Jabatan Kejuruteraan Awam

Directions Website

Jabatan Kejuruteraan Awam Halaman rasmi Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Premier Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS).

Menyediakan maklumat program, aktiviti, dan hebahan terkini jabatan.

🔥 𝐉𝐊𝐀 𝐓𝐔𝐑𝐔𝐍 𝐆𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐆 — 𝐆𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐃𝐀, 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐋𝐔𝐀𝐑 𝐁𝐈𝐀𝐒𝐀!🔥Warga POLISAS, bersedia! Barisan wira dan srikandi *Jabatan Keju...
03/11/2026

🔥 𝐉𝐊𝐀 𝐓𝐔𝐑𝐔𝐍 𝐆𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐆 — 𝐆𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐃𝐀, 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐋𝐔𝐀𝐑 𝐁𝐈𝐀𝐒𝐀!🔥

Warga POLISAS, bersedia! Barisan wira dan srikandi *Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA)* bakal memeriahkan *Team Building POLISAS* dengan semangat berpasukan, aksi penuh keyakinan dan senyuman yang menyimpan strategi! 💪😎

Dari dapur hingga ke papan karom, setiap acara ada jaguhnya. Masing-masing membawa satu misi: *beri yang terbaik, kuatkan persahabatan dan harumkan nama JKA!*

🎯 𝐃𝐀𝐑𝐓
Bidik dengan tenang, baling dengan yakin!
“Muka profesional, balingan eksperimental!” 😂

🏹 𝐒𝐋𝐈𝐍𝐆
Getah ditarik, sasaran dibidik, semangat jangan terusik!
“Kalau kena, memang pakar. Kalau tak, angin punya hal!” 🤣

🫓 𝐓𝐄𝐁𝐀𝐑 𝐑𝐎𝐓𝐈 𝐂𝐀𝐍𝐀𝐈
Doh melayang, tepung berterbangan, kreativiti jadi pertaruhan!
“Bentuk tak ikut piawai, janji masih roti canai!” 😂

☕ 𝐓𝐄𝐇 𝐓𝐀𝐑𝐈𝐊
Tarikan berseni, buih menjadi, juri pun tertarik hati!
“Tarik teh ada seni, tumpah sikit lap sendiri!” 🤭

👨‍🍳 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊
Gabungan rasa, kerjasama dan keberanian mencuba!
“Garam secubit, keyakinan sebukit!” 🧂🤣

🔴 𝐂𝐎𝐍𝐆𝐊𝐀𝐊
Senyum bersahaja, langkah penuh rahsia!
“Muka sopan, licin papan!” 😆

𝐊𝐀𝐑𝐎𝐌
Jentikan kecil, harapan besar, sorakan penyokong menggegarkan!
“Gaya juara dunia, striker masuk dulu bahaya!” 😂

📣 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐉𝐊𝐀
Masuk gelanggang dengan yakin, bertanding dengan semangat kesukanan dan saling menguatkan. Bila rakan beraksi, kita beri sorakan. Bila tersasar, kita beri semangat. Bila berjaya, kita raikan bersama! ❤️

Kemenangan kita buru, persahabatan kita eratkan. Biar penat bertanding, jangan penat ketawa! 🙌

Warga JKA, jom meriahkan suasana dan berikan sokongan kepada semua wakil kita!

🔥 𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍, 𝐏𝐄𝐋𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐊𝐄𝐇𝐄𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍!
💪 𝐉𝐊𝐀 𝐁𝐎𝐋𝐄𝐇! 𝐉𝐊𝐀 𝐏𝐀𝐃𝐔! 𝐉𝐊𝐀 𝐌𝐀𝐉𝐔!







𝑭𝑹𝑶𝑴 𝑫𝑬𝑫𝑰𝑪𝑨𝑻𝑰𝑶𝑵 𝑻𝑶 𝑫𝑰𝑺𝑻𝑰𝑵𝑪𝑻𝑰𝑶𝑵Celebrating Academic Excellence – PhD Graduate & Graduate On Time (GOT)🎓 SETINGGI-TINGGI T...
02/11/2026

𝑭𝑹𝑶𝑴 𝑫𝑬𝑫𝑰𝑪𝑨𝑻𝑰𝑶𝑵 𝑻𝑶 𝑫𝑰𝑺𝑻𝑰𝑵𝑪𝑻𝑰𝑶𝑵

Celebrating Academic Excellence – PhD Graduate & Graduate On Time (GOT)

🎓 SETINGGI-TINGGI TAHNIAH! 🎓

𝐃𝐫. 𝐍𝐨𝐫 𝐒𝐮𝐫𝐚𝐲𝐚 𝐀𝐢𝐧𝐢 𝐛𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐍𝐠𝐚𝐡

Seluruh warga Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan syabas atas kejayaan memperoleh 𝐃𝐨𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐅𝐚𝐥𝐬𝐚𝐟𝐚𝐡 (𝐓𝐞𝐨𝐫𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐣𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐒𝐞𝐧𝐢𝐛𝐢𝐧𝐚) 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐅𝐚𝐤𝐮𝐥𝐭𝐢 𝐒𝐞𝐧𝐢𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐄𝐤𝐢𝐬𝐭𝐢𝐤, 𝐔𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐧𝐭𝐚𝐧 (𝐔𝐌𝐊).

Lebih membanggakan, kejayaan ini turut diserikan dengan penganugerahan pencapaian cemerlang “𝐆𝐫𝐚𝐝𝐮𝐚𝐭𝐞 𝐎𝐧 𝐓𝐢𝐦𝐞
” (GOT), sebagai pengiktirafan terhadap dedikasi, disiplin, komitmen dan kecemerlangan beliau dalam menamatkan pengajian mengikut tempoh yang ditetapkan.

Pencapaian ini bukan sekadar kejayaan akademik, malah mencerminkan ketekunan, semangat keilmuan dan kesungguhan luar biasa dalam meneroka serta menyumbang kepada bidang teori dan sejarah senibina.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga akademik untuk terus melakar kecemerlangan, memperkasa ilmu pengetahuan serta menghasilkan sumbangan bermakna kepada bidang pendidikan dan profesion senibina.

Satu kejayaan yang membanggakan, satu inspirasi yang menginspirasi!

Tahniah Dr. Nor Suraya Aini! Semoga terus cemerlang dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

🌟 POLISAS – Melakar Kecemerlangan, Menginspirasikan Masa Hadapan. 🌟

📍𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐈𝐋𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐋𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 (𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌𝐌𝐄 𝐒𝐄𝐋𝐅-𝐑𝐄𝐕𝐈𝐄𝐖 – 𝐏𝐒𝐑) 𝐃𝐈𝐏𝐋𝐎𝐌𝐀 𝐆𝐄𝐎𝐌𝐀𝐓𝐈𝐊, 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒𝐀𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔📅 𝟐𝟗 – 𝟑𝟎 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔📌 𝐉𝐚...
30/10/2026

📍𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐈𝐋𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐋𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 (𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌𝐌𝐄 𝐒𝐄𝐋𝐅-𝐑𝐄𝐕𝐈𝐄𝐖 – 𝐏𝐒𝐑) 𝐃𝐈𝐏𝐋𝐎𝐌𝐀 𝐆𝐄𝐎𝐌𝐀𝐓𝐈𝐊, 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒𝐀𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔

📅 𝟐𝟗 – 𝟑𝟎 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔
📌 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐣𝐮𝐫𝐮𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐀𝐰𝐚𝐦, 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐭𝐞𝐤𝐧𝐢𝐤 𝐒𝐮𝐥𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐀𝐡𝐦𝐚𝐝 𝐒𝐡𝐚𝐡, 𝐊𝐮𝐚𝐧𝐭𝐚𝐧

Program Diploma Geomatik (DGU), Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) telah melaksanakan sesi Penilaian Semula Program (Programme Self-Review – PSR) sebagai sebahagian daripada usaha berterusan ke arah pemantapan kualiti akademik dan pembaharuan akreditasi program oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Pelaksanaan PSR ini menjadi platform penting dalam menilai keberkesanan pelaksanaan kurikulum, pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran, pengurusan program serta amalan penambahbaikan kualiti berterusan (Continuous Quality Improvement – CQI) selaras dengan keperluan standard jaminan kualiti pendidikan tinggi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada *panel penilai luar, 𝐒𝐫. 𝐃𝐫. 𝐎𝐭𝐡𝐦𝐚𝐧 𝐛𝐢𝐧 𝐙𝐚𝐢𝐧𝐨𝐧 dari 𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗧𝗲𝗸𝗻𝗼𝗹𝗼𝗴𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 (𝗨𝗧𝗠) atas kesudian berkongsi kepakaran, memberikan pandangan profesional serta cadangan penambahbaikan yang konstruktif demi memperkukuh kecemerlangan Program Diploma Geomatik POLISAS.

Sekalung penghargaan juga kepada pihak pengurusan POLISAS, Jabatan Kejuruteraan Awam, seluruh warga kerja program Geomatik khasnya dan seluruh warga Jabatan Kejuruteraan Awam serta semua pihak yang telah memberikan komitmen, kerjasama dan sokongan dalam menjayakan pelaksanaan PSR ini.

✨ 𝑲𝒐𝒎𝒊𝒕𝒎𝒆𝒏 𝒕𝒆𝒓𝒉𝒂𝒅𝒂𝒑 𝒌𝒖𝒂𝒍𝒊𝒕𝒊 𝒃𝒖𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒌𝒂𝒅𝒂𝒓 𝒎𝒆𝒎𝒆𝒏𝒖𝒉𝒊 𝒌𝒆𝒑𝒆𝒓𝒍𝒖𝒂𝒏 𝒂𝒌𝒓𝒆𝒅𝒊𝒕𝒂𝒔𝒊, 𝒕𝒆𝒕𝒂𝒑𝒊 𝒎𝒆𝒓𝒖𝒑𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒕𝒂𝒏𝒈𝒈𝒖𝒏𝒈𝒋𝒂𝒘𝒂𝒃 𝒃𝒆𝒓𝒕𝒆𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒍𝒂𝒎 𝒎𝒆𝒍𝒂𝒉𝒊𝒓𝒌𝒂𝒏 𝒈𝒓𝒂𝒅𝒖𝒂𝒏 𝒈𝒆𝒐𝒎𝒂𝒕𝒊𝒌 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒌𝒐𝒎𝒑𝒆𝒕𝒆𝒏, 𝒑𝒓𝒐𝒇𝒆𝒔𝒊𝒐𝒏𝒂𝒍 𝒅𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒅𝒂𝒚𝒂 𝒔𝒂𝒊𝒏𝒈 𝒔𝒆𝒊𝒓𝒊𝒏𝒈 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒑𝒆𝒓𝒌𝒆𝒎𝒃𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒕𝒆𝒌𝒏𝒐𝒍𝒐𝒈𝒊 𝒔𝒆𝒓𝒕𝒂 𝒌𝒆𝒑𝒆𝒓𝒍𝒖𝒂𝒏 𝒊𝒏𝒅𝒖𝒔𝒕𝒓𝒊.

𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖 𝙈𝙚𝙢𝙥𝙚𝙧𝙠𝙖𝙨𝙖 𝙆𝙪𝙖𝙡𝙞𝙩𝙞, 𝙈𝙚𝙢𝙖𝙘𝙪 𝙆𝙚𝙘𝙚𝙢𝙚𝙧𝙡𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙂𝙚𝙤𝙢𝙖𝙩𝙞𝙠.



📐 𝐅𝐈𝐍𝐀𝐋 𝐏𝐎𝐑𝐓𝐅𝐎𝐋𝐈𝐎 𝐃𝐈𝐏𝐋𝐎𝐌𝐀 𝐒𝐄𝐍𝐈𝐁𝐈𝐍𝐀 | 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟏 𝟐𝟎𝟐𝟔/𝟐𝟎𝟐𝟕Sesi Final Portfolio Diploma Senibina telah berlangsung pada 26 hin...
30/10/2026

📐 𝐅𝐈𝐍𝐀𝐋 𝐏𝐎𝐑𝐓𝐅𝐎𝐋𝐈𝐎 𝐃𝐈𝐏𝐋𝐎𝐌𝐀 𝐒𝐄𝐍𝐈𝐁𝐈𝐍𝐀 | 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟏 𝟐𝟎𝟐𝟔/𝟐𝟎𝟐𝟕

Sesi Final Portfolio Diploma Senibina telah berlangsung pada 26 hingga 29 Oktober 2026, melibatkan pembentangan hasil kerja pelajar daripada pelbagai kursus Design dan Teknikal sepanjang semester.

Antara projek dan hasil kerja yang dipersembahkan sepanjang sesi ini ialah:

𝐃𝐞𝐬𝐢𝐠𝐧 𝐒𝐭𝐮𝐝𝐢𝐨 𝟏 – 𝐀𝐫𝐭 & 𝐒𝐜𝐮𝐥𝐩𝐭𝐮𝐫𝐞
Mengaplikasikan konsep Abstract Art dalam penghasilan arca tiga dimensi 3D melalui penerokaan bentuk, prinsip rekabentuk, komposisi dan ekspresi kreatif.

𝐃𝐞𝐬𝐢𝐠𝐧 𝐒𝐭𝐮𝐝𝐢𝐨 𝟐 – 𝐑𝐞𝐭𝐫𝐞𝐚𝐭 𝐇𝐨𝐮𝐬𝐞 𝐒𝐢𝐧𝐠𝐥𝐞 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐞𝐲
Memberi penekanan kepada asas reka bentuk seni bina, penyusunan ruang dan hubungan antara pengguna dengan persekitaran.

𝐃𝐞𝐬𝐢𝐠𝐧 𝐒𝐭𝐮𝐝𝐢𝐨 𝟑 – 𝐑𝐞𝐭𝐫𝐞𝐚𝐭 𝐇𝐨𝐮𝐬𝐞 𝐃𝐨𝐮𝐛𝐥𝐞 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐞𝐲: 𝐋𝐢𝐯𝐢𝐧𝐠 𝐰𝐢𝐭𝐡 𝐍𝐚𝐭𝐮𝐫𝐞
Meneroka pendekatan reka bentuk yang mengutamakan hubungan antara seni bina, alam semula jadi dan kesejahteraan pengguna.

𝐃𝐞𝐬𝐢𝐠𝐧 𝐒𝐭𝐮𝐝𝐢𝐨 𝟒 – 𝐔𝐫𝐛𝐚𝐧 𝐅𝐚𝐫𝐦𝐢𝐧𝐠 𝐇𝐮𝐛
Meneroka idea reka bentuk bangunan komersial yang menggabungkan aktiviti pertanian bandar dengan persekitaran binaan serta keperluan komuniti.

𝐃𝐞𝐬𝐢𝐠𝐧 𝐒𝐭𝐮𝐝𝐢𝐨 𝟓 – 𝐇𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚𝐠𝐞 𝐂𝐨𝐦𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐲 𝐂𝐞𝐧𝐭𝐫𝐞
Meneroka cadangan reka bentuk bangunan komersial yang mengangkat nilai warisan serta peranan seni bina sebagai ruang interaksi dan aktiviti komuniti.

𝐖𝐨𝐫𝐤𝐢𝐧𝐠 𝐃𝐫𝐚𝐰𝐢𝐧𝐠 𝟏 & 𝟐
Memperlihatkan keupayaan pelajar menterjemahkan idea reka bentuk kepada lukisan teknikal seni bina dengan mengambil kira aspek perincian, skala dan komponen pembinaan.

𝐀𝐫𝐜𝐡𝐢𝐭𝐞𝐜𝐭𝐮𝐫𝐞 𝐃𝐫𝐚𝐟𝐭𝐢𝐧𝐠
Memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran asas teknikal dalam penghasilan lukisan seni bina, termasuk ketepatan garisan, skala, dimensi dan teknik persembahan.

👏 Tahniah dan syabas kepada semua pelajar Diploma Senibina atas usaha, kreativiti dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang proses penghasilan portfolio dan sesi pembentangan.

Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada seluruh barisan pensyarah yang telah memberikan bimbingan, tunjuk ajar serta maklum balas dalam membantu perkembangan ilmu dan kemahiran pelajar.

Semoga segala pengalaman yang diperoleh menjadi asas kepada pembentukan graduan seni bina yang kreatif, kompeten dan berdaya saing.

Terus berkarya, terus berinovasi, terus mencipta ruang yang bermakna.

Ikhlas daripada,
Jabatan Kejuruteraan Awam
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)

🎉 𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 𝗔𝗧𝗔𝗦 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗡𝗧𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗚𝗔𝗜 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗗𝗜𝗣𝗟𝗢𝗠𝗔 𝗞𝗘𝗝𝗨𝗥𝗨𝗧𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡 𝗔𝗪𝗔𝗠 (𝗞𝗣𝗥𝗼 𝗗𝗞𝗔) 🎉Seluruh warga *𝗝𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗷𝘂𝗿𝘂𝘁𝗲𝗿𝗮𝗮...
29/10/2026

🎉 𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 𝗔𝗧𝗔𝗦 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗡𝗧𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗚𝗔𝗜 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗗𝗜𝗣𝗟𝗢𝗠𝗔 𝗞𝗘𝗝𝗨𝗥𝗨𝗧𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡 𝗔𝗪𝗔𝗠 (𝗞𝗣𝗥𝗼 𝗗𝗞𝗔) 🎉

Seluruh warga *𝗝𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗷𝘂𝗿𝘂𝘁𝗲𝗿𝗮𝗮𝗻 𝗔𝘄𝗮𝗺 (𝗝𝗞𝗔), 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦𝗔𝗦 merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada 𝗣𝘂𝗮𝗻 𝗡𝗼𝗿𝗮𝘇𝗹𝗶𝘇𝗮 𝗯𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗠𝗼𝗵𝗮𝗺𝗲𝗱 𝗦𝗮𝗹𝗹𝗲𝗵 atas pelantikan sebagai 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗗𝗶𝗽𝗹𝗼𝗺𝗮 𝗞𝗲𝗷𝘂𝗿𝘂𝘁𝗲𝗿𝗮𝗮𝗻 𝗔𝘄𝗮𝗺 (𝗞𝗣𝗥𝗼 𝗗𝗞𝗔), 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦𝗔𝗦.

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan yang berterusan dalam memimpin program, memperkukuh kualiti akademik serta melahirkan graduan yang kompeten dan berdaya saing.

Selamat menjalankan tugas dan semoga Puan Norazliza terus diberikan kekuatan, kebijaksanaan serta dipermudahkan segala urusan dalam menggalas amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

🌟 𝗧𝗮𝗵𝗻𝗶𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗺𝗮𝗷𝘂 𝗷𝗮𝘆𝗮! Semoga Program Diploma Kejuruteraan Awam terus melakar kejayaan dan kecemerlangan di bawah kepimpinan puan.

Ikhlas daripada,
𝗦𝗲𝗹𝘂𝗿𝘂𝗵 𝗪𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗝𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗷𝘂𝗿𝘂𝘁𝗲𝗿𝗮𝗮𝗻 𝗔𝘄𝗮𝗺
𝗣𝗼𝗹𝗶𝘁𝗲𝗸𝗻𝗶𝗸 𝗦𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱 𝗦𝗵𝗮𝗵 (𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦𝗔𝗦)

JOHAN PERTANDINGAN VIDEO PENDEK KARNIVAL KESIHATAN HOSPITAL TAPAH 2026Tahniah buat Puan Syaizura Hani binti Abd Samat, p...
24/10/2026

JOHAN PERTANDINGAN VIDEO PENDEK KARNIVAL KESIHATAN HOSPITAL TAPAH 2026

Tahniah buat Puan Syaizura Hani binti Abd Samat, pensyarah Program Diploma Senibina, Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah; Di atas kejayaan merangkul JOHAN Pertandingan Video Pendek Karnival Kesihatan Hospital Tapah 2026 menerusi karya video pendek AI yang bertajuk “Koleksi Kusut (Threads Of Chaos)” dengan hadiah wang tunai RM150.

Sesi penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Dr. Ahmad Zoolhelmi bin Alias, Penolong Rektor UiTM Cawangan Perak, Kampus Tapah dan Dr. Wan Immi binti Salim, Pengarah Hospital Tapah sempena Karnival Kesihatan Hospital Tapah 2026 yang berlangsung secara kolaborasi bersama Hospital Tapah bertempat di Zeta Fasa 1, UiTM Kampus Tapah.

Satu penghargaan yang cukup bermakna dalam perjalanan meneroka kreativiti digital dan penceritaan visual menggunakan AI. Setiap idea ada ceritanya, setiap karya ada seninya!

Klik link dibawah untuk tonton video penuh di Youtube:

https://youtu.be/cvms-XF0cWU?si=HXAjxRAhWgWjb4Og






🏆 𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛! 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗗𝗜𝗣𝗟𝗢𝗠𝗔 𝗦𝗘𝗡𝗜 𝗕𝗜𝗡𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦𝗔𝗦 𝗥𝗔𝗜𝗛 𝗣𝗔𝗠 𝗕𝗘𝗦𝗧 𝗦𝗧𝗨𝗗𝗘𝗡𝗧 𝗔𝗪𝗔𝗥𝗗 𝟮𝟬𝟮𝟲Setinggi-tinggi tahniah kepada 𝗠𝗨𝗛𝗔𝗠𝗠𝗔𝗗 𝗛𝗔𝗜...
21/10/2026

🏆 𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛! 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗗𝗜𝗣𝗟𝗢𝗠𝗔 𝗦𝗘𝗡𝗜 𝗕𝗜𝗡𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦𝗔𝗦 𝗥𝗔𝗜𝗛 𝗣𝗔𝗠 𝗕𝗘𝗦𝗧 𝗦𝗧𝗨𝗗𝗘𝗡𝗧 𝗔𝗪𝗔𝗥𝗗 𝟮𝟬𝟮𝟲

Setinggi-tinggi tahniah kepada 𝗠𝗨𝗛𝗔𝗠𝗠𝗔𝗗 𝗛𝗔𝗜𝗞𝗔𝗟 𝗥𝗔𝗠𝗗𝗔𝗡 𝗕𝗜𝗡 𝗦𝗜𝗛𝗜𝗧𝗔𝗠 𝗦𝗔𝗔𝗗, pelajar Diploma Seni Bina, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), atas kejayaan menerima 𝗣𝗔𝗠 𝗕𝗘𝗦𝗧 𝗦𝗧𝗨𝗗𝗘𝗡𝗧 𝗔𝗪𝗔𝗥𝗗 𝟮𝟬𝟮𝟲 (𝗗𝗜𝗣𝗟𝗢𝗠𝗔) sempena PAM Annual Architectural Studio Works Exhibition (PAASWE20).

Anugerah yang dianugerahkan oleh 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗨𝗕𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗔𝗥𝗞𝗜𝗧𝗘𝗞 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 (𝗣𝗔𝗠) ini merupakan satu pengiktirafan bermakna terhadap pencapaian dan potensi beliau dalam bidang seni bina, sekali gus menjadi kebanggaan Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), khususnya Program Diploma Seni Bina POLISAS.

Kejayaan ini membuktikan potensi bakat muda daripada pendidikan TVET untuk diketengahkan dalam bidang seni bina, hasil usaha pelajar, bimbingan pensyarah dan ekosistem pembelajaran yang menyokong kecemerlangan.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga pelajar untuk terus berkarya, berinovasi dan mengharumkan nama POLISAS di persada seni bina negara.

👏 𝗧𝗮𝗵𝗻𝗶𝗮𝗵, 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝗛𝗮𝗶𝗸𝗮𝗹 𝗥𝗮𝗺𝗱𝗮𝗻!

𝗝𝗞𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦𝗔𝗦
"Melahirkan bakat, membina kecemerlangan."

🏮🏆 DSB POLISAS RAIH KEJAYAAN DI PERTANDINGAN TANGLUNG PESTA TANGLUNG NEGERI PAHANG 2026!Tahniah dan syabas kepada warga ...
20/10/2026

🏮🏆 DSB POLISAS RAIH KEJAYAAN DI PERTANDINGAN TANGLUNG PESTA TANGLUNG NEGERI PAHANG 2026!

Tahniah dan syabas kepada warga Program Diploma Senibina, Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), POLISAS atas penglibatan dan kejayaan dalam Pertandingan Tanglung Pesta Tanglung Negeri Pahang Tahun 2026 yang berlangsung pada 18 Oktober 2026 (Ahad)** di Kuantan Parade Shopping Complex.

Penyertaan ini melibatkan seramai 30 orang pelajar Semester 2, 3 dan 4, bersama 5 orang pensyarah pengiring, yang mewakili POLISAS dalam pertandingan anjuran Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)** dengan kerjasama Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Pahang.

🏆 Tahniah kepada para pemenang daripada kategori Pelajar POLISAS!

🥇 Tempat Pertama
- Siti Khadijah bt Muhammad
- Nurul Fazureen bt Abdul Rafik

🥈 Tempat Kedua
- Chong Jin Gwen
- Nur Arfa Syakirah binti Supian

🥉 Tempat Ketiga
- Nadia Farhana binti Dhi'auddin
- Maizatul Fasha Farhah binti Rosley

Syabas atas pencapaian yang membanggakan! Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada para pelajar untuk terus mengembangkan kreativiti, bakat dan potensi diri melalui penglibatan dalam aktiviti seni, budaya dan pertandingan.

Setinggi-tinggi penghargaan turut diberikan kepada Ar. Amalina Lily Khoo atas jalinan kerjasama dan peluang yang membuka ruang kepada DSB POLISAS untuk terus terlibat dalam aktiviti serta program berasaskan komuniti dan kebudayaan.

Tidak dilupakan, ucapan terima kasih kepada barisan pensyarah pengiring, En. Mohd Ghazali bin Harun, Dr. Julia binti Md. Tukiran, Dr. Nor Suraya Aini binti Ngah, Pn. Nor Akmal binti Mohamad dan Pn. Wan Nurul Hasinah binti Wan Kamarudin, atas komitmen dan bimbingan yang diberikan kepada para pelajar.

🏮 Berbeza budaya, bersatu jiwa. Kreativiti diraikan, kecemerlangan dibanggakan!

*Ikhlas daripada*
**Jabatan Kejuruteraan Awam**
**Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)**

📸 THROWBACK | 37TH ARCHITECTURAL WORKSHOP 2026: MULA SEMULA 🏆Empat hari yang penuh dengan kreativiti, cabaran, kolaboras...
16/10/2026

📸 THROWBACK | 37TH ARCHITECTURAL WORKSHOP 2026: MULA SEMULA 🏆

Empat hari yang penuh dengan kreativiti, cabaran, kolaborasi dan kenangan! ✨

Imbas kembali penyertaan dalam *37th Architectural Workshop 2026: Mula Semula* di UiTM Puncak Alam, yang menghimpunkan pelajar seni bina daripada pelbagai institusi dalam pelbagai aktiviti dan pertandingan yang menguji kreativiti, kemahiran, pemikiran kritis serta semangat berpasukan.

Lebih membanggakan, penyertaan kali ini turut menyaksikan kejayaan meraih *JUARA dalam dua kategori pertandingan*, iaitu:

🏆 *MULA CERITA — Video Competition*
Menerusi karya video *“Yang Tinggal”*, yang mengangkat persoalan tentang warisan, budaya dan identiti seni bina Malaysia, khususnya Rumah Melayu Tradisional. Click link down below to watch full video:

https://youtu.be/GZ1d_2kfCzo?si=pv9gJaB5I3GpUWqJ

🏆 *MODUL*
Satu lagi pencapaian membanggakan yang membuktikan keupayaan pelajar untuk berkarya, berinovasi dan bersaing dalam bidang yang berbeza.

💡 *REFLEKSI | BAKAT DI SEBALIK ILMU SENIBINA*

Pengalaman ini membuka perspektif bahawa pembelajaran seni bina bukan hanya tertumpu kepada reka bentuk, lukisan teknikal dan kefahaman ruang. Pelajar seni bina turut memiliki bakat dalam pelbagai cabang seni yang wajar diteroka dan diketengahkan, sama ada melalui video, penghasilan karya, persembahan visual mahupun medium kreatif yang lain.

Setiap pertandingan menjadi ruang untuk pelajar mengenali potensi diri, mencuba sesuatu yang baharu dan membuktikan bahawa ilmu serta pemikiran seni bina boleh diterjemahkan dalam pelbagai bentuk kreativiti.

🤝 *CABARAN | MEMBINA PASUKAN, MEMBINA KEJAYAAN*

Di sebalik setiap pencapaian, terdapat proses yang memerlukan masa, komitmen dan usaha yang tinggi. Membina sebuah pasukan bukan sekadar menghimpunkan individu yang berbakat, tetapi memerlukan keserasian, komunikasi, kepercayaan dan kesanggupan untuk bergerak ke arah matlamat yang sama.

Perbezaan idea, pembahagian tugas dan proses menghasilkan sesuatu karya memerlukan kerjasama serta kesabaran. Kejayaan yang dikecapi akhirnya bukan hanya tentang kemenangan, tetapi juga tentang proses membina pasukan, mengatasi cabaran dan belajar untuk berkembang bersama.

🏆 *MULA SEMULA | LEBIH DARIPADA SEBUAH KEMENANGAN*

Setiap pengalaman membawa pengajaran. Setiap cabaran membentuk kekuatan. Setiap pertandingan membuka ruang untuk bakat terus berkembang.

Semoga pengalaman ini menjadi pemangkin kepada pelajar untuk terus berani mencuba, meneroka potensi dan membuktikan bahawa bakat anak seni bina tidak terbatas kepada bidang yang dipelajari semata-mata.

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat! Terus berkarya, terus berkolaborasi dan terus melangkah ke hadapan. 👏🏻🇲🇾

*Kerana di sebalik setiap kejayaan, ada bakat yang diasah, pasukan yang dibina dan perjalanan yang membentuk kita.*

🏆✨ TAHNIAH ATAS PENCAPAIAN DI i-SINERGIE 2026!Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pensyarah Jabatan Kejuruteraan Aw...
15/10/2026

🏆✨ TAHNIAH ATAS PENCAPAIAN DI i-SINERGIE 2026!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pensyarah Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), POLISAS, Dr. Nor Suraya Aini Ngah dan Ts. Hajah Azharina Azman serta Dr. Tengku Azman Tengku Mohd (JKE) atas kejayaan meraih Anugerah Emas (Gold Award) dalam International Sustainable Innovation & Engineering Technology Competition (i-SINERGIE) 2026 menerusi projek inovasi:

🚢 “PerahuX: Revolutionizing Traditional Maritime Knowledge through Digitalization”

Kejayaan ini merupakan hasil usahasama penyelidikan bersama Dr. Nor Syamaliah Ngah dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Seremban, Malaysia.

Projek PerahuX mengetengahkan usaha mendokumentasikan dan memelihara ilmu warisan pembuatan perahu tradisional Melayu melalui pendigitalan, sekali gus memastikan khazanah ilmu dan kemahiran pertukangan warisan terus terpelihara untuk generasi akan datang.

Pencapaian ini membuktikan bahawa gabungan ilmu, teknologi dan warisan mampu menghasilkan inovasi yang bermakna, di samping menyokong kelestarian serta memperkukuh identiti maritim negara.

🌟 Syabas dan tahniah kepada seluruh pasukan penyelidik atas kejayaan yang membanggakan ini. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak penyelidikan, inovasi dan kolaborasi berimpak tinggi pada masa hadapan.

JKA bangga dengan kecemerlangan anda! 👏

Ikhlas daripada
Jabatan Kejuruteraan Awam
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)

Address

Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah
Kuantan
25350

Opening Hours

Monday 07:30 - 18:00
Tuesday 07:30 - 18:00
Wednesday 07:30 - 18:00
Thursday 07:30 - 18:00
Friday 07:30 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kejuruteraan Awam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby government services