DHPP Kawasan Lembah Pantai

Directions

DHPP Kawasan Lembah Pantai Laman Rasmi DHPP KAWASAN LEMBAH PANTAI

Selamat Hari Lahir ke-55, En. Suresh Rajan. Semoga terus diberi kekuatan untuk berkhidmat kepada komuniti Lembah Pantai ...
16/09/2026

Selamat Hari Lahir ke-55, En. Suresh Rajan. Semoga terus diberi kekuatan untuk berkhidmat kepada komuniti Lembah Pantai dengan penuh dedikasi.
💚

Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia! 🇲🇾✨​16 September bukan sekadar lipatan sejarah, tetapi lambang kek...
16/09/2026

Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia! 🇲🇾✨

​16 September bukan sekadar lipatan sejarah, tetapi lambang kekuatan dan penyatuan kita sebagai satu bangsa yang berbilang kaum dan budaya.

​Dengan azam "Bersatu Hati, Maju Bersama Demi Malaysia Tercinta", marilah kita terus memupuk nilai toleransi, kasih sayang, dan saling menghormati antara satu sama lain demi keharmonian tanah air kita.

​Niat tulus ikhlas daripada:

En. Suresh Rajan Arjunan

Ketua Urusan DHPP Kawasan Lembah Pantai, WPKL

​

SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69 / MERDEKA 2026! 🇲🇾✨​Kemerdekaan bukan sekadar lipatan sejarah, tetapi jiwa dan identiti ki...
28/08/2026

SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69 / MERDEKA 2026! 🇲🇾✨

​Kemerdekaan bukan sekadar lipatan sejarah, tetapi jiwa dan identiti kita sebagai sebuah bangsa yang majmuk.

​Di bumi Lembah Pantai dan seluruh pelosok negara, kepelbagaian kaum, agama, dan budaya adalah tiang kekuatan yang mematangkan Malaysia. Kemerdekaan sebenar tercapai apabila kita saling menghormati, hidup dalam keharmonian, dan melangkah bersama demi kemakmuran negara.

​Mari kita pertahankan keharmonian ini dan julangkan semangat perpaduan demi masa depan anak bangsa yang lebih gemilang.

​"Malaysia Madani: Jiwa Merdeka" 🌺

​Ikhlas daripada,

En. Suresh Rajan Arjunan

Ketua DHPP Kawasan Lembah Pantai

Bendahari DHPP WPKL

​

Bukan sekadar ucapan di pentas, keharmonian sebenar dibina di akar umbi! 🤝✨Soalannya sekarang: Apa langkah konkrit yang ...
19/08/2026

Bukan sekadar ucapan di pentas, keharmonian sebenar dibina di akar umbi! 🤝✨
Soalannya sekarang: Apa langkah konkrit yang kita boleh buat sama-sama supaya semangat saling menghormati ini benar-benar jadi budaya harian kita?
Bagi saya, ia bermula daripada:
1️⃣ Saling bertegur sapa tanpa mengira kaum.
2️⃣ Bersama-sama menjayakan program komuniti setempat.
3️⃣ Menghormati perbezaan dan raikan persamaan.
Korang setuju tak? Cer drop pandangan korang di bawah! 👇
📍 Ikhlas daripada:
En. Suresh Rajan Arjunan
Ketua DHPP Kawasan Lembah Pantai

02/08/2026
02/08/2026

🙏TAHNIAH & SELAMAT MENJALANKAN AMANAH 👍

Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Pusat merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada:

YBrs. LOGENTHIREN A/L MURUGAS

atas pelantikan sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja DHPP Pusat mewakili DHPP Wilayah Persekutuan.

Semoga amanah yang diberikan ini dapat digalas dengan penuh dedikasi, keikhlasan dan komitmen yang tinggi demi memperkukuhkan perjuangan DHPP serta menyantuni masyarakat majmuk ke arah Malaysia yang lebih sejahtera.

Semoga Tuhan kekuatan, kebijaksanaan dan keberkatan dalam setiap usaha serta tanggungjawab yang diamanahkan.

Ikhlas daripada,
Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Pusat

Islam Se-Malaysia (PAS) PusatDHPP Wilayah Persekutuan

🔥 MOMENTUM MAKIN PADU! DARI LEMBAH PANTAI KE NEGERI SEMBILAN! 🔥Dua hari yang penuh semangat, azam, dan perpaduan! 🤝✨📍 24...
28/07/2026

🔥 MOMENTUM MAKIN PADU! DARI LEMBAH PANTAI KE NEGERI SEMBILAN! 🔥
Dua hari yang penuh semangat, azam, dan perpaduan! 🤝✨
📍 24 Julai 2026 (Paroi, Rembau):
Selesai perjumpaan bermakna bersama Ketua DHPP Pusat. Penyatuan fikrah dan susunan strategi demi memastikan suara rakyat terus dibela! 🟢
📍 25 Julai 2026 (N11 Lobak):
Ketua Urusan DHPP Lembah Pantai WPKL turun berarak dan berdiri teguh menyokong kempen PN di Lobak! Suasana perarakan memang gamat—semangat jentera dan sokongan rakyat luar biasa! 🚀💥
Kita datang bukan sekadar membawa nama, tapi membawa keyakinan bahawa perubahan dan integriti adalah untuk semua rakyat Malaysia! 🇲🇾💪
Ikhlas daripada,
Suresh Rajan Arjunan
(Ketua DHPP Lembah Pantai WPKL)
💬 Korang yang kat area Lobak & Rembau, cer drop komen 'PADU' dekat bawah! 👇

Yang Berhormat Tuan Pengerusi Majlis, Yang Dipertua PAS Kawasan Lembah Pantai, barisan kepimpinan, para perwakilan, musl...
12/07/2026

Yang Berhormat Tuan Pengerusi Majlis, Yang Dipertua PAS Kawasan Lembah Pantai, barisan kepimpinan, para perwakilan, muslimin, muslimat, serta hadirin yang saya hormati.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kepimpinan PAS Kawasan Lembah Pantai, para perwakilan, ahli-ahli PAS, serta semua petugas yang telah menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Lembah Pantai pada 12 Julai 2026 (Ahad) di Margas, Kampung Pasir.

Semoga segala perbincangan, keputusan dan amanah yang dipersetujui menjadi pemangkin kepada pengukuhan jemaah serta memperkukuhkan perjuangan demi agama, bangsa dan negara.

Bagi pihak Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Kawasan Lembah Pantai, kami menzahirkan komitmen untuk terus bekerjasama erat dengan kepimpinan PAS dalam memperkukuhkan perpaduan masyarakat pelbagai kaum serta menjayakan segala agenda parti.

Semoga Tuhan Maha Besar memberkati segala usaha kita dan mengurniakan kejayaan yang berterusan.

Terima kasih.

Dengan Ikhlas
En. Suresh Rajan Arjunan

Ketua DHPP Kawasan Lembah Pantai

Bendahari DHPP WPKL
#🇲🇾

Address

Lembah Pantai WPKL
Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DHPP Kawasan Lembah Pantai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby government services