06/11/2026
MESYUARAT JAWATANKUASA COMBI DAERAH PORT DICKSON BIL. 1/2026
Mesyuarat pertama Jawatankuasa COMBI Daerah Port Dickson yang baharu telah diadakan pada 5 November 2026, jam 8.30 malam, bertempat di Bilik Mesyuarat MyCHAMPION, Wellness Hub Port Dickson.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Pn. Arah binti Hj. Abu Bakar dengan kehadiran seramai 15 orang ahli mesyuarat. Antara perkara yang dibincangkan ialah perancangan aktiviti Jawatankuasa COMBI Daerah Port Dickson bagi tahun 2027 untuk memperkukuh penglibatan komuniti dalam pencegahan denggi.
Turut hadir ialah En. Mohd Fadhil bin Mazland dan En. Mohd Saifulanuar bin Musa dari Unit Promosi Kesihatan, Pejabat Kesihatan Daerah Port Dickson.