Institut Tun Perak

Call Directions Website Contact the organization

Institut Tun Perak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Institut Tun Perak, Government Organization, No. 6, Jalan Mutiara Melaka 3 Taman Mutiara, Batu Berendam, Malacca City.

Bengkel Analitik Data: Mentransformasi Perkhidmatan Awam Negeri telah berlangsung pada 29 Oktober 2026 bertempat di Swis...
29/10/2026

Bengkel Analitik Data: Mentransformasi Perkhidmatan Awam Negeri telah berlangsung pada 29 Oktober 2026 bertempat di Swiss-Garden Hotel, Melaka.

Program anjuran Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka (UPEN) dengan kerjasama Institut Tun Perak ini bertujuan memperkasa penggunaan analitik data dalam meningkatkan keberkesanan perancangan dan penyampaian perkhidmatan awam negeri.

Semoga pelaksanaan bengkel ini memberi manfaat dalam usaha membudayakan penggunaan data sebagai asas kepada perancangan yang lebih strategik, keputusan yang tepat dan pentadbiran yang lebih cekap demi kesejahteraan rakyat.

26/10/2026
Institut Tun Perak 📢 PELAWAAN SUMBANGAN ARTIKEL: JURNAL INSTITUT TUN PERAK JILID 4 📢Berita baik buat para penyelidik dan...
15/10/2026

Institut Tun Perak 📢 PELAWAAN SUMBANGAN ARTIKEL: JURNAL INSTITUT TUN PERAK JILID 4 📢

Berita baik buat para penyelidik dan penulis!

Institut Tun Perak kini membuka peluang kepada anda untuk menyumbang artikel ilmiah bagi Jurnal Institut Tun Perak Jilid 4.

Jika anda mempunyai kajian atau penulisan menarik mengenai Negeri Melaka dan Malaysia, jom kongsikan bersama kami!

Kami mengalu-alukan penulisan merangkumi skop Ekonomi, Sosial, Budaya, Masyarakat, Warisan, Sejarah & Patriotisme, Politik, Sukan & Belia, Pendidikan, Agama, Digital, dan pelbagai topik lain yang bersesuaian.

📝 Syarat & Format Penulisan:
-Mesti ditulis dalam Bahasa Melayu
-Panjang artikel: 1200 - 1500 patah perkataan
-Font: Arial (Saiz 12) & 1.5 spacing
-Format rujukan: APA Style

⏳ Tarikh Tutup Penghantaran: 31 Mei 2027

Hantarkan karya terbaik anda melalui pautan ini sekarang:

🔗 https://forms.gle/qUmoPtT71Bb8bC3B6

Atau imbas QR Code pada poster untuk maklumat lanjut.

Jangan lepaskan peluang ini untuk menyumbang kepada dunia penyelidikan!

Al-FatihahDengan penuh rasa dukacita, seluruh warga Institut Tun Perak merakamkan ucapan takziah atas pemergian Allahyar...
26/09/2026

Al-Fatihah

Dengan penuh rasa dukacita, seluruh warga Institut Tun Perak merakamkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Haji Yahaya bin Abu Bakar yang telah kembali ke rahmatullah pada 26 September 2026.

Allahyarham merupakan seorang penyelidik sejarah yang mempunyai kepakaran membaca dan mentafsir sumber-sumber berbahasa Portugis, sekali gus memberi sumbangan besar dalam memperkukuhkan penyelidikan sejarah Melaka berasaskan sumber primer.

Sepanjang penglibatannya, Allahyarham banyak membantu Kerajaan Negeri Melaka serta Institut Tun Perak dalam pelbagai kajian penyelidikan sejarah. Ilmu, dedikasi dan komitmen beliau dalam usaha memartabatkan warisan serta sejarah negeri Melaka akan sentiasa dikenang sebagai satu jasa yang amat bermakna.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampunkan segala dosanya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah. 🤲

25/09/2026

𝐌𝐮𝐬𝐲𝐚𝐰𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐒𝐢𝐫𝐢 𝟑

Musyawarah Nasional kembali menerusi Siri 3 dengan mengangkat tema “Membongkar Polemik Tanah Melayu”, sebagai ruang untuk menelusuri sejarah serta memahami persoalan berkaitan Tanah Melayu daripada pelbagai sudut dan perspektif.

Kadang-kadang, untuk memahami keadaan hari ini, kita perlu kembali melihat apa yang berlaku sebelum ini. Saya berharap wacana ini dapat membuka ruang kepada perbincangan yang lebih matang dan berpandukan fakta.

📅 26 September 2026 | Sabtu
⏰ 8.30 pagi
📍 MITC, Melaka

Semua dijemput hadir untuk bersama-sama mengikuti wacana ini dan berkongsi pandangan dalam semangat musyawarah.

24/09/2026

PERTANDINGAN DEBAT PIALA YAB KETUA MENTERI MELAKA 2026
Sedang berlangsung secara langsung! Saksikan kehebatan hujah, ketajaman minda, dan kematangan idea para pendebat terbaik dalam merebut piala pusingan yang berprestij ini.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Tetamu Kehormat, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka.
Sertai kami sekarang! Berikan sokongan padu anda kepada pasukan kegemaran anda di ruangan komen di bawah.







Selamat ulang tahun hari kelahiran buat YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka, sempena hari istim...
20/09/2026

Selamat ulang tahun hari kelahiran buat YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka, sempena hari istimewa ini, 20 September 2026.

Semoga YAB Datuk Seri Utama sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki serta terus diberikan kekuatan dan ilham dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab demi kemajuan negeri Melaka.

Selamat Hari Lahir YAB Datuk Seri Utama. Semoga sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah SWT serta dipermudahkan segala urusan.

Ikhlas daripada Prof. Madya Dr. Mohamad Ainuddin Iskandar bin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif serta seluruh warga Institut Tun Perak

Institut Tun Perak
Ab Rauf Yusoh
Kerajaan Negeri Melaka




Address

No. 6, Jalan Mutiara Melaka 3 Taman Mutiara, Batu Berendam
Malacca City
75350

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6063174475

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Tun Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Institut Tun Perak:

Shortcuts

Share

Nearby government services