Balai Polis Sungai Senam

Call Directions

Balai Polis Sungai Senam β€œππ¨π₯𝐒𝐬 𝐝𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐀𝐚𝐭 𝐁𝐞𝐫𝐩𝐒𝐬𝐚𝐑 π“π’πšππšβ€
Laman ini merupakan facebook rasmi
Balai Polis Sungai Senam, Ipoh, Perak.

30/10/2026

[ ππŽπ’π“πˆππ† ππˆπ‹πˆπ‡π€π ]

[ ππŽπ’π“πˆππ† ππˆπ‹πˆπ‡π€π ]
30/10/2026

[ ππŽπ’π“πˆππ† ππˆπ‹πˆπ‡π€π ]





CARA ELAK KOD QR PALSU

Kemudahan kod QR boleh menjadi perangkap sekiranya disalah guna oleh penjenayah siber. Sebelum membuat sebarang imbasan, pastikan kod QR diperoleh daripada sumber yang sah dan dipercayai.

Semak kod QR yang tertera sebelum meneruskan transaksi serta elakkan memasukkan maklumat peribadi atau perbankan sekiranya laman web kelihatan mencurigakan.

Semak dahulu, jangan mudah terpedaya.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik β€˜Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official
https://www.tiktok.com/





#27102026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 π˜π€π’πˆπ, π“π€π‡π‹πˆπ‹ 𝐀𝐑𝐖𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 πƒπŽπ€ π’π„π‹π€πŒπ€π“IPOH, 29 Oktober 2026 (Khamis) - Balai Polis Sg. Senam bersama Balai ...
30/10/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 π˜π€π’πˆπ, π“π€π‡π‹πˆπ‹ 𝐀𝐑𝐖𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 πƒπŽπ€ π’π„π‹π€πŒπ€π“

IPOH, 29 Oktober 2026 (Khamis) - Balai Polis Sg. Senam bersama Balai Polis Kg. Simee telah mengadakan Majlis Bacaan Surah Yasin dan tahlil bertempat di Surau Balai Polis Sg. Senam.

Majlis yang bermula jam 7.00 malam ini diawali dengan solat Maghrib berjemaah, sebelum diteruskan dengan bacaan Surah Yasin dan tahlil yang dipimpin oleh L/Kpl Muhammad Syuhail bin Omar.

Turut hadir Insp. Burhanudin Helmi bin Ramli, Ketua Polis Balai Sg. Senam, Sjn. Mohammad Amirullah bin Rahmat, Sarjan Operasi Balai Sg. Senam, SM Abd Rahman bin Abdullah, Ketua Polis Balai Kg. Simee.

Penganjuran majlis ini bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT, memupuk keinsafan menerusi alunan ayat-ayat suci Al-Quran, serta memohon keberkatan dan perlindungan agar setiap anggota sentiasa dihindari daripada sebarang musibah. Majlis ini juga diserikan dengan niat menitipkan doa serta pahala bacaan khas buat Allahyarhamah Puan Nur Wahidah binti Azhari.

Sesungguhnya, setiap yang bernyawa pasti akan kembali kepada-Nya. Semoga majlis ini menjadi wadah untuk kita terus memperkukuh ukhuwah, menyemai keprihatinan dan mengingatkan diri agar sentiasa mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡ΩΩ…ΩŽΩ‘ اغْفِرْ Ω„ΩŽΩ‡ΩΩ…Ω’ ΩˆΩŽΨ§Ψ±Ω’Ψ­ΩŽΩ…Ω’Ω‡ΩΩ…Ω’ ΩˆΩŽΨΉΩŽΨ§ΩΩΩ‡ΩΩ…Ω’ ΩˆΩŽΨ§ΨΉΩ’ΩΩ ΨΉΩŽΩ†Ω’Ω‡ΩΩ…Ω’

β€œYa Allah, ampunilah mereka, rahmatilah mereka, sejahterakanlah mereka dan maafkanlah mereka.”



Address

Balai Polis Sungai Senam, Lebuh Cecil Rae
Ipoh
30450

Telephone

055477322

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Polis Sungai Senam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby government services