30/10/2026
INFO ON WHEELS (IOW) OKTOBER 2026
MERSING, 30 Oktober – Hebahan Info On Wheels (IOW) Pejabat Penerangan Daerah Mersing telah melaksanakan hebahan BELANJAWAN 2027 kepada masyarakat setempat di beberapa lokasi:
📝 (N.32 Endau)
📌 Jalan Ismail
📌 Jalan Awang Daik
📌 Jalan Makam
📌 Jalan Dato Onn
📌 Jalan Abdullah
Antara fokus utama hebahan adalah inisiatif kerajaan dalam membantu meringankan kos sara hidup dan meningkatkan kesejahteraan rakyat menerusi Belanjawan 2027, antaranya:
✅ Bantuan SARA = Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) menerima bantuan SARA sehingga RM150 sebulan.
✅ SARA MADANI = Bantuan RM100 sebanyak dua kali kepada rakyat berumur 18 tahun ke atas yang bukan penerima STR, termasuk golongan M40.
✅ Gaji Minimum = Peningkatan kadar gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan mulai Jun 2027, dengan pengecualian bagi PMKS tertentu.
Selain itu, risalah penerangan Belanjawan 2027 turut diedarkan bagi memastikan masyarakat mendapat maklumat yang jelas dan tepat mengenai manfaat serta inisiatif kerajaan yang disediakan untuk rakyat.
Jabatan Penerangan Malaysia
Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Johor