Korporat Suk Terengganu

Call Directions Website Contact the organization

Korporat Suk Terengganu Government KORPORAT SUK TERENGGANU adalah merupakan satu unit di bawah Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Terengganu. Sekian, PSUK TRG.

Sebarang aduan melibatkan perkhidmatan jabatan/agensi Kerajaan Negeri Terengganu boleh dikemukakan melalui laman rasmi ini dengan memberikan maklumat yang lengkap. Nama:
No I/C:
Alamat:
No Telefon:
Emel:
Butiran Aduan:

Anda juga boleh menghantar sebarang pertanyaan yang melibatkan perkhidmatan jabatan/agensi Kerajaan Negeri Terengganu melalui aplikasi WhatsApp ke 011-21935958.

✨ 1 HARI LAGI! ✨Saat yang dinanti bakal tiba!Esok, tirai Majlis Anugerah Persada Inovasi Negeri Terengganu Tahun 2026 ak...
11/11/2026

✨ 1 HARI LAGI! ✨

Saat yang dinanti bakal tiba!

Esok, tirai Majlis Anugerah Persada Inovasi Negeri Terengganu Tahun 2026 akan dibuka bagi meraikan idea, kreativiti dan inovasi unggul yang menjadi pemacu kecemerlangan perkhidmatan awam Negeri Terengganu.

Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai penerima anugerah tertinggi pada tahun ini? Nantikan detik penuh bermakna yang bakal menyaksikan kecemerlangan inovasi diraikan!





📢 𝗛𝗘𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜 𝗣𝗔𝗠𝗘𝗥𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠𝗜𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗬𝗨𝗪𝗜𝗬𝗔𝗛Bagaimanakah Islam membentuk identiti, budaya dan kehidupan masyarakat Melay...
10/11/2026

📢 𝗛𝗘𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜 𝗣𝗔𝗠𝗘𝗥𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠𝗜𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗬𝗨𝗪𝗜𝗬𝗔𝗛

Bagaimanakah Islam membentuk identiti, budaya dan kehidupan masyarakat Melayu Terengganu sehingga menjadi warisan yang kekal diwarisi hingga hari ini?

Persoalan ini menjadi antara pengisian utama Pameran Islamiah Melayuwiyah yang bakal dibuka kepada orang ramai mulai 11 November 2026 hingga Disember 2027 di Dewan Mandalika, Kompleks Muzium Negeri Terengganu.

Pameran ini membawa pengunjung menelusuri perjalanan sejarah Terengganu, bermula daripada kehidupan masyarakat Melayu sebelum kedatangan Islam, perkembangan dakwah, pembentukan Kesultanan Terengganu, peranan ulama dan umara, sehinggalah lahirnya sebuah masyarakat Melayu Islam yang kaya dengan tradisi ilmu, seni dan budaya.

Antara pengisian penting ialah sejarah Batu Bersurat Terengganu bertarikh 1303 Masihi, perkembangan tulisan Jawi, sumbangan tokoh ulama seperti Tok Pulau Manis dan Tok Ku Paloh, serta keunikan manuskrip dan mushaf al-Quran tulisan tangan yang mencerminkan ketinggian intelektual dan seni masyarakat Melayu Islam.

Istilah Islamiah Melayuwiyah sendiri mempunyai kedudukan istimewa dalam sejarah negeri apabila tercatat dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu 1911, ketika pemerintahan Sultan Zainal Abidin III. Ia menggambarkan penyatuan nilai Islam dengan identiti dan budaya Melayu sebagai asas kehidupan masyarakat Terengganu.

Penganjuran pameran ini bukan sekadar mengajak pengunjung mengenali sejarah, tetapi turut membuka ruang untuk memahami asal-usul jati diri, menghargai warisan serta menghayati perjalanan sebuah tamadun yang dibina berteraskan agama, ilmu dan adat.

Orang ramai dijemput hadir dan menghayati sendiri perjalanan warisan ini di Pameran Islamiah Melayuwiyah, Dewan Mandalika, Kompleks Muzium Negeri Terengganu, mulai 11 November 2026 hingga Disember 2027.

Sumber: Terengganu State Museum

✨ 2 HARI LAGI!✨Tinggal dua hari sahaja lagi menuju Majlis Anugerah Persada Inovasi Negeri Terengganu Tahun 2026 yang bak...
10/11/2026

✨ 2 HARI LAGI!✨

Tinggal dua hari sahaja lagi menuju Majlis Anugerah Persada Inovasi Negeri Terengganu Tahun 2026 yang bakal berlangsung pada 12 November 2026!

Semoga kejayaan yang diraikan nanti menjadi inspirasi untuk terus mencabar kebiasaan, meneroka potensi dan mencipta kecemerlangan.




𝗠𝗘𝗠𝗔𝗥𝗧𝗔𝗕𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗔𝗟-𝗤𝗨𝗥𝗔𝗡, 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗛𝗜𝗥𝗞𝗔𝗡 𝗚𝗘𝗡𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗛𝗨𝗙𝗙𝗔𝗭Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu Darul ...
09/11/2026

𝗠𝗘𝗠𝗔𝗥𝗧𝗔𝗕𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗔𝗟-𝗤𝗨𝗥𝗔𝗡, 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗛𝗜𝗥𝗞𝗔𝗡 𝗚𝗘𝗡𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗛𝗨𝗙𝗙𝗔𝗭

Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman Tahun 1448H/2026M menghimpunkan 30 peserta yang bertanding dalam kategori Hafazan Juzuk 1–10, 1–20, dan 1–30 (Lelaki & Perempuan).

Majlis akan berlangsung pada 10 hingga 12 November 2026 di Stadium Negeri, Kuala Terengganu.

Selamat maju jaya kepada seluruh peserta. Semoga penganjuran ini menyemarakkan kecintaan masyarakat terhadap al-Quran serta memperkukuh penghayatan dan pengamalannya dalam kehidupan.

“MADANI DIHAYATI, UMMAH DIBERKATI”

✨3 HARI LAGI! ✨Semakin hampir detik kemuncak yang dinantikan! Majlis Anugerah Persada Inovasi Negeri Terengganu Tahun 20...
09/11/2026

✨3 HARI LAGI! ✨

Semakin hampir detik kemuncak yang dinantikan! Majlis Anugerah Persada Inovasi Negeri Terengganu Tahun 2026 bakal berlangsung pada 12 November 2026, menghimpunkan semangat kecemerlangan, kreativiti dan inovasi dalam kalangan warga perkhidmatan awam Negeri Terengganu.

Majlis ini menjadi platform untuk mengiktiraf pencapaian, menghargai usaha serta meraikan kecemerlangan inovasi yang menyumbang kepada penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Teruskan melakar idea, mencipta pembaharuan dan menyemarakkan budaya inovasi demi memperkasa penyampaian perkhidmatan awam yang lebih dinamik, berkualiti dan berimpak tinggi.





📢 𝗛𝗘𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜 𝗣𝗘𝗧𝗔 𝗟𝗔𝗟𝗨𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗥𝗜 (𝗧𝗥𝗔𝗖𝗞) & 𝗞𝗔𝗪𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗥𝗞𝗜𝗡𝗚 – 𝗪𝗔𝗤𝗙 𝗥𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲!Bagi memastikan semua peserta hadir dengan te...
09/11/2026

📢 𝗛𝗘𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜 𝗣𝗘𝗧𝗔 𝗟𝗔𝗟𝗨𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗥𝗜 (𝗧𝗥𝗔𝗖𝗞) & 𝗞𝗔𝗪𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗥𝗞𝗜𝗡𝗚 – 𝗪𝗔𝗤𝗙 𝗥𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲!

Bagi memastikan semua peserta hadir dengan teratur dan bersedia pada hari acara, berikut dikongsikan maklumat penting mengenai Peta Laluan Larian (Route Map), Race Village, serta Kawasan Parkir (Parking Area) kenderaan.

📌 Sila semak infografik di atas untuk rujukan terperinci:

Peta Laluan Larian & Race Village: Panduan lengkap laluan trek larian, kawasan pelepasan (Start Line), garisan penamat (Finish Line), serta lokasi pengambilan medal dan refreshment.

Kawasan Parkir (Parking Area): Zon parkir kenderaan peserta yang telah disediakan berhampiran kawasan acara serta zon khas (VIP Parking), berserta laluan yang dilarang parkir (No Parking Area / Track Area).

Pastikan anda merancang perjalanan lebih awal dan tiba di lokasi dengan tenang. Mari kita bersama-sama menyokong kejayaan acara berwakaf ini!

Jumpa anda di Waqf Run 2026!

✨ 4 HARI LAGI! ✨Detik yang dinanti semakin hampir!Majlis Anugerah Persada Inovasi Negeri Terengganu Tahun 2026 bakal ber...
08/11/2026

✨ 4 HARI LAGI! ✨

Detik yang dinanti semakin hampir!

Majlis Anugerah Persada Inovasi Negeri Terengganu Tahun 2026 bakal berlangsung pada 12 November 2026 bagi meraikan kecemerlangan, kreativiti dan inovasi warga perkhidmatan awam Negeri Terengganu.

Ayuh bersama-sama menyemarakkan budaya inovasi dan kreativiti ke arah penyampaian perkhidmatan awam yang lebih berkualiti, cekap dan berimpak tinggi.




emerlang

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗗𝗘𝗘𝗣𝗔𝗩𝗔𝗟𝗜 🪔Selamat menyambut Hari Deepavali kepada seluruh masyarakat beragama Hindu yang meraika...
07/11/2026

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗗𝗘𝗘𝗣𝗔𝗩𝗔𝗟𝗜 🪔

Selamat menyambut Hari Deepavali kepada seluruh masyarakat beragama Hindu yang meraikannya, khususnya di Negeri Terengganu dan seluruh Malaysia.

Semoga perayaan ini membawa kebahagiaan, kedamaian dan kesejahteraan kepada semua, di samping terus menyemarakkan semangat perpaduan, keharmonian dan saling menghormati dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama.

Address

Unit Korporat, Tingkat 7, Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu, Wisma Darul Iman
Kuala
20503

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 04:00
Sunday 07:30 - 17:30

Telephone

+6096006000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Korporat Suk Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Korporat Suk Terengganu:

Shortcuts

Share