21/10/2026
𝐉𝐊𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐖𝐎𝐍𝐃𝐄𝐑𝐅𝐔𝐋 𝐋𝐈𝐅𝐄 𝟐𝟎𝟐𝟔
IPOH, 19 Oktober 2026 – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Perak terus mempergiat usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu keganasan rumah tangga menerusi penganjuran 𝐖𝐨𝐧𝐝𝐞𝐫𝐟𝐮𝐥 𝐋𝐢𝐟𝐞: 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐝𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐠𝐚𝐧𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐑𝐮𝐦𝐚𝐡 𝐓𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐣𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔.
Program yang dirasmikan oleh 𝐘𝐁 𝐃𝐚𝐭𝐨’ 𝐒𝐚𝐥𝐛𝐢𝐚𝐡 𝐛𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐌𝐨𝐡𝐚𝐦𝐞𝐝, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak itu menjadi platform untuk memperkukuh pengetahuan masyarakat mengenai 𝐩𝐞𝐧𝐜𝐞𝐠𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐠𝐚𝐧𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐫𝐮𝐦𝐚𝐡 𝐭𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚, 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐢𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐥𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐩𝐢𝐡𝐚𝐤 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐝𝐢𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐨𝐤𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧.
Antara pengisian utama program ialah 𝐬𝐞𝐬𝐢 𝐛𝐮𝐚𝐥 𝐛𝐢𝐜𝐚𝐫𝐚 yang menampilkan barisan panelis daripada pelbagai bidang kepakaran, termasuk kebajikan masyarakat, penguatkuasaan undang-undang, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), perubatan kecemasan dan perkongsian pengalaman pemandiri. Sesi ini memberi ruang kepada peserta untuk 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐡𝐚𝐦𝐢 𝐢𝐬𝐮 𝐤𝐞𝐠𝐚𝐧𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐫𝐮𝐦𝐚𝐡 𝐭𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚 daripada pelbagai perspektif, di samping 𝐦𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐞𝐤𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐤𝐞𝐩𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐥𝐢𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐢 𝐠𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐤𝐞𝐬𝐚𝐧.
Sesi bual bicara tersebut menampilkan 𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐈𝐬𝐦𝐚𝐢𝐥 𝐀𝐫𝐮𝐥 𝐑𝐚𝐣 𝐁𝐢𝐧 𝐀𝐦𝐢𝐫𝐮𝐝𝐢𝐧, 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐣𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤; 𝐃𝐒𝐏 𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐍𝐢𝐫𝐦𝐚𝐥𝐚 𝐚/𝐩 𝐀𝐫𝐮𝐦𝐮𝐠𝐚𝐦, 𝐏𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢 𝐓𝐮𝐫𝐮𝐬 𝐃𝟏𝟏, 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐚𝐬𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐤𝐬𝐮𝐚𝐥, 𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐧𝐚𝐤-𝐤𝐚𝐧𝐚𝐤, 𝐈𝐛𝐮 𝐏𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐬 𝐊𝐨𝐧𝐭𝐢𝐧𝐣𝐞𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤; 𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐭𝐡𝐦𝐚 𝐃𝐞𝐯𝐢 𝐚/𝐩 𝐏𝐚𝐤𝐫𝐢𝐬𝐚𝐦𝐲, 𝐏𝐫𝐞𝐬𝐢𝐝𝐞𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤 𝐂𝐚𝐫𝐢𝐧𝐠 𝐀𝐬𝐬𝐨𝐜𝐢𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧; 𝐃𝐫. 𝐄𝐳𝐳𝐚𝐭𝐮𝐥 𝐀𝐥𝐢𝐚 𝐛𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐙𝐮𝐛𝐢𝐫 𝐀𝐧𝐬𝐨𝐫𝐢, 𝐏𝐚𝐤𝐚𝐫 𝐏𝐞𝐫𝐮𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐜𝐞𝐦𝐚𝐬𝐚𝐧, 𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐑𝐚𝐣𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐦𝐚𝐢𝐬𝐮𝐫𝐢 𝐁𝐚𝐢𝐧𝐮𝐧, 𝐈𝐩𝐨𝐡; 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐍𝐨𝐨𝐫𝐡𝐚𝐫𝐥𝐢𝐳𝐚 𝐛𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐁𝐚𝐬𝐡𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐤𝐮 𝐩𝐞𝐦𝐚𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢.
Selain itu, program turut diserikan dengan pameran kesedaran yang menyediakan maklumat berkaitan keganasan rumah tangga, perkhidmatan sokongan dan saluran bantuan kepada masyarakat. Aktiviti kuiz kesedaran turut diadakan bagi menguji pengetahuan serta meningkatkan kefahaman peserta secara interaktif.
Inisiatif ini turut diperkukuh melalui pelancaran Kod QR Pusat Maklumat Keganasan Rumah Tangga bagi memudahkan masyarakat mengakses bahan hebahan dan maklumat berkaitan isu tersebut. Kemudahan ini diharap dapat memperluas capaian maklumat serta membantu masyarakat mengenal pasti saluran yang sesuai untuk mendapatkan bantuan.
Penganjuran program ini melibatkan penyertaan pelbagai pihak, termasuk agensi kerajaan, sektor swasta, NGO, sukarelawan, warga kerja JKM Negeri Perak, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) serta kakitangan institusi JKM. Penglibatan pelbagai pihak ini mencerminkan kepentingan kerjasama bersepadu dalam menangani isu keganasan rumah tangga secara menyeluruh.
JKM Negeri Perak berharap program seumpama ini dapat memupuk masyarakat yang lebih prihatin, peka dan berani bertindak dalam membantu individu yang berhadapan dengan keganasan rumah tangga. Kesedaran mengenai tanda-tanda keganasan, kepentingan mendapatkan bantuan dan tanggungjawab bersama dalam melindungi mangsa merupakan langkah penting ke arah mewujudkan persekitaran keluarga yang selamat dan sejahtera.
JKM Negeri Perak turut merakamkan penghargaan kepada semua panelis, agensi terlibat, urus setia dan peserta yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini.
Hentikan keganasan rumah tangga. Sebarkan kesedaran, hulurkan sokongan dan bersama-sama membina kehidupan yang lebih selamat, sejahtera dan bermakna.