Tamu Darul Iman

Directions

Tamu Darul Iman Tamu Bertandang, Terengganu Terbilang! Selamat datang ke negeri di mana budaya, alam, dan budi bahasa berpadu indah.

Terengganu bukan sekadar tempat dilawati — ia adalah pengalaman yang hidup dalam ingatan setiap tamu yang datang.

SELAMAT DATANG KE NEGERI TERENGGANU DARUL IMANMenerima kunjungan hormat delegasi Suruhanjaya Tinggi Australia ke Pejabat...
29/10/2026

SELAMAT DATANG KE NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN

Menerima kunjungan hormat delegasi Suruhanjaya Tinggi Australia ke Pejabat YB Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah, di Tingkat 6, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, Terengganu.

Kunjungan ini diharap mampu menjadi platform terbaik bagi kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan, memperkukuh hubungan serta mengeratkan persefahaman antara satu sama lain.

Selamat datang ke bumi Terengganu Darul Iman.

Semoga kunjungan ini membawa manfaat dan kebaikan bersama.

Kerajaan Negeri Terengganu, menerima kunjungan hormat daripada delegasi Persatuan Prihatin Pandan, Pandan Indah, Ampang,...
20/10/2026

Kerajaan Negeri Terengganu, menerima kunjungan hormat daripada delegasi Persatuan Prihatin Pandan, Pandan Indah, Ampang, Selangor yang diketuai oleh Ketua Delegasi Rombongan, Abdul Malik bin Abdullah.

Tetamu di sambut oleh YANG BERHORMAT DATO' HAJI MOHD NOR BIN HAMZAH,Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Terengganu.

JOM MERIAHKAN HIMPUNAN RUMINAN PANTAI TIMUR 2026!Pelbagai aktiviti menarik, pameran, pertandingan dan produk agro tempat...
19/10/2026

JOM MERIAHKAN HIMPUNAN RUMINAN PANTAI TIMUR 2026!

Pelbagai aktiviti menarik, pameran, pertandingan dan produk agro tempatan menanti anda seisi keluarga!

🗓️ 22 – 24 Oktober 2026

📍 Dataran Pekan Jabi, Besut, Terengganu

Jom datang beramai-ramai, tambah ilmu, terokai dunia penternakan dan sokong usahawan agro tempatan.

Satu Himpunan, Pelbagai Pengalaman. Jumpa Anda Di Sana!

TAHNIAH PENERIMA SULTAN MIZAN INTERNATIONAL PHOTOGRAPHY AWARDS 2025Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua para p...
18/10/2026

TAHNIAH PENERIMA SULTAN MIZAN INTERNATIONAL PHOTOGRAPHY AWARDS 2025

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua para photographer yang berjaya menerima pengiktirafan menerusi Sultan Mizan International Photography Awards 2025.

Kejayaan ini membuktikan bahawa seni fotografi bukan sekadar merakam gambar, malah menjadi medium untuk mengangkat keindahan, warisan dan keunikan negeri Terengganu ke persada antarabangsa.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai penggiat fotografi untuk terus berkarya dan mengharumkan nama negeri.

Tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah!

TERENGGANU INTERNATIONAL SUMMIT 2026 Pagi ini berlangsung Majlis Perasmian Terengganu International Summit 2026 bersempe...
16/10/2026

TERENGGANU INTERNATIONAL SUMMIT 2026

Pagi ini berlangsung Majlis Perasmian Terengganu International Summit 2026 bersempena Sambutan 3 Tahun Taufan Al-Aqsa di Stadium Negeri Terengganu.

Majlis disempurnakan oleh YB Dr. Muhammad Khalil bin Abdul Hadi, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Negeri Terengganu, mewakili YAB Menteri Besar Terengganu.

Selamat datang diucapkan kepada seluruh perwakilan dan tetamu antarabangsa ke bumi Terengganu Darul Iman. Semoga pertemuan ini memperkukuh ukhuwah, menyatukan suara solidariti ummah dan meneruskan sokongan terhadap perjuangan rakyat P4lestin.

P4lestin Tetap Di Hati.








TAUFAN AL-AQSA: SUARA PERJUANGAN, SEMANGAT KEBANGKITAN! Insya-Allah, Terengganu International Summit 2026 bakal menghimp...
15/10/2026

TAUFAN AL-AQSA: SUARA PERJUANGAN, SEMANGAT KEBANGKITAN!

Insya-Allah, Terengganu International Summit 2026 bakal menghimpunkan pelbagai pengisian ilmu, dakwah dan solidariti sempena Sambutan 3 Tahun Taufan Al-Aqsa.

Ayuh bersama mengimarahkan program yang disusun, menyemarakkan semangat perjuangan serta memperkukuh kefahaman umat terhadap isu P4lestin dan perjuangan pembebasan Al-Aqsa.

📍 Stadium Negeri, Kuala Terengganu
đź“… 16 Oktober 2026 | Jumaat

P4lestin tidak dilupakan, Al-Aqsa terus diperjuangkan!









RAJA PENYU KEMBALI KE RANTAU ABANG!Alhamdulillah, pendaratan kelima tahun ini! Seekor ibu penyu gergasi kembali ke Panta...
10/10/2026

RAJA PENYU KEMBALI KE RANTAU ABANG!

Alhamdulillah, pendaratan kelima tahun ini! Seekor ibu penyu gergasi kembali ke Pantai Rantau Abang awal pagi tadi dan berjaya menghasilkan 48 biji telur.

Terima kasih kepada pasukan konservasi yang bertungkus-lumus memastikan telur-telur ini selamat dipindahkan ke tapak penetasan.

Penyu warisan kita, tanggungjawab kita bersama. Jom pelihara khazanah alam Terengganu!








JOM PAKAT JAGA KEBERSIHAN PANTAI! Pelbagai program gotong-royong dan Beach Clean-Up akan berlangsung pada 10 Oktober 202...
08/10/2026

JOM PAKAT JAGA KEBERSIHAN PANTAI!

Pelbagai program gotong-royong dan Beach Clean-Up akan berlangsung pada 10 Oktober 2026 (Sabtu) di beberapa lokasi pantai.

📍 Pantai Cahaya Bulan, Kelantan
📍 Dataran Batu Buruk 2, Kuala Terengganu
📍 Pantai Angin Berbisik, Merchang, Marang

Ayuh bersama-sama membersihkan pantai, menjaga alam sekitar dan memelihara keindahan khazanah alam kita.

Sikit-sikit, lama-lama jadi bersih. Jaga pantai kita, tanggungjawab bersama!









Alhamdulillah, menyambut kepulangan Penyu Belimbing ke Rantau Abang, Geng Plastik Ijau (GPI) turun padang membersihkan 5...
03/10/2026

Alhamdulillah, menyambut kepulangan Penyu Belimbing ke Rantau Abang, Geng Plastik Ijau (GPI) turun padang membersihkan 500 meter pantai.

Dalam masa sejam, 556kg sampah berjaya dikutip bersama 83 peserta.

Kalau kita mahu penyu terus pulang, sama-samalah kita jaga pantai. Jangan tinggal sampah, jangan buang plastik merata-rata.

Pantai ini warisan kita, penyu pun nak tumpang hidup.






Sempena Hari Alam Sekitar Negara 2026 Peringkat Negeri Terengganu & Pekan Budaya Daerah Marang. Bermula awal pagi dengan...
01/10/2026

Sempena Hari Alam Sekitar Negara 2026 Peringkat Negeri Terengganu & Pekan Budaya Daerah Marang.

Bermula awal pagi dengan senamrobik, Fun Walk, Beach Cleanup dan macam-macam lagi aktiviti menarik sampai ke malam.

Esok pun ada lagi!

Jom pakat ramai-ramai ke Pantai Kelulut, Marang!





Address

Kuala Terengganu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tamu Darul Iman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby government services