ICU JPM Negeri Sembilan

Call Directions Website Contact the organization

ICU JPM Negeri Sembilan Selamat Datang Ke Laman Rasmi Facebook ICU JPM Negeri Sembilan

07/11/2026

Malaysia terus melangkah maju! 🇲🇾✨

Naik dua anak tangga ke kedudukan ke-40 daripada 133 negara dalam Chandler Good Government Index 2026, satu pencapaian yang membanggakan negara.

ICU JPM menyokong usaha Kerajaan MADANI memperkukuh tadbir urus dan menjayakan reformasi perkhidmatan awam agar urusan rakyat lebih mudah, perkhidmatan semakin cekap dan manfaat pembangunan dirasai bersama.

Semoga Malaysia terus cemerlang dan kesejahteraan rakyat terus diutamakan. đź’™

Sumber: Page Rasmi Ketua Setiausaha Negara.



MEMPERGIAT PEMANTAUAN, MEMASTIKAN PROJEK PEMBANGUNAN SIAP DAN DAPAT DIMANFAATKAN RAKYATMesyuarat Jawatankuasa Tindakan P...
31/10/2026

MEMPERGIAT PEMANTAUAN, MEMASTIKAN PROJEK PEMBANGUNAN SIAP DAN DAPAT DIMANFAATKAN RAKYAT

Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negeri (JTPNg) Negeri Sembilan Bil. 6/2026 pada 30 Oktober 2026 memberi tumpuan kepada pelaksanaan projek Rolling Plan 1 (RP1) RMK13.

Dua projek diberi perhatian khusus, iaitu Pembinaan Klinik Kesihatan Jenis 3, Palong 7 dan 8, Jempol serta Pembinaan Bangunan Fakulti Pergigian Fasa 1, USIM. Isu berbangkit diteliti secara serius bersama pihak JKR bagi memastikan tindakan susulan dan langkah penyelesaian dapat dilaksanakan segera.

Pemantauan berterusan, tindakan segera dan komitmen semua pihak amat penting bagi memastikan setiap cabaran ditangani secara berkesan bagi memastikan projek disiapkan dengan sempurna, kemudahan dapat dinikmati dan manfaat pembangunan benar-benar sampai kepada rakyat.






29/10/2026
KEMUDAHAN DIPERTINGKAT, PERKHIDMATAN DIPERKASASatu lagi usaha penambahbaikan kemudahan kerajaan berjaya direalisasikan m...
29/10/2026

KEMUDAHAN DIPERTINGKAT, PERKHIDMATAN DIPERKASA

Satu lagi usaha penambahbaikan kemudahan kerajaan berjaya direalisasikan menerusi penyerahan projek kerja-kerja pembaikan bilik mesyuarat dan kerja-kerja berkaitan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Seremban.

Penyerahan projek telah disempurnakan oleh Dato’ Noor-Ihsan bin Che Mat, Pengarah ICU JPM Negeri Sembilan, diiringi SAC Tuan Mohd Nasharudin bin Mohd Shariff, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan.

Projek ini bukan sekadar menaik taraf ruang mesyuarat, malah mencerminkan komitmen berterusan ICU JPM Negeri Sembilan dalam memastikan kemudahan yang berkualiti, selesa dan kondusif dapat disediakan kepada warga IPK Negeri Sembilan bagi menyokong kelancaran urusan rasmi serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan.






EMPAT DAERAH CAPAI SIFAR MISKIN, USAHA MEMANGKAS KEMISKINAN DIPERGIATPencapaian sifar Ketua Isi Rumah (KIR) berstatus mi...
28/10/2026

EMPAT DAERAH CAPAI SIFAR MISKIN, USAHA MEMANGKAS KEMISKINAN DIPERGIAT

Pencapaian sifar Ketua Isi Rumah (KIR) berstatus miskin di empat daerah menjadi pemangkin kepada usaha memperluas kejayaan, memangkas kemiskinan di Negeri Sembilan. Daerah Rembau, Tampin, Jelebu dan Port Dickson telah mencapai sifar KIR berstatus miskin berdasarkan Data Kunci Focus Group Kesejahteraan Rakyat Peringkat Negeri (FGN).

Pencapaian ini mencerminkan usaha berterusan serta penyelarasan tindakan antara agensi dalam memastikan golongan yang memerlukan mendapat perhatian dan bantuan sewajarnya.

Perkembangan ini menjadi antara tumpuan Mesyuarat Focus Group Kesejahteraan Rakyat Peringkat Negeri (FGN) Negeri Sembilan Bil. 3/2026 yang berlangsung pada 27 Oktober 2026 di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Negeri, dipengerusikan oleh YB Dato’ Mohd Zafir bin Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan.

Mesyuarat turut memberi penekanan kepada usaha mempergiat intervensi bagi mensifarkan KIR berstatus miskin di daerah Seremban, Kuala Pilah dan Jempol. Pelaporan berkaitan bantuan-bantuan sosial oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan serta Pelaporan Kemajuan Bantuan Program Perumahan Rakyat Sejahtera oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah turut diteliti bagi memperkukuh penyelarasan serta memastikan bantuan disampaikan secara bersasar dan berkesan.

Komitmen ini akan terus diperkasakan melalui tindakan yang sistematik, pemantauan berterusan dan kerjasama erat antara semua pihak demi mencapai matlamat pembasmian kemiskinan secara menyeluruh.






28/10/2026

SECEBIS BANTUAN, SEJUTA MAKNA

Sumbangan bantuan daripada YAB Perdana Menteri kepada Encik Apit bin Saji di Mambau, telah disampaikan oleh Pasukan Penyelarasan PMX ICU Jabatan Perdana Menteri, Negeri Sembilan yang diketuai oleh Dato’ Noor Ihsan bin Che Mat, Pengarah ICU JPM Negeri Sembilan, diharap dapat meringankan beban keluarga, khususnya bagi menampung kos rawatan dialisis isterinya.

Ungkapan “Terima kasih, PMX” yang dilafazkan penuh rasa syukur mengingatkan kita bahawa bantuan yang hadir pada waktu diperlukan mampu membawa harapan besar kepada mereka yang sedang diuji.

Semoga segala urusan keluarga ini dipermudahkan dan terus diberikan kekuatan menghadapi hari-hari mendatang.







27/10/2026
PEMANTAUAN BERTERUSAN REALISASIKAN PEMBANGUNANPasukan Penyelarasan PMX ICUJPM Negeri Sembilan turun padang meninjau perk...
27/10/2026

PEMANTAUAN BERTERUSAN REALISASIKAN PEMBANGUNAN

Pasukan Penyelarasan PMX ICUJPM Negeri Sembilan turun padang meninjau perkembangan Projek Pembinaan Bangunan Fakulti Pergigian Fasa 1, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Pemantauan di tapak bukan sekadar melihat kemajuan, tetapi memastikan setiap pelaksanaan diberikan perhatian serius, isu ditangani dan tindakan susulan diselaraskan demi kelancaran projek.

Pembinaan kemudahan pendidikan ini membawa harapan besar dalam memperkukuh prasarana pengajian pergigian dan melahirkan generasi profesional kesihatan masa hadapan.

Inilah komitmen dalam memastikan projek pembangunan bukan sekadar dirancang, tetapi dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab demi manfaat generasi akan datang.






Address

Aras 8 Dan 9, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga
Seremban
70100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 18:30

Telephone

+6067604800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ICU JPM Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to ICU JPM Negeri Sembilan:

Shortcuts

Share

Nearby government services