13/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
Leadership Institute of Sarawak Civil Service (LISCS) telah menerima kunjungan delegasi daripada Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor (APTNJ) pada 13 Mei 2026 (Rabu) seramai 15 orang bagi sesi lawatan penanda aras berkaitan pembangunan kompetensi, latihan dan pembangunan modal insan sektor awam.
Delegasi telah disambut mesra oleh Chief Executive Officer LISCS, Datu Dr. Haji Azhar bin Haji Ahmad, diikuti sesi pengenalan delegasi yang diketuai oleh Ketua Pengurus Operasi APTNJ, Encik Herman bin Raban.
Turut hadir ialah Puan Hairulnisha, Ketua Penolong Setiausaha (Unit Perkhidmatan), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia; Tuan Haji Muhammad Shahril Azizi, Ketua Unit, Unit Audit Dalam, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor; serta wakil daripada pihak ICT@Johor, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor.
Sesi penerangan telah disampaikan oleh Puan Diana Marie Capel, HOD Corporate Affairs LISCS, yang merangkumi sejarah penubuhan LISCS sebagai institusi pembangunan kepimpinan dan kompetensi Perkhidmatan Awam Sarawak serta peranan strategiknya sebagai pemangkin pembangunan kompetensi penjawat awam.
Turut dikongsikan adalah pendekatan Integrated Training and Development Flow Model yang merangkumi proses analisis keperluan latihan, penyelidikan dan pembangunan, pemprofilan kump**an sasaran, pelaksanaan latihan serta penilaian dan pengukuran impak program. Selain itu, delegasi turut didedahkan dengan Competency Development Factors berasaskan konsep 70:20:10 yang menekankan pembelajaran melalui pengalaman, pendedahan sosial dan pendidikan formal.
Lawatan ini menjadi platform terbaik dalam memperkukuh jaringan kerjasama strategik serta perkongsian amalan terbaik antara kedua-dua institusi dalam usaha memperkasa pembangunan bakat dan kepimpinan sektor awam.
11/05/2026
๐๐ & ๐๐ ๐๐๐ฒ ๐๐๐๐ | ๐๐ง๐ ๐ฅ๐ข๐ฌ๐ก ๐๐ซ๐จ๐๐ข๐๐ข๐๐ง๐๐ฒ ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ๐ฆ๐ ๐๐ฌ๐ญ ๐๐ง๐ ๐๐ง๐ ๐๐๐ฌ๐ฌ๐ข๐จ๐ง ๐๐จ๐ซ ๐๐จ๐ก๐จ๐ซ๐ญ ๐
The Johor Civil Service Academy (APTNJ), through the Sustainable Leadership Cluster, successfully organised the English Proficiency Programme 1st & 2nd Session in collaboration with Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) on 07 & 08 May 2026 at the Johor Talent Development Council (JTDC).
This programme was conducted to assess participantsโ English language competency levels as a foundation for developing a more targeted and effective talent development plan and learning intervention. In addition, the programme aimed to identify high-potential talents at the early stage of their careers within the Johor Civil Service officers. The implementation of this programme is expected to contribute towards enhancing the professionalism and competitiveness at a higher level.
The lecture session for this programme was delivered by Prof. Madya Dr. Zulida binti Abdul Kadir and Cik Nurul Atiqah binti Johar from the Department of English Language and Linguistics, UTHM, who shared valuable insights on strengthening the communication competencies of Johor Civil Service officers.
Throughout the programme, participants were exposed to various techniques and practical exercises aimed at enhancing language confidence, interpersonal skills, and the ability to use English effectively in professional tasks. Overall, the programme successfully improved participantsโ understanding and communication skills within the context of daily work responsibilities.
Highest appreciation is extended to all participants, secretariat members, and parties involved for their commitment throughout the programme. It is hoped that the knowledge and input gained from this programme can be applied in daily tasks, thereby building confidence and enhancing communication effectiveness within the Johor public service.
10/05/2026
Seluruh warga kerja Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Datoโ Haji Mohammed Shakib Bin Haji Ali, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Johor atas pengurniaan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua Datoโ Mulia Sultan Ibrahim Johor (D.M.I.J) sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor Tahun 2026.
Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi kepada seluruh penjawat awam untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi, berintegriti serta cemerlang demi kemajuan negeri Johor.
10/05/2026
Seluruh warga kerja Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Datoโ Haji Hasrin Kamal Bin Hashim, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri atas pengurniaan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua Datoโ Mulia Sultan Ibrahim Johor (D.M.I.J) sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor Tahun 2026.
Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi kepada seluruh penjawat awam untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi, berintegriti serta cemerlang demi kemajuan negeri Johor.
10/05/2026
Seluruh warga kerja Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Datoโ Haji Mohd. Radzi Bin Mohd. Amin, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor atas pengurniaan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua Datoโ Mulia Sultan Ibrahim Johor (D.M.I.J) sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor Tahun 2026.
Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi kepada seluruh penjawat awam untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi, berintegriti serta cemerlang demi kemajuan negeri Johor.
10/05/2026
Seluruh warga kerja Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Datoโ Haji Nasri Bin Md. Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor atas pengurniaan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua Datoโ Mulia Sultan Ibrahim Johor (D.M.I.J) sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor Tahun 2026.
Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi kepada seluruh penjawat awam untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi, berintegriti serta cemerlang demi kemajuan negeri Johor.
10/05/2026
Seluruh warga kerja Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Shubanah binti Yusuf, Pengurus Besar Perbadanan Islam Johor atas pengurniaan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua Datoโ Mulia Sultan Ibrahim Johor (D.M.I.J) sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor Tahun 2026.
Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi kepada seluruh penjawat awam untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi, berintegriti serta cemerlang demi kemajuan negeri Johor.
07/05/2026
๐๐ & ๐๐ ๐๐๐ข ๐๐๐๐ | ๐๐๐๐ ๐๐ฉ๐๐ง ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ๐ฆ๐ ๐๐๐๐: ๐๐ก๐ข๐ง๐ค ๐๐ง๐ ๐๐๐ญ ๐๐ข๐ค๐ ๐ ๐๐๐๐๐๐ซ โ ๐๐๐ฌ๐ ๐๐ญ๐ฎ๐๐ฒ ๐๐ฅ๐ข๐ง๐ข๐
Pada 05 & 06 Mei 2026 (Selasa & Rabu) telah berlangsung dengan jayanya RSOG Open Programme 2026: Think And Act Like A Leader โ Case Study Clinic bertempat di Sunway Hotel Big Box, Iskandar Puteri.
Program ini telah disertai oleh 30 orang pegawai di mana majoriti daripada mereka telah menyertai English Proficiency Programme (EPP) pada tahun ini. Program ini adalah merupakan komitmen berterusan Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor untuk membangunkan kompetensi Pegawai Tadbir Negeri Johor di peringkat pertengahan sebagaimana teras-teras yang dibangunkan di dalam Pelan Pembangunan Bakat Negeri Johor. Program ini bukan sahaja untuk mengetengahkan kebolehan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris tetapi juga sebagai platform untuk mendedahkan mereka dengan pembelajaran berasaskan kajian kes.
Sepanjang dua hari tersebut, program ini telah dikendalikan oleh penceramah yang berpengalaman iaitu Datoโ Seri Dr. Chen Chaw Min dan Dr Raymond Madden. Datoโ Seri Dr. Chen Chaw Min berpengalaman luas dalam perkhidmatan awam dan jawatan terakhir beliau sebelum bersara adalah Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan. Dr Raymond p**a adalah seorang tokoh pembelajaran eksekutif yang berpengalaman dan pernah berkhidmat di pelbagai institusi tersohor di Eropah dan Malaysia. Program ini juga adalah program yang mempunyai penilaian ke atas potensi kepimpinan mereka menggunakan kajian kes.
Terima kasih atas komitmen dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang program dua hari ini. Semoga program ini dapat memberikan manfaat untuk kemajuan kerjaya pegawai-pegawai pada masa akan datang.
Razak School of Government
02/05/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ (๐๐๐
๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐
๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐) โ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐/๐๐๐๐
Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor (APTNJ) melalui Kluster Tadbir Urus dan Tatakelola dan Pihak Johor Center for Construction Development Sdn Bhd (JCCD) telah melaksanakan Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan Pekerja di Tapak Bina (Safety Induction for Construction Workers) โ Green Card Siri 1/2026 pada 28 April 2026 bertempat di Fraser Place Puteri Harbour, Johor.
Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman peserta terhadap aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam kalangan personel binaan di tapak projek. Di samping itu, program ini turut memberi penekanan kepada pembentukan budaya kerja yang selamat serta keprihatinan terhadap kebajikan pekerja melalui pelaksanaan Skim Perlindungan Insurans Berkelompok yang disediakan kepada personel binaan.
Ceramah dan latihan telah disampaikan oleh pihak Akademi Binaan Malaysia (ABM) CIDB yang berpengalaman dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan sektor pembinaan. Perkongsian ini memberi pendedahan menyeluruh kepada peserta mengenai amalan terbaik serta kepentingan pematuhan standard keselamatan di tapak bina.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua peserta atas komitmen dan penglibatan aktif sepanjang kursus ini. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam memperkukuh tahap keselamatan dan profesionalisme dalam pelaksanaan projek pembinaan serta memberi impak positif kepada perkhidmatan awam Negeri Johor.
30/04/2026
๐๐ ๐๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐๐๐๐ | ๐๐ญ๐ซ๐๐ญ๐๐ ๐ข๐ ๐๐ซ๐๐ฌ๐๐ง๐ญ๐๐ญ๐ข๐จ๐ง ๐
๐จ๐ซ ๐๐๐๐ฅ ๐๐ฆ๐ฉ๐๐๐ญ ๐๐จ๐ฅ๐ข๐๐ฒ (๐๐จ๐ก๐จ๐ซ๐ญ ๐) ๐๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐๐ ๐๐ฐ๐๐ข ๐๐๐๐๐ข๐ซ ๐๐๐ ๐๐ซ๐ข ๐๐จ๐ก๐จ๐ซ ๐๐๐ง๐ ๐๐ค๐๐ง ๐๐๐ง๐ฒ๐๐ซ๐ญ๐๐ข ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐๐ง๐ ๐ค๐ ๐๐๐ง๐๐๐ค ๐๐ข ๐๐ง๐ข๐ฏ๐๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐๐๐ซ๐ฏ๐๐ซ๐
Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor (APTNJ) melalui Kluster Sustainable Leadership telah menganjurkan program Strategic Presentation for Real Impact Policy Exercise dengan kerjasama strategik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Program ini adalah program persediaan ke luar negara untuk melatih kompetensi berbahasa Inggeris, speaking with confidence bagi mengikuti kursus Leadership Decision Making di Harvard Kennedy School, Universiti Harvard.
Pada akhir sesi ini, program ini bertujuan memperkukuh komunikasi persuasif dan kemahiran advokasi penjawat awam, menilai keupayaan membentangkan justifikasi kukuh kepada pihak berkepentingan serta menterjemah analisis isu kepada cadangan polisi yang praktikal demi kemajuan Johor.
Seramai 4 orang Pegawai Tadbir Negeri Johor Gred 12 ke atas yang berkhidmat melebihi 15 tahun serta berpengalaman luas dalam bidang masing-masing telah dipilih untuk menyertai Program ini dan seterusnya mengikuti Strategic Presentation ini iaitu Yang Berhormat Datin Paduka Dr. Hajah Suhailizan binti Suliman (Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor), Puan Hajah Nurul Naqiah binti Fadzil (Timbalan Pengarah II (Pendaftaran) Pejabat Tanah Dan Galian Johor), Tuan Haji Muhamad Syahrizat bin Alwee (Setiausaha Bahagian Bahagian Kerajaan Tempatan Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor), dan TPr. Haji Abdul Karim bin Haji Bakar (Yang Dipertua Majlis Daerah Mersing). Mereka telah membentangkan analisis isu masing-masing di hadapan panel pakar UTHM iaitu Prof. Dr. Nor Hazana binti Abdullah.
Sesi ini turut dihadiri oleh Encik Herman bin Raban, Ketua Pengurus Operasi Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor. Syabas dan ribuan tahniah kepada semua peserta! Semoga input yang diperolehi menjadi pemacu kepada penghasilan polisi yang berimpak tinggi buat Bangsa Johor.
24/04/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐๐๐๐๐) ๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor (APTNJ) melalui Kluster Tadbir Urus dan Tatakelola dengan kerjasama Perbendaharaan Negeri Johor telah berjaya melaksanakan Kursus Pengurusan Kewangan (Perolehan) Siri 1 Tahun 2026 pada 22 hingga 24 April 2026 bertempat di Four Points By Sheraton, Desaru, Johor.
Kursus ini memberi fokus kepada pegawai-pegawai yang menguruskan perolehan melibatkan kerja, perkhidmatan dan bekalan, dengan penyertaan terdiri daripada Kump**an Pengurusan & Profesional, Teknikal serta Kewangan dari pentadbiran daerah dan jabatan-jabatan negeri di seluruh Johor.
Objektif utama program ini adalah untuk memperkasakan kefahaman peserta terhadap pelaksanaan pengurusan kewangan yang cekap dan berintegriti melalui penerapan prinsip tadbir urus dan tatakelola yang baik.
Ceramah utama telah disampaikan oleh Encik Muhammad Nashruddin Al Fateh Bin Mohd Sapie, Penolong Pegawai Tadbir, Perbendaharaan Negeri Johor manakala hari terakhir kursus diserikan dengan sesi perkongsian penemuan audit oleh Puan Fifi Syafika binti Othman dari Unit Audit Dalam, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor. Turut hadir, Encik Muhammad Shahril Azizi bin Abd. Gapar, Ketua Unit Unit Audit Dalam, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor. Perkongsian ini memberi gambaran nyata terhadap isu-isu lazim yang dikesan dalam audit serta kepentingan pematuhan dalam setiap perolehan kerajaan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua peserta atas penyertaan dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang kursus ini. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam memperkukuh kecekapan serta integriti pengurusan kewangan perkhidmatan awam negeri Johor.