AKPS KUANTAN PORT

Directions Website

AKPS KUANTAN PORT Malaysian Border Control and Protection Agency-Kuantan Port

OPS BERSEPADU AKPS & PDRM
30/10/2026

OPS BERSEPADU AKPS & PDRM

29/10/2026

🚨 KENALI KERJAYA AKPS: KAWALAN DAN PERLINDUNGAN SEMPADAN NEGARA! 🇲🇾

Hai geng ! 👋 Nak tahu lebih lanjut tentang kerjaya dalam Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS)? Jom sertai Taklimat Kerjaya bersama Puan Siti Nur binti Ahmad, Pengarah Bahagian Biosekuriti AKPS.

📅 31 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ 1.30 – 2.30 petang
📍 Dewan Damar Sari 1, Blok F8, Putrajaya

📱 Tak dapat hadir secara fizikal? Jangan risau! Korang boleh ikuti siaran langsung melalui media sosial rasmi SPA.

Jom luaskan pengetahuan dan kenali dengan lebih dekat peranan AKPS dalam menjaga keselamatan sempadan negara! 🇲🇾✨

28/10/2026

📢 AYUH KUNJUNGI RERUAI KERJAYA BERSAMA AKPS!

Orang ramai dijemput hadir dan memeriahkan Reruai Kerjaya Bersama Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) sempena Kembara Kerjaya MADANI SPA x MyFutureJobs Putrajaya yang akan diadakan pada:

📅 31 Oktober 2026 (Sabtu)
🕣 8.30 pagi – 4.30 petang
📍 Dewan Damar Sari, Aras 3, Blok F8, Kompleks F, W.P. Putrajaya
🔟 Reruai AKPS : Nombor 10

Jom singgah dan kenali AKPS dengan lebih dekat.

Jumpa anda di sana!






Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Agensi Kawalan Dan Perlindungan Sempadan Malaysia Ke-2
26/10/2026

Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Agensi Kawalan Dan Perlindungan Sempadan Malaysia Ke-2

26/10/2026
26/10/2026

NASIONAL | Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) berjaya menyelamatkan hasil negara daripada ketirisan bernilai RM322.74 juta sehingga Oktober tahun ini, meningkat empat kali ganda berbanding 2025.



Berita penuh di https://bit.ly/4i6T2Yl

23/10/2026

KUALA LUMPUR: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) merekodkan sebanyak 24,631 tindakan Notis Penolakan Masuk (NTL) serta 707 tangkapan bagi pelbagai kesalahan imigresen sepanjang tahun ini.

20/10/2026
20/10/2026

7 NEGERI ‘HOTSPOT’ PENYELUDUPAN DI LAUT, KDN PERKUKUH PENGUATKUASAAN MARITIM!

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengenal pasti 7 negeri berisiko menjadi lokasi panas penyeludupan diesel, petrol dan barangan kawalan, iaitu Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis dan Johor. Pemetaan ini berdasarkan trend tangkapan serta analisis geografi kawasan perairan negara.

“Tiada kompromi terhadap sindiket penyeludupan. Keselamatan perairan mesti diperkukuh melalui penguatkuasaan pintar, tindakan tegas dan kerjasama masyarakat demi melindungi kepentingan negara serta kesejahteraan rakyat.”
~YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.

Menurut Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim YBhg. Datuk Mohd Rosli Abdullah, terdapat 3 faktor geografi utama yang menjadi tumpuan sindiket, iaitu garisan pantai panjang, kedudukan berhampiran sempadan perairan negara jiran serta laluan sungai ke laut dan akses perairan antarabangsa.

Lebih membimbangkan, 7 taktik sindiket turut dikenal pasti termasuk penyamaran sebagai nelayan, penggunaan bot berkuasa tinggi, mematikan sistem AIS, manipulasi data lokasi, penggunaan bot klon serta pemalsuan dokumen bagi mengelak pengesanan pihak berkuasa.

KDN menerusi APMM terus memperkukuh pemantauan, risikan dan tindakan penguatkuasaan maritim bagi membanteras penyeludupan yang menjejaskan hasil negara, mengancam keselamatan perairan serta merugikan rakyat.

Orang ramai diseru menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dengan melaporkan sebarang aktiviti penyeludupan yang mencurigakan.

SMART ENFORCEMENT | PERAIRAN DIKAWAL, PENYELUDUPAN DIBANTERAS!

Sumber: Kenyataan Media Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah, 19 Oktober 2026.

20/10/2026

💙 More Places. More Convenience. More MyNIISe! ✈️📱

Exciting news for travellers! 🎉 The MyNIISe QR Counter is now available at:

📍 Kompleks ICQS Melaka
📍 Pelabuhan Tanjung Lembung, Langkawi

Wherever your journey takes you, make MyNIISe part of your travel essentials and get ready for your immigration journey! 🧳✨

📲 Don’t forget to download MyNIISe and get ready for a smoother immigration experience!

💙 NIISe Way to Go!

Address

AKPS Pelabuhan Kuantan
Kuantan

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AKPS KUANTAN PORT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby government services