04/11/2026
03 November 2026
Program Hari Integriti Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kedah (KIMIA Kedah) 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 03 November 2026 (Selasa) bertempat di Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kedah.
Atur cara program dimulakan dengan sesi pendaftaran warga kerja, disusuli nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Integriti, lafaz Ikrar Integriti dan bacaan doa bagi memberkati majlis. Seterusnya, majlis diserikan dengan tayangan Video Integriti.
Pengisian utama majlis diteruskan dengan sesi ceramah bertajuk “Integriti Dalam Kalangan Penjawat Awam” yang disampaikan oleh Penguasa Kanan Puan Suekarni binti Mohamed Hashim, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Kedah. Melalui sesi ini, warga KIMIA Kedah didedahkan dengan pengukuhan nilai ketelusan, akauntabiliti serta pematuhan undang-undang dan tatakelola bagi menjauhi sebarang bentuk salah laku rasuah dalam perkhidmatan awam.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak SPRM Negeri Kedah, khususnya penceramah jemputan atas perkongsian ilmu yang amat bermakna. Diharapkan penganjuran program ini dapat terus menyemai dan membudayakan amalan integriti dalam setiap urusan tugasan seharian warga KIMIA Kedah