Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Setar

Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Setar

Share

Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Setar
Aras 1, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Kedah,
Jalan Stadium, Alor Setar

Photos from Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Setar's post 06/05/2026

PENILAIAN ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA KATEGORI INDIVIDU LELAKI & WANITA PERINGKAT NEGERI KEDAH 2026

6 April 2026 , Alor Setar ; Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara ( APBN) Peringkat Negeri Kedah bagi Kategori Individu Lelaki dan Wanita telah berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah bermula 5 April 2026 dan 6 April 2026.

Seramai tiga calon bagi kategori Individu lelaki dan seorang calon bagi kategori wanita. Pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua calon kerana berani menyahut cabaran dan mewakili Belia Daerah Kota Setar.Didoakan semoga beroleh kejayaan.





Photos from Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Setar's post 05/05/2026

AYUH !!! WARGA KOTA SETAQ JOM SERTAI LIGA SUKAN KOMUNITI (LSK) PERINGKAT DAERAH KOTA SETAR 2026 PADA :

TARIKH : 13 JUN 2026 ( SABTU)
TEMPAT : KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH
MASA : 8.00 PAGI

3 ACARA DIPERTANDINGKAN:

1- ACARA FUTSAL LELAKI
2- ACARA BOLA JARING WANITA
3- ACARA BOLA TAMPAR LELAKI

CEPAT DAFTAR . SCAN DAN DAFTAR PENYERTAAN SERTA DAPATKAN BORANG PENYERTAAN MELALUI QR DI POSTER.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 8 JUN 2026

JUGA BOLEH HUBUNGI PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH KOTA SETAR DITALIAN 047300952








Photos from Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Setar's post 02/05/2026

HARI BELIA NEGARA PERINGKAT DAERAH KOTA SETAR
KEMBALI LAGI🔊🔊
SELURUH WARGA KOTA SETAR DIJEMPUT HADIR...

DENGAN TEMA KALI INI MENGGERAK BELIA...
JOM.. SAMA-SAMA HADIR KE SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA (HBN) 2026 PERINGKAT DAERAH KOTA SETAR PELBAGAI AKTIVITI MENARIK MENANTI ANDA SEPERTI BERIKUT :

- BELIA CERGAS HBN @ YOUTH BOWLING
- POCKET TALK CORNER
- VENDOR MAI NIAGA HBN
- HIMPUNAN KELUARGA BELIA 1.0
- CLASH OF THE BAND @ HBN KOTA SETAR

Pelaksanaan Program ini akan diadakan seperti berikut:

🗓️ : 09 Mei 2026 (Sabtu)
⏰ : 8.00 pagi
📍 : Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Kedah

Jom kita sama-sama hadir memeriahkan Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2026 Peringkat Daerah Kota Setar

KBS Malaysia
JBSN Negara
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah
Taufiq Johari





29/04/2026

PEMAKLUMAN PENYERTAAN TELAH PENUH!!
Terima kasih atas sokongan Tuan/Puan.,,,

KLAS RENANG SETAR( B40) ( Kemahiran Latihan Asas Sukan Renang(KLAS) PERINGKAT NEGERI KEDAH.

Tarikh : Bermula pada 6,13,20 Mei 2026, 3,10,24 Jun 2026 ( 6 siri)
Tempat : Pusat Akuatik Negeri Kedah

Syarat penyertaan:
Kategori B40
Berumur antara 6-12 Tahun
Sihat tubuh badan

Yuran ???
Free ...
Tempat adalah terhad.




28/04/2026

🔊📢PENCARIAN BAKAT BARU PELAPIS SUKAN OKU.

Jom Daftar !!
INSPIRE iTALENT PERINGKAT DAERAH KOTA SETAR 2026.

TERBUKA KEPADA :
OKU ANGGOTA
OKU PENGLIHATAN
OKU KERUSI RODA
MASALAH PEMBELAJARAN

BERUMUR 18-35 TAHUN
SEKIRANYA UMUR 17 TAHUN KEBAWAH, PERLU MENDAPAT KELULUSAN DARI PPD KOTA SETAR TERLEBIH DAHULU.

TARIKH PROGRAM: 19 MEI 2026
TEMPAT : KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH
MASA: 8.00 PAGI -5.00 PETANG

Tarikh tutup permohonan: 12 Mei 2026

Hubungi Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Setar di talian 04 7300952





Photos from Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Setar's post 26/04/2026

PERBINCANGAN SANTAI SAMBUTAN SEMARAK HARI BELIA NEGARA PERINGKAT DAERAH KOTA SETAR 2026

Alor Setar, 25 April 2025 - Telah berlangsung satu perbincangan secara santai berkaitan Sambutan Semarak Hari Belia Negara 2026 Peringkat Daerah Kota Setar.

Perbincangan ini diadakan bertujuan membincangkan dan menyelaras aktiviti-aktiviti serta pengisian Sambutan Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Kota Setar yang akan berlangsung pada 9 Mei 2026 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah.

Hadir pada perbincangan tersebut adalah Pengerusi Majlis Belia Daerah Kota Setar,Pengerusi MAYC Daerah Kota Setar, Pengerusi 4B Daerah Kota Setar , Pengerusi ABIM Negeri Kedah dan Pengerusi Kelab Rakan Muda Parlimen Alor Setar.

Hadir sama Puan Nazifah Binti Muhamad Zubir Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Setar dan Puan Nurmaziyah Binti Abdul Majid Pembantu Belia dan Sukan Daerah Kota Setar.

belia

23/04/2026

🚀 PELUANG AKHIR!

Anda terlepas peluang? Berita Baik! Permohonan Program Agrobelia Lestari @ Rakan Mahir 2026 dilanjutkan sehingga 26 April 2026!

Agrobelia Lestari @ Rakan Mahir 2026 hadir dengan:
📚 Latihan eksklusif
🧰 Sokongan projek
👨🏻‍🏫 Bimbingan

Kadang yang kita perlukan bukan idea baru…
tapi platform yang betul untuk mula.

Kalau bukan sekarang, bila lagi?

📲 📲 Scan QR atau Mohon di sini: https://forms.gle/SgyMhegEX35F1cFh7


21/04/2026

Sekiranya anda rasa :

“Aku nak try something yang baru”
“Nak upgrade kemahiran diri”
“Nak pengalaman lain dari yang lain”



JANGAN FIKIR PANJANG - JOM SERTAI‼️

🔥KURSUS ASAS REKREASI LUAR TAHAP 1 (OUTREC1) PERINGKAT NEGERI KEDAH🔥

📆 07 Hingga 10 Mei 2026
🏕️ Serdang Lake View Resort

🎯Apa yang anda akan belajar❓

✅Asas pendidikan rekreasi luar
✅Pengurusan aktiviti & keselamatan
✅Pengalaman sebenar di lapangan

🙆🏻‍♂️🙆🏻‍♀️Terbuka kepada belia dan individu yang berminat…

⚠️Tempat adalah terhad⚠️

📲Sebarang pertanyaan & pendaftaran sila hubungi :
Coach Asam - 0183743477

Atau klik link di bawah 👇🏼👇🏼👇🏼

https://WA.me/60183743477?text=outrec1kedah

Jangan lepaskan peluang untuk tambah ilmu & pengalaman‼️

DAFTAR SEKARANG‼️

06/04/2026

Sesi Taklimat Dana Bantuan JBSN 🎙️🔥

Ada yang masih tak tahu berkaitan dana bantuan yang Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) sediakan? Atau ada yang masih keliru dengan proses permohonan? 🤔

Jom dengarkan taklimat semua bantuan yang kami tawarkan khas buat pembangunan belia dan sukan. 💪

Butiran taklimat adalah seperti berikut:

🗓️ : 9 April 2026 (Khamis)
🎙️ : Dalam Talian (Google Meet)
⏰ : Sila rujuk poster

Imbas kod QR atau klik link https://forms.gle/dbmeu1oeuDNu8UTo9 untuk pendaftaran serta mendapatkan pautan taklimat. 🔗

Pemerkasaan belia dan sukan, JBSN komited! ⚡️



Taufiq Johari
Mordi Bimol
Rahimi Ismail
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my

06/04/2026

Jom kita sertai Eco Brisk walk sempena Alor Setar Car Free Saturday!

𝗣𝗥𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗔𝗙𝗧𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗘𝗖𝗢 𝗕𝗥𝗜𝗦𝗞 𝗪𝗔𝗟𝗞

Jom mulakan pagi dengan langkah sihat! 🌿🚶‍♂️
Pra pendaftaran untuk Eco Brisk Walk sempena Alor Setar Car Free Saturday kini dibuka. Pihak MBAS sedang mengumpul anggaran penyertaan bagi memudahkan perancangan program.

Pautan : https://shorturl.at/mKaHX

Paling best, aktiviti Eco Brisk Walk ini adalah PERCUMA! 💚

Namun, jangan lupa DAFTAR SEMULA PADA HARI ACARA bagi melayakkan penyertaan dalam cabutan bertuah.

Ajak kawan, keluarga dan jiran sekali.
Jumpa anda di sana!

MAKLUMAT TAMBAHAN:
Selain brisk walk, terdapat juga aktiviti Fun Run sejauh 5.0 kilometer dengan bayaran minimum yang merupakan kolaborasi bersama Kolej Vokasional Alor Setar.

Majlis Bandaraya Alor Setar-MBAS





Photos from Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Setar's post 04/04/2026

MERIAH FUN WALK RIVERSIDE@ TELUK BAGAN SEMPENA FESTIVAL SENI BUDAYA & CABARAN WAU KEBANGSAAN DI NEGERI KEDAH.

Alor Setar , Kedah - 4 April 2026 telah berlangsung nya Funwalk Riverside @ Teluk Bagan, Tandop bersempena Festival Seni Budaya Dan Cabaran Layang-Layang (WAU) Kebangsaan Negeri Kedah 2026 dengan sangat meriah dengan bertemakan Bendang & Kampung People.

Acara Funwalk Riverside ini dikelolakan oleh Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Negeri Kedah, Kelab Belia Bandar Kota Setar, Kelab Belia Tandop, Kelab Sukan Kecergasan Rimba, Team Marshall GMW serta Aw Apparel .Peserta turut disediakan dengan snack pack Dan esijil.

Melalui aktiviti funwalk dapat memberi kebaikan besar kepada komuniti dengan mempromosikan gaya hidup sihat melalui aktiviti jalan santai, mengeratkan hubungan sosial, dan meningkatkan kesihatan fizikal. Ia juga menghidupkan kawasan persekitaran sungai, memberi impak ekonomi kepada peniaga tempatan dan luar.

Pihak Jabatan Belia Dan Sukan Kedah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat iaitu Kolej Kejururawatan Alor Setar, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar, IPD Daerah Kota Setar, Trafik Daerah Kota Setar, APAM , Rela, komuniti sekitar Kampung Teluk Bagan, semua peserta yang turut hadir, Team Marshall GMW serta sukarelawan diatas keterlibatan sepanjang program ini berlangsung.

Pelepasan acara Funwalk Riverside telah disempurnakan oleh Puan Azura Binti Haji Sarbin, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah bersama Tuan Mohd Asmirul Anuar Bin Aris Yang Di-Pertua, Majlis Kebudayaan Negeri Kedah serta semua tetamu jemputan yang hadir.

Kredit gambar: Majlis Kebudayaan Negeri Kedah.








03/04/2026

Funwalk Riverside Bagan, Tandop sempena Festival Seni Budaya Cabaran Wau Kedah bersama Instruktor Kbsi Oii Siew Kim , Presiden Kelab Sukan Kecergasan Rimba

Want your business to be the top-listed Government Service in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Alor Setar

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00