah Aedah bertanya khabar serta memberikan kata-kata semangat kepada Dr Hani yang sedang melalui fasa pemulihan.

Walaupun pertemuan berlangsung dalam keadaan sederhana, kehadiran seorang sahabat menziarahi teman seperjuangan membawa makna yang cukup besar. Ia memperlihatkan bahawa hubungan yang dibina dalam perjuangan tidak terhenti pada tugasan dan gerak kerja semata-mata sebaliknya turut berakar pada nilai ukhuwah, kasih sayang dan kepedulian sesama sahabat.

Sesungguhnya, kesatuan dalam jemaah akan melahirkan ukhuwah yang tidak mengenal waktu dan keadaan. Saat seorang sahabat diuji dengan kesakitan, yang lain hadir membawa doa, semangat dan kekuatan.

Semoga Dr Hani diberi kesembuhan yang sempurna, dipermudahkan segala urusan dan kembali sihat untuk meneruskan perjuangan bersama.

Kerana dalam sesebuah perjuangan, sahabat bukan sekadar teman di medan perjuangan, tetapi keluarga yang tetap hadir saat s**a dan duka.

โ€œDi Sebalik Senyuman Anak, Ada Hati Ibu yang Turut Berjuangโ€ ๐ŸฅนAnak salah seorang penggerak DMPKB (Saudari Elany) yang me...
30/09/2026

โ€œDi Sebalik Senyuman Anak, Ada Hati Ibu yang Turut Berjuangโ€ ๐Ÿฅน

Anak salah seorang penggerak DMPKB (Saudari Elany) yang mesra dianggil Hamzi, sedang diuji dengan simptom sakit radang tulang dan kini masih menerima rawatan susulan dan menunggu pengesahan pakar perubatan. Dalam masa yang sama, saudari Elany turut diuji dengan kesihatan beliau sendiri.

Justeru, wakil DMPKB meluangkan masa bersama Saudari Elany baru-baru ini bagi memberi suntikan semangat, sokongan dan doa buat beliau & anakanda tercintanya dalam menempuh fasa ujian ini.

Sama-sama kita doakan agar saudari Elany dan anakanda Akmal Hamzi diberikan kesembuhan terbaik, dimudahkan urusan, dikurniakan kekuatan dan kebaikan berpanjangan โค

Naik perahu ke Pulau Sibu,Rasa teruja kali pertama,Sabah dan Sarawak tetap di kalbu,Semenanjung sentiasa rasa bersama.Pe...
16/09/2026

Naik perahu ke Pulau Sibu,
Rasa teruja kali pertama,
Sabah dan Sarawak tetap di kalbu,
Semenanjung sentiasa rasa bersama.

Pergi ke pasar membeli delima,
Singgah sebentar di Lahad Datu,
Berbeza bangsa, berbeza agama,
Hormat-menghormati, rahsia bersatu.

Malaysia indah, mata terpana,
Pulau dan pantai jadi penyeri,
Hari Malaysia hari bermakna,
Aman sejahtera kita syukuri.

Selamat Hari Malaysia!
๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š

Daripada kami;
Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu ๐Ÿ’š

Sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah perumpamaan keadaan Puan Hayati Abdul Manaf ketika ini.Menzahirkan rasa simpati da...
14/09/2026

Sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah perumpamaan keadaan Puan Hayati Abdul Manaf ketika ini.

Menzahirkan rasa simpati dan kasih sesama insan, Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu, diwakili Puan Awatif dan Puan Sharifah menziarahi Puan Hayati di kediaman beliau,semalam.

Umum tahu kos sara hidup yang tinggi di kota metropolitan ini. Puan Hayati seorang warga emas yang tinggal bersama pasangannya, Encik Nasuriddin dan anak lelaki mereka hanya bergantung hidup dengan duit pencen suami. Juga, sedikit bantuan dari anak-anak mereka yang lain.

Keadaan ini menyebabkan mereka berada di paras kemiskinan bandar. Lebih memilukan, Encik Nasuriddin yang sebelum ini menghidap kencing manis dan kurang pendengaran, telah terlibat dengan kemalangan jalanraya, baru-baru ini.

Lajnah Kebajikan DMPKB selain menziarahi dan menyantuni mereka, turut menyampaikan sedikit buah tangan.

Kami mendoakan agar Puan Hayati tabah dan sabar menempuhi ujian ini. Semoga kesihatan suaminya juga bertambah baik dan sembuh seperti sediakala.

Kehidupan di dunia ini tak akan pernah sunyi dengan ujian. Inilah sunnah orang beriman.Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu d...
14/09/2026

Kehidupan di dunia ini tak akan pernah sunyi dengan ujian. Inilah sunnah orang beriman.

Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu diwakili Ketua Dewan, Ustazah Aa'edah serta naibnya , Ustazah Radhiah serta Puan Basyirah hadir ke rumah Puan Jamian di PPR Batu Muda, hari ini.

Kalau dahulunya, beliau dengan kudrat dan kemahirannya, dapat membuat dan menjual nasi lemak serta kuih muih. Namun kini, beliau banyak menghabiskan masa di rumah ,selain mengisi masa dengan mendengar ceramah di surau berdekatan.

Puan Jamian yang mesra disapa dengan panggilan Mak Long, telah kehilangan suami pada tahun 2016. Kini, diuji p**a dengan penyakit darah tinggi, kencing manis serta kolestrol tinggi. Beliau yang menerima rawatan berkala di Klinik Kesihatan Batu Muda, tinggal bersama anaknya di kediaman mereka.

Jelas di wajahnya, beliau sangat gembira dan meraikan kehadiran kami.

Kami di DMPKB mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Mak Long. Semoga beliau tetap positif dan sentiasa bersangka baik dengan ujian yang menimpanya.

Merdeka bukan bila kita bebas daripada segala batas, tetapi bila kita bebas memilih jalan yang Allah redha ๐ŸŒนAyuh;Merdeka...
30/08/2026

Merdeka bukan bila kita bebas daripada segala batas, tetapi bila kita bebas memilih jalan yang Allah redha ๐ŸŒน

Ayuh;
Merdeka kita daripada maksiat,
Merdeka jiwa menuju taat

KEJOHANAN BOWLING AMEERAH KAWASAN BATU.Siapa kata Muslimat PAS hanya buat program di masjid sahaja?Siapa kata Muslimat P...
28/08/2026

KEJOHANAN BOWLING AMEERAH KAWASAN BATU.

Siapa kata Muslimat PAS hanya buat program di masjid sahaja?

Siapa kata Muslimat PAS hanya memfokuskan geng tudung labuh sahaja?

Tidak . Sama sekali tidak.

Dakwah kami meliputi seluruh lapisan masyarakat.

Telah berlangsung Kejohanan Bowling Ameerah Kawasan Batu, Ahad lalu. Bertempat di Gurney Mall, Residensi UTMKL. Bermula jam 10 pagi hingga 12.30 tengahari.

Program bowling ini telah mengumpulkan sekurang-kurangnya 30 orang wanita dari pelbagai peringkat umur.

Program yang bukan sahaja tertumpu kepada kes**anan bahkan kepada nilai ukhwah dan silaturahim.

Kami tak ramai. Kami juga tak punya kewangan yang kukuh. Tetapi, kami berusaha meraikan dan mendekati para wanita melalui minat dan kes**aan mereka.

Nantikan pelbagai lagi aktiviti Ameerah Kawasan Batu di masa akan datang.

Stay tuned !

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share