UNITI Halal Centre- UHAC

Call Directions Website Contact the organization

UNITI Halal Centre- UHAC UNITI Halal Centre (UHAC), under Kolej UNITI, offers Halal industry training and talent development.
(2)

Accredited by HRDCorp and HPB under JAKIM, we’ve trained 1,000+ talents and hundreds of companies through tailored programs, online or offline. Uniti Halal Centre UHAC (Sebelum ini dikenali Institut Pengurusan dan Latihan Halal - UHI & IFLAH) telah ditubuhkan secara rasminya pada 2 Januari 2013 bertempat di Kolej UNITI, Port Dickson. Penubuhan IFLAH adalah berperanan sebagai salah sebuah pusat kecemerlangan yang terdapat di Kolej UNITI bagi menguatkan lagi Program Diploma Pengurusan Industri Halal (DPIH) yang telah ditawarkan dan juga sebagai jambatan yang menghubungkan Kolej UNITI dengan institusi, industri dan masyarakat di luar kolej. UNITI Halal Centre (UHAC), established in 2014 under Kolej UNITI, is a trusted Centre of Excellence specializing in Halal industry training and talent development. We have trained over 1,000 talents and collaborated with hundreds of companies through diverse programs, ranging from basic Halal awareness to professional certifications. Our training and workshops are designed to meet industry and certification standards and can be customized to your needs in online or offline modes. Accredited by HRDCorp and the Halal Professional Board (HPB) under JAKIM, UHAC is recognized globally as a reputable training provider in the Halal industry, committed to empowering individuals and organizations for success in the global Halal market.

Sorotan Hari Kedua MIHAS 2026!Hari kedua MIHAS 2026 terus meriah dengan pelbagai aktiviti dan kunjungan ke booth UNITI H...
24/09/2026

Sorotan Hari Kedua MIHAS 2026!

Hari kedua MIHAS 2026 terus meriah dengan pelbagai aktiviti dan kunjungan ke booth UNITI Halal Centre.

Antara sorotan hari ini ialah pertemuan bersama Yang Berhormat Steven Sim Chee Keong, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Pengarah UNITI Halal Centre merangkap Pengerusi MyRSMIHA, Ustaz Mohd M. Elyas Harun turut berkesempatan berbincang bersama beliau berkaitan pembangunan industri halal serta usaha memperkukuh ekosistem halal di Malaysia.

Kami amat berbesar hati menerima kunjungan YBhg. Datuk Hairil Yahri Yaacob, Ketua Setiausaha, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) ke booth UNITI Halal Centre.

Turut hadir daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ialah YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Ketua Pengarah JAKIM, YBhg. Dato’ Mohd Asri bin Abdullah, Pengarah Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM serta Ustaz Mohd Amri bin Abdullah, Ketua Cawangan,Cawangan Pembangunan Halal JAKIM.

Ustaz Mohd M. Elyas Harun turut bersama memeriahkan booth UNITI Halal Centre dengan menyantuni para pengunjung dan rakan industri sepanjang hari.

Pelbagai aktiviti turut berlangsung termasuk konsultasi latihan, perancangan latihan Halal & Food Safety serta perkongsian mengenai promosi khas sempena MIHAS 2026.

Terima kasih kepada semua yang telah singgah, berinteraksi dan memeriahkan booth kami hari ini.

Belum sempat datang? Jangan risau.

Jumpa kami esok untuk Hari Ketiga MIHAS 2026 di Booth 9C29, bersebelahan Pavilion JAKIM.

Singgah, berkenalan dan rancang latihan Halal & Food Safety pasukan anda bersama UNITI Halal Centre.

Jumpa esok!

Produk nampak patuh halal. Tapi pernah semak bahan bantuan pemprosesannya?Bersama Encik Ahmad Solihin bin Maryakon, Peno...
24/09/2026

Produk nampak patuh halal. Tapi pernah semak bahan bantuan pemprosesannya?

Bersama Encik Ahmad Solihin bin Maryakon, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), PEH26 akan membongkar risiko tersembunyi berkaitan processing aids yang sering terlepas pandang dalam pengurusan halal.

Daripada sumber bahan, enzim, bahan pemprosesan, supporting documents hingga kawalan risiko dan semuanya perlu difahami bagi memastikan integriti halal terus terpelihara.

SESI 3: Processing Aids Dalam Industri Halal: Risiko Tersembunyi Yang Sering Terlepas Pandang

📅 27 Oktober 2026
🕘 2.00 petang – 3.30 petang
📍 Bangi Avenue Convention Centre
Daftar sekarang untuk harga Early Bird PEH26.

https://tr.ee/6EeTWn
https://tr.ee/6EeTWn

Sorotan Hari Pertama MIHAS 2026!Terima kasih kepada semua yang singgah dan memeriahkan booth UNITI Halal Centre hari ini...
23/09/2026

Sorotan Hari Pertama MIHAS 2026!

Terima kasih kepada semua yang singgah dan memeriahkan booth UNITI Halal Centre hari ini.

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda di booth kami, termasuk konsultasi latihan, perancangan latihan Halal & Food Safety serta promosi istimewa sempena MIHAS 2026.

Belum sempat singgah hari ini? Jumpa kami esok di Booth 9C29, bersebelahan Pavilion JAKIM.

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan promosi khas MIHAS dan rancang latihan pasukan anda bersama kami.

Jumpa esok!

Going to MIHAS? Don’t leave without checking these exclusive Halal Training deals.Special MIHAS promotions are coming yo...
22/09/2026

Going to MIHAS? Don’t leave without checking these exclusive Halal Training deals.

Special MIHAS promotions are coming your way for Halal, Food Safety and professional competency training with UNITI Halal Centre.

Build your skills, strengthen your team and enjoy exclusive savings available during MIHAS 2026.

📅 23–26 September 2026
📍 MITEC, Kuala Lumpur
▶️ Booth 9C29, Hall 9, Level 3

Come meet us and discover what we have prepared for you.

“Produk nampak halal. Bahan mentah pun halal. Tapi bagaimana dengan processing aids?”Processing aids seperti enzim, anti...
15/09/2026

“Produk nampak halal. Bahan mentah pun halal. Tapi bagaimana dengan processing aids?”

Processing aids seperti enzim, antifoam, release agent dan filtration media sering berada di belakang proses pengeluaran dan inilah antara perkara yang mudah terlepas pandang.

Di PEH26, bersama Encik Muhammad Faiz bin Roslan, Regulatory Affairs & Halal Assistant Manager, Campbell Cheong Chan (M) Sdn Bhd, kita akan membongkar risiko processing aids dari perspektif industri, saintifik dan pematuhan halal.

SESI 3: Processing Aids dalam Industri Halal: Risiko Tersembunyi yang Sering Terlepas Pandang

📅 27 Oktober 2026
🕘 2.00 petang – 3.30 petang
📍 Bangi Avenue Convention Centre

Daftar sekarang untuk harga Early Bird PEH26.

https://tr.ee/6EeTWn
https://tr.ee/6EeTWn

"Dari Malaysia ke Jepun". Inilah bukti kemahiran halal boleh membuka peluang kerjaya antarabangsa.Bersama Encik Syed Naj...
15/09/2026

"Dari Malaysia ke Jepun". Inilah bukti kemahiran halal boleh membuka peluang kerjaya antarabangsa.

Bersama Encik Syed Najib bin Syed Mustaffa, Shariah Halal Advisor, Halal Supervisor & Slaughterman di Sanda Shokuniku Kosha Co. Ltd, Kobe, Japan, kita akan dengar sendiri realiti bekerja dalam industri penyembelihan halal di luar negara.

Beliau akan berkongsi tentang cabaran menjaga syariah dalam sistem industri Jepun, disiplin kerja, pengiktirafan bakat Malaysia dan peluang kerjaya halal global.

SESI 4: Bakat Halal Malaysia di Pentas Dunia: Pengalaman Penyembelih Halal di Jepun

📅 27 Oktober 2026
🕘 4.00 petang – 5.00 petang
📍 Bangi Avenue Convention Centre

Daftar sekarang untuk harga Early Bird PEH26.

Going to MIHAS 2026? Don’t leave without visiting Booth 9C29.Come meet the UNITI Halal Centre team at MIHAS 2026 and dis...
14/09/2026

Going to MIHAS 2026? Don’t leave without visiting Booth 9C29.

Come meet the UNITI Halal Centre team at MIHAS 2026 and discover exclusive promotions on Halal Training, industry opportunities and more.

📅 23–26 September 2026
📍 MITEC, Kuala Lumpur
▶️ Booth 9C29, Hall 9, Level 3

See you at MIHAS 2026.

One month. Seven professional trainings. Which skill are you upgrading first?This September, strengthen your knowledge a...
11/09/2026

One month. Seven professional trainings. Which skill are you upgrading first?

This September, strengthen your knowledge and competency in Halal Management and Food Safety with UNITI Halal Centre.

Choose from 7 professional training programmes:

▶️ 21 Sep — Halal Awareness Training (Online)
▶️ 21–26 Sep — Professional Certificate Halal Executive Training (Face to Face)
▶️ 22 Sep — HACCP Awareness Training (Online)
▶️ 23–24 Sep — HACCP Understanding & Implementing Training (Online)
▶️ 28–29 Sep — Internal Halal Audit Workshop (Face to Face)
▶️ 29–30 Sep — HACCP Internal Audit (Online)
▶️ 30 Sep — MYeHALAL & MHI System Workshop (Onlline)

Whether you’re a Halal Executive, QA/QC personnel, Food Safety Team member, business owner or industry professional, there’s a programme to help you build the skills you need.

🗣️ Online and face-to-face options available.

1) Certificate and training materials provided.
2) Meals provided for face-to-face training.

Don’t wait until the next audit to upgrade your competency.
Register your preferred training today.

https://halalschool.onpay.my/
https://halalschool.onpay.my/

“Ramai kejar sijil halal. Tapi berapa ramai benar-benar faham amanah di sebaliknya?”Halal bukan hanya tentang lulus audi...
08/09/2026

“Ramai kejar sijil halal. Tapi berapa ramai benar-benar faham amanah di sebaliknya?”

Halal bukan hanya tentang lulus audit, memenuhi standard atau mendapatkan pensijilan. Ia tentang integriti ketika tiada siapa melihat, amanah dalam setiap keputusan dan kesedaran bahawa halal adalah sebahagian daripada cara hidup.

Di Persidangan Kebangsaan Eksekutif Halal 2026 (PEH26), bersama Ustaz Mohd Amri bin Abdullah, Panel Pakar Industri Halal, kita akan menyelami satu perspektif yang lebih mendalam tentang bagaimana pengamal industri halal perlu membawa nilai halal bukan sahaja dalam sistem dan dokumentasi, tetapi juga dalam diri dan kehidupan.

SESI 1: HALAL HINGGA KE SYURGA
Membina Integriti, Amanah dan Roh Halal Dalam Kehidupan

Kerana akhirnya, halal bukan sekadar apa yang kita sijilkan tetapi apa yang kita pertanggungjawabkan.

📅 27 Oktober 2026
📍 Bangi Avenue Convention Centre

Daftar sekarang dapatkan harga Early Bird PEH26 sekarang!

https://tr.ee/6EeTWn
https://tr.ee/6EeTWn

01/09/2026

Apa yang halal dimakan tapi haram dibeli ?

Makanan itu halal untuk dimakan…
tapi kenapa boleh jadi “haram” untuk kita beli?

Sempena Hari Kebangsaan ke-69, podcast kali ini membawa perbincangan yang cukup dekat dengan kita sebagai pengguna Muslim.

Logo halal palsu.
Penggunaan istilah dan logo “Muslim Friendly”.
Premis yang nampak “macam halal”.
Dan sejauh mana kita sebenarnya faham hak kita sebagai pengguna?

Kita juga akan sentuh mengenai Akta Perihal Dagangan dan bagaimana sesuatu gambaran, simbol atau kenyataan berkaitan halal boleh memberi persepsi yang mengelirukan kepada pengguna.

Persoalannya…

🇲🇾 Sudah merdekakah kita daripada persepsi “nampak Muslim, mesti halal”?

Jangan sekadar tengok tajuk. Dengarkan perbincangan penuh dalam:

🎙️ Beyond Halal Podcast EP11 Edisi Merdeka

📅 31 Ogos 2026
⏰ 3.00 Petang
▶️ YouTube UNITI Halal Centre
🎧 Spotify Beyond Halal Podcast

Jumpa anda jam 3 petang ini!

Address

Menara Arina Uniti Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
50300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60177455303

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UNITI Halal Centre- UHAC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to UNITI Halal Centre- UHAC:

Shortcuts

Share

Nearby government services