04/11/2026
𝗠𝗔𝗡𝗧𝗔𝗣 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗔𝗜: 𝗠𝗘𝗠𝗔𝗖𝗨 𝗠𝗔𝗦𝗔 𝗗𝗘𝗣𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔
Menghadiri program Mantap Malaysia Bersama AI, anjuran Google Malaysia yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, bertempat di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Turut hadir YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi; YB Dato’ Seri Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi; dan YB Gobind Singh Deo, Menteri Digital. Program ini turut menyaksikan pengumuman komitmen pelaburan tambahan Google sebanyak USD15 bilion (kira-kira RM61 bilion) bagi tempoh 2027 hingga 2028, sekali gus mencerminkan keyakinan syarikat teknologi global terhadap potensi Malaysia sebagai hab ekonomi digital dan kecerdasan buatan (AI) serantau.
Pelaburan strategik ini bukan sahaja bakal memperkukuh infrastruktur digital negara, malah membuka peluang besar dalam pembangunan bakat berkemahiran tinggi, penyelidikan, inovasi serta kerjasama universiti-industri. Bagi UTM, perkembangan ini seiring dengan aspirasi UTM ASCEND 2030 untuk memperkasa ekosistem AI dan melahirkan bakat masa hadapan yang berdaya saing di peringkat global. Dalam meraikan kemajuan teknologi, kita harus memastikan AI terus dibangunkan berteraskan adab, etika dan nilai kemanusiaan agar manfaatnya dapat dinikmati oleh seluruh lapisan masyarakat, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Kerana Tuhan Untuk Manusia.
Menginovasi Penyelesaian Lestari.