30/10/2026
𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐋 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐀𝐊𝐏𝐒
📅 29 Oktober 2026
📍 Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru
Hari Kesihatan Mental peringkat AKPS telah dilaksanakan dalam suasana meriah dan penuh dengan semangat kebersamaan. Program ini diadakan bagi meraikan Hari Kesihatan Mental Sedunia yang disambut pada 10 Oktober setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran, pendidikan serta advokasi mengenai isu kesihatan mental dan menghapuskan stigma sosial terhadap isu ini.
Program di peringkat AKPS ini julung kali diadakan bertempat di Dewan Selasih dan Pandan, Bangunan Sultan Iskandar dengan kehadiran lebih 300 orang terdiri daripada barisan pengurusan tertinggi AKPS, komander-komander pintu masuk, pegawai-pegawai kanan termasuk warga AKPS pelbagai peringkat. YBrs. Tuan Haji Ismail Bin Mokhtar, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AKPS telah merasmikan program ini yang berlangsung sepanjang hari dengan pelbagai pengisian yang telah disediakan. Di antara pengisian yang program yang diadakan ialah ceramah bertajuk "Di Sebalik Tirai Besi: Pengajaran Daripada Sebuah Kesilapan" yang disampaikan oleh Encik Ahmad Faizal Azhar dan "Kesedaran Mental: Kunci Kehidupan Dan Prestasi Cemerlang" oleh Encik Mohd Yasin Bin Kamis, Pegawai Psikologi Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM).
Selain itu, beberapa reruai turut dibuka sepanjang program ini berlangsung seperti khidmat pemeriksaan kesihatan oleh pihak KKM, jualan buku-buku oleh syarikat POPULAR, khidmat pemeriksaan mata oleh ALPRO Health serta Pertubuhan Pergerakan Wanita Negeri Johor atau JEWEL. Program diakhiri dengan acara potong kek bagi meraikan persaraan YBrs. Puan Roszita Binti Dim, Komander Kawalan dan Perlindungan Sempadan BSI yang akan mula bercuti dan bersara, berkuatkuasa mulai 1 Januari 2027.
Klik butang 𝑭𝑶𝑳𝑳𝑶𝑾 dan 𝑳𝑰𝑲𝑬 Media Sosial AKPS Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Media Sosial Rasmi Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) bagi mendapatkan informasi terkini dan aktiviti AKPS.
✅️ Facebook AKPS BSI
https://www.facebook.com/akpsbsi
✅ TikTok AKPS BSI
https://www.tiktok.com/.bsi
✅️ Facebook AKPS MALAYSIA
https://www.facebook.com/mybordercontrol