25/10/2026
🤝 COMMUNITY POLICING - MAJLIS JALINAN KASIH SEKAMPUNG
📍 Dewan MBIP Taman Pulai Indah, Kangkar Pulai
📅 24 Oktober 2026 | Sabtu
Balai Polis Kangkar Pulai telah menghadiri Majlis Jalinan Kasih Sekampung Bangsa Johor anjuran JPKK Kangkar Pulai bersama Gabungan Ahli Majlis MBIP Zon 1.
Program ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuhkan kerjasama antara PDRM, pemimpin masyarakat dan penduduk setempat dalam mewujudkan komuniti yang harmoni, selamat dan sejahtera. 🤝👮♂️
Majlis berlangsung dengan lancar dan penuh kemesraan serta diakhiri dengan jamuan bersama.
“Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.” 🇲🇾