Puteri U M N O Tebrau

Puteri U M N O Tebrau PERKASA PUTERI, PEMANGKIN PERUBAHAN

سلام تعزيةإِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَDengan penuh dukacita,Pergerakan Puteri UMNO Malaysia merakamkan uc...
28/09/2026

سلام تعزية

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Dengan penuh dukacita,
Pergerakan Puteri UMNO Malaysia merakamkan ucapan takziah atas pemergian YAB Tun Dr. Siti Hasmah Binti Mohamad Ali.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Salam takziah buat Tun Dr. Mahathir Mohamad, seluruh keluarga serta insan-insan yang mengenali dan menyayangi Allahyarhamah.

Al-Fatihah. 🤍

Siti Khairunnisa Binti Ruslan
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tebrau
serta seluruh saf kepimpinan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tebrau

𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐊𝐄-𝟔𝟗69 tahun kita melangkah sebagai sebuah negara yang merdeka. Namun, kemerdekaan bukan sek...
31/08/2026

𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐊𝐄-𝟔𝟗

69 tahun kita melangkah sebagai sebuah negara yang merdeka. Namun, kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi sebuah amanah untuk terus mempertahankan keamanan, memperkukuh perpaduan dan membina masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang.

Marilah kita hayati erti sebenar kemerdekaan dengan menghargai pengorbanan para pejuang terdahulu, menghormati kepelbagaian dan terus berdiri teguh sebagai satu bangsa Malaysia.

Berbeza budaya, bahasa dan warna, tetapi kita tetap satu jiwa MALAYSIA.

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia ke-69.

Semoga Malaysia terus aman, makmur, berdaulat dan gemilang.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Ikhlas Daripada :-
Siti Khairunnisa Binti Ruslan
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tebrau
serta Seluruh Saf Kepimpinan
Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tebrau

𝟎𝟑 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔🌹 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐆𝐄𝐑𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐔𝐌𝐍𝐎 𝐊𝐄-𝟐𝟓 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 🌹25 tahun melakar perjuangan, 25 tahun me...
03/08/2026

𝟎𝟑 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔

🌹 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐆𝐄𝐑𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐔𝐌𝐍𝐎 𝐊𝐄-𝟐𝟓 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 🌹

25 tahun melakar perjuangan, 25 tahun mengukuhkan kesetiaan, dan 25 tahun menjadi wadah suara serta harapan generasi muda wanita.

Semoga Pergerakan Puteri UMNO terus mara ke hadapan, kekal relevan, berani bersuara dan teguh berbakti demi agama, bangsa dan tanah air.

Teruskan perjuangan. Teruskan khidmat. Teruskan menjadi Puteri yang mendepani zaman.

🌹 Selamat Ulang Tahun ke-25 Puteri UMNO!

Puteri Bangkit, Puteri Hebat, Puteri Terus Berkhidmat! 🇲🇾

"𝓟𝓮𝓻𝓴𝓪𝓼𝓪 𝓟𝓾𝓽𝓮𝓻𝓲, 𝓟𝓮𝓶𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓷 𝓟𝓮𝓻𝓾𝓫𝓪𝓱𝓪𝓷"

Ikhlas Daripada:-
Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tebrau

𝟐𝟓 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 - 𝐊𝐇𝐀𝐌𝐈𝐒𝐋𝐀𝐏𝐎𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐓𝐔𝐊 𝐃𝐑 𝐌𝐎𝐇𝐃 𝐏𝐔𝐀𝐃 𝐙𝐀𝐑𝐊𝐀𝐒𝐇𝐈Susulan kenyataan yang dikeluarkan oleh ...
25/06/2026

𝟐𝟓 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 - 𝐊𝐇𝐀𝐌𝐈𝐒

𝐋𝐀𝐏𝐎𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐓𝐔𝐊 𝐃𝐑 𝐌𝐎𝐇𝐃 𝐏𝐔𝐀𝐃 𝐙𝐀𝐑𝐊𝐀𝐒𝐇𝐈

Susulan kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi di laman sosial Facebook milik beliau yang mengandungi tuduhan & persepsi negatif terhadap Institusi Diraja Johor, petang tadi Sdri Cik Nor Wasiati Binti Gifari - Ketua Penerangan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tebrau yang mewakili Sdri Cik Siti Khairunnisa Binti Ruslan - Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tebrau dan seluruh Kepimpinan Ketua Penerangan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tebrau telah membuat 1 laporan polis di IPD Seri Alam bersama Pergerakan Puteri UMNO Cawangan.

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tebrau menegaskan bahawa tiada sebarang kompromi terhadap hasutan jahat yang boleh mengganggu-gugat keamanan & keharmonian rakyat didalam Negeri Johor terutama yang melibatkan 3R ( Race, Religion & Royalty ).

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tebrau juga berharap agar pihak berkuasa terutama Polis Diraja Malaysia untuk menyiasat & mengambil tindakan keatas dakwaan yang dikeluarkan oleh Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 agar ia menjadi pengajaran kepada mana-mana pihak untuk sentiasa berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan lebih-lebih lagi yang melibatkan isu 3R.

Sekalung Tahniah diucapkan kepada calon tunggal Puteri BN Saudari Nadhirah Afiqah - Kak Iqa  yang telah dipilih sebagai ...
24/06/2026

Sekalung Tahniah diucapkan kepada calon tunggal Puteri BN Saudari Nadhirah Afiqah - Kak Iqa yang telah dipilih sebagai Calon Barisan Nasional N11 - Serom.

Semoga lebih banyak ruang dan peluang diberikan kepada Puteri pada masa akan datang. Selamat berjuang & semoga beroleh kemenangan!

Syabas & sekalung tahniah diucapkan kepada Ms Teow Chia Ling 张孳璘 - Ketua MCA Bahagian Tebrau yang telah dipilih sebagai ...
24/06/2026

Syabas & sekalung tahniah diucapkan kepada Ms Teow Chia Ling 张孳璘 - Ketua MCA Bahagian Tebrau yang telah dipilih sebagai Calon Barisan Nasional N-41 Puteri Wangsa.

Semoga pencalonan ini akan membawa kemenangan & perubahan kepada Tebrau khususnya Dun Puteri Wangsa demi kejayaan bersama.

Ikhlas Daripada :-
Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tebrau

Syabas & sekalung tahniah diucapkan kepada YB Senator Dato' Hj Abdul Halim Suleiman - Ketua UMNO bahagian Tebrau yang te...
24/06/2026

Syabas & sekalung tahniah diucapkan kepada YB Senator Dato' Hj Abdul Halim Suleiman - Ketua UMNO bahagian Tebrau yang telah dipilih sebagai Calon Barisan Nasional N-40 Tiram.

Semoga pencalonan ini akan membawa kemenangan & perubahan kepada Tebrau khususnya Dun Tiram demi kejayaan bersama.

Ikhlas Daripada :-
Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tebrau

Pergerakan Puteri U M N O Tebrau  menyokong penuh usaha pembangunan demi kesejahteraan Bangsa Johor #𝗠𝗮𝗷𝘂𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿
22/06/2026

Pergerakan Puteri U M N O Tebrau menyokong penuh usaha pembangunan demi kesejahteraan Bangsa Johor
#𝗠𝗮𝗷𝘂𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿

KENYATAAN MEDIA
PERGERAKAN PUTERI UMNO JOHOR

Pergerakan Puteri UMNO Johor menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan Tunku Mahkota Johor yang menegaskan bahawa usaha pembangunan negeri Johor tidak seharusnya dipandang ringan atau dinafikan oleh mana-mana pihak.

Sebagai sayap kepimpinan wanita muda di Johor, kami berpandangan bahawa segala usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Johor adalah hasil komitmen berterusan dalam membangunkan ekonomi, menarik pelaburan, mewujudkan peluang pekerjaan, memperkukuh kebajikan rakyat serta meningkatkan kualiti hidup Bangsa Johor.

Justeru, sebarang tuduhan atau kenyataan yang menggambarkan seolah-olah Kerajaan Negeri Johor tidak menjalankan tanggungjawabnya adalah tidak adil dan tidak mencerminkan realiti sebenar di lapangan. Rakyat Johor sendiri menyaksikan pelbagai inisiatif dan pencapaian yang telah berjaya direalisasikan melalui kerjasama erat antara kepimpinan negeri, penjawat awam serta pelbagai pihak berkepentingan.

Kami menyeru agar semua pihak menghentikan polemik politik yang tidak membawa manfaat kepada rakyat

Pergerakan Puteri UMNO Johor akan terus berdiri teguh bersama kepimpinan negeri dalam mempertahankan kepentingan Johor serta memastikan suara dan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.

“Allah Peliharakan Sultan”

22/06/2026

Seorg pemimpin yg sentiasa menjaga kebajikan rakyat, yg sentiasa turun padang mendengar masalah rakyat & sentiasa cakna dgn sgla isu² yg ada... Seorg pemimpin yg bijak & berjiwa rakyat...

Address

NO 32-02 Jalan PANDAN RIA 5 TAMAN KANGKAR TEBRAU, KAMPUNG PANDAN
Johor Bahru
81100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puteri U M N O Tebrau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share