30/08/2026
🇲🇾 SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69, MALAYSIA! 🇲🇾
Sempena sambutan Hari Kebangsaan yang penuh bermakna ini, marilah kita bersama-sama mengenang dan menghargai jasa serta pengorbanan para pejuang terdahulu yang telah berusaha demi kemerdekaan dan keamanan negara yang kita nikmati hari ini.
Kemerdekaan bukan sekadar satu perayaan, tetapi merupakan amanah untuk kita terus menjaga keamanan, keharmonian dan perpaduan yang telah dibina selama ini. Walaupun kita berbeza bangsa, agama, budaya dan bahasa, kita tetap berdiri sebagai satu keluarga besar — Keluarga Malaysia. ❤️🇲🇾
Marilah kita terus memperkukuhkan semangat perpaduan, saling menghormati dan bekerjasama demi membina sebuah Malaysia yang lebih aman, maju, makmur dan sejahtera.
Semoga Malaysia terus dilimpahi keamanan, kemakmuran dan keberkatan, serta menjadi sebuah negara yang dihormati dan disegani di mata dunia.
Berbeza warna, satu jiwa.
Berbeza budaya, satu negara.
Bersatu hati, demi Malaysia tercinta. 🇲🇾❤️
Selamat Hari Kebangsaan Ke-69!
Ayuh kita semarakkan semangat patriotisme dan cintakan tanah air.
🇲🇾 MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🇲🇾
WILAYAH PERSEKUTUAN
WANGSA MAJU
ISLAM SE MALAYSIA (PAS)
PUSAT DEWAN ULAMAK PAS WILAYAH PERSEKUTUAN
PAS WANGSA MAJU
BANDAR TUN RAZAK
SETIAWANGSA
LEMBAH PANTAI
BATU
AZHAR RAYA
NATIONAL