10/11/2026
3 NOVEMBER 2026 | SUMBANGAN BUKU KEPADA SEKOLAH KEBANGSAAN DATOK KERAMAT 1
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menerusi Perpustakaan MITI telah menyampaikan sumbangan buku bacaan kanak-kanak kepada Sekolah Kebangsaan Datok Keramat 1 sebagai sebahagian daripada inisiatif memperkukuh budaya membaca dan memupuk kecintaan terhadap ilmu pengetahuan dalam kalangan generasi muda.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen MITI dalam menyokong pembangunan pendidikan melalui penyediaan akses kepada bahan bacaan yang berkualiti, sekali gus menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat serta memperkasa budaya ilmu sejak peringkat awal persekolahan.
Sumbangan ini diharap dapat memperkaya koleksi bacaan sekolah, meningkatkan minat membaca dalam kalangan murid serta memberikan manfaat berterusan kepada seluruh warga Sekolah Kebangsaan Datok Keramat 1.