31/10/2026
𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗕𝗥𝗘𝗔𝗦𝗧 𝗖𝗔𝗡𝗖𝗘𝗥 𝗔𝗪𝗔𝗥𝗘𝗡𝗘𝗦𝗦
31 DISEMBER 2026 - Program Breast Cancer Awareness anjuran bersama National Cancer Society, MediPulih Klinik, Majlis Datuk-Datuk Negeri Melaka (MDDNM), Budi Forward dan Amara Fitness Studio telah berlangsung dengan jayanya di Dataran Agibs, Bukit Katil.
Program ini merupakan langkah sulung Biro Kesihatan MDDNM bagi sesi 2026–2029 dalam menyokong usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kanser payudara, khususnya kepentingan pengesanan awal, pemeriksaan kesihatan dan penjagaan kesejahteraan diri.
Penyertaan MDDNM dalam program ini mencerminkan komitmen persatuan untuk terus menyokong inisiatif kesihatan masyarakat serta memperluas penglibatan dalam program-program kesedaran dan kebajikan.
Cegah Sebelum Terlambat. Kesedaran Hari Ini, Harapan Untuk Masa Hadapan.
Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak penganjur, rakan kerjasama, sukarelawan serta peserta yang telah menjayakan program ini.