Pusat Khidmat DUN Pulai Chondong

Call Website Contact the organization

Pusat Khidmat DUN Pulai Chondong Ustaz Azhar Salleh | ADUN Pulai Chondong

Ore tua kata, nok geroh tok belah mana. Kata bidalan tersebut perlu diambil perhatian dan keno ingat sokmo bagi setiap i...
10/11/2026

Ore tua kata, nok geroh tok belah mana. Kata bidalan tersebut perlu diambil perhatian dan keno ingat sokmo bagi setiap insan yang nak laksanakan apa jua pekerjaan.

Abe Mat Yie mengalami retak pada tulang kakinya akibat terjatuh dari tangga semasa hendak turun setelah selesai melalukan kerja pembaikian bumbung garaj rumahnya.

YB Ustaz ziarah Abe Mat di rumahnya. Semoga lekas sembuh. Amiin.

"Pulai Chondong Sejahtera Untuk Semua"




Allahu Akhbar, dalam perjalanan untuk pergi bekerja seorang anak muda telah dijemput ilahi. Elok waktunya, seusai solat ...
10/11/2026

Allahu Akhbar, dalam perjalanan untuk pergi bekerja seorang anak muda telah dijemput ilahi. Elok waktunya, seusai solat Jumaat.

Arwah Adik Aidil terbabit kemalangan di Pulai Chondong dengan sebuah kereta mengakibatkan arwah meninggal ditempat kejadian. Semoga Allah merahmati dan mengampuni arwah

Takziah buat seluruh keluarga. Semoga Allah kurniakan pahala yang banyak atas ujian ini. Amiin.

YB Ustaz ziarah kematian arwah bersama ibu bapa dikediamannya.

"Pulai Chondong Sejahtera Untuk Semua"




Innalillah, takziah buat seluruh keluarga Arwah Jen Endoro
10/11/2026

Innalillah, takziah buat seluruh keluarga Arwah Jen Endoro

Setelah dimaklumkan oleh anak mukim, Penghulu Amran, Mukim Banggol Pak Awang terus ambil maklum dan tindakan untuk Mak Y...
09/11/2026

Setelah dimaklumkan oleh anak mukim, Penghulu Amran, Mukim Banggol Pak Awang terus ambil maklum dan tindakan untuk Mak Yam yang memerlukan katil sakit untuk kegunaannya.

Semoga Mak Yam dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesihatan yang baik.

"Pulai Chondong Sejahtera Untuk Semua"




TAHNIAH DAN SELAMAT MAJU JAYA PULAI CHONDONG FC (PCFC) BAGI SAINGAN PIALA MB KELANTAN 2026! 🏆Setinggi-tinggi tahniah dan...
05/11/2026

TAHNIAH DAN SELAMAT MAJU JAYA PULAI CHONDONG FC (PCFC) BAGI SAINGAN PIALA MB KELANTAN 2026! 🏆

Setinggi-tinggi tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada pasukan Pulai Chondong FC (PCFC) yang bakal membuka tirai saingan Piala MB Kelantan 2026 dengan perlawanan pertama menentang pasukan Bunut Payung FC.

Dalam majlis pelancaran pasukan PCFC, YB Ustaz Ha merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak penaja atas sokongan, dorongan serta komitmen yang diberikan dalam memastikan pasukan PCFC dapat menyertai kejohanan berprestij ini.

Dalam ucapannya, YB Ustaz Ha turut menzahirkan harapan agar pasukan PCFC mampu memberikan saingan terbaik dan berjaya melangkah sehingga ke perlawanan akhir Piala MB Kelantan 2026.

“Kita mahu menang dalam setiap perlawanan. Namun, sekiranya tewas, biarlah kekalahan itu penuh bermaruah setelah memberikan perjuangan yang terbaik.”

YB Ustaz Ha turut menitipkan beberapa pesanan penting kepada seluruh pemain PCFC. Beliau menegaskan bahawa kewajipan menunaikan solat hendaklah sentiasa diutamakan walaupun sibuk dengan aktiviti sukan. Jangan sesekali mengabaikan solat kerana kejayaan sebenar bukan sahaja diukur melalui kemenangan di padang, tetapi juga melalui ketaatan kepada Allah SWT.

Selain itu, beliau turut mengingatkan setiap pemain agar bermain dengan penuh kesungguhan, disiplin dan semangat berpasukan. Setiap pemain perlu saling bekerjasama, bersatu hati dan memberikan komitmen sepenuhnya demi mencapai kemenangan bersama.

Beliau juga menyeru para pemain supaya menghargai segala kemudahan dan sumbangan yang disediakan oleh pihak penaja dengan mempamerkan aksi terbaik serta semangat juang yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung.

Akhir kata, semoga Pulai Chondong FC (PCFC) terus melakar kejayaan, memberikan saingan yang membanggakan dan seterusnya berjaya menjulang Piala MB Kelantan 2026.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih sekali lagi diucapkan kepada semua penaja serta pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memberikan sokongan kepada pasukan PCFC.

Ayuh PCFC! Berjuang dengan semangat, bermain sebagai satu pasukan dan cipta kejayaan bersama!

"Pulai Chondong Sejahtera Untuk Semua"








Sesi soal jawab hari pertama memfokuskan kepentingan rakyat. Ini merangkumi perlindungan 526,083.08 hektar Tanah Rizab M...
04/11/2026

Sesi soal jawab hari pertama memfokuskan kepentingan rakyat.

Ini merangkumi perlindungan 526,083.08 hektar Tanah Rizab Melayu, ketegasan membanteras perlombongan haram, pembiayaan usahawan kecil sehingga RM10,000, inisiatif belia tani serta kemajuan projek infrastruktur LTU.







Usia muda tidak bermakna ajal kita masih lagi jauh, Saudara Bob atau namanya sebenarnya Azharudin telah kembali ke rahma...
02/11/2026

Usia muda tidak bermakna ajal kita masih lagi jauh, Saudara Bob atau namanya sebenarnya Azharudin telah kembali ke rahmatullah seusia awal 40an akibat komplikasi darah tinggi.

YB Ustaz Ha merakamkan takziah buat keluarga arwah, YB Ustaz hadir ziarah kematiah bersama keluarga arwah di Kg Kubang Belut.

Al-Fatihah buat arwah.

"Pulai Chondong Sejahtera Untuk Semua"




02/11/2026

Address

Pusat Khidmat DUN Pulai Chondong, Masjid Markaz Pangkal Gong, Pulai Chondong
Machang
16600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Khidmat DUN Pulai Chondong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Khidmat DUN Pulai Chondong:

Shortcuts

Share

Nearby government services