09/10/2026
MAJLIS APRESIASI KETEMA
8 Oktober 2026 | Khamis - Majlis Apresiasi KETEMA (Kelab Teknologi Makanan, POLISAS) telah berlangsung semalam di Planetnco Stadium Darul Makmur sebagai tanda penghargaan kepada Majlis Tertinggi (MT) dan Ahli Jawatankuasa (AJK) atas komitmen dan dedikasi dalam menjayakan pelbagai program sepanjang semester ini.
Majlis turut menyaksikan pelantikan MT KETEMA yang baharu bagi meneruskan legasi kepimpinan dan kecemerlangan KETEMA. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang kepada perjalanan KETEMA. Semoga terus maju dan cemerlang.