30/10/2026
โ๐๐๐๐๐๐๐โ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐!
๐๐๐๐๐๐, ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ โ Bukan sekali, bukan dua kali, tetapi tiga kali! Gelagat seorang individu yang dilaporkan berpura-pura pengsan sebanyak tiga kali menjadi antara insiden luar jangka ketika anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Perlis (JIM Perlis) melaksanakan OPS SAPU di sebuah premis kediaman sekitar Kampung Sahabat, Kaki Bukit, Perlis.
Walaupun berdepan situasi tersebut, anggota penguat kuasa kekal tenang dan profesional dalam menjalankan tugas. Pemeriksaan tetap diteruskan bagi memastikan setiap individu yang berada di lokasi diperiksa mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Operasi yang berlangsung pada lewat malam 29 Oktober hingga awal pagi 30 Oktober 2026 itu melibatkan tiga siri pemeriksaan di sekitar Kampung Sahabat, Kaki Bukit dan Jalan Padang Tebuan, Chuping, Perlis.
Dalam dua pemeriksaan di kawasan Kampung Sahabat, seramai 7 individu telah diperiksa, dengan 3 lelaki warga asing ditahan, masing-masing seorang warga Indonesia dan dua warga Bangladesh kerana disyaki melakukan kesalahan imigresen.
Sementara itu, pemeriksaan seterusnya di sebuah rumah empat pintu di kawasan Chuping menyaksikan 25 lelaki warga Bangladesh diperiksa, dengan 5 daripadanya ditahan kerana disyaki melanggar syarat keberadaan di Malaysia.
Secara keseluruhannya, OPS SAPU kali ini merekodkan pemeriksaan terhadap 32 individu dengan 8 lelaki warga asing ditahan, terdiri daripada 7 warga Bangladesh dan seorang warga Indonesia.
Kesemua tangkapan disyaki melakukan kesalahan di bawah:
๐น Seksyen 6(1)(c), Akta Imigresen 1959/63 โ Tidak memiliki pas atau permit yang sah.
๐น Seksyen 15(1)(c), Akta Imigresen 1959/63 โ Tinggal di Malaysia selepas tamat tempoh pas yang dibenarkan.
Selain itu, sebanyak 3 Borang 29 (Saman Saksi) turut dikeluarkan bagi tujuan tindakan lanjut.
JIM Perlis akan terus komited dalam membanteras pelanggaran undang-undang imigresen. Orang ramai turut diseru agar terus menyalurkan maklumat berkaitan keberadaan pendatang asing tanpa izin (PATI) bagi membantu memperkukuh keberkesanan penguatkuasaan.