Pejabat Tanah Daerah Pontian

Call Directions Website Contact the organization

Pejabat Tanah Daerah Pontian Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Tanah Daerah Pontian, Government Organization, Aras Bawah Bangunan Sultan Ismail, Pontian.

08/11/2026
📢 URUSAN TANAH KINI DI HUJUNG JARI ANDA! 💙💛🌐 iTanah Johor – Mudah, Cepat dan Dalam Talian!Pentadbiran Tanah Negeri Johor...
06/11/2026

📢 URUSAN TANAH KINI DI HUJUNG JARI ANDA! 💙💛

🌐 iTanah Johor – Mudah, Cepat dan Dalam Talian!

Pentadbiran Tanah Negeri Johor menggalakkan orang ramai memanfaatkan platform iTanah Johor bagi memudahkan urusan berkaitan tanah secara dalam talian tanpa perlu hadir ke kaunter bagi urusan yang tersedia melalui sistem ini.

✨ Antara kemudahan yang disediakan:
✅ Pembelian Carian Persendirian Hakmilik Tanah
✅ Pembelian Carian Rasmi Hakmilik Tanah
✅ Semakan status permohonan urusan tanah
✅ Pembayaran secara dalam talian
✅ Muat turun dokumen carian persendirian
✅ permohonan melonggarkan sekatan kepentingan(e-consent) secara dalam talian

📱 Dengan iTanah Johor, urusan tanah anda menjadi lebih mudah, pantas dan efisien, di mana sahaja anda berada!

🔗 Layari portal rasmi iTanah Johor:
🌐 https://itanah.johor.gov.my/

💡 iTanah Johor – Transformasi Digital Perkhidmatan Tanah Negeri Johor.

Ayuh, manfaatkan kemudahan digital yang disediakan demi perkhidmatan yang lebih cekap dan mesra pelanggan!



21.10.2026 | RabuMAJLIS SANJUNGAN BUDI TAUTAN KASIH MANTAN PENTADBIR TANAH PONTIANEncik Sulaiman bin Ismail“Jasa Dikenan...
22/10/2026

21.10.2026 | Rabu

MAJLIS SANJUNGAN BUDI TAUTAN KASIH MANTAN PENTADBIR TANAH PONTIAN

Encik Sulaiman bin Ismail

“Jasa Dikenang, Bakti Disanjung”

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada Encik Sulaiman bin Ismail, mantan Pentadbir Tanah Pontian, atas segala jasa, khidmat bakti, kepimpinan dan komitmen yang telah dicurahkan sepanjang menerajui Pejabat Tanah Daerah Pontian.

Majlis Sanjungan Budi Tautan Kasih yang berlangsung pada 21 Oktober 2026 ini menjadi tanda penghargaan atas segala sumbangan dan pengorbanan beliau dalam memimpin organisasi, membimbing warga kerja serta memastikan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat sentiasa berada pada tahap terbaik.

Segala tunjuk ajar, nasihat dan kenangan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau akan terus terpahat dalam ingatan seluruh warga kerja Pejabat Tanah Daerah Pontian. Sesungguhnya, jasa yang dicurahkan bukan sekadar dikenang, malah menjadi inspirasi untuk terus berkhidmat dengan penuh integriti, dedikasi dan tanggungjawab.

Semoga Encik Sulaiman bin Ismail sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan beroleh kebahagiaan serta keberkatan dalam setiap langkah kehidupan.

Budi disemai, jasa dikenang, kasih terjalin sepanjang zaman.

Ikhlas daripada Pentadbir Tanah Pontian serta seluruh warga kerja Pejabat Tanah Daerah Pontian.




PEMAKLUMAN
21/10/2026

PEMAKLUMAN

18/10/2026

– Menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang menitikberatkan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan Bangsa Johor, Kerajaan Negeri memutuskan untuk melanjutkan penutupan institusi pendidikan di seluruh Johor selama lima hari lagi, bermul...

12/10/2026

  – Kerajaan Johor kini mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) bagi memperkukuh penyelarasan tindakan antara agensi dalam menghadapi situasi jerebu yang melanda negeri ini, dengan keselamatan dan kesihatan murid serta seluruh Bangsa Johor terus menjadi keutamaa...

12/10/2026

  – Kerajaan Johor akan menggerakkan pelaksanaan solat hajat di semua masjid dan surau di seluruh negeri ini bermula 12 Oktober 2026 sehingga keadaan jerebu kembali pulih, susulan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) yang kini berada pada tahap tidak sihat dan membimbangkan.   Sola...

12/10/2026
12/10/2026

JOHOR LANJUT PENUTUPAN SEKOLAH DAN INSTITUSI PENDIDIKAN HINGGA 16 OKTOBER INI

– Semua sekolah dan institusi pendidikan di seluruh Negeri Johor akan terus ditutup selama lima hari, bermula 12 hingga 16 Oktober ini, susulan keadaan jerebu serta kemerosotan kualiti udara bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid serta warga pendidikan terus terpelihara.

Keputusan Kerajaan Negeri ini dibuat dengan menjunjung titah DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, yang sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan Bangsa Johor, khususnya murid serta warga pendidikan.

Pelanjutan penutupan berkenaan mengambil kira jangkaan pergerakan angin terkini dari Kalimantan, Indonesia, pada 13 hingga 15 Oktober ini, risiko peningkatan kepekatan partikel halus serta keadaan atmosfera yang boleh menyebabkan jerebu berlarutan.

Selain itu, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dilaporkan berada pada sekitar 170 hingga 180 tanpa perubahan ketara turut menunjukkan bahawa kualiti udara masih berada pada tahap tidak sihat dan memerlukan pemantauan berterusan.

Sepanjang tempoh penutupan sekolah dan institusi pendidikan ini, kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan diteruskan mengikut kesesuaian, manakala pentaksiran dan penilaian akademik di sekolah terlibat akan ditangguhkan serta dijadualkan semula mengikut ketetapan Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan pihak berkuasa pendidikan berkaitan.

Kerajaan Negeri bersama agensi berkaitan akan terus memantau perkembangan bacaan IPU bagi menentukan tindakan selanjutnya berdasarkan keadaan kualiti udara serta penilaian keselamatan dan kesihatan semasa.

Ibu bapa dan penjaga turut dinasihatkan supaya mengehadkan aktiviti luar anak-anak, memastikan pengambilan air yang mencukupi serta mendapatkan pemeriksaan dan rawatan sekiranya mereka mengalami gejala kesihatan seperti batuk berpanjangan, sakit tekak atau kesukaran bernafas.

Terdahulu, YB Dr. Muhammad Naqib bin Md Ghazali (Dr. Naqib Ghazali), Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, mengumumkan pelanjutan penutupan semua sekolah dan institusi pendidikan di seluruh Johor selama lima hari susulan kemerosotan kualiti udara menerusi kenyataan media hari ini.







Address

Aras Bawah Bangunan Sultan Ismail
Pontian
82000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6076871525

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Tanah Daerah Pontian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Tanah Daerah Pontian:

Shortcuts

Share

Nearby government services