AADK Daerah Kuala Muda

Directions Website

AADK Daerah Kuala Muda Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kuala Muda merupakan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri

AADK DAERAH KUALA MUDA MERIAHKAN PROGRAM HARI BERSAMA PELANGGAN KEMENTERIAN PERTAHANAN SIRI 2 TAHUN 2026SUNGAI PETANI, 1...
12/11/2026

AADK DAERAH KUALA MUDA MERIAHKAN PROGRAM HARI BERSAMA PELANGGAN KEMENTERIAN PERTAHANAN SIRI 2 TAHUN 2026

SUNGAI PETANI, 12 Oktober 2026 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Muda telah mengambil bahagian dalam Program Hari Bersama Pelanggan Kementerian Pertahanan Siri 2 Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Zainal, Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani.

Penyertaan AADK Daerah Kuala Muda dalam program ini merupakan salah satu usaha berterusan untuk memperluaskan penyampaian maklumat dan meningkatkan kesedaran masyarakat, khususnya warga Kementerian Pertahanan serta pengunjung yang hadir, mengenai bahaya penyalahgunaan dadah dan bahan.

Sepanjang program berlangsung, AADK Daerah Kuala Muda telah melaksanakan beberapa aktiviti utama, antaranya Pameran Pencegahan Dadah dan Bahan yang memberikan pendedahan berkaitan jenis-jenis dadah, kesan penyalahgunaan terhadap kesihatan, keluarga dan masyarakat serta kepentingan mendapatkan bantuan rawatan dan pemulihan.

Selain itu, edaran risalah berkaitan dadah turut dilaksanakan bagi menyampaikan maklumat dan pengetahuan kepada pengunjung sebagai panduan untuk mengenali bahaya dadah serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pencegahan dari peringkat awal.

Turut diadakan ialah pendaftaran SKUAD Antidadah Daerah Kuala Muda sebagai usaha menggalakkan penyertaan masyarakat dalam gerakan sukarelawan antidadah. Inisiatif ini diharap dapat melahirkan lebih ramai individu yang prihatin, berpengetahuan dan bersedia memainkan peranan sebagai ejen perubahan dalam membantu membanteras masalah penyalahgunaan dadah di peringkat komuniti.

Penglibatan AADK Daerah Kuala Muda dalam program seumpama ini mencerminkan komitmen agensi untuk terus mendekati masyarakat melalui pendekatan pendidikan, advokasi dan penglibatan komuniti.

Sesungguhnya, usaha membanteras ancaman dadah bukanlah tanggungjawab satu pihak semata-mata, sebaliknya memerlukan kerjasama dan sokongan semua lapisan masyarakat. Bersama-sama kita membina komuniti yang sihat, selamat dan bebas daripada ancaman dadah.

AADK Daerah Kuala Muda – Lebih Baik Cegah.

Semudah ABC untuk jemput kami hadir ke tempat anda .
11/11/2026

Semudah ABC untuk jemput kami hadir ke tempat anda .

09/11/2026

Di Sebalik Pintu Rumah Itu, Ada Seorang Ibu Yang Tidak Pernah Berhenti Menunggu

“Orang lain mungkin sudah lama menutup pintu hati untuknya, tetapi seorang ibu tetap membuka pintu rumahnya, walaupun berkali-kali hatinya dilukai.”

Setiap kali malam menjelang, ketika kebanyakan keluarga sedang menikmati makan malam bersama insan tersayang, seorang ibu masih setia menunggu di muka pintu rumahnya.

Matanya sering tertumpu ke jalan kecil di hadapan rumah. Ada kalanya dia tertidur di kerusi, namun telinganya tetap peka mendengar setiap bunyi motosikal yang lalu.

Dia sedang menunggu anaknya pulang.
Anak yang suatu ketika dahulu dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Anak yang pernah digendong ketika kecil, disuapkan makanan, dipimpin ketika belajar berjalan dan ditatang bagai minyak yang penuh.

Namun kini, anak itu bukan lagi seperti dahulu.
Dadah telah mengubah kehidupannya. Tubuhnya semakin susut, wajahnya tidak bermaya dan kehidupannya semakin tidak terurus. Ada kalanya dia pulang dalam keadaan tidak menentu. Ada kalanya berhari-hari menghilangkan diri. Wang yang diberikan kepada ibunya juga pernah disalahgunakan.

Bukan sekali dua hati seorang ibu itu terluka. Sudah terlalu banyak air mata yang mengalir. Sudah terlalu banyak malam yang dilalui dengan keresahan dan doa.

Jiran tetangga mula berbisik. Ada yang memandang serong. Ada yang menyalahkan ibu itu kerana masih membenarkan anaknya tinggal di rumah.

“Kenapa masih simpan anak macam itu?”
“Tak takut ke dia menyusahkan keluarga?”
“Kalau saya, sudah lama saya halau!”

Kata-kata itu mungkin mudah dilafazkan oleh mereka yang tidak berada di tempatnya.
Tetapi pernahkah mereka terfikir, bagaimana seorang ibu sanggup menghalau anak yang pernah dikandung selama sembilan bulan?

Bagaimana seorang ibu mampu menutup pintu rumah kepada insan yang pernah dipeluknya ketika menangis, yang pernah dipimpinnya ketika takut dan yang pernah menjadi kebanggaan hidupnya?

Bagi ibu itu, anaknya mungkin telah tersasar jauh, tetapi dia tetap anaknya.

Dia tidak mempertahankan perbuatan anaknya. Dia juga tidak menafikan bahawa ketagihan dadah telah membawa banyak kesusahan kepada keluarga. Namun jauh di sudut hatinya, dia masih menyimpan harapan bahawa suatu hari nanti anak itu akan berubah.

Dia malu dengan pandangan masyarakat, tetapi lebih takut kehilangan anaknya.
Dia penat, tetapi tidak pernah berhenti berdoa.
Dia kecewa, tetapi tidak pernah berhenti berharap.

Namun, kasih seorang ibu bukan bermaksud dia merestui segala perbuatan anaknya. Dia juga berhak mendapat kehidupan yang aman, keselamatan dan ketenangan. Anak yang terjebak dengan dadah perlu dibantu mendapatkan rawatan dan pemulihan yang sewajarnya. Kasih sayang perlu disertai dengan batas, ketegasan dan sokongan yang betul.

Kepada masyarakat, jangan terlalu mudah menghukum keluarga yang mempunyai ahli keluarga penagih dadah. Jangan menambah luka mereka dengan cemuhan dan hinaan.

Mereka sebenarnya sedang berjuang dalam diam, menghadapi ujian yang mungkin tidak mampu kita bayangkan.

Kerana apabila seorang ibu sudah tiada, tiada lagi tangan yang menunggu untuk menyambut kepulanganmu seperti dahulu.

Pulanglah. Bangkitlah. Dapatkan bantuan. Berubahlah selagi masih ada kesempatan.
Dan kepada ibu yang sedang melalui ujian ini, ketahuilah bahawa anda bukan ibu yang gagal hanya kerana anak anda terjebak dengan dadah. Jangan berjuang bersendirian. Dapatkan sokongan keluarga, masyarakat dan bantuan AADK.

Kerana seorang anak yang ketagih dadah bukan sekadar memerlukan hukuman dan kecaman. Dia juga memerlukan peluang untuk pulih dan membina semula kehidupannya.

Jangan hina seorang ibu kerana masih menerima anaknya. Sebaliknya, bantulah anak itu mencari jalan pulang. Kerana di sebalik seorang penagih dadah, mungkin ada seorang ibu yang sedang menangis dalam diam, menunggu anaknya kembali menjadi manusia yang pernah dibanggakannya.

AADK DAERAH KUALA MUDA

Jangan Pinggirkan Mereka. Berikan Peluang Untuk Pulih.

Jangan sesekali mencuba . Pencegahan dadah bermula dari rumah . Kesannya membinasakan
08/11/2026

Jangan sesekali mencuba . Pencegahan dadah bermula dari rumah . Kesannya membinasakan



Nampak mudah tidak seperti digambarkan . Namun dengan bantuan AADK ianya sebagai batu asas perubahan, selebihnya atas di...
07/11/2026

Nampak mudah tidak seperti digambarkan . Namun dengan bantuan AADK ianya sebagai batu asas perubahan, selebihnya atas diri sendiri, sokongan keluarga dan masyarakat serta pengisian diri dengan perkara perkara yang berfaedah amat membantu. Jangan jadikan untuk perubahan itu penuh dengan pelbagai alasan namun sentiasa berusaha untuk berubah . Yang penting niat yang ikhlas .

Cendawan tersebut resembles (menyerupai) genus Panaeolus (seperti spesies Panaeolus foenisecii atau Panaeolus olivaceus)...
07/11/2026

Cendawan tersebut resembles (menyerupai) genus Panaeolus (seperti spesies Panaeolus foenisecii atau Panaeolus olivaceus). Spesies daripada genus ini sering tumbuh di kawasan padang rumput, kawasan subur, atau berhampiran tempat yang mempunyai sisa najis haiwan (seperti tahi lembu yang kelihatan di bahagian atas gambar).

Walau bagaimanapun, pengenalan pasti jenis cendawan liar melalui sekeping gambar sahaja adalah sangat sukar dan tidak selamat, kerana terdapat banyak spesies cendawan lain yang kelihatan hampir serupa.

Sebagai maklumat am berkenaan risiko dan keselamatan:

1. Potensi Kemungkinan Spesies (Differential Diagnosis)

Panaeolus foenisecii / Panaeolus olivaceus: Merupakan jenis cendawan liar padang yang sering ditemui. Sesetengah spesies dalam genus ini mengandungi bahan psikoaktif (psilocybin) atau toksin lain yang boleh menyebabkan gangguan mental atau fizikal jika tertelan.

Panaeolus cyanescens (Cendawan Tahi Lembu): Tumbuh terus pada najis lembu/kuda, mempunyai kandungan toksik psikoaktif yang tinggi yang boleh menyebabkan halusinasi teruk dan keracunan.

Cendawan Beracun Lain (Spesies Coprinellus atau Inocybe): Sesetengah spesies kulat kecil berwarna kelabu atau gelap boleh mengandungi racun berbahaya yang merosakkan organ dalaman.

2. Gejala Keracunan Cendawan

Sekiranya seseorang termakan cendawan liar yang beracun atau mempunyai kesan halusinasi, gejala berikut boleh berlaku dalam tempoh beberapa minit hingga beberapa jam:

Kesan halusinasi (khayal), keliru, atau hilang koordinasi badan.

Loya, muntah-muntah, dan cirit-birit yang teruk.

Degupan jantung menjadi laju atau sawan.

3. Pilihan Rawatan & Tindakan Kecemasan

Jika berlaku kes tertelan secara tidak sengaja:

Segera ke Hospital: Bawa mangsa ke unit kecemasan hospital terdekat dengan segera.

Bawa Sampel Cendawan: Ambil gambar atau bawa baki sampel cendawan yang asal (simpan di dalam beg kertas, bukan plastik) untuk membantu pakar perubatan mengenal pasti jenis racun dengan tepat.

Jangan Paksa Muntah: Jangan paksa mangsa muntah secara rawak melainkan diarahkan oleh petugas perubatan profesional, kerana ia boleh memudaratkan jika mangsa tidak sedarkan diri.

Sila pastikan anda tidak menyentuh secara berlebihan, memetik, mahupun memakan cendawan liar tersebut demi keselamatan diri.

SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI 2026 Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kuala Muda  mengucapkan Selamat Menyambut Hari ...
07/11/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI 2026

Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kuala Muda mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua warga kerja AADK serta semua yang meraikannya pada 8 November 2026

Semoga perayaan cahaya ini membawa sinar kebahagiaan, keharmonian dan terus mengeratkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Ambil peluang dan manfaat berkumpul bersama keluarga daripada anasir tidak sihat terutamanya isu penyalahgunaan dadah atau bahan. Lindungi diri, keluarga dan komuniti. Pencegahan dadah tanggungjawab bersama.

Ikhlas daripada
Puan Arnida Binti Ishak
Ketua AADK Daerah Kuala Muda
Dan Seluruh Warga
Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kuala Muda




4 OKTOBER 2026 : Sambil mengesan mereka yang gagal hadir jamin kita settlekan aduan berkaitan penyalahgunaan dadah . Ope...
05/11/2026

4 OKTOBER 2026 : Sambil mengesan mereka yang gagal hadir jamin kita settlekan aduan berkaitan penyalahgunaan dadah . Operasi Kesan 18/2026 berjaya menahan 11 individu termasuk seorang antaranya menghidap tibi yang dimaklumkan oleh pihak KKM sekiranya tangkapan berkaitan untuk diserahkan kepada mereka berikutan penama itu keciciran rawatan sekian lama. Seramai 3 individu dituduh di mahkamah manakala 4 menjalani reman di PSPD Kuala Muda .

05/11/2026

PELAJAR TULAR POSITIF 3 JENIS DADAH - POLIS

𝐀𝐧𝐜𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐧𝐲𝐚𝐩 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐚𝐥𝐚𝐡𝐠𝐮𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐕𝐚𝐩𝐞 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐏𝐑𝐍𝐋𝐚𝐛Penggunaan rokok elektronik atau v**e yang pada asalnya sering dian...
04/11/2026

𝐀𝐧𝐜𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐧𝐲𝐚𝐩 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐚𝐥𝐚𝐡𝐠𝐮𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐕𝐚𝐩𝐞 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐏𝐑𝐍𝐋𝐚𝐛

Penggunaan rokok elektronik atau v**e yang pada asalnya sering dianggap oleh segelintir masyarakat sebagai alternatif yang lebih selamat berbanding rokok tradisional kini terbukti menjadi medium utama penyalahgunaan bahan terlarang yang sangat berbahaya. PRN telah melaporkan peningkatan mendadak dalam panggilan kecemasan berkaitan pendedahan v**e, iaitu melonjak sebanyak lima kali ganda dari tahun 2019 hingga 2024. Lebih membimbangkan, sebanyak 41 peratus kes pendedahan ini melibatkan penggunaan secara sengaja dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun, yang sering berakhir dengan implikasi perubatan dan gejala teruk seperti halusinasi serta sawan.

Peningkatan kes kecemasan ini sebahagian besarnya didorong oleh kebangkitan bahan psikoaktif baharu atau New Psychoactive Substances (NPS), iaitu sebatian kimia yang dirumus secara khusus untuk meniru kesan dadah tradisional seperti opioid dan kanabinoid, tetapi mempunyai struktur kimia yang pelbagai dan sentiasa berubah.

Bagi mengaburi mata pihak berkuasa dan pengguna, penjual v**e yang tidak bertanggungjawab memasarkan produk mereka sebagai "Magic Mushroom". Kes pendedahan membabitkan v**e "Magic Mushroom" ini yang dirujuk ke PRN telah meningkat secara drastik daripada hanya satu kes pada tahun 2020 kepada 24 kes menjelang tahun 2024. Namun begitu, berdasarkan analisis ujian makmal toksikologi PRNLab ke atas beberapa sampel v**e "Magic Mushroom" ini, kesemua sampel tersebut disahkan sama sekali tidak mengandungi sebatian organik cendawan ajaib yang sebenar iaitu psilocybin mahupun psilocin. Sebaliknya, sampel yang didakwa sebagai "Magic Mushroom" itu sebenarnya mengandungi kanabinoid sintetik yang tersembunyi seperti MDMB-BUTINACA, MDMB-4en-PINACA, serta ADB-4en-PINACA.

Kesan kesihatan akibat penggunaan kanabinoid sintetik ini amat sukar untuk diramal, bersifat jauh lebih toksik, dan berpotensi untuk mendatangkan komplikasi maut yang lebih pantas berbanding g***a semula jadi. Gejala utama yang direkodkan akibat pendedahan v**e ini merangkumi gangguan neurologi dan psikotik seperti perubahan sikap yang sangat agresif, episod halusinasi atau delusi yang teruk, kejadian sawan, serta ketagihan fizikal.

Selain NPS, satu lagi ancaman kesihatan awam yang kini pantas menular di rantau ini ialah penyalahgunaan etomidate. Etomidate pada asalnya merupakan sejenis ubat bius klinikal, namun ia kini disalah guna secara meluas oleh golongan belia melalui cecair rokok elektronik. Di pasaran gelap, bahan berbahaya ini sangat popular dan sering dipasarkan secara haram menggunakan nama jalanan seperti "Space Oil" atau "Kpods" bagi membolehkan pengguna mendapatkan kesan euforia dan sedatif yang melampau.

Penggunaan tanpa pengawasan perubatan akan menekan fungsi kelenjar adrenal dan merencat penghasilan hormon kortisol tubuh yang amat penting untuk manusia melawan jangkitan. Pengguna juga terdedah pada risiko mengalami hipokalemia teruk atau penurunan tahap kalium secara mendadak yang mengakibatkan kelemahan otot secara tiba-tiba, kesukaran berjalan, dan gangguan denyutan jantung atau aritmia yang boleh meragut nyawa.

Lebih menakutkan, ia turut mencetuskan fenomena pengguna zombi di mana pesakit akan kelihatan sangat khayal, kaku, hilang kewarasan, dan langsung tidak menyedari keadaan persekitaran mereka, sekali gus meletakkan mereka pada risiko kecederaan serta kemalangan jalan raya yang parah.

Dalam mendepani krisis pandemik kesihatan awam yang kian meruncing ini, PRN terus komited memainkan peranan melalui penawaran perkhidmatan Analisis Makmal Toksikologi, di mana PRNLab menawarkan analisa struktur kimia NPS. PRNLab memanfaatkan keupayaan teknologi instrumen yang canggih seperti kromatografi GC-MS untuk bahan mudah meruap, LC-MS/MS untuk bahan tidak stabil pada suhu tinggi, dan LC-HRMS bagi mengenal pasti j***m atom yang tepat.

Mana-mana pihak yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan analisis PRNLab ini amat dialu-alukan untuk berhubung secara terus dengan PRNLab di talian 04-653 2171 atau talian mudah alih 013-789 2171, serta melalui e-mel ke [email protected].

Sumber : Pusat Racun Negara

Address

KM9 , Jalan KUALA KETIL
Sungai Petani
08000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Daerah Kuala Muda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share