01/06/2026
° Kementerian Luar Negeri merafak sembah dan merakamkan Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
° Semoga KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah Subhanahu Wata’ala, dilanjutkan usia zaman, dan sentiasa sihat wal’afiat selama-lamanya.
Dirgahayu Tuanku!
° Kementerian ini selanjutnya merafak sembah menjunjung kasih di atas perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengurniakan dan menganugerah Darjah Kebesaran Persekutuan, Bintang dan Pingat kepada Ketua Setiausaha serta pegawai-pegawai Kementerian ini, yang telah disempurnakan sempena Sambutan Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 1 Jun 2026 Istana Negara, seperti berikut:
1. Tan Sri Amran Mohamed Zin
Ketua Setiausaha
Darjah Kebesaran Persekutuan
Panglima Setia Mahkota (P.S.M.)
2. Datin Paduka Anizan Siti Hajjar Adnin
Timbalan Ketua Setiausaha Khidmat Pengurusan
Darjah Kebesaran Persekutuan
Johan Setia Diraja (J.S.D.)
3. Datuk Cheong Loon Lai
Duta Besar Malaysia ke
Persekutuan Rusia
Darjah Kebesaran Persekutuan
Panglima Jasa Negara (P.J.N.)
4. Dato' Shariffah Norhana Syed Mustaffa
Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Dasar dan Penyelarasan
Darjah Kebesaran Persekutuan
Johan Setia Diraja (J.S.D.)
5. Datuk Yubazlan Haji Yusof
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Afrika Selatan
Darjah Kebesaran Persekutuan
Panglima Setia
Diraja (P.S.D.)
6. YM Raja Saifful Ridzuwan Raja Kamaruddin
Ketua Sekretariat
Sekretariat Induk Logistik ASEAN
Darjah Kebesaran Persekutuan
Johan Setia Diraja (J.S.D.)
7. YM Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir
Konsul Jeneral
Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, Arab Saudi
Darjah Kebesaran Persekutuan
Kesatria Setia Diraja (K.S.D.)
🌺 Kementerian merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Setiausaha dan semua penerima. Semoga penganugerahan ini akan terus mendorong kecemerlangan dalam perkhidmatan kepada negara.
01/06/2026
𝐃𝐈𝐑𝐆𝐀𝐇𝐀𝐘𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah
𝐊𝐄𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐃𝐔𝐋𝐈 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐀𝐇𝐀 𝐌𝐔𝐋𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐃𝐔𝐊𝐀 𝐁𝐀𝐆𝐈𝐍𝐃𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈-𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐎𝐍𝐆 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐁𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌
Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Sembah takzim daripada seluruh warga Kementerian Luar Negeri.
02/05/2026
ApaKhabar✋ |
RakanWisma🇲🇾🌐
° Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dato’ Sri Amran Mohamed Zin, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri atas penganugerahan Tokoh Pekerja Negara Perkhidmatan Awam (Pengurusan Tertinggi) sempena Sambutan Hari Pekerja 2026.
° Pengiktirafan berprestij ini adalah bukti nyata kepimpinan berwibawa dan dedikasi luar biasa Dato' Sri KSU dalam menerajui pasukan Wisma Putra termasuklah kejayaan besar dalam Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.
🌺 Syabas dan tahniah daripada seluruh warga Wisma Putra!
🇲🇾🌐
___________________________________
° Heartiest congratulations to the Secretary General of the Ministry of Foreign Affairs, Dato’ Sri Amran Mohamed Zin on being conferred the Anugerah Tokoh Pekerja Negara Perkhidmatan Awam (Pengurusan Tertinggi) in conjunction with Labour Day 2026.
° This prestigious recognition is a testament to Dato' Sri’s exemplary leadership and outstanding dedication in leading Wisma Putra team, including the significant success of ASEAN-Malaysia Chairmanship 2025.
🌺 A truly proud moment for the entire Wisma Putra family!
🇲🇾🌐
Anwar Ibrahim
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan
Luka Nis Man
Kementerian Sumber Manusia
Institute of Diplomacy and Foreign Relations
Southeast Asia Regional Centre for Counter-Terrorism
06/03/2026
NOTIS KESELAMATAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA DI ARAB SAUDI
Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari rantau Asia Barat yang telah terjejas akibat ancaman keselamatan semasa.
Pada masa ini, Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh sedang menyelaras usaha bersama Perwakilan Diplomatik Malaysia di negara-negara yang terlibat bagi memastikan rakyat Malaysia dapat dibawa pulang ke tanah air dengan selamat.
Pada masa yang sama, kebajikan dan keselamatan rakyat Malaysia di Arab Saudi turut menjadi keutamaan Kerajaan Malaysia. Dalam hal ini, Kerajaan turut memutuskan untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari Arab Saudi atas pilihan sendiri (voluntary evacuation).
Proses evakuasi ini adalah bersifat sehala (one-way) dari Riyadh ke Kuala Lumpur dan disediakan khusus bagi membantu rakyat Malaysia yang ingin pulang ke tanah air berikutan situasi semasa.
Usaha ini akan dilaksanakan secara berperingkat mengambil kira keutamaan bagi rakyat Malaysia yang terjejas secara langsung akibat ancaman keselamatan semasa.
Oleh itu, Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh memohon agar rakyat Malaysia di Arab Saudi kekal tenang, tidak panik dan sentiasa peka kepada sebarang komunikasi yang dikeluarkan oleh pihak Kedutaan dan pihak berkuasa tempatan dari masa ke semasa.
Untuk rakyat Malaysia di Arab Saudi yang menetap di Riyadh dan Wilayah Timur Arab Saudi dan memilih untuk menyertai evakuasi ini, mohon ambil tindakan berikut:
1. Semakan dengan Majikan
Bagi Rakyat Malaysia yang bekerja di Arab Saudi dan pemegang “Iqamah” (Residen ID), anda dinasihatkan untuk menyemak terma kontrak pekerjaan terlebih dahulu dan mendapat kebenaran dari majikan sebelum membuat keputusan untuk menyertai evakuasi ini.
2. Pendaftaran
Sila maklumkan kesediaan anda untuk pulang kepada pihak Kedutaan. Pemakluman hendaklah dibuat melalui pautan yang disediakan oleh pihak Kedutaan seperti berikut: (https://forms.gle/kAXxeQHE94gCsjsD8)
3. Dokumen Perjalanan
Sila pastikan pasport anda masih sah dan semua urusan dokumentasi yang lain seperti visa exit/re-entry adalah lengkap.
Maklumat lanjut berhubung proses evakuasi ini akan dimaklumkan oleh pihak Kedutaan dalam masa terdekat.
Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi:
Telefon: +966 56 300 6319 (kecemasan sahaja)
Emel: [email protected]
KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI RIYADH
6 MAC 2026