22/06/2026
MESYUARAT SAHABAT AKRAB JKKN
Mesyuarat Sahabat AKRAB telah diadakan pada 22 Jun 2026 di Bilik Mesyuarat,Tingkat 30 , JKKN Ibu Pejabat.
Mesyuarat yang dipengerusikan En Mohd Ferdaus Bin Hassan, Pengerusi AKRAB JKKN telah berlangsung dengan penuh semangat,idea dan sumbang saran yang kreatif dan bernas dari semua Sahabat.
Buat Warga JKKN yang dikasihi, nantikan program - program AKRAB JKKN!
16/06/2026
Salam Maal Hijrah 1448H
Mari kita mulakan lembaran tahun baharu ini dengan azam dan semangat yang jitu, serta tekad untuk memperbanyakkan amalan yang lebih baik. Semoga tahun ini membawa keberkatan dan hijrah yang hakiki buat kita semua.
Daripada Sahabat AKRAB JKKN.
26/05/2026
Tahukah anda kegagalan mematuhi tatacara kebenaran keluar pejabat tanpa kelulusan atau tanpa rekod yang ditetapkan boleh dianggap sebagai ingkar dan dikenakan tindakan tatatertib seperti yang diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
26/05/2026
Menjelang 10 Zulhijjah 1447H, marilah kita menghayati erti pengorbanan yang sebenar. Seperti mana yang diriwayatkan dalam Hadis al-Tirmizi, amalan menumpahkan darah (korban) adalah amalan yang amat dicintai Allah SWT pada hari al-Nahr.
Semoga ibadah korban kita tahun ini diterima dan dapat membersihkan jiwa kita. Selamat Hari Raya Aidiladha daripada Sahabat AKRAB, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)
30/04/2026
Selamat Hari Pekerja 2026
Setinggi-tinggi penghargaan buat seluruh tenaga kerja Malaysia yang tidak pernah lelah menyumbang bakti. Daripada barisan hadapan kesihatan hingga ke sektor pembinaan dan perkhidmatan, setiap titik peluh anda adalah nadi kemajuan negara.
Terima kasih atas dedikasi dan komitmen anda. Selamat bercuti dan teruskan menyumbang dengan penuh integriti
20/03/2026
Sahabat AKRAB JKKN
Mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
Semoga Syawal membawa kebahagiaan, ketenangan jiwa dan keberkatan buat kita semua.
Eratkan silaturahim, kukuhkan ukhuwah.
07/03/2026
"Bacalah dengan nama Tuhanmu..."
Salam Nuzul Al-Quran buat seluruh umat Islam. Mari kita jadikan momentum 17 Ramadan ini sebagai titik mula untuk:
• Iqra’: Membaca dengan penuh penghayatan.
• Tadabbur: Mendalami maksud yang tersirat.
• Amal: Menjadikan Al-Quran sebagai perlembagaan hidup.
Semoga setiap huruf yang dibaca menjadi pahala yang mengalir, dan setiap pengajaran menjadi pedoman yang hakiki.
06/03/2026
Jutaan Terima Kasih Atas Kehadiran Majlis Bacaan Yasin Secara Dalam Talian
Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua warga JKKN yang telah meluangkan masa untuk menyertai Majlis Bacaan Yasin bersempena bulan Ramadan yang mulia ini.
Kehadiran seramai 109 peserta (seperti yang tertera di skrin) menunjukkan semangat kebersamaan dan ukhuwah yang erat dalam kalangan kita semua, walaupun secara maya. Semoga pengisian rohani ini membawa keberkatan dan kekuatan buat kita semua dalam menjalankan tugas.
05/03/2026
Bersempena dengan bulan Ramadan yang mulia, Sahabat AKRAB JKKN menjemput seluruh warga JKKN untuk bersama-sama mengimarahkan pagi Jumaat kita dengan pengisian rohani.
• Tarikh: 06 Mac 2026 (Jumaat)
• Masa: 9:30 Pagi
• Platform: Secara Dalam Talian (Sila imbas kod QR pada poster untuk pautan)
Mari kita luangkan masa sejenak untuk memohon keberkatan dan kesejahteraan bersama di bulan yang penuh rahmat ini. Terbuka kepada semua warga JKKN.
27/02/2026
Kunjungan Kasih Sahabat AKRAB JKKN
"Ujian adalah tanda kasih sayang Tuhan, kebersamaan adalah kekuatan kita."
Pada 27 Februari 2026 (Jumaat), telah berlangsungnya Program Kunjungan Kasih Sahabat AKRAB JKKN bagi menyantuni rakan seperjuangan kita, Encik Jumali bin Azudin yang kini sedang diuji dengan masalah kesihatan.
Ziarah ini telah diketuai oleh Encik Mohd Ferdaus bin Hassan, Penyelaras AKRAB JKKN, sebagai tanda sokongan moral dan keprihatinan berterusan sesama warga jabatan.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Semoga kehadiran Sahabat AKRAB ini sedikit sebanyak memberi sinar keceriaan dan semangat buat Encik Jumali