31/10/2026
PELAKSANAAN UJIAN KECERGASAN DAN MESYUARAT JAWATANKUASA MARKAS UKPS MIRI
MIRI, 30 Oktober 2026 – Markas UKPS Miri telah melaksanakan Ujian Kecergasan Peringkat Markas di Taman Bulatan Miri yang melibatkan seramai 25 orang pegawai dan anggota pelbagai bahagian. Pelaksanaan ujian kecergasan meliputi ujian larian 2.4 kilometer, tekan tubi serta bangkit tubi bagi menilai tahap kecergasan fizikal warga markas.
Selesai ujian kecergasan, Mesyuarat Jawatankuasa Markas UKPS Miri diteruskan di Dewan Serbaguna Markas UKPS Miri yang dipengerusikan oleh Ketua Markas UKPS Miri, Tuan Renold Ngelayang. Mesyuarat ini membincangkan perkara semasa berkaitan urus tadbir, pentadbiran serta cadangan penambahbaikan pengurusan markas daripada anggota.
Program diakhiri dengan sesi perkongsian ilmu bertajuk “Leadership Reflection” oleh Tuan Abang Azlan Abang Ahmad, Ketua AJK Disiplin merangkap Ketua AJK Sukan dan Rekreasi Markas UKPS Miri.
Secara keseluruhannya, semua aktiviti berjalan lancar dan penganjuran ini diharapkan dapat meningkatkan tahap kecergasan, disiplin, semangat berpasukan serta budaya kepimpinan dalam kalangan pegawai dan anggota Markas UKPS Miri.